Kempen Semasa

Kempen Semasa
Memaparkan catatan dengan label me and the universe. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label me and the universe. Papar semua catatan

28 September 2010

Semalam

Salam,

Semalam,
Hari yang sangat padat dengan aktiviti kemasyarakatan,
Pagi-Tengahari : Ngadap Pc carikan tiket untuk bapak indon nak balik bandung pasal bapak dia masuk icu..
(tapi hampeh, line company, biase ah)

Waktu Rehat Tengahari : Bagi balik passport kat bapak tu pasal tak dapat nak proceed booking, aku suh dia p airport je beli.sedih kejap muka dia

Lepas Waktu Tghari - Petang : Bapak kepada bapak indon tu dah meninggal. Al-Fatihah, terus bergegas siap-siap p LCCT nak p beli tiket untuk malam tu jugak. Alhamdulillah, tak jauh beza dari beli on9. Pastu hantar dia balik umah untuk bersiap, pastu hantar balik LCCT. Nasib baik tak bole beli tiket tu tadi. Ada hikmah rupanya...kalau tak burn.

Maghrib - 8.30mlm : balik opis balik sambung ot, hikhik.Meeting pulakk kat opis, nak buat reshuffle shift katanya. Abis semua geng-geng Appadahal terbarai.

8.45 - 930mlm : Pegi airport jumpa cik pingu, pasal malam tu dia nak balik Jepun, sambil-sambil bagi ole-ole buat dia rindu ketat-ketat kat Malaysia. Salam sayonara cik pingu duduk la anda sensorang ngadap pingu busuk tu..wahaha..pastu tinggalkan dia terus gerak p Nilai

9.45 - 11.30mlm : Sampai Nilai pulak p amik 'protege' bawak p makan-makan kat Mcd Nilai yang baru, sambil-sambil tunjuk kat orang sabah yang kat Nilai ni bukan ada satu je McD, tapi ada dua, eksen. Bagi-bagi hadiah, sebelum dia kembali ke Sabah esok pagi, setelah selesai, lalu aku pulang ke pangkal jalan.

12.00tgh malam - 1.30 pg : Ngadap lappy install driver printer nak buat cetak baju, haram jadah tak bole, laptop buat perangai, dah jem, pasang Ruqyah kuat-kuat terus naik tido. 

p/s :(oh ye..aku buat printing baju sekarang..no minimum order..masa aku buat entry ni, laptop kawan aku dah restorekan siap-siap masa aku kat tempat kerja tadi, dan printer telah berfungsi seperti yang sepatutnya, dan demo telah dilakukan. Terboikk.. Laptop dah ok, Printer dah ok, mesin buat cap atas baju ok, dan baju yang di buat test piece ok. Maka dengan ini, bermulalah aktiviti mengecap baju t-shirt dengan design yang bukan-bukan tanpa ragu lagi. Place your order now, as seen on babelbedal.blogspot.com)


salam cetak,

10 Ogos 2010

Kemasukan Pertama Julung-Julung

Salam,

Tajuk macam berkait dengan isu haiwan kan? Tapi ternyata tiada penglibatan seekor binatang pun, waima seekor lalat, lipas mungkin akan di sebut penglibatannya sekali dua dalam kemasukan kali ini tetapi masih bukan watak utama. Ah, cerita banyak tak guna mari kita teruskan penerangan tentang kejadah apakah tajuk berkenaan dengan entry ini.

  Sejak aku melaporkan diri ke pangkuan majikan semula, ini adalah julung-julung kalinya aku dapat mengemaskini blog aku. Aku pun tak tahu nak bagi alasan ape, sibukkah?, tidak berkesempatan sangatkah? Namun apa yang pasti, sesibuk atau selapang mana pun anda, kelancaran isyarat internet memainkan peranan yang sangat utama dalam acara begini, dan boleh aku katakan kelepuan aku berkait rapat dengan masalah tersebut selain memang masalah aku yang agak pemalas.

 Niat hati ingin cuba bersiaran dari tempat majikan, tapi sayang, talian kat sana macam shilake. Masa aku senang tiada kerja yang aku mahu sentuh, talian macam shilake, masa aku buat-buat sibuk mengadap komputer pun, talian tetap begitu jugak, abis macamana? Dah la 3/4 hidup aku sehari-hari dihabiskan kat tempat majikan aku yang lokasinya terasing dari kepesatan pembangunan sosial. Nak ponteng lari dari kerja pun masing-masing berfikir 3 4 kali, selain memikirkan ketidakberkatan pendapatan, kebosanan mengadap muka kawan-kawan sekerja yang asyik bercerita cerita yang sama hari-hari pun di ambil kira jugak.

  Makanya, inilah yang terjadi, blog terabai tanpa belaian kasih seorang lelaki gagah dan berani bertulang besi berlutut dawai. Kasihan wanita-wanita yang dahagakan perkembangan terkini lelaki itu, nasib baik ada talian yang boleh tahan mantap dirumah sewa,dapatlah juga nak meninjau-ninjau laman orang walaupun tiada kesempatan untuk berblog, dan aku tak tahu dah bila lagi aku dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan usrahku di Pusat Pembangunan Jiwa Pokok Cili dan Kawalan Racun Serangga atau ringkasannya KS itu. Maaf sahabat-sahabatku, akan ku cuba untuk mencuri sebanyak masa yang mungkin, dengar khabarnya Sheikh pusat tersebut sedang uzur sekarang, sedih hati ini mendengarkannya. InsyaAllah ada kelapangan akan aku cuba untuk mengikhtiarkan sesuatu. Bersabar ya Sheikh. Sesungguhnya pokok cili yang sedang lebat berbuah itu patah dan keuzuran tuan ada hikmahnya.

  Masa sudah tamat, jadual masa senggang sebelum kembali ke premis majikan terlalu padat dengan jadual menyedut darah pesakit. Dalam masa seminggu ini sudah berapa ramai darahnya aku sedut, semoga mereka beroleh kesembuhan yang total dan sentiasa di bawah lindungan rahmatNya. Ameen. Buat saudari SZ, semoga perjalanan anda lancar dan terhindar dari sebarang masalah. Selamat kembali ke tanahair. Konichiwaaa. Mata e mashoo. Oh lupa. Marhaban Ya Ramadhan, mana yang tidak mungkin mengalami menstruasi itu berpuasalah ya.


Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara yaitu masa muda sebelum tua, sehat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati
(HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi)



Salam Ramadhan

29 Mac 2010

Jangan Kufur Nikmat

Salam,
 Hoh, sibuk benar gaya aku sekarang ni, dekat 2 minggu tak berusik blog ni, entah apa yang disibukkan pun tak tahulah aku ha. Tapi yang pasti, hari-hari aku ada tempahan untuk membekam orang. Kalau tak siang hari, malam hari, bestnya kerja begini. Kerja sambil melepak, sambil buat benda yang kita suka, sambil-sambil tu jugak kita dapat tolong orang. Bekam anyone?? Hahah.

 Manfaat dari kursus-kursus yang aku dah pergi memang banyak, kena pulak Allah tolong bagi kesembuhan kat orang yang kita tolong tu, lagi la terasa puas di hati ini. Tapi itulah, alat yang ada ni dah macam tak dapat nak menampung permintaan pulak dah, ada sesiapa tahu mana nak cari kit bekam yang banyak dan murah? Kalau boleh nak macam beg James Bond tu, baru la ada stail. Orang cacat pun nak bergaya gak. Sekarang ni aku tengah bergaya dengan tongkat Faizal Tahir, (entah bila tongkat tu dapat nama gitu). Ini gambar set bekam yang aku nak tu.


 Nampak gayanya mc aku kena tambah lagi sebulan ni, x-ray awal bulan ni nampak macam tulang kaki aku kembali renggang, adeh, nak kena kurangkan pergerakan la pulak, tapi khidmat sosial masyarakat setempat tidak boleh dipandang remeh. Tambah-tambah dah banyak kes orang buang tebiat ni, terbaru dah ada kes orang kena tetak sampai mati kat Port Dickson ni. Aish, kesian betul, semoga amalan-amalan Allahyarham diterimaNya.

 Baru-baru ni pengiklan tegar blog aku telah bersara sementara waktu, alamat tak berpelawat la blog aku yang comot ni, lagi satu berita untuk geng kedenquay aku di Dublin, kepada Akasia terutamanya, aku terjumpa pelanduk anda yang ke dua aka. Ni gambar dia.
Sama tak? Tapi ko keding lagi kot aka. Haha.

 Cukup la kot aku mengarut kali ni, dah lama takde info yang membina jiwa. Entri selepas ini la kot. Maaf ye rakan-rakan semua. huhu.

Salam Temu

07 Mac 2010

On The Making..

Salam,

 Sejak duajak ni kemain sibuk lagi aku memenuhi permintaan pesakit-pesakit urat sekitar Kg.Air Meleleh ni, asal sms masuk je mesti mesej suruh bawa minyak. Setakat seminggu dua ni aku keluar tak payah bawak duit, bawak minyak but-but keluaran HPA dan ilmu Refleksologi yang aku tuntut masa pergi Kursus Refleksologi di Cawangan HPA Port Dickson awal tahun hari tu, dan sekeping tuala yang dah naik kepam lupa nak basuh.

 Dan semalam aku telah pun melebarkan ketiak aku ke Rasah, Seremban, tapi semalam tak bawak minyak, pinjam minyak goreng ikan kedai Man Tomyam je untuk buat sessi pengenalan. Lepas ni dalam poket nak kena ada 2 botol minyak 1001 khasiat ni la nampaknya. Satu buat iklan. satu buat jual. Akhirnya, ada juga aktiviti yang mengeluarkan peluh setelah sekian lama mengeluarkan airliur dengan air kumbahan je.

 Ini pun baru balik je ni, malam ni 3 orang, dan segala makan minum aku ditanggung penuh oleh taukeh Hidayah Tomyam pasal kaki dia pun aku urut jugak, lepas tu esok ni nak sudahkan sessi tutorial Microsoft Excel  kat taukeh Hidayah Tomyam lak ni. Leceh betul la nak buat jadual tu. Siapa boleh ajar aku nak jadikan semua page yang ada jadual yang kita buat tu terjadi secara automatik pada page-page yang lain? pastu tarikh dia pun nak auto jugak. Baru la aku nak rasa menyesal dulu masa kelas komputer lari-lari. 

29 Januari 2010

Tolong Beringat

Salam,
Sudah 2 malam aku keluar rumah sehingga lewat pagi, sebenarnya bukan 2 hari, tapi dah seminggu, tapi 2 hari ini paling banyak perkara baru yang aku jumpa. Paling banyak mengajar aku kenapa kita di tuntut untuk selalu beringat dan ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara itu. Sentiasalah kita memperbaharui niat kita itu, kerana apa? Klik sini kalau nak tahu sangat.

05 Disember 2009

Tolonglah ai yu ol!

Salam,
Tolonglah, korang tolonglah doa-doakan aku supaya enzim-enzim jahat bernama papuratusmalasnyenakupdateblogniii hilang dari mengganggu pemikiran aku, dan pada masa yang sama juga, jangan lupa doakan kedua ibubapa kita dan juga agar aku cepat sembuh. Cerita minggu sudah pun aku tak sudah karang lagi, aku dah dapat cerita baru untuk aku ceritakan pada penggemar karutan aku ini. Nak mengupload gambar yang jadi pasal sangat-sangat tu. Nak mengarut aku takde pasal, pasal aku suka mencarut mengarut. Jadi untuk terus membaca karutan aku, sila klik 'aku karut'.

17 Oktober 2009

Dari Dapur Kakak Aku - The Broken Leg Chef

Salam
Muahaha..arini misi aku berjaya untuk buat biskut ngan cis kek kukus yg pernah aku postkan resipinya dulu..wohoho. Tahniah pada si cacat yg tak bole nak berjalan dgn sempurna ini. Ntah macamana bole terpikir aku nak buat semua ni pun tak tau la. Tapi yg pasti semangat membuak-buak selepas aku makan biskut raya yg huduh rupanya tapi sedap nak meninggal. Masalah tentang biskut itu pula adalah, ia harus dibeli, dan sebalang memerlukan jumah wang yg besar iaitu RM20 sebalang, dan aku bole menghadap sebalang tu dalam masa sehari tanpa pemerhatian. Kalau ada org aku buat la segan-segan nak membelasahnya.

Acara bermula dari malam semalam, aku pun cari la resipi biskut yg ala-ala famous amos,dan hasil pencarian aku aku pun terjumpa resipi ini. 'The Best Choc Chip Cookies'. Haha, aku salin pastu bangun-bangun tido pagi tadi selepas selesai semua kewajipan aku sebagai manusia, aku pun telefon kakak aku tentang hasrat murni aku nak mempergunakan dapurnya dan segala alatan yg perlu utk menghasilkan bahan-bahan mentekedarah itu. Cadangnya aku ingin memandu sendiri kancil liar mak aku tu, tapi kancil liar itu tidak kelihatan, ditunggang badak tanah gamaknya. Jadi aku tangguhkan dulu niat aku dengan memejamkan mata diatas katil yg baru dihadiahkan CADAR PLKN oleh adik ipar dan suaminya yg tercinta.

Sedang khusyuk aku menjamu mata aku, badak tanah yang tadi tidak kelihatan tetiba je ada di depan pintu bilik aku bertempik suruh siap-siap nak pergi rumah kakak aku. Eh, mana dia tahu aku nak ke sana, rupa-rupanya kakak aku dah suruh dia datang rumah amik kancil jinak kakak aku semata-mata nak membawa aku ke rumah kakak aku. Maka terpaksa la aku bersiap-siap untuk pergi, dan yg bestnya, aku memandu sendiri kancil jinak itu, hahaha. Singgah sebentar ke kedai jual barang kek, beli cream cheese ngan sikit barang nak buat kek terus aku sambung perjalanan ke rumah kakak aku.

Sampai-sampai je terus tanpa berlengah aku menukar pakaian chef aku, iaitu berupa seluar pendek buat mandi laut ngan t-shirt aku pakai dari rumah tadi, (pakaian chef la sangat). Dan terus aku keluarkan resepi maut yang telah aku pindahkan ke dalam bentuk penulisan kreatif di atas buku nota yg bole terkoyak bila-bila masa. Resipi pertama aku untuk hari ini.


Tu dalam tupperware tu.. yg tepi tu susu tepung anak buah aku tu.




Tu hah,dah macam chipsmore biskut aku tu,leper je macam rempeyek. Hahaha, tp best nak meninggal, kata aku.

 Dalam menunggu biskut tu masak, aku meneruskan operasi menghasilkan resepi kedua, maklumlah chef kan, buat la keja lain dalam masa yg sama, haha. Ini resepi aku yg kedua. Iaitu Cis Kau Bedebah Kek Kukus.


Itu dia bahan-bahan yg dah kena pukul, aku dah salah pukul daa. Patut pukul A dgn masukkan B,tp aku dah pukul A ngan C sekali. Dah kemain lama plak nak bg dia rata. Tapi Alhamdulillah, kalau tangan tu dah berseni, walaubagaimanapun kejadian menda tu, tetap sedap dibaham.



Belum apa-apa dah hilang 2 potong. Aku la yg bedal, sape lagi..muahaha


Ni ha jarak dekat, aku rasa dia jd lain sikit pasal aku guna susu tepung anak buah aku, wakakak.
Melalak anak buah aku nampak susu tepung dia berada disamping besen doh aku tadi. Haha


Dan untuk penghargaan kepada mahkluk yg menghadiahkan kain cadar ala-ala plkn kepada tempat peraduan beta itu, aku siarkan juga la gambar cadar tu dalam entry kali ni, kelabu u kaler dia. Matching tak ngan corak sarung bantal tu? Matching kan?? hahahha.

Sekian saje la entry kali ni, aku post terus menerus dari tepi dapur kakak aku. Selamat menjamu mata. Kencing manis masing2 mentekedarah biskut aku tu. TErlebey sudayy


11 Oktober 2009

1st open house utk aku thn ini

Salam..
Semalam, aku akhirnya merasa jugak beraya kat umah org walaupun ianya adalah jenis rumah terbuka, tiada interaksi secara langsung dengan tuan rumah, tp acara makan tetap berlansung dgn meriahnya. Utk bg korg gambaran, Sate 4000cucuk, rendang itik, rendang ayam, soto, nasi kerabu, nasi dagang, nasi himpit, nasi paprik..eh tak, ko igt kedai makan semua nak kena ada. tp yg menganjurkannya mmg pengusaha pemakanan pun, segala jenis menda yg melibatkan makanan dia buat. Aku nak jemput kawan2 semua pasal ibubapa aku terlibat secara langsung dalam rumah terbuka ni, kira tumpang2 kawan la buat rumah terbuka ni, tp apakan daya, Port Dickson kini sesak dgn org luar-yg-bkn-bole-ngundi-pun-sebuk-jek-bikin-semak-menyusahkan-tuan-umah-nak-keluar-masuk-umah-sendiri..sudahnya org p.d sendiri tak dapat nak menghadiri rumah terbuka kami ini, jadi kehadiran tetamu sedikit hambar ah, makanan? hmm tapau la ape lagik.



 sateyss



 natey's




 demo sateyss yg sungguhhhh lembuts. Gigi palsuer jgn berani2 utk mencoba.




port kitorg spt biasa, tepi meja buffet, hohoh..dan disebelah, kuarga kecil kami.on sight cik tudung merah dan pa'an

psst: 1st entry aku yg ada byk gambar dan diupload dgn kadar sgt segera...hahahahha..entry  yg sebelum yg ini  masih belum mendapat 'sun'nye lagi utk aku bebelkan..jd tgu la ye,ada gmbr gak tu.tp belum di adjust lagi.

26 Ogos 2009

~Wolverine Kusut~

Salam..semalam 25hb Ogos, ari appointment aku ngan Doktor yg bertanggungjawab mengskrukan besi kat tulang peha dan yg mengikat dawai kat kepala lutut aku..kira macam follow up la ni..kira macam ape plak..mmg follow up pun..saje je nak menyusahkan org statement tu,cakap elok2 tak bole? Aku mmg sedar n peka yg temujanji aku tu semalam dan aku berusaha keras utk tido awal dan bangkit sahur kemudian terus siap2 tanak tido dah..itu antara proposal aku..tp masalahnya,jam 0330 aku masih lagi terkebil-kebil mcm kancil..sudahnya,baru je nak lena gajah mak aku dah bukak lampu kejut sahur..urghh..hilang sudah nikmat tido yg baru nak lena..tido yg macam ni paling mahal ko tau..saat perpindahan ko dari alam sedar ke alam tak berapa nak sedar n sebelum masuk alam mimpi..masa tu ko tak bole ingat ape2..mcm mabuk2 gitu..ape kes cite pasal tido plak ni..tak..nak citer laa aku tak cukup tido sbenarnya..haha..lepas sahur tu aku sambung sikiiiit je lagi tido tu..sampai 0630..aku bgn solat,pastu tido sikiiiit je lagi..pastu dalam 0730 aku terus masuk bilik air ngan tongkat hikmat aku mandi siap2 suma..

Dah siap suma tu,aku pun pakai la gel..rambut aku dah makin tebal,sebal je aku tgk..masalahnya kalau dia menebal sekata tak kesah sgt..ini menebalnya belah tepi jek..yg tgh tu mcm beriye plak proses penipisannya..bila dah jadi gini..aku pun igt nak sikat kebelakang la..sudahnya jadi lain macam..dah mcm elvis peresli dah..siap mcm ada ramose..tak bole jadi,sikat lagi,still yg tepi mcm tanak mengikut kata..ah lantak..aku pun biarkan jek..pastu tggu supir aku dtg amik..(adik aku laa..ko igt kaya sgt nak pakai supir bagai)..pasal semalam kedengarannya mcm membahan aku lepas sahur dia terus nak siap2 dtg amik aku,so tu pasal la aku siap awal pagi,jam belum pukul 0800 pun lg kot,dah lama tu aku tipon dia tya kat mana..a'ah ye,rilep je dia jawap..'ada ni haa kat atas katil,baru bangun'..ha'ah eloklah..aku pun bergegas bangun p masuk bilik tido sambung baring..aku ni dah macam org patah tulang belakang plak..tak bole duduk lama sikit,mesti nak kena baring..



Dekat pukul 0900 baru dia sampai,kebetulan anak buah aku ada sorg nak ngekor,padan la malam tadi beriye dia tanak balik umah dia,nak tido kat bilik aku..rupanya ada agenda..ape lagi,mmg elok sgt la dia folo,bole jadi tukang tolak kusi roda aku..dressing aku semalam plak dah macam pesakit spital sakit jiwa,putih dari atas sampai bawah,aku takde seluar,semua ada kat umah sewa,so aku pakai ape yg ada kat umah ni la,sudahnya yg ada masa tu seluar taekwando adik aku,aku pun sarung je la..nasib baik muat,pastu baju pun sama,ape yg ada jgk,makanya jadila sepasang pakaian yg sedondon warnanya,dgn jambang tak bercukur aku,pastu ngan rambut kembang tepi,pakej penuh seorg pesakit jiwa..baikkk...



Sampai KPJ aku disambut oleh..camne eh aku nak sebut,penyambut tetamu ke?tp dia laki..tp jugak,di lembut,kening dia di cantas halus..muahah..dia tolak aku sampai ke klinik Dr.Wan Hazmy Che Hon kat tingkat 1,ok tima kasih..aaaa..nak pggil dia ape?abg??lantak..tima kasih sudayy..tgh dok tggu2 turn..tipon berbunyik..sms dari CA ward yg aku kenal masa aku lepak ward aritu..CA ni 'care assistant',bawah dari nurse,helper nurse ar kiranya,dia msg bgtau yg dia suspek Horlicks 1 Nescafe 1..H1N1 laa,yaaperda..oo,ok,aku pun bg la kata2 yg menenangkan jiwa,sesi berbalas sms berlansung,tgk2 dia kat tingkat yg sama ngan aku masa tu,tgh tggu Dr.Marina katanya,haih,kebarangkalian utk terjumpa amat tggi ni..so aku pun buat2 stop balas bila dah sampai satu point yg ko dah tak tau nak reply ape..n then..ko tau tak damak ape dah jadi..dia muncul la kat blakang aku..dgn buat2 koolnye aku bertanya 'eh,timah,amcam?bila kena?dah confirm ke?masuk wad bila?' semua soalan aku tya skali,nak bg sesi temubual abis dgn segera..dia pun aku tgk dah macam parah gak,merah2 dah muka dok soksek2 sedut ingus..nasib dia pakai partical mask,bkn surgical mask,mask yg org buat gosok cat keta tu..kendian,dah abis suma dia jawap,keadaan sunyi sementara,aku dah kelu,pandangan aku pun dah kosong,tak pandang pun dia sgt,dalam ati ada goyang la weii..aku dah la tak pakai mask masa tu..huhu..then dia mintak diri..aku pun selamba je cakap..'OK!'..terus pandang tempat lain..huhuhu..soriii timah..



Turn aku sampai..aku no.9 pg tu..masuk2 doktor tya khabar aku ape suma..aku cakap ok je,cuma kat pinggul dah mula lenguh lepas ilang bengkak kot..pastu doktor tya ada pegi berubat ke ape ke tampal telur ke..hah?!..doktor ni tauuu..aiyokkk...aku pun sengih,tampal telur belum dok,tp aritu dah pegi luruskan besi,n skang ni dah lega la sikit..dia pun tak komen pape,maknanya ape yg aku buat tu didukung olehnya la kot..pasal menda mistik kan..dia pun dah berapa puluh tahun plak deal ngan menda tulang belulang ni..tau la dia citer2 misteri dusuntara ni..pastu doktor tunjuk demo eksesais kaki..baru la aku nampak yg doktor ni bole tahan byk cakap dia..siap buat gaya yg aku tak bole tahan tu..hahah..a'ah yelah..aku nak angkat kaki ni pun menggigil2,nak p buat mcm dia buat tu..kaki yg belah sehat ni bole la nak buat gitu..hahah..takpe la tuan doktor,nanti saya buat..haha..hilang akal..then dia suggest aku makan supplement caltrate,calcium pills..aku cakap aku dah beli lama dah,tu yg nak tya bole ke tak..dia cakap ok,teruskan..mmg itu la mendanya pun..perghh..terasa poyo kejap..aku mendahului doktor..wakakak..vongok..belajar malas sebuk nak banding2 ngan org pandai..semakk..



Lepas abis sesi consultation yg berharga rm90 tu aku turun p bilik fisioterapi plak..jumpa kawan2 lama..kawan lama la sgtt..tgk semua macam semacam jek..laaa..org ramai rupanya..dan masa berbuka masih lama lagi..jam baru pukul 1100 mcm tu..wakakak..aku pun cuba la buat2 lawak bodo,kacau student2 baru,tp tak berapa nak jadi,pastu aku lepak borak2 ngan ketua diorg,kak asrina yg kepala bana dia mmg biol,anak dah 2,tp haha..bole la..masuk aje ape citer pun,dah macam ustazah aku dulu2 masa form1-form2,sambil nak tggu katil kosong,aku pun p la farmasi amik ubat dulu,n masa tggu no aku timbul kat skrin tu,aku suh anak buah aku amik gambar aku,apela rupa aku dari kacamata org lain,nampak sakit jiwa sangat ke?..lepas amik ubat aku g bilik fisio balik,buat eksesais menyiksa kaki dalam setgh jam,pastu gelak2kan diorg melayan kerenah pesakit,pastu aku blah p naik atas ward..p cari mana2 makhluk yg aku kenal..dah jumpa 2 org borak2 lebih kurang,aku pun turun lobby tggu supir aku dtg jemput..



hah tu rupa aku masa ari kejadian..cukup semak tak?tak cukup?tggu lepas raya nanti..aku nak biarkan je jambang ni..bukan jamban ok..huhu

Dah naik keta tu aku cadangkan la kat adik aku tu supaya p umah sewa aku kat enstek sana..nak amik baju sikit ngan sabun basuh yg aku amik stok kat kawan aku berapa botol ntah..tp byk la jgk..baru je nak wat bisnes dah terbarai kaki aku,nak wat camne..redha je la..sampai2 umah,aku main redah je,aku tau diorg ada kat umah,pasal diorg keja shift malam mggu ni..bukak2 pintu je kecik sambut aku..kecik ni budak umah aku..aku masuk je umah terus dia kata,'teruknya rupa ko,dah macam wolverine kusut dah rupa ko haa'..hahah..itu mmg aku dah hagak dh..mmg mcm rupa wolverine pun..rambut kembang tepi,jambang tak terurus..sebijik ah..pastu dah amik barang borak2,time utk balik...hahah..cuba teka ape aku jumpa...

Aku jumpa awek yg aku tumpangkan ari aku eksiden tu..aku suh adik aku berenti..dia tgh nak p keja jgk masa tu..aku bukak tingkap..aku tegur..uit..meh la naik..dia pun on jek..mcm biasa la..aku rasa dia tak cam aku lagi..masuk2 keta dia duk sebelah aku,aku cakap..perasan tak org?alaa yg tumpangkan naik moto tu..dia pun jawap aaa..igt2..aku pun cakap aku eksiden ari aku tumpangkan dia tu..dia mcm terkejut..bla bla bla..sampai kat tangga yg aku turunkan dia dulu..dia keluar n aku pun berlalu pergi bersama2 adik dan anak buah aku pulang ke rumah ibubapa kuu...dan aku rasa entry kali ini paling membosankan..aku nak delete jek..tp rasa macam syg plak nak berbuat begitu..pasal dah panjang gila ni aku taipp..muahahaha..sape yg bole membaca sampai ke perenggan terakhir ni,sila tuntut hadiah kat aku masa raya nanti..kata kunci dia ~wolverine kusut~..ok..hadiah dia ada laa..jgn la tya..mgkin secupak kasih syg dari aku,atau mgkin jg duit raya rm1000..sapa tau..hahah..k ah..beram dulu..salam

28 Julai 2009

Takde Pasal Cari Pasal ii

Huhu..lepas balik dari misi semalam tu..aku meneruskan kembali kehidupan aku sebgai seorg pekerja..aku bangun pagi dan pegi keja macam biasa..sampai tempat keja macam biasa la..kena bahan la pasal join ride p naik kuala klawang tu..hahaha..aku tak tau apasal budak2 ni mcm tak berapa setuju ngan Azam ni..azam ni shift sebelah,and dia ni bole dikatakan incharge kitorg la,bila dah incharge tu maknanya bkn sebaya la kan,dan ya..azam bukan baya2 kitorg,tp baya2 abg sedara korg..tu yg budak2 sebaya aku dan kebawah mcm tak berapa nak mngikut program2 yg dia anjurkan..tak payah anjurkan la..dia ajak join program anjuran org lain pun budak2 ni mesti buat tak tau gak..haha..ok dah..cukup sesi membahan aku tiba masa aku mempoyo plak..
Tgh berpoyo-poyo bercerita pasal semalam dan kehebatan aku mengambil selekoh bulatan lcct ngan bulatan air asia academy,dan segala jenis cerita yg berkisar tentang motor,kelajuan dan selekoh,tiba2 je ada sorg mamat sengal lg bingai mengselatankan soalan plg aku menyampah nak jawap,soalan dia berbunyi begini.."bila last ko eksiden?"..perghhh..kalau ko dah lama idup mmg ko akan rasa la ini bukan soalan yg sgt sesuai utk disoalkan dan dijawap..pasal mcmana ko kalis nak jawap pun..ko pasti akan ter'riak' atau ter'takabur'..dan aku pun dah rasa tak sedap ati..aku pun jawap la ngan selamba.."hmm..ada la dekat 10thn.."..pastu aku rasa macam tak best jek.aku betulkan balik jawapan..eh..ada..4thn lepas masa apprentice kat subang...tp...apakan daya..aku telah pun terlepas kata sebelum tu...dan akibatnya..aku rasa tak sedap ati utk hari tu..tup2..aku di panggil kena wat keja..ada kapal nak kena buat skin repair..aku p,aku p ngan penuh keterpaksaan bersama2 jagung..
Dgn jagung pun macam takde semangat nak keja,n aku pun mmg malas nak buat keja..aku berkira2 nak mc..aku cakap kat jagung.."aku igt nak mc la esok..eh..lusa la..lusa ari rabu,bole p tgk wayang..haha"..dan perkiraan itu dibiar begitu sahaja..kitorg pun sambung buat keja ape yg termampu sampai la tiba masa utk pulang..sampai kat rumah,lepas semua rutin dilakukan,aku menggodek moto aku..tgk ada lagi satu i-mini yg mawi pakai tersadai kat tepi kotak peralatan membaiki moto budak2 ni..aku amik,aku pasang kat moto aku..kira aku dah ada 2 la menda i-mini ni..'i-mini' ni kira macam alat pengstabil voltan kenderaan,tp ini utk moto..tambah pick-up ngan respons ignition motosikal power aku tu..lepas2 pasang tu aku terus p try..aku dah terasa pickup dia lain macam...mmg rasa mencanak la..pastu sampai simpang nak kuar taman aku jumpa mawi..mawin ni budak umah aku..dia kuar p minum ngan adik dia tadi,dah terjumpa tu aku ajak la dia p makan..pastu aku terus cadang kat dia kita p makan kat pizza hut..dia pun set jek..aku pun ape lagi..yg peliknya..aku terus nak perah laju je moto aku tu..mmg laju aku bawak..sampai simpang benti,lampu hijau je perah balik laju2..sampai ada mamat india 2 ekor ni naik 125z tak bole ikut aku ngan mawi la..huhu..poyo2..sampai je pizza hut kitorg order mediterinian ke hape kejadah ntah..tp byk la aku order side dish..mmg rasa pelik la..makan berdua je ni ngan mawi ni..tp aku mmg gitu..suka belanja org..dah sudah makan kitorg pun nak berangkat pulang..maka berangkat la pulanggg..huhu..balik buat diam tak citer kat budak lain yg kitorg p makan pizza.
So esok pagi tu kitorg pun bangun mcm biasa...dan aku pun macam sedikit lewat dari biasa..n aku pun hidupkan moto sambil2 bersiap,kira panaskan enjin la tu..dah siap semua aku pun memulakan perjalanan ke tempat kerja aku..haha..mcm biasa la aku..kalau dah agak lewat dari biasa aku akan besit satu macam..aku besit dari kuar umah lagi..tp baru nak kuar simpang aku nampak sorg missy ni..missy ni tggal belakang umah aku..aku selalu la gak nak tumpangkan p klinik depan tmpt dia keja tu..tp selalunya dia berdua..so kalau aku tumpangkan dia..kawan dia lagi sorg tu pedih mata la..so masa ari aku nak p keja tu aku dalam keadaan paling puncak utk mendapatkan peluang menjadikan dia pembonceng..muahaha...dan aku berjaya..aku benti tepi dia lepas aku tgk dia macam dah kelam kabut kejar bot..aku pun tya dia.."nak tumpang tak?nampak macam lewat jek?"..dia pun bole lak jawap.."emm..boleh jugak..saya pun terlewat plak arini"..aku senyum jek..pasal mmg dah lama aku usha minah ni..wakakaka...lepas aku turunkan dia kat ngan klinik dia aku pun cakap jumpa lagi..tp rupanya..itu la kali pertama dan buat masa ni kali terakhir aku tumpangkan dia...
Pasal ape aku cakap macam tu??..pasal ape..pasal lepas aku hantar dia tu aku meneruskan perjalanan ke tempat keja dgn kelajuan yg agak tggi dari ari biasa..dan sampai pada selekoh kegemaran aku,aku sauk rapat terus,ada 3 selekoh maut masa nak ke tempat keja aku,satu masa turun dari bukit F1 nak ke lcct,pastu roundabout nak ke lcct,dan satu lagi roundabout nak ke tmpat keja aku..roundabout tangki minyak..dan nak dijadikan cerita,aku dapat layan satu selekoh jek..selekoh F1 tu jek..pasal ape??!..pasal kat roundabout lcct telah berlaku sesuatu kejadian yg tak best..masa aku nak sampai kat roundabout tu aku nampak satu group moto jalan..so aku pintas la diorg supaya aku masuk dulu roundabout tu sebelum diorg..aku berjaya..tp masa nak masuk roundabout tu,sudah ada satu moto berada di dalam kawasan roundabout..jadi aku terpaksa la masuk dalam sikit utk mengelak dari bertembung ngan mamat tu..pasal dia bawak perlahan..jadi dia bawak dalam garisan lurus..maklumla takde keta..sedap la kan nak buat garisan lurus kat roundabout tu..tp ape kes aku p citer pasal dia?
Ape kes la ape kes..oleh sebab aku dah masuk terlalu dalam..sudut capahan penyelekohan aku sudah menjadi besar..dan aku terpaksa turun lebih utk mengecilkan sudut itu..dan ari itu adalah ari terlaju aku memasuki kawasan selekoh itu..bukan nak poyo,tp nak bg ingatan...jgn buat gila..pasal ape?..pasal aku tergolek laaa..tayar belakang aku dah takde tempat nak cengkam lagi dah..jadi aku dah terseret..dah la terseret,ada devider plak tu..aku sudah langgar itu devider la masa tgh terseret itu..dan yg bestnya,dada aku dah hentak itu devider..dah 1 kali sakit,pastu lutut aku plak bedal devider tu,dah 2kali sakit,kesan dari bedalan itu,peha dan pinggul aku patah..wahhhh..seronokk..yaaa..seronokk..aku dah berhenti dari terseret..dan aku cuba untuk angkat kaki aku..ampasss..terkulai terus..langsung la aku terbaring kat situ menantikan bantuan..hahaha..tau plak ko kan tggu bantuan..tp tak lama aku tersadai kat tepi jalan tu..ramai terus org berhenti buat rawatan kecemasan..yg buat2 cemas pun bole tahan gak..hahah..abis dah time nak masuk keja,mmg sedang elok la ramai,kena plak ada yg dah lewat,mmg cantik sgt la tu,bole la masuk lewat terus dgn menjadikan aku sbg batu loncatan..haha..loncat la korg..aku belum habis cakap lg ko sudah terloncat2..macam monyet..
Dan utk pengetahuan korang...masa aku menulis entry2 yg ada ni..aku sebenarnya sudah 9hari berada di wad cempaka bilik 412 KPJ Seremban..peha aku dah ada besi,lutut aku dah ada dawai,dan pinggul mengalami kepatahan teruk..hahah..dan sekarang ni,aku sedang berusaha la untuk membaikpulih kembali keadaan diri aku ini..aku makan ubat aku buat physio dan aku dgr nasihat org tua..dan tak lupa juga..aku sedang terbayang duit insuran yg bakal aku dapat..hoho..siap la agen2 insuran akuuu...wakakak..letihh..duit mc aku aje dah berapa..mc aku buat masa skrg ni yg confirm 6bulan..hoho..lepas 6bulan tu mesti ada rawatan susulan ape suma kan?huuu..sambung lagi..wakaka..socso lagi..aku dah terbayang superbike,kawin,umah,keta cash dah masa aku tergolek aritu,hahah..rosak kepala otak aku ni..muahaha..ok ah..nak masuk tido plak..esok nak kena mandi..mandi pun dah macam payah je skang ni..luka dah mula mengeluarkan air..dan tidak menunjukkan kesan utk kering dalam masa terdekat ni..huhu..tido tertindih luka..bila la nak kering luka tu..ok kawan2..selamat membaca la ye?aku tau..byk sgt..tp ape bole buat..dah aku suka cari pasal..hahaha..salam..tp beringat la kawan2..pastikan ada sesuatu utk dibanggakan disebalik kecelakaan yg menimpa anda..percaya pada qada dan qadar dan positif dgn ape sahaja yg melanda diri anda..pastinya ada hikmah disebalik segala kejadian..hikhik..vroommm

Takde Pasal Cari Pasal

Salam..lama tak post..sebenarnya dah nak post dah ari ahad lepas..tp masa tu tak sempat..ape ada masa ahad lepas?ahad lepas aku dah join satu geng motor ni p layan2 korner kat bt.14 cheras menghala ke kuala kelawang..mmg best ah layan lap sepanjang jalan..berbulu tayar aku...tp mmg thrill..sape tak pernah try n rasa mcm dah hebat..p la try tgk..korg tau la korg hebat ke tak masa tu..muahaha..mmg tercabar minda ko..aku nyaris2 nak tersungkur la pasal guna brek depan semata..pasal nak pakai brek belakang aku dah kepak aku pya pedal ke atas..so kaki aku betul2 hujung tapak kasut je pijak kat stand tu..cukup..itu satu hal..kira aku nak citer ni aktiviti aku dihujung mggu la konon..padahal baru sekali tu je aku join group tu..pasal kepala menda2 mcm gini satu tempat keja ngan aku..mmg dia hidup la kalau ada aktiviti permotoron gini..yg mana melibatkan ramai org dalam satu2 masa..aku plak join pasal dia ajak aku..selama ni dia ajak budak2 lain takde sape yg nak ikut..so aku pun melayan la kiranya..ko kan tau aku ni macamana..bukan jenis yg mengecewakan..wakakakak..ampunkan kami penunggu guaa..
Aku p ngan berahim kecik..aku racun si kecik ni follow sama..abis moto baru takkan la nak peram jek..pagi2 majid lagi aku ada kat depan umah dia dah..pastu aku gerak ngan dia p hentian nilai lepas isi minyak kat shell nilai..aku isi rm15..full tank la kiranya..sampai kat hentian nilai..tggu azam ngan kawan diorg plak..oleh kerana kitorg 1st time..so gear kitorg tak de la lengkap mana..mmg tak lengkap langsung..pakai glove jek..haha..pastu yg azam ngan member dia sampai tu siap pakai jacket bagai..knee padding maut jgk la..mmg nampak mengujakan la..tp syg,kitorg tak tau ape menda yg diperlukan,so masing2 bawak beg atas belakang je la..hahah..kira sbgai pengadang tulang belakang la tu kalau eksideng..muahaha..
Dari hentian nilai tu kitorg gerak berempat plak..sampai la ke cheras bt.14..lepak kat kedai makan bawah tu sampai la geng2 yg lain sampai..lagi sekali aku ngn kecik antara yg terawal..lepak dalam sejam gitu..kitorg pun siap2 nak berangkat naik ke kawasan melayan selekoh..uh..mawutt..masa nak naik tu ada la dekat 30bijik moto..campur2..tp suma bawah 200cc la..masa dok berkumpul setting2 kamera tu..berdezzup geng2 superbike naik..bapak laju woii..kurang asam..biarkan..enggang sama enggang..hahah..dah siap semua tu,kitorg pun start kitorg pya misi takde pasal cari pasal ni..pergh..mmg layan bg siapa yg suka korner cecah lutut..mmg harap kat tayar la korg oi..skill masa tu jatuh no.2,makin mahal tayar anda,makin rendah dan laju kemasukkan anda kedalam sesebuah selekoh..citer aku ni mcm aku dah pakar gile dak?padahal itu la pertama kali aku join menda gini..mmg semata2 utk melayan selekoh..aku rasa sehat sikit kot dari berlumba kat tgh jalan sana..ok cukup nasihat dari org yg tak berapa patut utk memberi nasihat,haha..
Permulaan pencarian pasal kitorg tak berapa best..baru je nak layan maut sikit kitorg terpaksa berhenti,pasal ape..pasal sudah ada sorg rider yg bukan dari group kitorg sudah tersadai kat dalam longkang selama sejam dan ditindih motonya sendiri..huu..ngeri..dia takde pape sangat..tp dia tak bole bergerak,tak tau la pasal slip disc ke ape ke..tp yg pasti..sebelum kitorg sampai mmg takde sape nampak mamat tu ada dalam longkang tu..ko bygkan la dah sejam dia kata dia dok dalam longkang tu..pergh,kalau meninggal?tggu busuk la baru org jumpa..huu..tp kejadian itu tidak menimbulkan sebarang kerisauan kepada ati2 pencari pasal ni..pencarian pasal diteruskan..dan tak lama selepas beberapa lenggok..haha..bukan nak gelak..tp ntah..igt tak yg aku kater superbike berdezup potong kitorg tu?haa..2 dari sekumpulan sbk tu telah kecundang..yg satu tu teruk gila la...totalled kott..ktm 750..hancur depan pasal terlanggar kalbod tahik tepi jalan tu..pastu member lg sorg tu plak ikut rapat sgt,so sudah terbrek depan dan sudah tidak dpt utk mengelak..dan pengakhirannya,beliau turut sama terbaring..haha..tp dia terbaring tak lama..pasal dia pakai full suit..tak macam brader ktm 750 tu..pakai tshirt ngan jeans jek..pastu dgn kalung gunung berapi tu..haha..ternyata menda itu tidak mengebalkan keadaan anda ye..brader tu patah kaki kot..pasal tak bole bergerak dah..aku tggalkan air yg aku bawak bg kat brader tu..pastu kitorg jalan lagi..tp slow2 je la..jenis2 syok2 sendiri je la..pasal otai group yg aku join ni bitau aku..ride kali ni antara paling slow dan lama..pasal byk sgt eksiden..tp tidak bg aku..aku tetap rasa mcm laju tak ble blah jek..menuntut pengorbanan nyawa jgk la nak follow moto2 besar dpan aku tu..hahaha..besar tak besar la..sama je cc,tp diorg 2stroke..aku 4stroke..nasib tak berkecai kotak gear aku main drop2 gear..huhuhu...
Okkey..dah setel semua menda ni kitorg pun berkumpul balik minum kat kedai bawah masa kitaorg mula2 nak naik tu..lepak buat rumusan sikit pasal ride tu,pastu tgk video yg dirakam semasa pemanduan..yg pasti..paling byk sekali aksi aku..pasal aku selalu lepak belakang motor2 yg ada video cam ni..hahah..tp aku buat diam jek..pasal aku pun baru je kenal diorg aritu,takde la nak meriah2 sgt..hikhik..dah sudah tu,kitorg berangkat balik Nilai..n otw kat hiway tu..eksiden mcm pesta..pasal hujan..stok eksiden kurang2 10bijik keta..n bukan setempat jek..selang 500meter kang ada lagi satu kelompok yg buat aksi begitu..tp lantak la kat diorg..pasal diorg kat sebelah lorong sana..aku nak prihatin sgt pun macam tak appropriate plak..haha..speaking aku haa..wakaka..kira macam tak bertempat la maksud dia..ni pun aku tya org..haha..ok..dah ujan tu..aku pun besit la laju sikit pasal nak cepat sampai umah..dah sampai umah..ape lagi,jemur baju suar kasut ape suma la..dah lencun beb..budak seko pun takde kat umah..aku pun tido..esok ada citer baru..hahah..

04 Julai 2009

~Sesi Penjelajahan Dunia~

Salam semua..entry kali ni mcm tak aci sikit,pasal aku nak citer pasal menda tahun lepas..alah..bolekan aje dak?still citer pasal aku kan?haha..kali ni aku nak citer pasal sesi penjelajahan aku ke negara2 org..aku memulakan program tanpa tajaan ini dari tahun lepas lagi..jadi negara pertama aku cuba jelajah adalah tanah seberang iaitu Indon..diikuti dengan negara pengeluar jenama2 terkenal,sehinggakan barangan yg dikeluarkan dari negara ini dikatakan 'under licence'..ciss..celah manaa..hahah..xde maknanyee..selepas itu diikuti dgn negara jiran,haa,yg ni terus terang negara pengeluar jenama tiruan..cakap je ape menda korg nak dia tiru..bulat2 kott dia tiru..haha..itu la Thailand..hah lupa..negara sebelum Thailand tu,Vietnam sebenarnya..lupa nak bitau..


Setelah mcm boring main kat negara2 yg bersepah rakyatnya di negara Malaysia tercinta kita ni,aku menukar selera untuk bermain di sekitar benua Eropah,tempat pertama aku jejak adalah ibu kota London,eh..kota london ada ibu ke?bila plak dia diberanakkan?..hehe..tak2..saje je merepek..aku lepak kat london dekat semggu jgk la..eh..semggu la..ape plak dekat semggu..so mmg aku org miskin la kat sini..jgn byk tya..berapa aku bawak..mmg tak lepas nak idup sehari pun kalau nak diikutkan..haha..selepas dari london tu aku stop kejap..dalam setahun gak la aku stop merayau p negeri org,pasal bz sikit kot..ataupun utk lebih jujur sikit,cuti aku dah abis tiket free aku dah guna..haha..masa ni tahun 2008

So dah masuk tahun baru ni,2009,aku menekadkan diri utk berjalan lagi,kali ni aku ke Dublin Ireland,tp aku melalui Paris,Perancis dan dari situ aku ke Dublin,aku lepak sini dekat semggu jgk..ari Ahad aku sampai,ari Jumaat aku blah,dan untuk pengetahuan,kat sini lebih mahal berbanding London,aku tak tau apsal tp yg pasti aku rasa aku memilih utk stay kat london kalau di beri pilihan..mungkin pasal masa tu matawang pound jatuh kot,dan bila main convert2 rasa berbaloi lagi dari menggunakan matawang euro,siyes,mana yg pakai euro mmg mahal..haha..aku pergi Dublin atas jemputan kawan2 senget 'tertanda' aku..nanti aku citer lebih lanjut utk slot yg ini..dan balik dari Dublin aku ikut London,so itu masuk kali ke-2 la aku jejak kaki kat london,tp pasal masa tak berapa nak ada bekal,jadi aku berlegar2 sekitar airport heatrow je la..kopang gila kat situ,wifi pun takde..kalau ko tya information counter pun mmg diorg kata takde la..tp kalau ko rajin search jumpa la..tp nak connect tu mmg tak dapat la..kede gila..paris pun sama..siap nak kena bayar..15minit €2,bangga betul aku ngan KLIA kita ni,wifi free..haha

Ok cukup dulu sinopsis citer aku tu..nanti aku senang aku buat bab2 dia..arini tak dapat lagi pasal aku tak jumpa cari gambau2 terdahulu..lgpun esok nak p kenduri kawin budak umah sewa aku,nak tido masa bila plak kalau aku meneruskan niat aku nak mencapap ni..kan kan kan..jadi tanpa melengahkan lebih byk masa aku biarkan korg ternganga kat sini dulu la eh..selamat malam..eh..dah 3.30pagi..mamposs..hahah..tata..

02 Julai 2009

~Aku Seorang Pekerja II~

Salam sejahtera..bertemu kita lagi walaupun dah macam nak muak dok tgk org yg sama je yg berbual..dah blog aku..kot blog meme ke isya ke aka ke..eh..aka mana ada blog..dia aktif kat tagged pun dah cukup bersyukur kot bg kawan² dia..haha..sebenatnya bukan diorg yg aku nak citer,tgk tajuk pun dah tau dah yg bakalan korg baca lepas ni suma pasal aku,bukanlah nak membangga diri,tp itulah hakikatnya,keja kat tempat aku ni mmg 'heaven',jgn tya aku apemenda tu,sila selak kamus,aku pun main sebut jek ikut budak² tua sebut..haha..aku tau la..ape ingat bangang sgt ke aku ni,'heaven' tu adalah sejenis coklat dari dublin yg dibuat khas utk pasaraya ALDI..sedap gila woi..hahah..aku saje bedal 3bar,tak payah full bar pun dah clear..erk..paham ke?abaikan sudeyy..

Dah²,cukup mencarut,aku saje je tadi tu,nak buat satu perenggan..kot pendek sangat mcam sia² plak usaha cikgu² B.M aku ngajar buat karangan masa aku skolah dulu,hikhik..Gini,korang igt tak entry sebelum ni yg aku cakap aku takde keja 2mggu berturut-turut,hah amik kau,lepas je balik dari membawa suku kaum lampi tu berjalan,aku dibebani kembali dgn tugas² urgent,yg mana mmg kepakaran para 'Incharge'²ku menyorongkannya padaku..pasal ape aku kurang pasti,tp yg aku perasan,aku tak pernah menolak ape jenis keja skalipun yg dihulurkan pada aku,waima merepair karat kesan dari air jamban sekali pun,tanpa rasa segan dan silu aku memegang kawasan kejadian dgn selesa,kdg² je pakai sarung tangan,selalunya tgn kosong,uh,jijik la tu?ko tak tahu berapa berkatnya pendapatan hari itu..hahah..dah,bukan citer pasal taik ni..citer pasal keja aku la woi,dan aku bukan pencacai najis ok,saje je citer nak bagi korg mcm loya² org ngandung..bole??


Aku sebenarnya tak kesah pun ada keja ke tak,tp,dari bg kat aku n the gang,baik bg kat vendor indon yg gajinya berganda dari kitorg kot,bukan nak dengki2 ke ape,tp standard ah,gaji ber'k²' kottt diorg tu,ni bkan indon keja kontrak bikin umah cok sawit jaga budak suma tu,ni dah masuk kategori profesional,tp harammm,pro celah mana ntah..aku yg baru 5thn jagung ni plak nak kena mengajar kadang²..wuntung la woiii..sakit jiwa kadang tu melayan cemerkap seketul²,tu pasal aku mengambil pendekatan utk menjadi kejam takde belas..bukan la aku p dera diorg,tp dari segi kewangan,hahahaha..gelak dulu..ok dah,memandangkan bapak ni byk duit,jd kitorg² ni akan selalu ajak bapak ni kuar makan kat satu kedai indon ni,BONDI nama kedai ni,dan dalam sebulan ada la sekali-dua kot kitorg 'pow',acara wajib!!..hahah..pastu lagi,setiap kali bapak² ni balik Bandung,mesti kemain byk ufti diorg bawak balik bg kat kitorg,ngonyelan jgn cakap la,mkn sampai muntah,ole² lain lagi..haha..setel..ok ah..aku pun tak tau nak taip ape sebenarnya,2 hari tu nak sudahkan entry ni..haha..senget.

24 Jun 2009

~Aku Seorang Pekerja~

Salam,lama kita tak jumpa kan?haha..masuk ari ni dah dekat 2mggu aku dtg keja balik keja tanpa bekerja..haha..sekadar memenuhi kehendak syarikat yg mewajibkan pekerjanya datang tepat pada masanya dan pulang pun tetap pada masanya,aaa..yg pulang tu aku rasa jarang sgt aku pulang tepat pada masanya,maklumlah keja shift kan,pada tiap² shift malam kitorg akan memilih dan menugaskan seketul mamat tenuk utk men'scan'kan barcode kitorg,dan secara automatiknya mamat tenuk itu akan diberikan obertime utk tugas demikian..hahah..seronok bukan,sambil tggu masa tamat tu,ngadapla internet tu sampai muntah,main la game ape pun ko nak main,tp skrg ni demam mafia wars 'tagged',jd kebykan mamat² tenuk yg menagih game ni akan merelakan dirinya di'mamattenukkan' semata-mata kerana game vongok tu..dan sukacita dimaklumkan,aku salah seorg dari mereka..wakaka..

Ini la mafia wars aku cakapkan tu...

Dah selesai semua kat tempat keja,sambung balik kat umah..bg yg ada streamyx ke broadband ke wifi curik jiran sebelah pya ke mmg itu je la kejanya,menda ni dah jadi mcm demam plak,sampaikan dtg kerja tu semata-mata pasal ada internet jek,kalau tak,aku rasa ramai yg mc kot,aku terkecuali yea,aku ni antara pekerja sihat,tahun ni tak pernah mc lagi,tahun lepas kalau tak kerana terpotong hujung jari aku dikerjakan mesin kerat besi tu,aku tak mc kot..huhuh,padahal sehari tak dtg kemain byk elaun kena potong,tanak aku..lari abis aku pya perancangan kewangan kang,dah la jenis akaun tak pernah seimbang,haha.

Haa,dalam aku mencapap² ni cuba teka ape yg terjadi hari ni pada saat ini,gaji dah masukk..hahahah..pakat berkerumun depan pc tgk 'kawan kau',alaaa..yg rimau kuning tu,pakat dok congak² dpn ni haa belen yg tggal..mcm biasa la beb,makan gaji,duit tak cucuk kuar lagi kadang belen dah tak tggal ape dah masa dok congak tu..tp xpe,kita biarkan dulu congakan itu,ape kata kita kuar p makan²,abiskan dulu ape yg ada dalam poket ni..esok kita bukak la buku hutang baru..haha..uh berpusing plak kepala aku ni..ape ada gempa bumi ke ape ni?bergoyang je kepala hotak aku ni..ok ah,esok dah sehat aku sambung lagi citer lain,kita citer pasal aku sebelum² ni nak?!..citer pasal percutian aku ke?pasal menda² lagha yg aku dah buat ke?..amcam?..berehhh...sayokailangorengikanmasin..jumpa lagi..daaa






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails