Kempen Semasa

Kempen Semasa

29 Julai 2010

Motibasi

Salam,

Aku memerlukan motivasi diri yang membina dan bukan motibasi yang menjengkelkan, keadaan aku dah cukup mengjengkelkan sekarang ni, tambah-tambah hari Isnin ni aku dah kena melaporkan diri ke tempat kerja, rasa malas dalam diri aku ni membuak-buak lepas demam minggu lepas, perghh, inilah demam yang aku akan kenang, demam tu takde pasal sangat, tapi tang sakit tekak dia tu, suara ada, kahak takde, tapi seksa nak menelan tu macam terlekat tulang kambing. Melompat-lompat nak menelan waima air liur sekalipun. Itu belum aku telan mati bapak lagi tu. ahh. abaikan

  Betul tak tentu arah ni, dengar ruqyah dah hari-hari ni, perangai lepu macam tu jugak, perancangan tiptop dari awal sampai abis cuti, tapi sayang, perlaksanaan takde langsung. Terkebil-kebil macam kena timbil. Orang kata kalau atas kertas dah menang lama dah, tapi masalahnya sekarang ni, bukan boleh pakai pun kertas tu. Ape yang aku karutkan ni pun termasuk dalam perkara yang menjengkelkan aku, aku suka buat menda yang takde hasil seminggu ni. Tapi takpelah. Ini pun bukan ada hasil kalau aku citer lebih-lebih pun.

Dah macam saiko kan? alah, sekali-sekala meroyan ape la salah eh, mana tahu lepas aku buat gini aku terus bersemangat waja macam Rusdi Ramli dalam citer spektra Hati Waja tu..haha Good Day mate.

Salam Basi

20 Julai 2010

Kembali Beraksi

Salam,

Akhirnya, esok genap setahun tahun masihi aku bercuti sakit..record aku pegang setakat ni. Belum ada siapa-siapa lagi yang buat gini, yang pergi tak kembali tu jangan la cakap. Tunggu turn je masing-masing ni.

Lepas tu, masuk bulan 8 ni, sepuluh hari sebelum puasa aku akan kembali bertugas dengan cangkuk ataupun dengan kekerasan. Dah lama sangat pulak aku rasa aku menikmati gaji tidak bermata ni. Tapi ok la kan..bukan aku mintak, tapi adalah sikit berharap, kalau tak siapa nak tanggung hutang piutang dunia aku tu.

Oklah, cukup untuk hari ini, bak kata seorang sahabat bakalan guru, aku semakin rajin sekarang ni mengemaskini blog. Jadi nak tunjuk malas sikit la arini. Tuan sheikh pokok cili, jangan lupa hdtv 42', kalau upgrade tukar menda lain bole tak? hahah..selamat berjaya.

Salam Aksi

11 Julai 2010

Betullah Orang Kata, 'Masa Itu Emas'

Salam,

Wohoo, sekarang aku dah nampak dah masa itu memang betul-betul boleh jadi emas. Jadi tanpa membuang masa, aku nak pergi melombong emas kejap, sambil-sambil buat pahala tambah darjat sikit. Haha.

Tata

Salam Emas

01 Julai 2010

Test Drive

Salam,

Kali ini kita bercerita perihal diri pulak, dah 2 entry iklan je kan, walaupun iklan tak berkesan pada rakyat tempatan yang berada di Malaysia sendiri, namun sekurang-kurangnya mendapat perhatian rakyat Malaysia yang terbuang. haha.. Jangan marah cik pingu dan ustazah seimura..nanti toksin bertambah. Buat informasi anda berdua, jumlah pos laju ke negara-negara anda diami sungguh mahal, bisa membuat anda berpuasa seminggu dan seterusnya kadar toksin akan berkurangan dengan automatiknya. Puasa je lah, balik Malaysia nanti baru try, amacam? beras keluaran bernas tak idea guwe?. Kejap, adakah anda menyangkakan rm20 termasuk penghantaran itu melibatkan negara-negara anda diami? oh tidakkk..bakal keguguran rambut-rambutku yang ada ini kalau sedemikian  keadaannya. Ok cukup.

29 Jun 2010 bersamaan dengan hari Selasa, aku telah memandu uji kaki baru ke tempat kerja, konon-konon nak 'ushar line' apa kerja yang sesuai dengan kemampuan diri, tapi ternyata hampeh, duduk melepet depan pc memfesbuk dan membaringkan diri di sofa bilik rehat je kerja yang paling berat boleh aku buat. Yang lain-lain aku mampu lihat dari jauh je. Tak boleh jadi ni, kaki tak cukup gagah untuk menghulu-hilirkan badan ke kapal-kapal untuk memantau apa-apa tugas yang ada. Oleh kerana cuti sakit masih berbaki lagi 2 minggu, jadi ada baiknya aku bersenam di rumah sewa dengan menuruni dan menaiki tangga, mana tahu dalam masa seminggu kaki aku kembali berketul macam dolu-dolu. wahah. Bersenam la sangat.

Permintaan untuk perkhidmatan bekam oleh rakan-rakan sekerja juga sudah diterima, ramai betul yang 'kong', itulah, kerja dah macam tak reti nak bercuti, semua sapu, tak kira cuti apa, semua disebatnya, sudahnya badan terbarai. Sorang-sorang terlantar sekarang ni, dan natijahnya, kekurangan kakitangan yang fit to work. Itupun ada jugak yang ada hati menggasak lebihmasa waktu hari rehat, agungkan sangat RM tu. Baru je hari Isnin kelmarin orang berkongsi pengalaman hidup dengan aku. Dia seorang karkun tabligh, dia kata,

"bahagia tu bukan kat banyaknya duit kita, kalau duit banyak pun tapi keluarga terbarai tak guna jugak, tiada doa dari anak-anak soleh untuk kita lepas mati nanti."

Ini aku dah terjemah maksud ayat dalam bahasa Melayu, masa dia berbual dengan aku dia cakap bahasa 'amareka' a.k.a kelantan.

Banyak betul tugas kita yang tak selesai lagi, kita selalu lupa yang janji Allah itu benar dan tepat dan kita masih lagi menagih janji dari manusia. Tapi ramai antara kita tak nampak lagi, ataupun dah nampak, tapi saja buat-buat keras hati taknak ambil peduli. Pastu bak kata seorang sheikh ni pulak,

"ko jangan ingat ko dah ada keja selesa, keja dengan kerajaan apa semua hidup ko dah terjamin, takde de, menda-menda ni semua nothing la, bila-bila masa boleh jadi menda yang tak dijangka.", ujar beliau sambil memasang rokok gudang garam nusantara. (ayat dia ni aku reka lain,mana nak ingat damak seketul-seketul, aku bukan perawi).

Sudahlah, panjang pulak aku melalut. Tengah takde keja nak buat ni rajin plak aku nak berblog, sambil-sambil tu konon-kononnya entry terakhir bulan Jun la kiranya. Banyak entry aku nak buat berkaitan bulan 6 ni, tapi takpelah, tunda bulan Julai. Tajuk dia 'Memperingati Bulan Jun', amcam? Boleh?

Salam Bahagia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails