Kempen Semasa

Kempen Semasa

24 Disember 2009

Yaaa...Yg Dekat Mai Rapat Yg Rapat Jauh Sikit,ada bau la..

Salam,
Akhirnya, ada jugak tugasan untuk aku, kalau geng-geng ibumerah dengan tumittinggimerahjambu diberi tugasan oleh nuffnang, aku pula diberi tugasan oleh ngokngek kongkeng, apakah tugasan tersebut?.
hmm..mari kita klik 'maut-maut je kau ni kan!?'. Tapi sebelum anda semua klik itu, sila bertanya pada diri sendiri, "saya dah solat ke?" kalau jawapannya 'belum lagi kot?', ada baiknya anda berambus dengan segera dan kembali semula setelah selesai mendoakan kesejahteraan ibubapa anda dan juga aku. Boleh? Mestilah bolehh..kan kan kan. U mai prenn.. dan kalau jawapannya 'Ya! saya sudah selesai' maka berlapang dadalah anda mengklik link tadi. Selamat menjamu nafsu.

Jin Kalewa Jin Galak

Salam,
Penangan jin ke ape aku tak tau, tapi dah seminggu aku jadi malas je nak update blog ni, jadi takde ape cerita menarik dah nak diceritakan, semua jadi tak best. Mana nak bestnye, atas katil je sepanjang hari aku..haha..

Ok ah, nanti ada cerita macam menarik sikit aku unjurkan sikit kat sini. huhu

20 Disember 2009

Ringan-ringan serta impaknya.


Ringan-ringan' Sebelum Kahwin 


Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak  dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.
Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.
Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.  Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.
"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"
Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji  yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah memantau beberapa laman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkannya ke bahasa Melayu, semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita dan generasi mendatang.. Janganlah kita dok mengutuk kaum Yahudi terus-terusan, sedangkan badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembunuhan secara zalim di Gaza akan segera dilupakan tanpa satu pun general tentera Israel dibawa ke pengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab di sekeliling mereka.
Tesis itu bertajuk “Why the jews so smart” sukacita saya alih bahasakannya secara ringkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semoga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan generasi yg baik.
Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir
Universiti Massachuset
USA. 
Ini adalah salah satu email yang telah aku terima, jika terpanggil untuk meneruskan pembacaan, sila klik 'kenapa yahudi bijak eh?' 

Deii..Yaperdaaa



Salam,
  Sila berikan pandangan dalam gaya anda sendiri setelah melihat gambar di atas.

melainkan anda memang seorang yang tidak ambil kisah langsung terhadap ke'sumbang'an sesuatu perkara dalam hidup anda.

tanggung la sendiri.

Jenis- jenis Solat yang tidak diterima Allah S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

16 Disember 2009

Mana Satu

Salam,
Renungan bersama hasil dari pemanjangan sebuah email, sekadar berkongsi dan sama-sama memikirkannya


lebih gembira menyambut
1 Januari   daripada 1 Muharram  !
lebih tahu apa itu
14 Februari  daripada 12 Rabiulawal   !
lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad  daripada hari Jumaat   !  
lebih khusyuk mendengar
lagu  daripada mendengar Azan   !
lebih suka
lepak, tidur, tengok TV..dll   daripada Solat dan mengaji !
 
lebih tahu tentang artis pujaan  kita daripada nama Nabi-Nabi Allah   !
lebih suka menyebut
hello!   dan hi!  daripada Assalamualaikum   !
lebih suka
menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll   daripada Berwirid atau Bertahmid   !
lebih suka memuji
manusia
  daripada Tuhan  kita sendiri !
lebih suka membaca majalah hiburan daripada Buku-Buku Agama   !
lebih suka ke
konsert, karaoke  daripada ke Ceramah Agama   !
lebih suka
memaki, mengumpat   orang daripada Memuji  mereka !
lebih suka
mencarut   , @#!*@!! daripada menyebut Astaghfirullah   !
lebih suka
kemungkaran  daripada membuat Kebaikan !  
lebih
bangga  dengan kejahilan   kita daripada Bersyukur  dengan Keimanan   kita !
lebih cintakan
dunia   daripada urusan Akhirat  !
 

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa,

KITA SEBENARNYA lebih suka menuju ke
Syurga daripada ke Neraka  !
Layakkah kita dengan Syurga  milik Allah ???

15 Disember 2009

Liciknye ini worang.

Salam,
Seperti biasa aku akan melawat capaian-capaian rakan blogku bila ada masa, dan satu entri saudari ini telah membuat aku terpana. Apakah dia?..hmm mari kita cuba.

pada perkataan blogspot kita ada huruf  's' bukan?
anda buang 's' tersebut, maka ia akan menjadi blogpot bukan?

Jadi sekarang anda taip url blogspot anda tetapi buang 's'nya,
anda akan dibawa ke suatu website dakwah kristian. 'Bible Studies.Org.' tanpa mengubah apa-apa pada url link anda itu.

Nah, licik bukan?
Tetapi tidak mengapa, mujur aku kurang rajin untuk membaca, kerana tulisannya halus-halus dan panjang.
hehe.
Selamat mencuba ye..Salam
Allahuakbar.

13 Disember 2009

Siapa Kita?


SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA........... 




Siapakah orang yang sibuk? 
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s 

Siapakah orang yang manis senyumanya? 
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. 


Siapakah orang yang kaya? 
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 

Siapakah orang yang miskin? 
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 

Siapakah orang yang rugi? 
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan... 

Siapakah orang yang paling cantik? 
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? 
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya... 

Siapakah orang yang mempunyai akal? 
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.. 

Siapakah org yg KEDEKUT ? 
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang cerita ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain. 

Berdirinya saya disini adalah kerana...

Salam,
"Sebelum saya memulakan penerangan saya ingin saya memohon maaf kerana kelewatan kami, kerana saya baru diberitahu tadi tentang majlis ini......"
Itu adalah petikan ucapan aku pada majlis home party makcik-makcik HPA kat satu balairaya Rumah Rakyat Pekan Lukut. Gaya macam aku ini penceramah jemputan kan, harkktuih. Aku sertai pasukan ini pun tak sampai 3minggu kot, kad keahlian tetap pun belum dapat lagi. Memang mencabar minda betul, sudahlah dihadapan makcik-makcik yang tidak pernah aku kenali, mujur hanya 5 orang sahaja. hahahaha. yang lain sudah pulang kerana terpaksa menunggu kehadiran penceramah bebas ini selama 2jam, sudahlah baru, datang lewat lagi, memang pakej lengkap seorang poyo. Mahu lihat kepoyoan aku? Klik ' Poyo ah kau'.

05 Disember 2009

Tolonglah ai yu ol!

Salam,
Tolonglah, korang tolonglah doa-doakan aku supaya enzim-enzim jahat bernama papuratusmalasnyenakupdateblogniii hilang dari mengganggu pemikiran aku, dan pada masa yang sama juga, jangan lupa doakan kedua ibubapa kita dan juga agar aku cepat sembuh. Cerita minggu sudah pun aku tak sudah karang lagi, aku dah dapat cerita baru untuk aku ceritakan pada penggemar karutan aku ini. Nak mengupload gambar yang jadi pasal sangat-sangat tu. Nak mengarut aku takde pasal, pasal aku suka mencarut mengarut. Jadi untuk terus membaca karutan aku, sila klik 'aku karut'.

Ilmu Haq

Salam,
Ini ada satu email aku dapat, jadi aku pun tolong copy n paste je la. berminat bole la hubungi beliau.




Tolong promosikan, copy paste, print dll

Assalamualaikum,

Saudara, Saudari, Tuan-tuan, puan-puan, Dato-Dato, Tan Sri-Tan Sri, Tun-Tun, Sultan-Sultan, Mufti-Mufti dijemput ke majlis:

PERSIDANGAN/PENERANGAN / SEMINAR / KURSUS / MUZAKARAH/ DIALOG
(PERCUMA)

BERKAITAN:

1. Konsep & Kombinasi Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah, Ilmu Tasauf, Ilmu.
2. ILMU HAQ(Ilmu benar & Allah reda)
3. ILMU BATHIL(Ilmu salah & Allah tidak reda)
4. TEKNIK-TEKNIK MEMBERSIHKAN AMALAN BATHIL
5. ILMU BATHIN DAN ILMU ZAHIR
6. TEKNIK BUNUH IBLIS, SYAITAN, JIN, BUNIAN, KHANNAS, QARIN, DJIBT, THOGHUT DAN YANG SEKUTU DENGANNYA SECARA FIZIKAL, ZAHIR, BATIN DAN BATIN DALAM BATIN.

TUJUAN:

1. MELINDUNGI DIRI DAN IMAN DARI GANGGUAN.

2. MEBELASAH, MEMUKUL, MEMOTONG DAN JUGA MEMBUNUH MAKHLUK TERSEBUT

3. MELINDUNGI DARI GODAAN DAN TIPU DAYA YANG KASAR SERTA HALUS OLEH MAKHLUK HALUS

4. MENYELESAIKAN MASALAH HISTERIA, SIHIR, PUKAU, SANTAU, ILMU GUNA-GUNA, KENA TINDIH/HIMPIT DAN BANYAK LAGI

5. MENGUBAT JIWA KOSONG, SUSAH TIDUR

6. MENGALAHKAN KEJAHATAN MANUSIA DAN MAKHLUK HALUS

HASIL
1. JIWA TENTERAM DAN TENANG
2. HILANG PERASAAN WAS-WAS
3. SEMBAHYANG KHUSYUK
4. PERASAAN SUKA KEBAIKAN BENCI MAKSIAT
5. DAN BANYAK LAGI

INSYAALLAH ANDA DAN KELUARGA BOLEH MELAKUKANNYA SENDIRI

*LAIN-LAIN PERKHIDMATAN

1. BERSIH RUMAH BERHANTU
2. BERSIH KAWASAN/TANAH BERHANTU
*TIDAK TERMASUK TANAH KUBUR*
RAWATAN
1. HISTERIA, SIHIR, PUKAU, SANTAU, ILMU GUNA-GUNA, KENA TINDIH/HIMPIT DAN BANYAK LAGI

Salah satu tanda kena serangan makhluk halus jahat

1. Sembahyang tidak khusuk / malas sembahyang
2. Pergantungan kepada Allah tidak kuat
3. Akhlak sukar dikawal-pemarah-ego -banga diri -cakap kasar -sombong -riak-cakap besar -khianat -lain lain perkara yang buruk
4. Hati gundah gulana / kecewa / putus asa / pilu / sedih
5. Fikiran kacau bilau resah gelisah tak tentu pasal
6. Jiwa tidak tenteram
7. Hati cinta maksiat
8. Ada perasaan takut selain Allah
9. Dada sebak / sempit
10. Hati gatal
11. Susah tidur

*TERDAPAT JUGA RAKAMAN SESI PENERANGAN DALAM BENTUK DVD
BERMINAT HUBUNGI:
ISMAIL
(pakar bunuh makhluk halus)
019-3619305
http://ilmuhaq.multiply.com
email: ilmuhaq@yahoo..com.my

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails