Salam,
"Sebelum saya memulakan penerangan saya ingin saya memohon maaf kerana kelewatan kami, kerana saya baru diberitahu tadi tentang majlis ini......"
Itu adalah petikan ucapan aku pada majlis home party makcik-makcik HPA kat satu balairaya Rumah Rakyat Pekan Lukut. Gaya macam aku ini penceramah jemputan kan, harkktuih. Aku sertai pasukan ini pun tak sampai 3minggu kot, kad keahlian tetap pun belum dapat lagi. Memang mencabar minda betul, sudahlah dihadapan makcik-makcik yang tidak pernah aku kenali, mujur hanya 5 orang sahaja. hahahaha. yang lain sudah pulang kerana terpaksa menunggu kehadiran penceramah bebas ini selama 2jam, sudahlah baru, datang lewat lagi, memang pakej lengkap seorang poyo. Mahu lihat kepoyoan aku? Klik ' Poyo ah kau'.
Mulanya aku ditugaskan oleh makcik penganjur untuk bercerita tentang profil syarikat dan profil pengasas, dan entah bagaimana, semua profil-profil tersebut bertukar menjadi aku punya, semuanya pasal aku, ternganga-nganga makcik itu mendengar temberangan aku, aku pulak dah macam melayang-layang siap bersangga pada tongkat sakti aku. Yang aku pelik, aku tidak ingat langsung apa yang aku bualkan, siap bercerita pasal kaki aku patah, deii, kau ingat ini pertandingan bercerita kanak-kanak sepastik?. Nasib baik penonton-penonton pandai berlakon, berlakon mendengar dengan tekun apa yang disampaikan oleh aku, berkerut-kerut dahi seorang-seorang. Syabas.
Dan aku, untuk mengelakkan lebih banyak perkara yang tidak sepatutnya aku sampaikan, aku menamatkan hujah aku dengan kisah aku yang baru sahaja menyertai kumpulan tersebut dan buat-buat tidak merasa malu dengan apa-apa yang telah aku sampaikan. Selamba kongkang sahaja aku kembali ke tempat duduk dan mula menyampuk makcik yang memberi ucapan seterusnya, gaya macam sudah lama betul ah join. Tapi serius lah wahai teman-teman semua, jikalau anda melihat semua hasil pembuatan barang yang kita tidak tahu tahap kesuciannya, memang sumpah, kamu semua tidak mungkin akan menggunakannya lagi. Ini aku bagi contoh eksperimen eh, kamu semua pergi ambil syampu lux, ada syampu lux ke? belasah la body syampu pun, begini, ambil garam, isikan dalam gelas, suku gelas boleh mungkin, kemudian air, dan kemudian perah syampu, kemudian kacau-kacau-kacau, nanti segala lemak muncul, bakal membuatkan anda geli. Kalau anda seorang penggeli, kalau anda seorang penggeli hati, mungkin ianya hanya menjadi bahan lawak anda.
Ok lak teman-teman, sekian sahajalah cerita kita hari ini, haha.. Tapi kalau boleh, rajin-rajinlah anda melayari www.hpa.com my. . Bak kata Cik Putih Popia Basah terbaik Port Dickson, 'sapo laei yang nak boli popia acik ni kalau bukan korang yang lalu lalang ni, tak gitu?' . Iyelah makcik, nasib baik sedap, Rm0.50 sebiji pun saya beli walaupun besar sikit dari botol deoderant Nivea 25ml, atau boleh dikatakan sama besar. Jangan lupa tahu pesanan, walaupun aku sengaja mengada-ngadakan ceritanya tapi bolehlah dari tiada perumpamaan. Ingat, 'mencari yang Halal itu fardhu bagi umat Islam', salah satu punca doa kita tidak dimakbulkan Tuhan kerana sumber makananlah. Jadi berhati-hatilah dalam menjamah apa jua makanan yang kita tidak pasti cara penghasilannya, bukankah ianya akan menjadi darah daging kita, buruk sumber makanan, buruklah perangai. Setuju? Sekian, Take Care..Aicheh..hehe
3 ulasan:
ehemm..menyebOknya sy disini bukan kerana jiwa sy sdg kekacauan..ehehe..
tp kerana ingin memberi semangat kepada encek..teruskan usaha encek..berusaha hingga ke titisan air liur basi terakhir..ehehe..
bile u olls nak promote barang, mau jugak membelinye..
i tak promote barang sangat, lebih kepada promote penghijrahan minda dan jiwa serta hati ke arah yg lurus, bila hati dan jiwa itu memberontak untuk sesuatu yg suci, maka ia akan mencari sendiri apa yg terbaik, tp barang2 dia mmg terbaik, buang angin buang panas badan, buang gemuruh semua terbaik..huhu
Catat Ulasan