salam,
Hujan ari ni..lebat ..
~ Awas! Jgn Biar Mental Anda Dihimpit Tekanan ~ Kerana Hidup Tak Mungkin Seperti Yang Kita Harapkan. Tetapkan Iman Kuatkan Pegangan Tunggu Sahaja Nikmat Yang Datang.InsyaAllah
Kempen Semasa
Memaparkan catatan dengan label sawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sawan. Papar semua catatan
14 September 2011
07 Disember 2010
komo vu...
Salam,
Bonjour...
Bonjour...
Hari ini aku kena hantar pergi kat perancis,
Bukan kat negara perancis,
tapi kat tengah-tengah orang negara perancis,
Airbus punya pakar turun buat kerja kat workshop aku.
Jadi sebagai manusia yang terbiar tiada menda nak disuruh,
Ot pun sebulan aku tolak bulan lepas (pasal takde sape offer),
maka dengan secara mengkhinzir buta ketua-ketua aku telah menyenaraicerahkan nama aku
sebagai calon yang tak berapa sesuai untuk pergi berurusan dengan manusia-manusia tak reti cakap
bahasa melayu itu.
Makanya,
seperti biasa,
hero dambaan aci-aci cleaner ni mana reti menolak cabaran remeh camni,
aku sahut cabaran,
bahasa melambangkan bangsa,
tapi masalahnya,
Malaysia pun dia tak kenal sebelum ni,
apatah lagi melayu,
bahasa melayu lagi la haram jadah dia tak pernah dengar.
Maka terpaksalah aku menggunakan bahasa Inggeris yang telah menjadi bahasa ibunda aku,
pada setiap hari Rabu masa sekolah-sekolah satu ketika dulu,
Jangan dipikirkan sangat la kosa kata kejadah ape suma tu,
Manusia perancis tu pun bukan reti sangat pun,
sebut abc pun tak berapa betul,
lagi teruk,
tulisan pun buruk,
Pastu,
apekejadahnya aku cerita kat sini?.
Aku nak cerita,
yang bahasa inggeris kita masa sekolah rendah dah cukup untuk bawak kita pergi mana-mana,
tak payah la nak beriye sangat,
nak pakai kat dunia je pun,
tambah-tambah kat Malaysia
bahasa syurga nanti pakai bahasa arab,
mungkar nangkir pun soal pakai bahasa arab nanti.
Aku nak belajar bahasa Arab.
Sheikh,kaifahaluka?
haha
Bon voyage, salut!!
03 November 2010
bergurau puleee.
Salam,
Aku ingat orang je pandai bergurau menabur janji palsu segala,
sekali lappy aku pun terre bai..
Seminggu lepas dia bagi harapan kat aku macam dia dah sehat walepatliat,
ternyata lakonannya berjaya,
Dan kini telah seminggu,
seminggu aku kekusutan,
menagih simpati lappy orang lain untuk update status fesbuk dan layan mudah.my,
sheikh ks suh aku update pakai email jek,
a'ah ye lah,
penting sangat plak cerita-cerita mengepet aku kan?
haha, tapi banyak cerita lawak pasal orang berlagak pandai dan eksyen ni,
macam budak sekolah darjah 5 dapat patung mask rider black dia punya eksyen.
Geram nak menendang pun ada gak,
tapi ari sabtu lepas ada tournament bola inter department,
aku try sepak bola,
tak payah,
kaki aku yang ke belakang,
memang saje cari pasal,
penyudahnya,
aku lepak bedal bekalan makanan dan minuman untuk pemain jek.
Pasukan kitorang menang,
menang..gung kekalahan 4 game stret,
takde belas kasihan,
langsung.
sudah lah..selamat malam.
Salam.
26 Oktober 2010
iyaahuuuuu...
Salam kembali,
Akhirnya aku kini boleh bersiaran kembali dari umah,
Dengan liputan internet yang tak berapa laju tapi ok la tak payah kongsi ngan beribu-ribu orang,
tak macam kat tempat aku simpan periuk nasik aku,
berjambang aku menunggu nak loading page,
page ok, belum aku bukak berpages-pages.
Apa-apahalpun, terima kasih pada rakan serumah aku yang bapak rajin,
siap download manual cara-cara untuk membarai lappy ni,
dan dengan rajinnya dia membaraikan untuk aku juga,
sampai la menda ni sihat walepatliat balik,
tapi,
untuk berapa lama aku tak pasti,
pasal kalau ikut standard amarika,
model ni dah bole simpan dalam peti kaca,
buat pameran.
ok sekian.
esok kalau aku rajin sikit lagi aku hapdet ape dah jadi kat aku sepanjang bulan aku tak hapdet ni.
nasib la takde undang-undang tak update blog kena saman,
kalau tak dah keluar waran tangkap kot aku ni.
perghh, mengepet-ngepet dah ni.
sheikh,
ada sehat?? inspira dah booking? hikhik.
Salam bersiaran.
28 September 2010
Semalam
Salam,
Semalam,
Hari yang sangat padat dengan aktiviti kemasyarakatan,
Pagi-Tengahari : Ngadap Pc carikan tiket untuk bapak indon nak balik bandung pasal bapak dia masuk icu..
(tapi hampeh, line company, biase ah)
Waktu Rehat Tengahari : Bagi balik passport kat bapak tu pasal tak dapat nak proceed booking, aku suh dia p airport je beli.sedih kejap muka dia
Lepas Waktu Tghari - Petang : Bapak kepada bapak indon tu dah meninggal. Al-Fatihah, terus bergegas siap-siap p LCCT nak p beli tiket untuk malam tu jugak. Alhamdulillah, tak jauh beza dari beli on9. Pastu hantar dia balik umah untuk bersiap, pastu hantar balik LCCT. Nasib baik tak bole beli tiket tu tadi. Ada hikmah rupanya...kalau tak burn.
Maghrib - 8.30mlm : balik opis balik sambung ot, hikhik.Meeting pulakk kat opis, nak buat reshuffle shift katanya. Abis semua geng-geng Appadahal terbarai.
8.45 - 930mlm : Pegi airport jumpa cik pingu, pasal malam tu dia nak balik Jepun, sambil-sambil bagi ole-ole buat dia rindu ketat-ketat kat Malaysia. Salam sayonara cik pingu duduk la anda sensorang ngadap pingu busuk tu..wahaha..pastu tinggalkan dia terus gerak p Nilai
9.45 - 11.30mlm : Sampai Nilai pulak p amik 'protege' bawak p makan-makan kat Mcd Nilai yang baru, sambil-sambil tunjuk kat orang sabah yang kat Nilai ni bukan ada satu je McD, tapi ada dua, eksen. Bagi-bagi hadiah, sebelum dia kembali ke Sabah esok pagi, setelah selesai, lalu aku pulang ke pangkal jalan.
12.00tgh malam - 1.30 pg : Ngadap lappy install driver printer nak buat cetak baju, haram jadah tak bole, laptop buat perangai, dah jem, pasang Ruqyah kuat-kuat terus naik tido.
p/s :(oh ye..aku buat printing baju sekarang..no minimum order..masa aku buat entry ni, laptop kawan aku dah restorekan siap-siap masa aku kat tempat kerja tadi, dan printer telah berfungsi seperti yang sepatutnya, dan demo telah dilakukan. Terboikk.. Laptop dah ok, Printer dah ok, mesin buat cap atas baju ok, dan baju yang di buat test piece ok. Maka dengan ini, bermulalah aktiviti mengecap baju t-shirt dengan design yang bukan-bukan tanpa ragu lagi. Place your order now, as seen on babelbedal.blogspot.com)
salam cetak,
Shift
Iklan,
me and the universe,
sawan
15 September 2010
Banzaiiiii
Salam,
Heheh, ini bukan iklan racun perosak, ini iklan untuk perosak. Mempersembahkan 'Payung Samurai', didatangkan dengan 3 corak eksklusif, memang samurai abis, walaupun tak berapa nak true, tapi sekurang-kurangnya anda bole bergaya dengan hulu pedang samurai yang terjojol kat atas belakang anda persis samurai sesat. Untuk maklumat lanjut sila klik link-link yang bersepah-sepah kat dalam blog ini, untuk yang jauh sila order menerusi link tersebut, bagi yang nak c.o.d boleh juga berbuat demikian, tapi sekitar Nilai sahaja pada hari bekerja, di luar waktu bekerja sila berhubung dahulu untuk mendapatkan lokasi.

ini la rupa bentuk benda yang aku ceritakan tu.
Cara- cara penggunaanya aku sertakan sekali, kot-kot tak tau nak guna camne, sila masuk tadika balik, tapi aku tak pasti tadika swasta ada ke tidak sylibus cara-cara nak menggunakan payung, kalau tadika cemas Kemas ada. Aku tipu. Ok mari kita lihat.
Nampak?! Tapi kalau tak pakai smart macam tu pun takpe, pakai slipar je pun boleh, slipar jepun kalau boleh untuk lebih kejepunan.
Jadi untuk tidak melenguhkan lagi dagu anda yang dok terngaga dari tadi, aku umumkan harga dia,
RM50 sahaja,
untuk tempoh terhad, lepas abis promosi mungkin naik lagi kot, tapi itu tak dapatlah dijangkakan bila.
Aku beli pukal, jadi untuk yang nak beli sebatang-sebatang untung pasal dapat harga pakej tu,
kalau nak beli sendiri pun boleh, appadahal, tapi klik la kat link aku. Nanti tak dapat komisen plak.
Sekian sahaja iklan untuk perosak kali ini, untuk maklumat lanjut, sila klik
Salam Banzaiiii.
09 September 2010
08 September 2010
Entahlah.
Salam,
Orang iluminati engkau iluminati, orang freemason ko pun freemason..
Kejadahape semua tu kena mengena dengan ko agak-agaknya? Islam yang ada tu tanak amal.
Sibuk-sibuk sana-sini, solat pun kadang-kadang kelaut, tutup aurat pun macam tak larat.
Lagi bising-bising, pergi sana dengar Ruqyah. Buang sikit jin bijak dalam palehotak tu.
Salam secret recipe.

29 Julai 2010
Motibasi
Salam,
Aku memerlukan motivasi diri yang membina dan bukan motibasi yang menjengkelkan, keadaan aku dah cukup mengjengkelkan sekarang ni, tambah-tambah hari Isnin ni aku dah kena melaporkan diri ke tempat kerja, rasa malas dalam diri aku ni membuak-buak lepas demam minggu lepas, perghh, inilah demam yang aku akan kenang, demam tu takde pasal sangat, tapi tang sakit tekak dia tu, suara ada, kahak takde, tapi seksa nak menelan tu macam terlekat tulang kambing. Melompat-lompat nak menelan waima air liur sekalipun. Itu belum aku telan mati bapak lagi tu. ahh. abaikan
Betul tak tentu arah ni, dengar ruqyah dah hari-hari ni, perangai lepu macam tu jugak, perancangan tiptop dari awal sampai abis cuti, tapi sayang, perlaksanaan takde langsung. Terkebil-kebil macam kena timbil. Orang kata kalau atas kertas dah menang lama dah, tapi masalahnya sekarang ni, bukan boleh pakai pun kertas tu. Ape yang aku karutkan ni pun termasuk dalam perkara yang menjengkelkan aku, aku suka buat menda yang takde hasil seminggu ni. Tapi takpelah. Ini pun bukan ada hasil kalau aku citer lebih-lebih pun.
Dah macam saiko kan? alah, sekali-sekala meroyan ape la salah eh, mana tahu lepas aku buat gini aku terus bersemangat waja macam Rusdi Ramli dalam citer spektra Hati Waja tu..haha Good Day mate.
Salam Basi

20 Julai 2010
Kembali Beraksi
Salam,
Akhirnya, esok genap setahun tahun masihi aku bercuti sakit..record aku pegang setakat ni. Belum ada siapa-siapa lagi yang buat gini, yang pergi tak kembali tu jangan la cakap. Tunggu turn je masing-masing ni.
Lepas tu, masuk bulan 8 ni, sepuluh hari sebelum puasa aku akan kembali bertugas dengan cangkuk ataupun dengan kekerasan. Dah lama sangat pulak aku rasa aku menikmati gaji tidak bermata ni. Tapi ok la kan..bukan aku mintak, tapi adalah sikit berharap, kalau tak siapa nak tanggung hutang piutang dunia aku tu.
Oklah, cukup untuk hari ini, bak kata seorang sahabat bakalan guru, aku semakin rajin sekarang ni mengemaskini blog. Jadi nak tunjuk malas sikit la arini. Tuan sheikh pokok cili, jangan lupa hdtv 42', kalau upgrade tukar menda lain bole tak? hahah..selamat berjaya.
Salam Aksi

11 Julai 2010
Betullah Orang Kata, 'Masa Itu Emas'
Salam,
Wohoo, sekarang aku dah nampak dah masa itu memang betul-betul boleh jadi emas. Jadi tanpa membuang masa, aku nak pergi melombong emas kejap, sambil-sambil buat pahala tambah darjat sikit. Haha.
Tata
Salam Emas

11 Jun 2010
Cacing dan Murid-murid
Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak.

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”
Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”
tunjukkan sebentar tadi??”
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK!
Pengajaran : Cakap biar teghang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee
30 Mei 2010
Dah Abis Dahh
Salam,
Dah nak abis bulan dah, jadi cukuplah aku berblog utk bulan ini, bulan depan aku sambung balik, alah, lagi 2 hari je pun, sempena hari tua aku mungkin ada la kot entry yang maut-maut dan lebih liar dari biasa, tapi bergantung pada keadaan cuaca semasa la kot, kalau mendung tiada ape kejadian menarik, mungkin blog comot ni mendung jugak la kot, dah tua-tua ni takde siapa dah nak sedekah kek ke sijil simpanan premium ke deposit tabung haji ke. Kalau ada pun puak insuran yang sekarang main taktik keji gila close pakai telefon je, cis, kejap lagi bila nak claim cam haram pulangannya. Dah terjadi pada aku, jadi nasihat aku pada yang tiada insurans tu, amik Takaful 1 Simpanan dan Pelaburan, pastu amik Medical Card 1, pasal lepas ni ko nak masuk spital takde rm3000 dalam poket jangan harap la nak lepak spital. Pastu P.A amik yang percuma punya, sekarang beli simcard pun dah dapat P.A dah, banyak-banyak pun tak guna gak, kang dia tolak-tolak suh p claim kat orang lain. Ahh nak marah,marah la, aku tau la aku dah kena. keco.
Haha, tetiba emosi, padahal takde pasal pun. Aku nak citer pasal menda best ni, tapi takde gambar, ada, tapi lappy ni takde lobang nak cocok memory card, bluetut apatah lagi, bersiku je ada ni, kematu dah siku aku dok mengadap lappy ni. Tika dan saat ini aku bersiaran terus menerus dari rumah sewa aku kat Nilai, saje-saje balik lepak sehari dua, halau-halau jin mana patut bagi sejuk sikit rumah ni, haha.. Aku sampai ari Jumaat lagi pasal ada parti jinak di rumah seorang rakan yang dianjurkan sempena mensuamkan rumah aku kira, tapi yang hadir semua geng myvi club, aku sorang je bawak sesumpah. wahah. Aku bukan ada tunggangan rasmi pun, itu pun ehsan ma aku beli besi buruk budak malas nak bayar bulan-bulan, dari tersadai jadi betul-betul buruk ada baik aku guna. Buruk wei, tapi ok la, laju la jugak nak sampai rasah tu walaupun berenjut macam setan ketika berada di atas jalanraya Malaysia ni.
Nak diikutkan ada je gambar untuk aktiviti-aktiviti itu semua, tapi nantilah, lepas aku dah kembali ke pangkuang keluarga nanti aku hapdate. Sekarang ni elok layan citer tamil dulu. Ponmagal vandhaaa..urteri ganggaa...alalalal..nanti eh..daaa
Gambar intro..menyelerakan bukan..kaki ayam berstokin.
27 Mei 2010
Last Checkpoint
Salam,
Wahaha, akhirnya dah nak tamat dah blogathon ni, bila dah abis nanti mesti la dapat hadiah kan? huhu..siape nak bagi? haha. Bercakap pasal hadiah siape nak bagi, ini aku ada satu cerita nak habaq p kat hangpa semua. Siang tadi, tengah seronok berguling-berguling anak jiran sebelah ketuk pintu ikut belakang, rupanya nak bagi kotak poslaju, wah, aku pulak tetiba rasa berbunga, padahal memang sedia maklum ni memang takde order apa-apa. Jadi kejadah hape menda itu semua? Kita lihat kotak dia jom. Smart, tak macam kotak dari seberang tu, huhu.

Nah, smart kan? aku dah kata.. Rm2 plak tu, maksimum 2kg, memang 'saya mesti pilih' kalau camni.
Dalam tercongak-congak siapa punya apa semua, aku pun ambil belek-belek nama penerima, cis! adik aku punya, orang tu salah hantar, kadang-kadang kalau sampai posmen dah kenal kita pun payah jugak, dia tengok nama je, tak reti-reti dah nak baca alamat sepatutnya dihantar tu sebetulnya di mana. Aku terus call adik aku, dia menyumpah, "apsal plak sampai kat sana, aku letak alamat kantin kot?".
aku jawap, "mana la aku tahu, dah dia hantar kat umah, wei, aku bukak eh?"
dia tempik "ko jangan nak cemas, ada yang kena pijak kang! ko tunggu jap g aku datang ,aku kat kedai baie ni (maknanya ada dekat-dekat area rumah aku je)". Korang tengok, adik-adik sekarang tak reti hormat abang-abang langsung. Haha.
Itulah aku cakap, susah jugak bila posmen dah kenal, apa-apahal terus ke rumah je, bayangkan kalau polis kenal, mahkamah kenal, bank kenal, tak senang hidup ko aku cakap, apa-apahal datang rumah je. Tak pakai dah surat-surat ni.
Berpandukan dari slip yg ada kat atas kotak tu, barangan diinsurankan didalam kotak itu berjumlah Rm700, hah??!, aku goncang-goncang, ape menda yg rm700nya kalau dah berat lagi kotak ding dang ni. Aku tak puas ati, rasa gatal tangan nak bukak, tapi takut pijak punya pasal, aku dah la tak berupaya sekarang ni, adik aku tu pulak adalah laki kepada ciktudungmerah, jadi korang kena sedia maklum ajelah, dia punya ugutan tu harus aku ambil serius. Aku pun tunggu la dia datang semata-mata nak di bukak kotak tu, aku tanya apemenda yang mahal sampai rm700 ni, dia cakap 'ni ha, tengok,tengok, nak tengok sangat'.
Ekeleh, 'kulitkulit katak' je pun, mahal kemain, berat lagi beg duit plastik lukut tu. haha (lukut tak suka pakai wallet, dia bubuh segala kad duit ape suma dalam name tag holder tu je, kesian kawan aku, nanti aku nak buatkan dia uncang satu). Ini gambar 'kulitkulit katak' tu, harga nak dekat seriban bungkus pakai suratkhabar je. Nampak sangat murah. hahahahahahaahah..tp aku tak mampu. Orang tak mampu memang banyak cakap. Hehe
Inilah dia, pelik-pelik aku budak sekarang ni, masuk kubur bukan bole pakai spek mahal-mahal pun.
Salam Bahagia
15 Mei 2010
Blogathon
Salam,
Terus menerus dari Port Dickson bandar koboi takde kuda hari ini akan berlangsung blogathon yang tak tahu bila akan bermula dan bila akan berakhir. Dikesempatan ini juga kami ingin mengadakan peraduan sempena kemasukan yang ke 101. Kerana tak perasan kemasukan lepas adalah yang ke-100. Walaubagaimanapun peraduan apa belum dapat kami pastikan, cuma sekadar mengada-ngadakan cerita agar ia tampak lebih menarik, tapi apa yang pasti peraduan ini tidak ada penaja yang ingin menaja hadiah. InsyaAllah mana tahu selepas terbaca kemasukan ini ada yang bermurah hati ingin menyumbang apa-apa yang bole dijadikan hadiah. Kami terima semua, walaupun ianya sejenis sayur.
Untuk tidak melengahkan lebih banyak masa, dan sebelum pc ini diambilalih semula oleh tuannya yang 18 jam sehari mengadap fesbuk dan segala fes yang ada, adalah dengan ini saya melancarkan BLogathon 101. Sila ambil perhatian, segala kemasukan yang akan disiarkan adalah kesah benar, anda dilarang untuk mengumpat lebih-lebih, nanti masuk neraka. yes, adapun moral yang terselit. ok sekian. Jumpa lepas makan nanti. Lapar weh, kepada ustaz pokok cili, esok ada site tak?

25 April 2010
Kembali Sudahh..
Salam
Aku dah kembali ke pangkuan keluarga,
Sampai-sampai rumah je terus aku taip entry ni,
err..tak, lepas aku dah punggah semua barang aku sebenarnya,
aku memandu pulang sebuah perodua sesumpah bersendirian,
dan ternyata kali ini kaki aku lebih lega dari sebelum-sebelum ni.
Syukur Alhamdulillah,
tapi aku rasa ada jin la dalam badan aku,
balik-balik terus rasa nak mengamuk,
ape kes?!.
Tak bole jadi ni, nak kena dengar ruqyah kuat-kuat ni.
Ok brothers and sisters and babysitters,
see you in next commuter.
brrrrr
Salam Kembali
14 April 2010
Pendek Je.
Salam,
Lebih kepada nota ringkas kot,
Ingin memohon ampun dan maaf pada semua,
baik yang kenal secara langsung,
mahupun tertunda.
Esok,
Confirm,aku akan dibedah,
Jam 1500++,
di KPJ Seremban,.
Besi lama buang, masuk besi baru,
besi baru masuk ikut bontot,
huhu..
Kalau sakit nanti aku bagitahu,
kalau tak sakit,
aku senyum.
Jadi ini akan jadi kemasukan terakhir aku,
jika esok aku tak bangun-bangun lepas kena bius,
kalau aku bangun,
ada la kemasukan lain lagi.
Alaa,kamonn..asik korang je beremosi,
aku pun nak juga mencuba.
hahahah.
Tak best.
Salam Bedah celah bed.
10 April 2010
Ape?! Jangan Putus Asa?? Yelahh
Salam,
Maaf diucapkan pada penstalker-penstalker tegar blog comot lagi komot ini, bukan sengaja membiarkan ianya terabai serabai sehingga berminggu lamanya, tapi demi mengumpan komen yang memberansangkan jiwa terpaksa jua diri ini melakukan sedemikian. Bukan blog saja tidak berusik, usrah mingguan pun dah banyak minggu terserong, marah al-fadhil ustaz Pokokcili tu. Tapi takpe, malam tadi dah qada' abis usrah yang terlepas. Lain kali terpaksa la naik bas pergi usrah mingguan, ustaz kata lagi cepat berbanding memandu sendiri. Ha'ah, ye lah, bas ape yg jalan malam lalu kawasan tu? Itu yang ustaz aku suruh cari, dia kata ada tu. Ustaz aku kasyaf, jangan lawan cakap dia, kalau dia kata jangan pergi memancing, makna dia jangan la..jangan kata ikan, telur-telur ikan pun takde penyudahnya. Sahabat aku dah kena dah. Dia ni degil.
Sahabat aku ni dia punya degil, sampai pegedil pun serender la, ape kena mengena? Takde kena mengena. Nak dijadikan kisah, sahabat aku ni cukup baik orang dia, memang tak dinafikan, ko mintak je berapa nak pinjam, malam tu jugak dia adakan bagi kat korang, walaupun dia tengah sengkek papa kedana pada waktu itu. Lagi pulak dia ni tak berkira langsung pasal tenaga, keta ko rosak malam-malam? dia datang siap bawak tools lagi, pastu lagi satu perangai dia, kalau dia buat keja,dia buat sampai hati dia puas, walaupun ikut hukum akal kita memang dah tak boleh kalau dengan alat-alat yang ada. Kalau selesai ok la kan, tabik pakai kaki pun aku sanggup, tapi masalahnya, kalau dah sampai melebihi kos ko hantar kedai tak ke kelakar namanya. Puas ati,puas ati jugak, tapi kalau aku dah cakap tak boleh tu,tak bole la..degil!.walaupun aku jauh gila nak jadi wali, tapi aku kawan cucu wali..wahahahahahahahahah
Jadi peringatan pada anda termasuk juga diri ini, congak dulu apa-apa menda pun kita nak buat. Kot dah terbarai baru nak congak, masa tu lebih baik anda main congkak la. Anda mungkin akan mengabiskan waktu solat anda mengadap menda yang tak sepatutnya. Ingat..jangan buat benda di luar kemampuan anda walaupun anda tahu anda mampu, kalau nak berekperimentasi takde masalah. Tapi jangan buat untuk orang, selain masa anda jahanam, anda juga menempah tiket untuk dibahan sepanjang tahun. Berair la mata kau baca blog ni..wahahah
Salam Asa.
29 Mac 2010
Jangan Kufur Nikmat
Salam,
Hoh, sibuk benar gaya aku sekarang ni, dekat 2 minggu tak berusik blog ni, entah apa yang disibukkan pun tak tahulah aku ha. Tapi yang pasti, hari-hari aku ada tempahan untuk membekam orang. Kalau tak siang hari, malam hari, bestnya kerja begini. Kerja sambil melepak, sambil buat benda yang kita suka, sambil-sambil tu jugak kita dapat tolong orang. Bekam anyone?? Hahah.
Manfaat dari kursus-kursus yang aku dah pergi memang banyak, kena pulak Allah tolong bagi kesembuhan kat orang yang kita tolong tu, lagi la terasa puas di hati ini. Tapi itulah, alat yang ada ni dah macam tak dapat nak menampung permintaan pulak dah, ada sesiapa tahu mana nak cari kit bekam yang banyak dan murah? Kalau boleh nak macam beg James Bond tu, baru la ada stail. Orang cacat pun nak bergaya gak. Sekarang ni aku tengah bergaya dengan tongkat Faizal Tahir, (entah bila tongkat tu dapat nama gitu). Ini gambar set bekam yang aku nak tu.
Nampak gayanya mc aku kena tambah lagi sebulan ni, x-ray awal bulan ni nampak macam tulang kaki aku kembali renggang, adeh, nak kena kurangkan pergerakan la pulak, tapi khidmat sosial masyarakat setempat tidak boleh dipandang remeh. Tambah-tambah dah banyak kes orang buang tebiat ni, terbaru dah ada kes orang kena tetak sampai mati kat Port Dickson ni. Aish, kesian betul, semoga amalan-amalan Allahyarham diterimaNya.
Baru-baru ni pengiklan tegar blog aku telah bersara sementara waktu, alamat tak berpelawat la blog aku yang comot ni, lagi satu berita untuk geng kedenquay aku di Dublin, kepada Akasia terutamanya, aku terjumpa pelanduk anda yang ke dua aka. Ni gambar dia.

Sama tak? Tapi ko keding lagi kot aka. Haha.
Cukup la kot aku mengarut kali ni, dah lama takde info yang membina jiwa. Entri selepas ini la kot. Maaf ye rakan-rakan semua. huhu.
Salam Temu
07 Mac 2010
Ai I Kam Som Taim
Salam,
Nah sekeping lagi contoh orang yang sangat tinggi keyakinan dirinya. Pecah perut aku layan menda-menda gini.
Langgan:
Catatan (Atom)