Kempen Semasa

Kempen Semasa

05 Disember 2009

Tolonglah ai yu ol!

Salam,
Tolonglah, korang tolonglah doa-doakan aku supaya enzim-enzim jahat bernama papuratusmalasnyenakupdateblogniii hilang dari mengganggu pemikiran aku, dan pada masa yang sama juga, jangan lupa doakan kedua ibubapa kita dan juga agar aku cepat sembuh. Cerita minggu sudah pun aku tak sudah karang lagi, aku dah dapat cerita baru untuk aku ceritakan pada penggemar karutan aku ini. Nak mengupload gambar yang jadi pasal sangat-sangat tu. Nak mengarut aku takde pasal, pasal aku suka mencarut mengarut. Jadi untuk terus membaca karutan aku, sila klik 'aku karut'.

 Semalam, genap seminggu aku join HPA, bukan semalam, kelmarin, hoho. Hari pun salah, ape punya biol, mujur masih disayangi keluarga, kalau tidak, mungkin aku sedang mengutip batu-batu kecil di tepi jalan lalu meletakkannya di antara lipatan kaki seluar yang koyak di celah kangkang dan bertalipinggangkan tali rapia. Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang terlepas dari azab seksaanNya. Aminn.

 Siapa yang ingat lagi kisah perjumpaan aku bersama usahawan-usahawan perniagaan pelbagai tingkat tempohari? angkat kening!. Aleh, entry sebelum ni je pun, ha, pada malam terakhir bersama Si Sendol itu, aku telah diperkenalkan oleh jiran zaman kanak-kanak si Sendol ini akan Syarikat HPA ini, itupun setelah aku menyuarakan ayat ni, "ei, takde ke perniagaan yang boleh bagi kita dunia dan pada masa yang sama akhirat", huh, dan-dan tu dia bersuara " Ada!!" ceria gile. Dia pun menghulurkan secebis tisu berserta url syarikat tersebut, dan aku tambah teruja bila dia menceritakan yang peserta akan diberikan ilmu melihat kesihatan orang dari tapak tangan dan anak mata, kursus membekam dan banyak lagi. Berubah terus topik malam itu, dan jika sebelum ini Si Sendol menjadi pengerusi majlis, sekarang sudah tukar laa, Si Sendol dah jadi meja ternganga mendengar. Balik-balik rumah, terus aku buka, www.hpa.com.my

 Lusanya aku join kelas HPA, yang diadakan setiap Isnin malam Selasa, tak padan dengan bertongkat, tangga bangunan dua tingkat aku gagahi, mendengar ceramah yang disampaikan Ust. Hadi malam tu membuatkan aku terbuka hati untuk mengenali HPA dengan lebih lanjut, dan pecahlah lemak peha aku malam itu dengan acara turun naik tangga. Aku menandatangani kontrak bernilai ratusan juta rupiah malam itu, maka sahlah aku pada detik itu menjadi salah seorang ahli keluarga HPA. Dan sebagai tanda komitmen aku, aku membeli kopi radix jumbo ngan kapsul Radix dengan minyak but-but malam tu, dan keesokkannya pula, aku pergi membekam di rumah mobile stokis, hamik kau darah, pekat likat macam jeli, nak letak gambar ke? kang ada yang geli pulak. Lagipun entry kali ni macam tak menarik la, takpe, ini antara promosi HPA kepada anda,anda,dan anda diluar sana. Ingat ini "Produk Halal Tanggungjawab Bersama"





10 ulasan:

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

bagaimana cik epal? mula menyertai rangkaian HPA kami? dan mula menyalin semua barang yg ada dirumah anda? hahahahaahahah...tahniah cik epal..salute epal berkrim satu..

Cik Tudung Merah berkata...

cube nyatakan barangan HPA tu, jangan la susun je depan TV..hhehe

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

susun depan tv?? itu aku consume laa,kang aku susun tepi tingkap berterabur ke luar dah berguling2 aku nak p kutip..huhuh..sejauh manakah sensitiviti anda terhadap produk halal? wei..jom belajar bunuh antu..nanti ko dah tak takut nak masuk jamban lagi..hahaha

Cik Tudung Merah berkata...

bile mase pulak aku takut masuk jamban? ko jgn denga cite karut marut sume ni..wakakakaka

awchak berkata...

itu itu dia gadis bertudung merah..hatiiku tergoda tergodaa..ahaha..la la la

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

hahah..ntah. la intan..aku pun tak tau dari mana khabar itu bertiup..mungkin aku mendapat alamat dalam mimpi kot? tp cuba kita padam lampu jamban tu masa ko ada kat dalam tu..amcam? hmmm

cik awchak : anda bole menyanyi riang di karok jamban ok..sini kawasan larang nyanyi, kena plak mcm sumbang satu macam plak.

singkong panggang berkata...

ak bayangkan ko kutip batu-batu kecil di tepi jalan tu sambil berambutkan rambut wolverine.

hahahahah..;DD
style.

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

ko mmg giler mint..ko giler!!!

Cik Tudung Merah berkata...

hah?ade ke lagu gadis betudung merah?hehe

memang sah la kaki lagi satu tu pun nak patah sekali kut kalau berani padamkan lampu jamban..haha

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

macamana ko nak patahkan kaki aku kalau kaki ko dah patah dulu meraban kat dalam jamban tu mencari sinar cahaya yg hilang??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails