Kempen Semasa

Kempen Semasa

01 Julai 2010

Test Drive

Salam,

Kali ini kita bercerita perihal diri pulak, dah 2 entry iklan je kan, walaupun iklan tak berkesan pada rakyat tempatan yang berada di Malaysia sendiri, namun sekurang-kurangnya mendapat perhatian rakyat Malaysia yang terbuang. haha.. Jangan marah cik pingu dan ustazah seimura..nanti toksin bertambah. Buat informasi anda berdua, jumlah pos laju ke negara-negara anda diami sungguh mahal, bisa membuat anda berpuasa seminggu dan seterusnya kadar toksin akan berkurangan dengan automatiknya. Puasa je lah, balik Malaysia nanti baru try, amacam? beras keluaran bernas tak idea guwe?. Kejap, adakah anda menyangkakan rm20 termasuk penghantaran itu melibatkan negara-negara anda diami? oh tidakkk..bakal keguguran rambut-rambutku yang ada ini kalau sedemikian  keadaannya. Ok cukup.

29 Jun 2010 bersamaan dengan hari Selasa, aku telah memandu uji kaki baru ke tempat kerja, konon-konon nak 'ushar line' apa kerja yang sesuai dengan kemampuan diri, tapi ternyata hampeh, duduk melepet depan pc memfesbuk dan membaringkan diri di sofa bilik rehat je kerja yang paling berat boleh aku buat. Yang lain-lain aku mampu lihat dari jauh je. Tak boleh jadi ni, kaki tak cukup gagah untuk menghulu-hilirkan badan ke kapal-kapal untuk memantau apa-apa tugas yang ada. Oleh kerana cuti sakit masih berbaki lagi 2 minggu, jadi ada baiknya aku bersenam di rumah sewa dengan menuruni dan menaiki tangga, mana tahu dalam masa seminggu kaki aku kembali berketul macam dolu-dolu. wahah. Bersenam la sangat.

Permintaan untuk perkhidmatan bekam oleh rakan-rakan sekerja juga sudah diterima, ramai betul yang 'kong', itulah, kerja dah macam tak reti nak bercuti, semua sapu, tak kira cuti apa, semua disebatnya, sudahnya badan terbarai. Sorang-sorang terlantar sekarang ni, dan natijahnya, kekurangan kakitangan yang fit to work. Itupun ada jugak yang ada hati menggasak lebihmasa waktu hari rehat, agungkan sangat RM tu. Baru je hari Isnin kelmarin orang berkongsi pengalaman hidup dengan aku. Dia seorang karkun tabligh, dia kata,

"bahagia tu bukan kat banyaknya duit kita, kalau duit banyak pun tapi keluarga terbarai tak guna jugak, tiada doa dari anak-anak soleh untuk kita lepas mati nanti."

Ini aku dah terjemah maksud ayat dalam bahasa Melayu, masa dia berbual dengan aku dia cakap bahasa 'amareka' a.k.a kelantan.

Banyak betul tugas kita yang tak selesai lagi, kita selalu lupa yang janji Allah itu benar dan tepat dan kita masih lagi menagih janji dari manusia. Tapi ramai antara kita tak nampak lagi, ataupun dah nampak, tapi saja buat-buat keras hati taknak ambil peduli. Pastu bak kata seorang sheikh ni pulak,

"ko jangan ingat ko dah ada keja selesa, keja dengan kerajaan apa semua hidup ko dah terjamin, takde de, menda-menda ni semua nothing la, bila-bila masa boleh jadi menda yang tak dijangka.", ujar beliau sambil memasang rokok gudang garam nusantara. (ayat dia ni aku reka lain,mana nak ingat damak seketul-seketul, aku bukan perawi).

Sudahlah, panjang pulak aku melalut. Tengah takde keja nak buat ni rajin plak aku nak berblog, sambil-sambil tu konon-kononnya entry terakhir bulan Jun la kiranya. Banyak entry aku nak buat berkaitan bulan 6 ni, tapi takpelah, tunda bulan Julai. Tajuk dia 'Memperingati Bulan Jun', amcam? Boleh?

Salam Bahagia

3 ulasan:

sab berkata...

ngehehehe..

selamat pulang ke arena pekerjaan.

;)

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

wahaha..tidakk..tidak lagii..ada cuti berbaki lagi..hihih

wacak berkata...

bersenam laa sgt..xsampai 3 ari duduk,dah patah balik..adoyaaii tambii..hahah..

bz2 gak, tp sila mentekkeykan diri okkehss=)..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails