Kempen Semasa

Kempen Semasa

28 Jun 2010

Lesu? Ingin penyelesaiannya? Meh dekat!

Salam,

 Oleh kerana penjualan kontena tidak mendapat sebarang sambutan, jangan kata sambutan, soalan berkaitan pun tiada langsung. Jadi aku ingin beralih ke penjualan barang yang lebih kecil dan mampu milik tetapi masih berkait dengan kontena. Memperkenalkan 'KOYOK KAKIKAUBUSUKTAK', saudara tiri kepada 'Kinohimitsu Foot Patch' tetapi jauh lebih murah dan jauh lebih kecil, haha. Tapi amat berkesan bagi sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan dengan toksin dalam badan dan masalah not ringgit dalam poket.

 Cakap banyak tiada berguna andai diri tidak menduga, nak pos boleh, nak c.o.d. pun boleh, tapi ni kang ramai la yang pergi gugel cari sendiri konon-konon. Kamonn men, tak eksyen kamen la kalau tak mencuba beli yang aku jual. Nanti kalau korang nak meniaga sendiri kang pergi la cari supplier besar plak. Buat masa ni bantulah dulu kami peniaga-peniaga melayu tanpa lesen ni dulu.

Aku jual 1set 10keping je,malas nak layan beli dua-empat keping, bila nak kaya jual sekeping-sekeping, ini pun aku syak ramai yang mintak test dulu. 'No free sampling please', hidup ni antara berani dengan tidak je.Amacam?

Harga bukak RM20(termasuk penghantaran) = 1set (10keping) cukup untuk 5malam.

Kalau datang jumpa aku ambil sendiri kat rumah aku bagi harga istimewa 'BOik Punya' tapi tak boleh bagitahu kat sini, nanti semua pakat-pakat sebuk nak bertemujanji dengan aku pastu kencing tak datang.

Gambar ini merujuk kepada benda yang aku ceritakan tu. Kang ada yang ternganga-nganga kesengalan tak tau ape kejadah gambar ni berada di sini.
*bahasa dia agak macam lahanat, translate pakai gugel gamaknya, dah macam vcd cetak rompak punya subtitle plak. bengong. eh, bahasa indon ke? haha

 Itulah mendanya pun, aku mengharapkan ada khabar yang menggembirakan. Lupa pulak nak cakap apa kaitan dia dengan kontena, menda ni dihantar guna kontena dari negara pengeluar, itu je. Dalam aku menaip ni aku sedang memakai sepasang di tapak kaki, sepasang di bahu, sepasang di pinggang dan sepasang di dahi. ok aku tipu, mahal weh nak pakai banyak-banyak sekali.aku pakai kat kaki je dulu, nanti-nanti agak dah macam kufur nikmat sikit aku cuba la pakai kat merata-rata tempat. Pasal toksin pulak, korang boleh gugel sendiri eh. Rasa macam poyo pulak nak bercerita macam bagus-bagus pasal toksin. Kimia kot result cemerlang takpe jugak nak bercerita, ini amik pun tidak. Tapi nak beritahu ni, toksin dengan toksik ada kena mengena, tapi tak pulak aku kaji habis perbezaan dia, yang ketara sekali ejaan dia la. haha, aku cuba untuk membuat kelakar. jadi tak?

ok ah, agak-agak dah berani kang tinggalkanlah pesanan kat komen. agak segan email ah. iffat.chcs@yahoo.com, macam la aku jual peralatan seks nak segan-segan bagai. rentikan.

Salam Tampal

5 ulasan:

sab berkata...

hahaha.

nak satu! pos ke jepun ye.

wachak berkata...

bravo lalink..aha..teruskan usaha anda utk mjadi peniaga tegar=) mudah2n dpt byk untung..amiiinn..
(psstt..klo dh byk utg,kita share2 la keuntungan eh..sharing is caring maa..aha)

habibi2 bole dpt arga spesel kan?wink2=)nnt try usha ningau pya market,lau xdak org jual @ mhl,kita bolosss..eheh..(tp possibility utk laku diklgn kerabat shja adlh sgt tggi..ahah)

tukang tampal berkata...

aik? org jepun mintak satu? jepun bersepah kot,kinohimitsu,kibuki,kobusukke,konimandiketak semua ada..wahaha..

habibi2 bg free je,tp jangan harap la nak bagi skang ni..modal pun tak balik lagi..hhihi...cuba cari..kalau amik ribu2 murah nak mampos..ini abis stok yg ni bole la jual murah lagi..kita p amik yg murah gila plak.

Seimura berkata...

alamak bro, aku nak jugak tapi aku jauh. boleh ke pos? Eh ape2 hal bgtau kat FB aku eh?

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

mak oii...mana rakyat tempatan ni?? masing2 macam tak berani jek..sekali yg berminat org luar negara la weii..adakah ini petanda baik atau hape? hihi..org jepun tggu anda balik sini je la dulu..org mesir plak..anda tak balik lagi pasal tggu result kan? nanti ana usha berapa dia pya tambang utk koyok ni p sana, nak buat passport lagi..byk citer ni..hahah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails