Kempen Semasa

Kempen Semasa

01 Jun 2010

Kami Blogger Picisan Menentang Kekejaman Israel

Laknatullah...bikin panas betul manusia bijak pandai kononnya tu..merosakkan keamanan dunia...cis

Sama-samalah kita buat ape yang termampu, jeles pun ada jugak ni. Berharap diri ini yang berada di atas kapal itu..

Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar.


Walaupun kita tidak sekerap pejuang pembebasan Palestin bersuara memperjuangkan nasib mereka di Tebing Barat,
walaupun kita ini berkempen secara bermusim,
walaupun kita ini hanya mengikut orang lain,
walaupun kita tidak tahu apa-apa perkembangan semasa apa yang terjadi,
walaupun kita ikut beremosi bila sudah keluar media,

Sekurang-kurangnya bila hati kita yang keras ini dapat dilembutkan dengan keadaan yang ditanggung oleh mereka itu sudah cukup untuk menunjukkan kita ini masih lagi berperasaan dan berperikemanusiaan, bukan sahaja kerana mereka itu saudara seIslam kita, tapi kerana mereka itu manusia.

Percayalah, jika ditanya pada ibu-ibu para syuhada' itu, pasti mereka berbangga kerana anak mereka syahid, malah mereka tidak keberatan untuk melahirkan lebih ramai lagi pejuang Islam. Maka bukan ratapan yang harus kita berikan pada mereka tetapi kutukan terhadap kekejaman Rejim Yahudi Zionist laknatullah.

Tunjukkan sokongan anda terhadap kempen kami blogger picisan menentang kekejaman israel dengan meletakkan salah satu logo di bawah di header blog anda.


    Terima kasih pada saudara mofasadalvin untuk logo-logo tersebut dan cikpingu sabariah kerana mencetus kempen ini. walaupun ini nampak kecil tapi biarlah kita lakukan sepenuh hati dan bukan kerana paksaan atau ikut-ikutan.

'Khaybar Khaybar Ya Yahuud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya'uud'

12 ulasan:

sab berkata...

incik iffat, jom letak logo kat blog! :)

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

jom..nanti nak cari yg baik2 pya..

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR berkata...

terima kasih encik wander iffat...

Fazleyatul Aini berkata...

anti israel !!

Tanpa Nama berkata...

dah join jugak

Dyna Yvonne berkata...

saye pon sudah buat~

^_*

Seimura berkata...

tak faham. join apa?

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

cik seimura...join kempen letak logo buatan alvin kat header.pastu buat entry pasal kempen..

Pacifist berkata...

Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.

Days berkata...

nak letak jgkkk.tp entri pasal tu dh lepas 2entri dh tu amcm? hheee

lumut berkata...

dekat sini(auckland) 2 hari lepas ade buat demonstrasi...mende ni snanye besar besaran seluruh nz...then bila kerajaan malaysia tau demonstrasi untuk tunjuk suara ramai menentang israil..kerajaan anta email dekat student malaysia ckp jangan terlibat...
see?kerajaan malaysia sendri pengecut kan??nama je negara islam.....mende2 cmni sume kecut..sume pikir politik....tp tuh lah...certain org ckp utk keamanan negara..sbb tuh malaysia x bg terlibat...so usaha yg kita leh buat...doakan....boikot....dan hulur kan sumbangan....

tp kalau kita doakan..but then maksiat kat malaysia tu berleluasa..ade ke Allah nak makbulkan?so that 2 jalan utk bantu sedara kita kat palestin tuh kite dah fail..means umat islam dekat malaysia ni macam loser...
(merujuk kes pembuangan bayi,maksiat berleluasa)

ape pon..demonstrasi tuh saya pegi...sbb keras kepala...hehe...

iffat berkata...

hmm..bagus..at least kita ada semangat walaupun tak dapat nak menyumbang banyak, kita buat ape yg termampu, lepas tu tawakkal kepada Allah, kerja Allah jangan sibuk2 kita nak pikirkan. bukan kerja kita tu nak pikirkan keja Allah. Jadi kita tidak pernah terlambat selagi nyawa belum sampai halkum, tuhan nak terbalikkan iman kita ni bila2 masa sahaja, jadi teruskan berusaha meningkatkan iman, pasal urusan kita sesama jiran pun ramai yg tak lepas lagi, saudara mara yg merempat pun ramai lagi, jadi semak2 kepala pikir israel diabinatang tetap mcm tu jugak..

so tahniah ke pada cik lumut kerana berjaya mengikut iman anda. hehe..kerajaan malaysia tanak ada terjadi pape pada anda kot?(bersangka baik) hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails