Kempen Semasa

Kempen Semasa

17 Oktober 2009

Dari Dapur Kakak Aku - The Broken Leg Chef

Salam
Muahaha..arini misi aku berjaya untuk buat biskut ngan cis kek kukus yg pernah aku postkan resipinya dulu..wohoho. Tahniah pada si cacat yg tak bole nak berjalan dgn sempurna ini. Ntah macamana bole terpikir aku nak buat semua ni pun tak tau la. Tapi yg pasti semangat membuak-buak selepas aku makan biskut raya yg huduh rupanya tapi sedap nak meninggal. Masalah tentang biskut itu pula adalah, ia harus dibeli, dan sebalang memerlukan jumah wang yg besar iaitu RM20 sebalang, dan aku bole menghadap sebalang tu dalam masa sehari tanpa pemerhatian. Kalau ada org aku buat la segan-segan nak membelasahnya.

Acara bermula dari malam semalam, aku pun cari la resipi biskut yg ala-ala famous amos,dan hasil pencarian aku aku pun terjumpa resipi ini. 'The Best Choc Chip Cookies'. Haha, aku salin pastu bangun-bangun tido pagi tadi selepas selesai semua kewajipan aku sebagai manusia, aku pun telefon kakak aku tentang hasrat murni aku nak mempergunakan dapurnya dan segala alatan yg perlu utk menghasilkan bahan-bahan mentekedarah itu. Cadangnya aku ingin memandu sendiri kancil liar mak aku tu, tapi kancil liar itu tidak kelihatan, ditunggang badak tanah gamaknya. Jadi aku tangguhkan dulu niat aku dengan memejamkan mata diatas katil yg baru dihadiahkan CADAR PLKN oleh adik ipar dan suaminya yg tercinta.

Sedang khusyuk aku menjamu mata aku, badak tanah yang tadi tidak kelihatan tetiba je ada di depan pintu bilik aku bertempik suruh siap-siap nak pergi rumah kakak aku. Eh, mana dia tahu aku nak ke sana, rupa-rupanya kakak aku dah suruh dia datang rumah amik kancil jinak kakak aku semata-mata nak membawa aku ke rumah kakak aku. Maka terpaksa la aku bersiap-siap untuk pergi, dan yg bestnya, aku memandu sendiri kancil jinak itu, hahaha. Singgah sebentar ke kedai jual barang kek, beli cream cheese ngan sikit barang nak buat kek terus aku sambung perjalanan ke rumah kakak aku.

Sampai-sampai je terus tanpa berlengah aku menukar pakaian chef aku, iaitu berupa seluar pendek buat mandi laut ngan t-shirt aku pakai dari rumah tadi, (pakaian chef la sangat). Dan terus aku keluarkan resepi maut yang telah aku pindahkan ke dalam bentuk penulisan kreatif di atas buku nota yg bole terkoyak bila-bila masa. Resipi pertama aku untuk hari ini.


Tu dalam tupperware tu.. yg tepi tu susu tepung anak buah aku tu.




Tu hah,dah macam chipsmore biskut aku tu,leper je macam rempeyek. Hahaha, tp best nak meninggal, kata aku.

 Dalam menunggu biskut tu masak, aku meneruskan operasi menghasilkan resepi kedua, maklumlah chef kan, buat la keja lain dalam masa yg sama, haha. Ini resepi aku yg kedua. Iaitu Cis Kau Bedebah Kek Kukus.


Itu dia bahan-bahan yg dah kena pukul, aku dah salah pukul daa. Patut pukul A dgn masukkan B,tp aku dah pukul A ngan C sekali. Dah kemain lama plak nak bg dia rata. Tapi Alhamdulillah, kalau tangan tu dah berseni, walaubagaimanapun kejadian menda tu, tetap sedap dibaham.



Belum apa-apa dah hilang 2 potong. Aku la yg bedal, sape lagi..muahaha


Ni ha jarak dekat, aku rasa dia jd lain sikit pasal aku guna susu tepung anak buah aku, wakakak.
Melalak anak buah aku nampak susu tepung dia berada disamping besen doh aku tadi. Haha


Dan untuk penghargaan kepada mahkluk yg menghadiahkan kain cadar ala-ala plkn kepada tempat peraduan beta itu, aku siarkan juga la gambar cadar tu dalam entry kali ni, kelabu u kaler dia. Matching tak ngan corak sarung bantal tu? Matching kan?? hahahha.

Sekian saje la entry kali ni, aku post terus menerus dari tepi dapur kakak aku. Selamat menjamu mata. Kencing manis masing2 mentekedarah biskut aku tu. TErlebey sudayy


8 ulasan:

singkong panggang berkata...

ak br pas mandi.
trlihat akan blog dikau.
ak xbce pon sume lg.
tujuan ak mengomen hanya 1.
sebab ak terlihat cadar kau yang sama kaler dengan baju raya kau tiap2 tahun.

hahaha:))

cube ko pakai baju raya 2 pa2 tdo atas katil 2.nt mst org tanya..

eh mane iffat??mane iffat??

;))

sibaju kelabu berkata...

har har har..la wak nyeww..

farha nilna berkata...

at least ade gak keje yg menanti ko sok2. xde la asik nak jual tissue dari satu meja ke satu meja yang lain di kedai2 makan.

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

itu org buta vongokkk...ape kejadahnya aku terhencot2 nak p jual tisu..tak bijak betul..

Cik Tudung Merah berkata...

weh, kalau ko nak bgtau jugak katil tu pun aku yang punye, ko buang la getah rambut kaler PINK kat tepi tu. da bertahun aku letak situ oii..

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

eh aku lupa,katil tu pun pemberian jgk..wakahahaah..terima kasih penunggu guaa..hahah

singkong panggang berkata...

hahahaha..

yg seblah katil 2 almari ke?
pemberian sape pulak?

;D

Cik Tudung Merah berkata...

almari sebelah tu dia pungut time belakang rumah je..haha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails