Waah..melampau ini blogspot, dah 2 hari aku tidak dapat masuk, masa aku ada mood masa itulah dia membuat pasal mencari sengketa, tidak mengapa, kerana aku dah boleh memasukinya secara sah sekarang, maka aku akan meneruskan niat murni aku tempohari, niat nan murni itu adalah mengkhabarkan kepada semua pencinta cheese cake di luar sana akan berita ini.. "kite ade cis kekkk, 2 tauuu"..muahahah..
Cukup berbicara lihat sahaja fotonya, deskripsi akan disertakan disamping atau dimana-mana berhampiran foto.
Ini blueberry cheesecake yg dipacak sebijik buah kiwi yg tidak dikupas dan sebijik strawberi dibelah 4..dan ditempek-tempek dengan coklat di sekelilingnya. Punca terjadinya kek jenis ini adalah kerana aku telah memesan kepada adikku untuk membeli kek dari dapur hotel tempat beliau menjalani latihan praktikal. Mengapa aku beriye hendak membeli? kerana dia boleh mendapatkan harga staff memandangkan beliau sangat ngam ho dengan chef di bahagian kek dan biskut. Setelah terpancing dengan kata-kata mulut busuknya itu, aku telah memesan kuantiti sebanyak 2kg, di mana 1kg untuk setiap biji, kira 2biji kek keju lembab-berkrim-mantap-buatan-hotel-ada-bintang-tp-dgn-harga-bahan-mentah-sahaja lah. Mana lagi sebiji? Belajar untuk bersabar, kerana sabar itu kunci moto abah kau.
Nah, ambil sebiji lagi, dengan bentuk sama seperti diatas bagaikan difotokopi, kek yg ini telah diserikan dengan seni hiasan amboi3-diva-tergebus-caras-muka-kau, dan sedikit kata-kata peransang sehingga mampu menghasilkan mimpi lembab sikit lagi nak basah. 'Semoga Cepat Sembuh' . Amboi mcm mengenali diri ini pulak si pembuat kek ini, hahahah. Tapi apa yang pasti rakan-rakan pencinta kekkita ni, harga untuk kedua-dua ketul kek ini lebih murah dari sebiji kek keju yg dipasarkan di luar sana. Dan disebabkan itu jugalah aku membeli 2, padahal sahaja mengundang padah, mana ada lagi pembedal tegar kek keju di rumah aku ni selain aku. Natijahnya, sampai ke hari ini kek ini masih lagi berbaki setengah kilo setiap satu, pasal aku kerat dua-dua sekali, konon igt rasa lain2 la, takde maknenyee, = jek.
Dan aku dikhuatiri menghidap penyakit kencing manis selepas selesai kek ini dibaham. Semua bahagian yg telah dibaham itu adalah pekerjaan aku, yaaa aku!, org lain makan tidak sampai sepotong pun, itu pun sepotong cuit nak rasa jek, ape mereka ini tidak tahu nikmat menikmati kek keju ke? huh, sungguh eskimo. Jadi kepada sesiapa yg ingin merasa kek keju semoga cepat sembuh dan kek keju beri-beri biru, boleh la singgah di perkarangan rumah aku sambil memegang karangan 'Saya suka kek keju percuma' yg panjang setiap karangan tidak melebihi 150 patah perkataan, dan pastikan ianya menggunakan format KBSR tahap 2, Sekian sahajalah cerita yg telah aku peram selama 3hari ini.
Kek KEju..brrrrrrr...hahahaha
3 ulasan:
nak singgah umah ko ah.
Brrrrrrrr!!!
hahahahaha..;DD
bongok!
uh..teda keja tul..makan cis kek pn nak kecOh ke..ahahaha..
p/s..ampun bos..ampun..ahaha..weekkk=P
wahai cik rongak gigi
hahaha..ooo kecoh yee??
nda takutkah kau bah..
hahaha..
mint..
brrrrr..ko buat aku tgk.
hahaha
Catat Ulasan