Kempen Semasa

Kempen Semasa

31 Oktober 2009

Sejenak di Kota London


Salam.

Igt lagi x yg aku kata nak update siri penjelajahan aku ke Negara org tu? Hah, sekarang ni ada dgn aku gambar masa aku kat London dgn Dublin je, so aku mulakan dengan London la dulu kot, ok, mula,muahaha..

Aku ada sorg kawan nama jagung, wan jagung, kira aku kawan baik la ngan dia ni, aku ngan suma pun aku baik kot, tp dgn dia ni aku selalu la plan2 menda berjalan2 ni, pasal dia ni mmg kaki la bab2 berjalan malan ni, so nak dijadikan cerita, wan jagung ni ada sedara tinggal kat London sana, mak ngah+ pak ngah dia, diorg ni sedara kepada mak wan jagung ni, yg pak ngah dia ni dah jadi rakyat british, pasal dia dulu join British Army, so masa British lepaskan Malaysia pada pengurusan sendiri, diorg telah mengofferkan army2 dia ni pilihan utk stay kat Negara Malaysia, Singapura atau England, so pak ngah dia telah memilih utk pegi ke U.K,  maka jadilah beliau seorg org Perak berkerakyatan British, masa tu mak ngah dia tak ikut sama lagi, so lepas dah lama sikit tu baru mak ngah dia ikut, so mak ngah jadi PR jek, pasal ape tak tau, aku pun bukan soal siasat diorg pun pasal citer ni, dgr dari citer org tua wan jagung ni jek.

  So kami berlepas dari Malaysia pada, aaa...lupa plak tarikh,nanti aku cek balik..haa, dah igt, 29th June 2008. Aku p ngan wan jagung ngan kedua org tua dia, kitorg bertolak malam, dan perjalanan kami mengambil masa selama 13jam, hoho, bernanah punggung, tp aku macam biasa la, kot bosan atas pesawat tu aku berjalan la masuk dapur la tandas la dok kat kusi cabin crew la, mintak makan la, tp selalunya aku tido, muahaha, pasal nak tgk citer pun, tak sempat abis cerita aku dah padam dulu..hahah..

  Jd dipendekkan cerita,kami mendarat pada jam 5pg waktu london, masa tu tak tgk jam lagi, igt dah pukul 9pg ke ape, sekali tgk jam kat skrin tu terkejut la jugak, pasal dia pya terang tu macam dah pukul 9pg la kat tempat kita ni, ok, kat situ aku dah jakun, pastu beratur kat imigresen, bapak oii, kemain lama la woii, lupa nak bitau ,mak ngah+ pak ngah jagung join sama dalam flight tu, tp tak jumpa2 sampai la mendarat, pasal dia naik dari penang ke ape ntah, kira transit kat KLIA, so tak jumpa la masa kat check in tu, berbalik pada citer imigresen, hah amik kau, dia pya pegawai imigresen tya macam2 la woi, stok ko rasa macam nak lempang sambil menangis pun ada gak, tya soalan bukan2, sampai anak berapa ramai pun tya gak, ada satu soalan dia ni buat aku nak gelak, dah gelak dah pun, tp dia buat muka ketat dia jek,eksen betul, dia tya aku..

British India : Are you married?

Budak Comel: Nope ma’am,single.

British India : Do you have kids?

Budak Comel: How come I have kids  when I’m not married. (aku gelak)

British india : (muka ketat)..

Aku lupa yg kat tempat diorg menda ada anak tanpa ikatan perkahwinan tu perkara yg sgt2 biasa, dan aku lupa dia ni tau aku ni Muslim atau tak, tp lepas dah lama bersoal siasat tu baru aku pasan kenapa dia ketat ngan kitorg dan tak berapa mesra, pasal kat lanyard dia pakai tu tertera perkataan ini..

‘Boys are stupid,throw rocks to them’..hahah, ape ke bangang pya qoute tu..

Ok, dah setel menda tu semua selepas semua surat ngan bukti2 yg kukuh manyatakan aku dtg situ pasal nak berjalan  dan bukan pasal nak dtg cari keja, kitorg pun p amik beg, lepas amik beg tiba masa nak p umah makngah  jagung, haa, diorg kitaorg jumpa masa kuar pesawat, so beratur sesama  la, pak ngah dia menonong laju je, pasal rakyat British ada lane lain, clear jek, mula tu nak naik tube(train bawah tanah), tp tak tau apsal mak ngah ajak naik teksi, naik la kitorg teksi pintu terbalik tu, berburak3, kitorg pun sampai, dah kuarkan barang ape suma buat2 la nak tongtong duit nak bayar duit teksi, sekali dgr jek jumlah tambang aku rasa macam nak pitam, £69! Erk, tgk2 makngah dah kuar duit bayar, pheww, ko tau tak kalau convert2 tu bole jatuh misekin woi, hahah, aku bawak cash pun dalam £100 jek, hahah, buat2 keras mcm takde pape. Haha, alah, bg diorg mcm Rm6.90 kot.

  Dah sudah letak2 barang aku pun kuar ngan jagung mayau kat keliling perumahan tu, nama tempat makngah+ pakngah tggal tu Kensal Rise,kira dalam bandar gak ah, London borough of brent, aku tak tau ape maksud dia, kat signboard dia tulis gitu..haha.. pasal takut sesat, kitorg jalan lurus jek, pastu patah balik lepas tgk takde menda yg ada, lagipun tak sebuk lagi, org pun tak bgn tido lagi kott, baru pukul8 pg masa tu, tp terang dia macam tghari, permulaan Summer kot masa tu, lepas tu lepak kat backyard umah makngah, ada pokok epal, haha, tp belum masak lagi, so aku acah2 la makan terus dari pokok,senonoh tak rupa manusia ni?hahaha




Pastu kitorg keluar p central, naik bas, beli tiket 1day pass, utk tube ngan bas, harga £5.30, tp rasa rugi la kot, pasal kitorg tak guna sangat pun tube, ntah, bg aku seronok naik bas lagi kot, pasal bole cuci mata tgk luar sambil2 naik bas tu, kalau ko naik tube, samala macam ko naik putra lrt, ape yg ko nampak kat bawah tanah tu? kan ke bosan tu? so the next day kitorg beli pas untuk bas sahaja, £3.50, aku ngan jagung mmg guna sepenuhnya la, pg2 kuar ngan mak bapak dia, pastu balik, hantar mak bapak dia, pastu kitorg kuar balik berdua, mayau tanpa arah, tp tak takut sesat langsung, pasal aku rasa sistem pengangkutan diorg paling teratur aku pernah jumpa kot, tp kalau ko ajak aku naik bas kat kl tu, siyes, aku tak reti, hahah, nak suh aku sesat bole la, aku dah la jenis sesat tak reti nak patah balik, mmg redahh je sampai abis stesen, muahaha, terjadi jgk kat sana, tp biasa la, tmpat org, org tak kenal,bole la buat pangai beruk sikit. Haha, tak gitu aka,isya?miahaha…


So yang ari lain aku malas nak citer, aku bagi korg  tengok gambar berserta deskripsi dia aje la eh. Pasal aku pun macam dah ingat tak berapa nak ingat dah citer tu, dah setahun kan citer dia, huhu, siap dah pegi lagi tahun ni, siap kena tahan la ngan imigresen dia, igt aku tak keluar2 dari negara dia dari tahun lepas, dia yg bangang nak tahan aku plak, aku maki matsaleh vongok tu, org masuk ko heboh cop passport, org keluar ko halau gitu jek, pastu bila ko jumpa cop tahun lepas terus ko cap kitorg masuk tak kuar2 negara ko ni, ape dia igt best sgt ke nak duduk lama2 tmpat dia tu, bole jatuh miskin tau tak. Hahaha. Ape-apehal shopping tempat ni terboikk, nak timberland asli dgn harga kasut Bata bole la dtg sini. hahahahahah


harga makanan dia korang tgk..tak jatuh miskin plak kalau keja kat sini p makan tghari kat sana. huhuh.


psst:- sebenarnya aku dah letak byk gmbar tadi, pastu dah susun elok ikut cerita, penyudahnya ilang plak tadi, terus aku jem aku letak je gambar pukal gini, nanti aku update pastu kalau montot aku tak lenguh dah aku edit balik eh, alah, sape je yg baca pun..wakakak



11 ulasan:

w.i.s.d.O.m berkata...

uuuhhhh..ai x bjiwa kaco..tp entry ni yg membuatkan jiwaku terkacoo.. panjang gilak neh..sempuuuut aii..naseb bek peminat no.1..klo x mmg dah skip2 je baca..huahuahua..

peminat laa sgt..kwangkwang..

singkong panggang berkata...

ln kali nk p jalan ajk ak skali..

;D







*‘Boys are stupid,throw rocks to them’
hahahaha;DD
teman ak wat report...;DD

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

apsal nak kena ajak ko plak mint?hahah

peminat no.1, nnt i ajak u jalan2 neh, u nak g mana nanti? i suh pilot tu bawak u k..u tanak baca itu u pya pasai la tau..hahaah

lumut berkata...

xdpt tgk gamba pon..adeh..

lumut berkata...

alamak...baru tau kene klik tajuk..hehe...

Cik Tudung Merah berkata...

mane gamba eh piz?

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

sila klik tajuk untuk mula membaca ok cik tudung merah..tu mutmut dah tunjuk cara dah tu..hahah..sori la gmbar tak menarik,ada masalah ngan blogspot vongok ni..jahanam abis semua yg dah edit elok2.

Cik Tudung Merah berkata...

sebab dah bace citer la aku tanye pasal gamba..ceh!!

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

ooo..ok..cuba ko cari lagi gmabr dia..gmbar tak menarik pun cik tudung merah oi..dtg umah la tgk kat lappy aku ni haa..hahah

Cik Tudung Merah berkata...

malam ni aku datang..haha

wonderfats berkata...

xde pun???...hahahahaha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails