Salam,
Semalam aku pergi lagi ke tempat pengubatan tradisional aku tu, kali ini mmg betul2 best, pasal kali ini aku berpeluang lepak ngan org yg kena santau, haha, berbual pun mcam larat tak larat dah brader tu, pasal dalam badan dia rasa panas, aku ni rilek je sejuk takde rasa ape2. Sambil berbual tu dok bercerita la sama menda2 mistik, pasal brader ni pun berkebolehan juga katanya, tp pasal benda yg dihantar tu kuat sgt, sampai dia pun dah tak dapat handle. So bermula la perbualan kami yg bekisar lebih kepada menda ghaib dari menda yg zahir ni, yg zahir pun citer pasal mengundi kat bagan pinang la. Huh, mcm aku amik port plak menda tu. Layankan aje la pandangan dia tentang 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan tu. Dia kata mmg rakyat didahulukan la, pasal bila minyak naik tol naik cukai naik segalam macam naik, sape kena dulu? Rakyat kan?? haa mmg bertepatan la slogan tu, rakyat kena dulu, pastu pencapaian ape yg diutamakan? Pencapaian utk menteri2 la, tol free ape suma free, kira keutamaan mereka tercapai la,ujar beliau.
Dah, aku citer balik ape brader tu cakap jek, pastu aku tak respon ape2, aku gelak je, pasal aku malas nak kesah sgt. Lepas cerita pasal tu start la kesah mistik, dia cakap dia dah dua kali kena santau, yg pertama kali tu lepas jumpa org ke-100 baru setel masalah dia, org ke-100 tu tempat yg aku selalu pegi ni la, kira dia dah kenal lama dah dgn pengamal perubatan ni dan dah pernah ditawarkan ilmu utk mengubat patah, tp ditolak pasal tak sanggup. So beceritalah kami pasal rupa menda setan2 yg ada, pastu kebolehan dia merasa sesuatu yg tidak kena pada seseorg ape suma, dan bulu roma aku sepanjang berbual itu turun naik tak berenti2,kejap kang naik kejap kang ok,berbual balik meremang lagi tp tak takut, haa tu yg pelik tu. Anda seram? hehe tggu aku cerita masa kitorg bercerita tu kitorg kat mana.
Masa kitorg berbual tu kitorg berada di sebelah rumah kosong, 2 buah rumah kosong yg dah penuh semak samun dan naik reput segala, tak mustahil la setiap kali bercakap pasal hantu bulu roma aku meremang rasa mcm dia lalu tepi, tp rilepp, takde rasa cuak ke ape ke, tak tau la mgkin pasal aku berada di kawasan rawatan. Lepas berbual tu brader tu bg aku satu zikir utk diamalkan. Nanti aku cerita apa yg terjadi bila aku berzikir dgn zikir yg diberi ketika pulang. Sape bulu roma dia dah meremang masa ni? Tunjuk gigi, tersengih kude ko. Haha, nnt aku bg petua camne nak hilangkan cuak tak tentu pasal bila sebut pasal hantu ni.
So giliran kami pun tiba, walaupun telah dicilok boikk pya oleh seorg makcik yg dtg kemudian dari kitorg tanpa sedar, dia dah selesai,dgn selamba dia bgtau yg skrg turn brader yg berbual dgn aku tu, padahal nombor giliran aku dulu dari dia, aku no.11,makcik tu no.13 dan brader tu no.14, pastu baru la nak bitau kenapa tak cakap..ewwahh..yg kamu tak reti tanya kenapa, tentu arah masa kamu dtg tu dah nampak muka2 kami tercongok kat depan tu. Takpe, pasal aku mmg dilahirkan penyabar dgn org, maka aku senyum je la, aku pun masuk bersama2 brader tu, kira satu jalan terus, kira elok sgt la, kena plak sebelum tu aku dah nyatakan hasrat aku kat brader tu utk masuk sekali. Jadi mmg molek sgtlah.
Masuk2 bilik mcm biasalah, turn aku dulu, diampu kaki aku oleh 'Dr'.Man ni,di ketuk2 kaki aku, peha aku, lutut aku, lepas tu dia bersuara, lebih kurang gini ah " tulang dah cantum dah, cuma skrg ni masalah besi tu menghalang, pasal tulang tu nak melurus tak boleh pasal besi tu kuat sgt memegang tulang tu, jadi telur tak payah pakai dah, pasal kalau makan jgk takut bengkok ke arah yg lain pasal besi plate tu menghalang." kesimpulan cerita, besi plate tu mengganggu dalam proses tradisional ini, jadi dia tya bila aku bukak besi. Aku cakap paling cepat pun hujung tahun la, tp nak ke aku terencot2? Tanak ah, siap dia kata kalau tak,dah berjalan dah aku masa ni, tp pasal besi tu memegang kuat sgt maka proses pertumbuhan tulang baru jadi tak lancar.
So dia memberi satu penyelesaian, hancurkan besi tu, pasal nak keluarkan dgn proses pembedahan normal lambat lagi, jd aku bersetuju je utk menghancurkan besi plate tu, jadi dia pun tekan la laptop ghaib dia ngan alat2 perubatan ghaib dia, aku ada perasan dia macam main picagari, dia beritahu itu ubat utk menghancurkan besi tu, besi tu nanti akan hancur sikit2 dan larut dalam daging. Kira tak memudaratkan la, tambah plak kalau diizinkan Allah menjadi ikhtiar aku kali ni, tak payah la susah2 aku p bedah kaki aku kuarkan besi ni plak kan? Buat ape sakit 2-3kali, tp itulah, mcmana plak nak bitau doktor kalau lepas ni x-ray2 tgk besi tu dah takde. Hahahah. Mampos.
So selesailah bahagian aku malam tu, giliran brader tu plak, kibas2 pakai sejadah je aku tgk dgn tarik ikut dada ape menda ntah. Kira stail 'Dr' Man ni rilek jek. Takde nak tempik2 sape tuan kau,dari mana kau datang,bersilat ape suma. Macam tenang gila ah, siap pasang radio dgr lagu sinar.fm la, layan sms la, mmg sempoi. Lepas masing2 dah dapat air tawar, kitorg pun beransur, dan dalam perjalanan tu pulang tu, aku ngan adik aku merangkap supir akan menempuhi jalan yg agak gelap dan hutan2 agak tebal. Heheh, saje bg seram, padahal takde menda kaitan pun ngan hutan tu. Aku kan ada citer pasal zikir yg brade tu bagi kan, aku pun mulalah berzikir, kejap lagi mata aku ni kemain berat ngantuk tak mau2, padahal baru je tadi aku pya segar berbual ngan adik aku, aku tahan aku zikir lagi, amboi makin berat, sudahnya bila masa aku terlelap pun tak tau la, sedar2 je dah nak sampai Teluk Kemang dah. Tak tau la ape sebab, pasal ada setan dalam badan ke ape ke tak tau la aku. Adalah tu hikmah zikir tu, nanti2 tau la aku. Mana tau boleh terbang ke ape plak aku lepas ni tak payah susah2 pakai tongkat berjalan naik moto eksiden bagai. Hahahaha
Sekian, gambar hantu takde. Pasal hantu kamera shy. wakakak
7 ulasan:
peaceee..saje je nak interprem..hahaha..
macam haremmmm! aku puas la tunggu citer antu tuh, cepat la sambung!!!
nahh..amiklah ikhlas drku..nak paste kat cni gak aah..baru fair n lovely..ahahakzz..
"usaH gelisah bila ditinggalkaN bersendirian..
kerana pasti ada DIA yang sudi menjadi teman.."
"Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka..
tetapi jauh segalanya Dia telah mgatur yg terbaik dLm kehidupan kita.."
"KadaNgkaLa ALLAH tiDak membeRi aPa yg kiTa iNgini,sebaLiknya DIA paSti aKan memBeRi aPa yG kiTa perLukaN.."
uSah ditaNya meNgaPa, keRna sSuatu iTu paSti puNya "HIKMAH" tersembunyi.."
agak sentimentaL bunyiknyee..tp layaaaN!!^.^
coOL duDe cOoL..
^.^peaCe brO/kanda/abg manis muka ketat..
ak rasa macam nk pukul kau.
ak punya la tggu cite mistik.
mase ak dok bace ni, mak chaq dok bercerita mistik.
semalam ak kena belasah mistik.
aish..
aii..jgn la maree..hahaha..nanti aku dah dapat tgk hantu nanti aku ajak la korg tgk sekali..amcam? hahah
selalunya yang rileks-rileks tu yang baguih..siap boleh layan sinar fm lagi.yang pulun tu selalunya nak tunjuk baguih
selalunya yang rileks-rileks tu yang baguih..siap boleh layan sinar fm lagi.yang pulun tu selalunya nak tunjuk baguih
Catat Ulasan