(Sufyan bin 'Uyainah)
Salam,
Terpanggil aku untuk meng'copy' paste kata-kata hikmah kat tepi blog aku ni, kerana ianya bertukar setiap hari jadi aku taknak la ketinggalan utk berkongsi dengan umat-umat yg tak sempat singgah blog aku masa kata-kata ini sedang di keudarakan. Jadi sgt baguslah kalau ianya aku kongsikan bersama, pasal kadang-kadang aku berasa begitu, terasa doa aku tak sampai pasal kekhilafan dan dosa-dosa yg pernah, sedang dan yg akan aku lakukan.
Makanya tak usahlah kita menghukum orang lain di atas perbuatan yg tidak lurus di mata kita, sampai senget-senget kepala memandang serong kepada yg terbabit. Pasal sendiri pun lebih kurang gelong je nak jatuhkan hukum utk org ape kes?.. Ditujukan khas pada diri sendiri sama, pasal kita manusia kan, lagi pulak syaitan itu terdiri dari kalangan jin dan manusia, dan aku tak marah kalau korg panggil aku syaitan, sebab sifat keras kepala dan degil itu menggambarkan syaitan, so sape degil dia setan..hahahaah..aku dah tak degil dah. Hee hee.
Ok ah, kan aku cakap lebih-lebih kang org marah plak, ye la aku bukan sekolah agama pun, dah la tu tgh patah kaki plak tu, konon insaf la eh? Yaaa, aku insaf, hahah, tp bukan pasal aku eksiden, tp pasal lama sangat dok alpa ngan dunia yg kita akan tggal bila-bila masa sahaja. Jadi berdoalah kita semoga amalan kita diterima dan kita berada dikalangan hamba-hambaNya yg soleh. Aminnn
2 ulasan:
ak insaf.
;D
Alhamdulillah.
Catat Ulasan