Kempen Semasa

Kempen Semasa

07 Oktober 2009

TCA

Salam,
Susah betul kan bila berurusan ngan sistem yg diuruskan oleh manusia?. Kenapa aku cakap macam ni? Hehe, biasalaa, ada la menda yg aku tak puas ati tu karang. Tp takpe la, kalau tak jadi pada diri sendiri, takde la ape yg nak dijadikan bahan bualan nanti. Tak gitu? huhu~~. Citer dia begini ye encik2 makcik2 nenek2 semua.


Semalam, bersamaan 06hb Oktober 2009, aku ada TCA dgn doktor yg merawat aku. TCA tu maksud dia to come again, aku pun baru tahu semalam masa main sms ngan jururawat yg merawat aku masa aku lepak wad dulu. Oh lupa, aku mempunyai hubungan yg baik dengan nurse2 yg pernah merawat aku. titik. haha. Sebelum TCA yg semalam ni aku sudah pun pernah menghadiri TCA yg pertama iaitu sebulan sebelum yg semalam ini, dan pada TCA yg lalu hya pertemuaan biasa bersama doktor dan sedikit perbualan katak, dan sesi melanjutkan cuti sakit, itu sahaja, dan aku dikehendaki TCA lg pd semalam, dan kerani yg berada di klinik Doktor itu menyatakan yg TCA akan dtg akan melibatkan acara meng'x-ray', jadi aku diminta mengambil dulu GL (guarantee letter) di kaunter sebelum meneruskan temujanji kerana GL yg ada akan tamat tempohnya menjelang TCA yg akan datang. Dengar sgt mudah kan? pergi kaunter dan ambil GL yg baru. 


Tp, yg terjadinya adalah, semasa aku ingin memperbaharuinya semalam, "encik,GL encik dah expired,jd encik nak bayar sendiri atau macamana?" kata kerani yg terlibat. Ewahhh..celah mana aku nak bayar sendiri, xray pya kos aje dah setgh bulan gaji aku kot, tarak2, aku mintak pilihan lain, "lagi satu cara encik kena pegi medical centre kat tempat kerja encik dan mintak GL"..hah?? lg satu gila bab1, kedatangan aku ke hospital itupun dgn belas ihsan org yg sudi menghantar, lagi kau nak suruh aku buat kerja gila ni? Dah la jauh, aku tanya lagi pilihan tambahan, ada, bincang ngan doktor tahan wad sehari dan masalah selesai. Alahaiii..kenapa la tak bagitau awal2, merosakkan hati aku je memaki di dalam hati. Jadi oleh kerana kesilapan teknikal paling bongok pernah aku alami, makanya aku skrg sedang menunggu panggilan dari pihak hospital untuk masuk wad. Pasal ape, bulan posa dah lepas, jd hospital kehabisan katil dan bilik utk diberikan pada pesakit yg dah tak berapa sakit macam aku ni kerana telah di penuhi dgn pesakit yg terkena serangan akibat terlebih makan lemang dan rendang dan air manis2 barangkali. hohoh~~~

5 ulasan:

Cik Tudung Merah berkata...

alaaa...mendatar la cerita. patutnye ko citer jugak tentang uniform ko semalam yang mengalahkan Dato' Isa Samad yang sudi menjengok sekolah semasa majlis raye yang lepas.hahaha..

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

aku cuba untuk tidak merabunkan mata pembaca aku kali ini,dan juga meng'emo'kan diri mereka dgn ayat2 yg berpusing2 mcm gasing,sila jgn provoke pasal pakaian rasmi saya..satu ari citer tak abis..hahah

Tanpa Nama berkata...

uniform ape??

haha..

cte a..


-miNt-

Cik Tudung Merah berkata...

miNt, suh la dia citer pasal pakaian rasmi beliau ke TCA semalam. rugi la tak amik gambar semalam, kalau tak memang best la bahan entry..hahaha

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

ha'ah yelah,layan korang pya kehendak,elok2 aku ni pesakit patah je bole jadi pesakit jiwa tau dak?
tp xpe klu ada sumbangan dana utk proses pembaikpulihan aku,aku akan cuba utk memenuhinya..ngaaaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails