Sudah 2 malam aku keluar rumah sehingga lewat pagi, sebenarnya bukan 2 hari, tapi dah seminggu, tapi 2 hari ini paling banyak perkara baru yang aku jumpa. Paling banyak mengajar aku kenapa kita di tuntut untuk selalu beringat dan ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara itu. Sentiasalah kita memperbaharui niat kita itu, kerana apa? Klik sini kalau nak tahu sangat.
Jaga niat di dalam setiap perbuatan. Niat boleh berubah kerana suasana dan nafsu yang menggila. Jaga niat, jaga Amal, jaga Fikir, dan sering-seringlah bersyukur.
Terkenangkan kisah rakan aku ni, membuatkan aku mengucap panjang, ingatkan tidak akan terlibat dalam kes-kes begini, tapi akhirnya aku diberi juga pengalaman untuk berhadapan dengan kisah sadis begini terus menerus dari tuan punya badan. Kes ilmu hitam, rumahtangga bergoyang, anak-anak terseksa, pendapatan hilang, hidup dalam kesempitan, cemuhan masyarakat, semuanya telah tertimpa pada bahu rakanku ini. Sangat-sangat memilukan bila sedang kita berkongsi masalahnya airmata lelaki itu menitis bila bercerita tentang anaknya. Sedangkan aku yang masih bujang pun sebak, apatah lagi kalau yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak sepertinya.
Tapi sebagai manusia biasa apa yang boleh aku buat, sekadar memberi telinga aku untuk setia mendengar segala masalahnya dan juga perasaan aku untuk turut merasa deritanya, kerana kita juga masing-masing punya masalah, lagi pula ini masalah rumahtangga orang, tidak berhak aku masuk campur sehingga ke dalamnya cukup sekadar permukaannya sahaja. Dan untuk renungan semua, jauhi semua benda syirik yang boleh menyesatkan akidah kita, sentiasalah mendekatkan diri kita dengan Yang Maha Pencipta kerana sesungguhnya dengan sentiasa mengingatiNya hati kita akan jadi tenang.
Di sini ada sedikit bingkisan buat sesiapa yang di luar sana yang pernah terdetik di hatinya akan ketidakadilan Allah kepadanya. Astaghfirullahalazim. Semoga kita beroleh manfaat.
KENAPA AKU DIUJI ?
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ;" Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum
mereka ,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA KECEWA ??
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pulak kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman. "
-Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
" WAhai orang-orang yang beriman ! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan
), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ), dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan ) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan )."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah )dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin , diri , harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka......
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
" Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal ."
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!
" ...... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusof ayat 12
walaupun bingkisan ini sekadar salin dan tampal dari tempat lain, tapi makna dia sangat besar. Terima kasih kepada pengirim bingkisan ini.
" Hidup tidak selalunya indah, langit tidak selalu cerah.." antara bait-bait lagu Lukisan Alam dari Kumpulan Hijjaz yang sedikit sebanyak memberi aku dorongan untuk lebih beringat.
Salam Peringatan Buat Teman-Teman.
3 ulasan:
=) sentiasa beringat dan saling mengingatkan dan saling guide mengguidekan^.^..
dunia sekarang.......
yeahhh...dah tak reti dah nak beza halal haram gitu la jadinya
Catat Ulasan