Kempen Semasa

Kempen Semasa

21 Januari 2010

Hidup Ini..

Salam,
Aku baru balik dari berjumpa seorang rakan baru, muda lagi, seusia adik aku, dia sms aku lepas Maghrib tadi ajak keluar borak-borak, pasal baru kenal lagi, itu pun kenal kat kelas mingguan HPA kat Cawangan Port Dickson ni, dia dari Pahang, datang sini pasal kena kerja kat Legend Resort ke ape nama resort baru tepi Glory Biatch Beach Resort tu. Lepas tu?! Apa kena mengena tajuk dengan dia ni? Nak tahu lebih lanjut klik kat "kami nak tahu pasal budak tu bole?"



 Bolehhh..bermuka jambu berkulit cerah ala-ala ahli kumpulan k-pop, tapi masalahnya bukan kriteria itu aku nak cerita, aku nak cerita pasal tanggapan pertama orang ramai di luar sana terhadap penampilan dan umur seseorang itu. Budak ni, taknak la panggil budak, kita pakai pemuda, pasal dia pun dah nak masuk umur layak mengundi bulan 7 ni. Dia sebaya dengan adik aku yang lahir tahun 1989 tu, tapi aku habaq kat hangpa semua, dia lagi matang pemikiran dari adik aku yang lahir tahun 1987, malah lebih dari aku barangkali. Pasal betullah ada suatu patah-patah kata yang aku terbaca kat Dara.com itu, "bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan".

  Kenapa aku pergi petik kata-kata tu? kenapa tak pergi petik buah ke, petik kelapa ke. Hikhik, maaf, pengaruh astro warna kuat sangat. Kenapa aku berpendapat sedemikian adalah kerana, adik aku yang seusia beliau masih lagi tidak dapat berfikir dengan akal, masih lagi berfikir menggunakan kepala lutut barangkali, masih lagi memandang remeh hal-hal agama, jangan kata yang Sunat, yang wajib pun huru harare. Itu hal agama, belum hal kehidupan lagi, baik yang atas dunia ni mahupun yang akhirat sana. Aah, petik-petik orang lain, sendiri pun samadengan je, masa umur aku 21tahun, apa benda je pun yang boleh dibanggakan aku dah buat, yang cam bagus-bagus nak cerita pasal orang lain kejadahape. Daftar nama untuk mengundi pun tidak, harhar, tapi aku tak lari kalau karkun-karkun Tabligh datang ramai-ramai ke halaman rumah sewa kami. Haa, tang tu aku bangga, tapi nak pergi ke masjid tu mungkin aku tak sampai hidayah lagi masa tu.

 Lagi ape sebab dia? Sebab dia dah pun buat pilihan tepat sejak berumur 19tahun lagi, dia telah pun di beri hidayah untuk ingat tentang akhirat dan mati pada usia yang kebanyakan kita masih lagi heboh memilih artis mana yang akan menjuarai AJaL tahun ini. Bukan nak banggakan dia, tapi rasa macam best la kan bila muda-muda dah tak heboh sangat pasal dunia ni, boleh kira la kot dalam ramai-ramai kawan kelas aku 4 Automotif kat Sekolah Teknik dulu siapa yang ingat pasal mati, merempit tu tak kira masa dan ketika, umpamanya kalau bertembung dengan treler tu pun rasa konfirm terlepas dari sebarang kecederaan la. Punya la yakinnya kami ketika itu. Tapi keyakinan kita terhadap mati dan akhirat itu selalu dipandang sepi, rasa macam takkan mati kan? ada tak? kalau ada pun, rasa macam orang-orang tua, orang-orang sakit kritikal, yang memang patut dah sampai ajal je yang mati kan? ada tak?

 Ada la kot, tak kata korang, aku pun kadang-kadang terlupa jugak, maklumlah, seronok hirup oksigen free of charge ni, bayangkan la sampai suatu hari nanti, kita lupa nak bernafas tu macamana, takpun masa tu oksigen dah jadi macam gula ke minyak ke, siap main sorok-sorok lagi. wohoo..tanak aku masuk zaman tu. Jadi rakan-rakan semua, bersama-samalah kita mengingati mati dan saling berpesan-pesan antara satu sama lain. Jangan disesali dengan pengalaman pahit di dalam kehidupan, kerana ia adalah satu ilmu, wadah dan panduan di dalam perjalanan untuk mendapat keredhaan Allah. Di beri 2 mata, tujuan pertama adalah untuk melihat kebaikan orang lain dan kedua adalah untuk muhasab kelemahan sendiri.

 Sekian kisah sedih korang kena tipu dengan aku lagi sekali hari ini. Selamat beramal. Oh, hampir terlupa, sila berilmu dahulu sebelum beramal, kang jadi macam kes picit telo orang saf depan kang jadi masalah plak. Hahah..

Salam

2 ulasan:

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

huhu..test2..

Tanpa Nama berkata...

cek abg..saye pn matang jugak ape^_~..kawan-kawan saye yg cakaplaa..hoho..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails