Kempen Semasa

Kempen Semasa

19 Januari 2010

Ya Allah, Sakitnya.

Salam,
Sejak balik dari KPJ aka Istana Hinggap aku tu, kaki aku sakit sangat, bila lurus nak dibengkokkan sakit, dah bengkok nak diluruskan sakit, sudahnya, melepet la aku dalam satu kedudukan dengan agak lama. Gara-gara membuat fisioterapi tempohari la yang buat aku menanggung derita yang sedia ada ni, abis dah eksyen sangat, mentang-mentang fisioterapist itu menarik perhatian, dandan tu kau bole buat semua jenis senaman kaki tu. Dan natijahnya, tanggung la kau sendirian. Padan muka aku. Kepala lutut dah bengkak, peha dah bengkak, tunggu ape menda yang nak bengkak pula lepas ni,sila klik sini kalau nak tahu.


 Tapi cerita sebenarnya bukan pasal sakit tu, itu dah memang bahagian aku, tidak bole nak menyalahkan takdir, dan tak boleh juga kita nak kufur nikmat, kita kena sentiasa bersyukur dalam keadaan macamana sekalipun, cakap senang eh? lalui sendiri, anda pasti dapat tempuhinya, asalkan segala ilmu fardhu ain dan fiqh yang kau orang belajar kat sekolah rendah dulu di aplikasikan. Bukan sengaja bercerita, tetapi ingin sangat berkongsi pengalaman dengan pesakit-pesakit seperti aku dan juga yang lebih hebat dugaannya dari aku ni. Lapangkan dada, tenangkan otak, dan terus bersangka baik dengan Tuhan Yang Maha Esa itu. Itu jelah yang penting pun, selagi kau mengeluh dan menyumpah seranah akan segala dugaan yang ditimpakan ke atas diri kau, selagi itulah kau takkan rasa ketenangan hidup, malahan hidup ini satu kebosanan bagi kau.

 Bermuhasabahlah akan diri kita itu, mustahil tidak pernah melakukan dosa kalau sudah bergelar manusia, fikirkan dan berkira-kiralah sendiri secara kasarnya, pasti silap kita melebihi yang betul. Balasan untuk kita di laksanakan di dua tempat di 'sini' ataupun di 'sana', kalau di 'sana' tentu-tentulah akan dibakar, makanya, bersyukurlah kita jika kita ditimpakan musibah ketika masih diatas dunia lagi.Itukan penghapus dosa. Cuba untuk terima hakikat dan kukuhkan iman kita dengan rukun yang 6 itu. Berdoalah kepada Allah sentiasa walau diri penuh dosa dan noda. INGAT ! Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih serta Maha Pengampun, dan jangan letak keESAan Allah didalam akal fikiran kita. Setinggi-tinggi ilmu dunia ini yang mampu kita pikul hanyalah seperti setitis air di lautan luas.

Sekian sahaja tazkirah kita hari ini, maaf kerana terpaksa mencuri masa anda untuk menghabiskan bacaan.

Hehe. Salam.


5 ulasan:

Antusabun berkata...

Tazkirah yang bagus. 3 bintang stengah ok tak?

Tanpa Nama berkata...

=) syafakallah..xdpt nak wat pape..dpt doa je:)

Unknown berkata...

hahahah...bintang yang ni aku nak..bintang mentor ke bintang pop kuiz ke aku taknak..kira bersyukur la,bukan sekolah pun yg tukang bagi tazkirah tu.

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah..

bleh gak wat fikir2..

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

yeahh...selamat datang nini..tengs dtg melepet disini..selamat menjamu mata

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails