Kempen Semasa

Kempen Semasa

08 Januari 2010

Inilah Jalan Kami

Salam,
Hoho, tajuk dah macam orang nekad nak bom diri je kan? Tapi ada la sikit-sikit isi dia ke arah itu, awal tahun ni macam kesibukan sikit, setiap hari minggu ada je kursus yang aku kena hadiri, minggu sudah 2&3hb Januari, aku telah menjeremuskan diri ke kancah siri pengubatan Islam atau dalam group kita-kita ni dipanggil Perubatan JAWI, syok owh, baru la aku tahu, selama ni doktor-doktor tu poyo-poyo jek sampai belas-belas ribu nak kena bayar bagi mengdiagnos sakit yang ada. Itu belum masuk ubat-ubatan lagi. Jejak la puluhan ribu sudahnya. Kaki aku patah ni pun dekat RM20k nak bayar kat hospital, apatah lagi kalau jantung kau tersumbat, mau meninggal sebelum sempat nak check kot lepas tahu harga dia. Klik la sini kalau nak tau ape yang aku kecoh sangatkan tu.



  Cerita aku ni macam bagus-bagus la plak, padahal baru pegi sehari je kursus tu, haha. Tapi sehari-sehari pun dapat la jugak ilmu asas nak mengesan penyakit dari tapak tangan, pastu tak payah nak pakai ubat-ubat spital, guna saje herba yang ada, rebus sendiri, tapi seperti biasa orang kita nak mudah, makanya kami sediakan pil sedia untuk ditelan buat anda semua. Untuk pembenci ubat tegar, kami sediakan jenis minuman sedia ditonggang buat anda. Mudah gila, sehat nak makan ubat tanak, yaperdaa. Sesat betul.

  Yang diagnos tapak tangan tu hari sabtu, hari ahad plak kursus refleksologi tapak kaki, dan aku sudahpun menguasai peringkat tertinggi dalam masa sehari. Penipu betul. Tapi ni tak tipu, aku dah majukan ilmu yang aku dapat tu ke kaki kedua ibubapakku, dan aku berjaya, berjaya membuatkan mereka mengerut-ngerut dahi semasa aku sedang mengurut kaki-kaki mereka, ponek woii. Aku ingatkan rilek-rilek je la kan macam basuh baju ke ape ke, rupanya tidak. Malam tu jugak aku flat, sampai petang esok. hoho. Ini sape yang patut kena rawat ni?.

  Ni esok plak, 2hari jugak aku terpaksa meniadakan diri aku, kami akan ke Ayer Keroh Melaka untuk menghadiri program bijak cemerlang. Kursus yang khusus untuk orang baru macam aku. Tapi serius la wei, kalau anda betul-betul orang Islam, tak kira la ape pahaman pun, kalau tak join menda ni memang macam satu kerugian la, sampai bila la kita nak majukan orang luar sana, sampai bila nak jadikan masa depan anak-anak kita sebagai taruhan. Tak sanggup aku, tengok yang sekarang ni pun dah tak boleh handle dah. Statistik mendapati 10 dari setiap 100 orang anak melayu telah pernah melakukan zina. Astaghfirullahalazim.

 Jadi untuk semua, jagalah makanan anda dan pantau-pantaulah selalu apa yang anda bedal, kalau tak mula sekarang bila lagi. Dari makanan jugalah datangnya pelbagai penyakit baik yang terlihat ataupun tidak (hati).
Jangan tinggal solat dan jangan sekutukan Allah. Selamat beramal dan ceria-ceria selalu. Oh lagi satu, jangan derhaka ngan ibu bapa yee.. Salam

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagus la cmtu.aku jgak harap aku dpt sibukkn diri supaya aku dpt lupakn masalah duniawi

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

eh..tuan pya blog sendiri masuk..igtkan pelawat dari blog ko teddy..
insyaAllah teddy, kalau kita paham hakikat kita diciptakan dan utk ape kita ni hidup,mmg masalah dunia tu dipandang sepi jek teddy, tp tulah..tak bole nak pisah..mcm2mana pun, cuba yg terbaik kita bole bagi..

Tanpa Nama berkata...

xtaw la cmne tuan pya blog sendiri bley masuk c2.nga musyikil neh..
emm..alangkah baik nya kalau teddy mampu pandang sepi bnde tu.

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

itulah..camne eh nak cakap..teddy cuba berdamping ngan org2 yg tidak meletakkan dunia sbg pegangan dia,dekatkan diri dgn majlis2 usrah yg selalu ada kat masjid2 lepas solat,kuliah subuh i.e..sertai program qiamullail lebih cantik..hehe..mintak maaf kalau mcm poyo2..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails