Salam,
Ke mana kita minggu ni bosh?!. Heh..nak ke mana pun, melepet la macam biasa kat rumah ni, macam la penting sangat nak ada aktiviti minggu ini bagai. Tapi hari Isnin lepas patutnya aku ke KL, pasal HPA ada pelancaran Produk baru, tapi sayang, kaki aku tak sedap perut pulak, ai, kaki pun ada perut? Abis orang selalu cakap tak sedap perut tak sedap perut, bahagian mana perut tu tak dapat nak bagitahu pulak kan? Begitulah adanya cerita kaki aku ni, dia rasa macam tak selesa pulak. Padahal malam sebelum tu dah heboh cari kasut nak pakai, punyalah lama tak pakai kasut tu, sampai mak aku dah letak dalam plastik sampah hitam tu, itu kalau silap haribulan, mau ke dalam lori sampah kasut aku tu, dah la jauh beli tu. Pakai tak dan 2bulan dah terlantar. Kot pakai jugak kasut tu masa terlantar, memang nak mam la namanya kan. Nak baca lagi ke? Klik sini-->.
Tapi kawan aku yang jiran lama si sendol tu kata best gila pergi kat majlis tu, ada Raihan lagi, seronok la dia, tapi jangan korang ingat aku membiarkan sahaja dia keseronokan di sana, harus aku mengorder sesuatu, paling-paling koman Sticker HPA, nak tampal kat lappy konon, barulah rawks. Hoho, aku fanatik HPA ke? Tak ah, 'susah mati' je. Siapa lagi nak sokong barangan buatan tangan ummat Islam bumiputera, kalau bukan kita. Tidakkah begitu Mint? haha, berus gigi aku pun ada cop HPA la woi, haha. Ok cukup promosi, nanti masing-masing pakat pulau blog aku pasal aku selalu promote HPA. Ok ape? Dari aku promote BAba's.
Makanya, aku akhiri dengan sedikit tazkirah untuk renungan bersama, kadang-kadang aku lupa apa yang aku baca, jadi bila aku taip, sekurang-kurangnya berbekas la sikit dalam otak kanan aku, aicheh macam handal pulak otak mana otak mana yang fungsi lebih.
"Tidak Allah jadikan sesuatu itu SIA-SIA. Yang menjadikan sia-sia itu adalah akal yang tidak mahu berfikir dan mengambil pengajaran atau hikmah di atas apa yang berlaku"
Psst: Aku dulu selalu asingkan taugeh, bukan pasal tak suka, tapi aku selalu fikir taugeh tu takde khasiat langsung selain dari memberi aku bekalan angin yang lebih untuk ditujahkan melalui rongga di punggung. Hoho. Bangang kan?
9 ulasan:
kaki..??
tak sedap perut..??
nak pinjam ayat tu bley ke..??
hehe..
ko nak cerita apa benda sebenarnya ni? susah pulak aku nak paham.
saya juge tak suka taugeh... hoho
nini..hamik3..jangan segan2...
antusabun: takde menda pun..saje nak membebel pastu nak lawan ko update blog, tp tak bole nak lawan ko lagi, sehari sampai 5-6 entri,kena byk belajar ngan ko ni. haha
aku yg bernama taugeh..eh..nama ko bukan taugeh kan? takpe..makan jek..elok..untuk organ..organ yg mana aku kurang pasti, tp untuk usus kot..hahah
apahal ade nama ak plak?
ak belum lagi join HPA ko tu.
tadek kesabaran sungguh.
nt ak bg lah ape patut untuk jd downline ko.
hahahah..;DD
camana pulak kalau banyak sangat berfikir?
hoho.;p
aku saje je letak nama kau bg ko rasa di ingati,bukan semua kawan ko lupa kat ko..xde kena mengena ngan nak goda ko join aku..huhu
kalau byk sangat berfikir takut nanti sampai satu masa kau terlalu jauh berfikir dan bole jadi gila, ingat, jangan sampai kau berfikir bagaimana kejadian Allah. bahaya!
knp ko kate bukan sume orang lupa ak?
bukan ak ni mg sentiasa diingati ke?
ngahahaha..;DD
berfikir kejadian Allah tu ak dah fikir beberapa tahun yang lalu.
ak rasa hampir gila hanya dengan berfikir.
belum mengkaji.
jadi ak benti.
ak tatau hukum apa kalau ak fikir camtu.
tapi ak benti sebab ak takut berdosa.
huhu..^^
syukurlah ko tak gila..tak payah la pikir jauh sangat...ambil yang patut sudah..kalau nak pikir jugak..masuk kat jalan dia yang betul, belajar tggi2 macam antusabun tu.. biar jadi hebat.. tu pasal takat menda sampah mcm ni dia tak paham..hahah
Catat Ulasan