Salam,
Secara rasminya jadual waktu tidur aku bertukar hari ini, semalam aku balik rumah awal dari biasa, jam 0200 aku dah ada dalam bilik, bajet lepas selesai itu ini urusan dunia akhirat segala nak masuk alam sebelah terus la, tapi mata sangat segar, jam 0400++ jugak la aku boleh pejam mata, itupun setelah puas mengumpan mata dengan bahan bacaan 'Kiamat sudah dekat'. Nanti aku senang aku kongsi dengan korang apa yang aku dah baca tu, lagi best tunggu aku ada modal lebih sikit, aku beli buku tu banyak-banyak, aku pos je kat korang suruh baca sendiri. Tak sedar-sedar jugak lepas tu memang nak kena gerudi la hati kau tu. Lepas tu apa kena mengena buku tu dengan jadual waktu aku? nak tau ke? cuba klik kat 'saya memang kecoh sikit'
Tidak ada apa pun, aku hari ini nak ke Pejabat Urusan AIA di Seremban sana, sedia untuk membuat tuntutan wang perlindungan aku. Setelah segala dokumen-dokumen penting yang aku perlukan dan kemungkinan besar mereka tidak perlukan disediakan, aku dengan lagak adiwira bertongkat sakti nekad untuk meredah kesesakan puaka jalanraya di bandaraya Seremban itu. Tapi jangan sangka aku keseorangan, adiwira mestilah ada tendangantepi ('sidekick' bahasa melayu ape?), penganggur kehormat merangkap rakan sekampung aku,aku hangkut sekali dalam misi ini, sangat berguna di kala aku memerlukan pembawa gadjet, (tangan tak cukup banyak macam ada satu benda yang selalu orang sembah tu).
Ok ah, aku gerak dulu la, sengaja aku membunuh masa dengan membuat entry buang masa korang ni, sidekick aku tu cita-cita dia dulu nak jadi model, walaupun cita-cita berkecai kerana memang tiada kriteria, namun dia tetap meneruskan gaya hidup seperti mereka, bersiap sahaje makan dekat 2jam. Tapi ayah beliau telah diserang angin ahmar sejak setahun yang lalu, dan dia tak bekerja pun pasal menjaga ayah beliau, bagus kan dapat anak begitu, tu aku sayang kawan-kawan aku tu. Oleh itu, walaupun anda tidak punya wajah yang bagus untuk menjadi model, tapi cukuplah dengan sifat yang boleh buatkan anda menjadi model kepada orang lain. Semoga beliau dilimpahkan rezeki oleh Allah dan sentiasa berada di bawah rahmatNya. Amiinn
Salam Soleh
4 ulasan:
wisdom likes this..hoho
huhuuh..like what? likes like stadium likas? huhu
wow~
ko ada jadual waktu eh?
menarik.
ngahahaha..;DD
jadual waktu tido..hahaha
Catat Ulasan