Kempen Semasa

Kempen Semasa

25 Februari 2010

Penyelesaian Kes Buang Bayi

Salam,
Amacam gempak tak tajuk aku? Aku tak tau la apa yang bakal aku usulkan ini menarik perhatian anda-anda di luar sana atau tidak. 2 minggu lepas, aku dapat hadiah berupa buku yang boleh dikatakan buku motivasi sambil-sambil membuka minda dan menajamkan akal. Buku bertajuk 'Tentang Cinta' dan juga 'Cinta DiRumah Hasan Al Banna'. Tapi berpandukan pada tajuk kemasukan kali ini aku ingin berkongsi dulu pasal buku ' Tentang Cinta'. Sebuah buku yang wajib beli dan mampu milik untuk semua lapisan masyarakat baik remaja baru nak baligh mahupun orang tua yang dah habis tempoh. Dalam buku ini diselitkan pelbagai punca masalah sosial yang berkaitan dengan cinta, tanda-tanda masalah, dan juga langkah-langkah pencegahan serta dalil-dalil yang menyokong usaha itu.

 Cerita banyak-banyak nanti anda semua taknak beli pulak buku ni, terbitan Telaga Biru  karangan En. Pahrol Mohd Juoi, baru bulan sudah dia keluar MHI kot. Tapi aku bertuah sikit la pasal tidak perlu membeli, jadi untuk jadi bertuah seperti aku, anda 'paw' sahaja pasangan anda atau ayahanda bonda anda. Kalau nak tahu sedikit petikan dari buku yang aku pun belum habis baca ni boleh la klik kat sini, ' Preview sikit bang'



  "Untuk mendapat kasih sayang anda tidak perlu cantik. Tetapi apa yang penting ialah berikanlah kasih sayang. Jika anda mula memberi misalnya, insya-Allah anda akan menerimanya semula nanti.....
Anda tidak boleh mengubah wajah anda, tetapi anda bole mengubah kelakuan anda. Dari buruk kepada baik, dari baik kepada yang lebih baik.. Insya-Allah. Ramai orang cantik pada mulanya, tetapi apabila kita telah bercakap dan bergaul dengannya kita sudah tidak mengkagumi lagi kecantikannya. Sudah ditenggelamkan oleh mulutnya yang celupar,sikapnya yang kasar.


 Tetapi berapa ramai orang yang mukanya buruk dan sederhana sahaja tetapi apabila kita dekati dan bergaul dengannya, semakin hari semakin menawan pula. Sudah terlindung kekurangan pada wajahnya dek akhlaknya yang baik."


*****
Kata-kata dari penerbit pula aku petik antaranya:
" buku ini mengupas persoalan cinta murahan VS cinta suci nan abadi. Pelakonnya manusia. Pentasnya dunia. Di sebelah kanan terdapat juri para malaikat yang suci. Di sebelah kiri terdapat juri para syaitan yang durjana.
 Sayang seribu kali sayang, anak muda generasi siber hari ini amat mudah tertarik dengan pujuk rayu syaitan. Syaitan datang membawa peralatan yang lengkap seperti wanita, harta dan takhta. Syaitan menggunakan media globalisasi sejagat disokong oleh kuncu-kuncunya yang bernama hiburan, dadah, kemodenan dan isme-isme yang karut-marut.
 Anak remaja hari ini perlukan jati diri yang mantap dan pendirian yang kukuh. Dada mereka mesti didinding oleh iman yang utuh. Mulut mereka mesti dibasahi dengan zikrullah dan ayat-ayat suci Al-Quran serta hadis Nabi. Jasad mereka mesti membesar dengan makanan yang halal lagi bermutu"


*****
 Di pendekkan kata, kalau panjang nanti lambat pulak habis, buku ini menerangkan cara-cara bercinta dan syarat-syaratnya, setiap ayat-ayatnya sampai ke hati pembaca kerana penulis menggunakan bahasa yang tidak terlalu formal dan mudah difahami dan ayat yang 'you go straight don't belok-belok one'. Semua sukakan benda yang baik dan benci yang tidak, tetapi untuk membenci sudah cukup baikkah kita? Semua itu terkupas setelah anda membaca buku ini dengan tawaddu' dan khusyuknya. Cintailah dahulu Yang Maha Esa yang telah mengurniakan segala yang kita cintai. Nescaya tidak akan hilang cinta-cinta anda itu.

Salam Cinta.

9 ulasan:

singkong panggang berkata...

"Cintailah dahulu Yang Maha Esa yang telah mengurniakan segala yang kita cintai. Nescaya tidak akan hilang cinta-cinta anda itu."



wahlauwey.
ni ayat buku ke ayat ko?
macam bukan ayat ko je.

hahahaha..;DD

singkong panggang berkata...

buku ni macam best.

tapi ak tak pasti ak mampu baca ke tak.

hehehe..;DD

macam biasa.
ak nak sebarkan kan peminat2 ak boleh?

hahaha..;DD

^_^ berkata...

wisdom like this..ehee^_^

cik mint: nak seribu daya,xnak seribu dalih..cheersss^_^

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

itu ayat aku mint...kalau nak tgk kaki mmg tak bole blah ah..patah sebelah, senget plak tu..letih aku mengarang pagi tadi tu.. tp aku pun tak sangkaaa..hahaha...credit to wisdom pasal dia yg bg aku buku ni..hahaha

singkong panggang berkata...

bang, kaki ko ape khabar?
semakin sehat ke semakin teruk?



wisdom,
hahaha..;DD
ak minat baca buku hadis,kimia ngn add math je.
hehe..hehe..

ehemm... berkata...

sape wisdom???? sapee???ohooo..

nampaknya encek iffat kita sdh bole berjiwajiwang..siap create ayat-ayat cinta gtu..i pn x leh buat youuuu..hohohooo..

en iffat..sila abiskan pembacaan anda okkeh..setelah pembacaan sdh selesai,sila simpan buku tsebut ditempat yang kering dan selamat..anda diminta utk tidak menyorokkannya dibawah katil okes..klo anda berbuat demikian,siap!!hoho..peace^.^

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

kaki aku mcm dah ok sikit..tp pasal kelmarin aku p bedah balik,jadi ada rasa macam bengkak sikit..kena plak aku skang ni keja ngurut refleksologi tapak kaki org..so mcm tak terkawal sikit la kemasukan angin org tu..huhu..

wisdom ni sakit ke ape ni? kan ke dia taip kat situ wisdom like this,sawan la tu..huhu..ape siap2..siap nak buat ape? suka la nak simpan kat mana pun..nak buat sewa nanti lepas abis baca..eksaited nampak rupa dia tu..maklumlah 2,3 ari ni semak kan? hahaha..

Frodo Baggins berkata...

>>___<<


masuk blog ni, setelah dipromot oleh cik mint aka mentos ...

coool!!!


hye mint

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

coolll mr frodo...nice blog jugak ko pya tu..simple yet harmony..tak macam blog aku..mint kata blog aku mcm keling..haha..terima kasih kerana termakan promosi mint..hahah..trima kasih si mental

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails