Salam,
Esok aku ada temujanji dengan doktor yang bertanggungjawap memasang susuk besi kat peha dan kepala lutut aku. Aiseh, dan esok jugak aku bercadang-cadang nak cuba menjejakkan kaki ke tempat aku mencari nafkah yang telah aku tinggalkan selama lebih kurang 7bulan. Masalah dia sekarang adalah, mampukah aku untuk membetulkan waktu tidur aku dengan segera. Sudah berminggu-minggu aku berjaga malam dan tidur selepas subuh, mintak-mintak hikmat mengubah waktu tidur yang aku ada dulu masih kuat dalam kepala hotak aku. Dulu-dulu masa aku masih sehat walepatliat selamba kucing je aku arahkan otak aku untuk tidur pada waktu sekian-sekian.
Bayangkan (sila letak kedua-dua jari telunjuk anda pada hujung dahi anda), seminggu aku kerja malam dari Isnin sehingga Jumaat yang mana hari berakhirnya tugas jatuh pada pagi Sabtu, dan pada keesokkan harinya, iaitu pada hari Ahad aku dikehendaki bekerja pada pagi hari pula, ahh..cerita banyak pun tak guna, aku cuba tidur dulu, jangan kejap lagi ada cerita jangan tidur lagi plak ada kat tv, mmg aku cabut suis tv tu. Biasalah, sebelum tidur selain berzikir aku juga gemar menonton tv sehingga muncul cerita biru yang tiada siapa yang berlakon, biru je skrin dia. hehe, alahai, macam poning plak aku baca balik cerita aku ni. Lantak la korang nak baca ke tak. Selamat malam, doakan aku boleh tidur ye. ailebiu
7 ulasan:
selamat mlm.. :)
selamat pagi
eh,dah muncul balik entri yang tadak berfaedah.
hahahaha..;DD
takziah.
hahaha...tadak faedah eh? ada ape..ko peratikan betul2
Kalau lepak man sampai pukul 4 pagi pun confirm subuh tak miss. Berkat bertabligh la katakan.
hahahaha...betulll antusabun..malam ni usrah kita macam tak dapat pegi la plak..kaki meragam..huhu
salam bro
moga cept sembuh
Catat Ulasan