Kali ni aku nak cerita pula tentang sebuah lagi buku,bertajuk "Cinta Di rumah Hasan Al Banna". Bagi lelaki-lelaki yang akan bergelar ayah, mahupun yang sudah bergelar ayah, bahan bacaan ini sedikit sebanyak mendekatkan kita dengan cara Nabi Muhammad SAW junjungan kita dalam mendidik dan bergaul dengan anak-anak kecil. Memang kita dituntut mengikut sunnah nabi, dalam masa yang sama, berapa ramaikah pula yang mampu?. Jangan kata cara Nabi, cara sahabat Nabi pun belum tentu ada yang boleh ikut rentaknya secara total, tapi sekurang-kurangnya, usaha kita ke arah itu yang diambil kira. Bersyukur kita kerana menjadi ummat Nabi sekaligus berugama Islam, hendak memperoleh dosa amat susah dan hendak memperoleh pahala itu amat mudah, dengan hanya berniat sahaja pahala sudah pun diperoleh. Untuk memperoleh pahala, boleh la klik kat sini .<>. InsyaAllah
"Siapa yang menjaminmu hidup sampai selepas Zuhur?". Pertanyaan itu terlontar daripada mulut seorang pemuda kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz, tokoh pemimpin bergelar khulafa' ar-rasyidin kelima. Ketika itu, khalifah yang terkenal keadilannya itu sangat tersentak dengan perkataan si pemuda. Apatah lagi ketika itu, dia sedang merebahkan dirinya beristirehat selepas selesai mengebumikan khalifah sebelumnya, Sulaiman Bin Malik.
Tetapi baru sahaja dia merebahkan badannya, seorang pemuda berusia 17 tahun datang menghampirinya dan mengatakan, "Apa yang sedang tuan lakukan wahai Amirul Mukminin?". Khalifah Umar bin Abdul Aziz menjawab, " Biarkan saya tidur sejenak. Saya sangat letihdan penat sehingga hampir tiada kekuatan yang tersisa.". Namun pemuda itu kelihatan tidak puas hati dengan jawapan tersebut. Dia bertanya lagi. " Apakah tuan akan tidur sebelum mengembalikan barang yang diambil secara paksa kepada pemiliknya, wahai Amirul Mukminin?". Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengatakan, "Jika tiba waktu Zuhur, saya bersama orang-orang saya akan mengembalikanbarang-barang tersebut kepada pemiliknya". Jawapan itu kemudian ditanggapi oleh si pemuda, "Siapa yang menjaminmu hidup sampai selepas waktu Zuhur, wahai Amirul Mukminin?"
Pemuda itu bernama Abdul Malik. Dia adalah seorang Putera Amirul Mukminin sendiri, Umar bin Abdul Aziz. Semoga Allah merahmati kedua-duanya.
*****
Itu adalah petikan dari pembukaan Bab buku tersebut, di dalamnya dipapar kisah-kisah Hasan Al Banna Rahimullah, seorang pengasas pergerakan dakwah moden al-Ikhwan al-Muslimun mendidik anak-anaknya. Sangat menyentuh perasaan dan bakal membuka minda bakal-bakal pemimpin keluarga. Semoga kita beroleh manfaat.
Salam Ikhwan.
4 ulasan:
Salam ukhuwah..
salam singgah.
agak menarik buku ini.
pasti aku mahu memilikinya..
biasalah..kemodenan sekarang mmbuatkan cara didikan sesetangah ibubapa agak jauh menyimpang dr apa yang dihrapkan...
masing2 punyai cara dan persepsi berbeza dalam mndidik dan mngatur hdup anak masing2.
meskipun aku baru saja kehilangan ayah, namun aku bangga dengan dia..
nasihat dan cara yg dia tinggalkan pasti jadi pedoman selamanya..
Salam Maulidurasul
menarik dialog amirul mukmini dan anaknya ..
>>___<<
wawan saini.
selawat dan salam keatas nabi junjungan kita serta keluarga dan sahabtnya..salam ukhwah juga, dan takziah buat anda, teruskan berdoa dan berbuat soleh tanda kasih dan sayang anda..
semoga kita berjaya mengharungi fitnah dunia ini dan sama-sama berkumpul dlm 1 golongan yang sama..insyaAllah..
frodo, menarik lagi jika kita mempunyai rangkaian pemimpin dan rakyat yg berdialog sebegitu..insyaAllah..
Catat Ulasan