Salam,
Sejak duajak ni kemain sibuk lagi aku memenuhi permintaan pesakit-pesakit urat sekitar Kg.Air Meleleh ni, asal sms masuk je mesti mesej suruh bawa minyak. Setakat seminggu dua ni aku keluar tak payah bawak duit, bawak minyak but-but keluaran HPA dan ilmu Refleksologi yang aku tuntut masa pergi Kursus Refleksologi di Cawangan HPA Port Dickson awal tahun hari tu, dan sekeping tuala yang dah naik kepam lupa nak basuh.
Dan semalam aku telah pun melebarkan ketiak aku ke Rasah, Seremban, tapi semalam tak bawak minyak, pinjam minyak goreng ikan kedai Man Tomyam je untuk buat sessi pengenalan. Lepas ni dalam poket nak kena ada 2 botol minyak 1001 khasiat ni la nampaknya. Satu buat iklan. satu buat jual. Akhirnya, ada juga aktiviti yang mengeluarkan peluh setelah sekian lama mengeluarkan airliur dengan air kumbahan je.
Ini pun baru balik je ni, malam ni 3 orang, dan segala makan minum aku ditanggung penuh oleh taukeh Hidayah Tomyam pasal kaki dia pun aku urut jugak, lepas tu esok ni nak sudahkan sessi tutorial Microsoft Excel kat taukeh Hidayah Tomyam lak ni. Leceh betul la nak buat jadual tu. Siapa boleh ajar aku nak jadikan semua page yang ada jadual yang kita buat tu terjadi secara automatik pada page-page yang lain? pastu tarikh dia pun nak auto jugak. Baru la aku nak rasa menyesal dulu masa kelas komputer lari-lari.
2 ulasan:
salam sahabat..
tukang urut rupanya.
bagus2.
sekurangnya, cara rawatan tradisional xditinggalkan...
salam ..
tk sgka pndai mengurut..
semoga sehat slaloo..
:)
Catat Ulasan