Kempen Semasa

Kempen Semasa

11 Mac 2010

Kalau Berani, Jom la..

Salam,
 Ini kisah benar, terjadi pada aku sendiri siang tadi, hasil dari ajakan salah seorang kawan baik aku yang berasal dari Seremban, seawal jam 0810 aku dah tercongok di depan rumahnya. Dengan menunggang Perodua Sesumpah keluarga, yang sampai hari ini aku tidak tahu siapa tuan punya sebenar kenderaan ini, aku memacu sederas yang mungkin, sesumpah..berapa laju sangat dia boleh pergi? Itu pun ada yang nak solek lawa-lawa, buang karen je.

 Hala tuju kami pagi itu mengarah ke Kuang, Sg.Buloh, ke Pusat Rawatan Islam Manarah Tuan Guru Dr.Jahid Sidek, keterangan lanjut pasal pusat rawatan ni ada aku sertakan, tapi tak tahu aku letak mana, klik je la mana-mana yg ada keluar tangan ajaib tu karang. Berbalik pada kawan aku ni, dia ni dah acap kali datang sini untuk dirawat, dia panggil ketuk jin je, pasal kaedah rawatan memang menggunakan cara ketukan dengan ranting pokok nona untuk mengeluarkan bendasing-bendasing yang berada dalam badan kita yang kita sedia maklum ataupun tanpa sedar.

 Sebelum-sebelum ni aku mendengar kaedah perubatan ni berdasarkan dari penceritaan kawan aku tu je, siap dengan video, dan juga dari testimoni-testimoni kawan-kawan lain yang pernah menyertai kawan aku ni. Cerita memang tak masuk akal, ranting nona tu terlalu halus, macam lidi penunjuk mengaji tu, tapi yang besar macam duri landak tu, tapi dia punya kesan, maasyaAllah. Bayangkan sampai ada yang taubat tak nak pergi lagi. Kalau di sertai dengan Taubat tak nak buat dosa lagi kan best. Hikhik.

 Kalau nak diceritakan macamana rasa kena ketuk tu terlalu subjektif, soalan subjektif kertas Kajidaya Kenderaan Bermotor pun tak susah macam tu kot. Ini subjek peng'kantoi' ramai penuntut Politeknik Jurusan Automotif, sampai ada yang tak sempat belajar pun dah kena Gagal Berhenti. Salah satu terma yang digusari ramai Polytechnician. Rasa dia berbeza-beza mengikut individu rasanya, macam kawan aku, ketukan pertama  saja dah menggelupur macam kena sembelih, berguling-guling macam tak sekolah. Apa yang mampu keluar dari mulut samada 'aduhhh', atau 'Allahhh sakitnyeee'. Bayangkan laaa. Letak jari kat dahi tu.

 Dan aku, pada awalnya ingin berlagak macho ala-ala mr.potato, tapi sayang, kalau ada bakal mak mertua kat situ, kensel. Macam-macam bahasa keluar, dengan menggelitiknya, dengan jasbahnya siap. Masa tengok orang lain kena beduk kemain suka, tergelak berkekek-kekek..(apakah aku seorang yang kejam?)..Tapi bila kena kat diri sendiri, terasa macam nak mencadangkan kaedah ini sebagai ganti hukuman sebat yang ramai orang kecoh tu. Aku rasa orang tak pertikaikan kot, pasal pakai ranting kayu je, kayu nona lak tu, yang diorang kecohkan tu pun pasal rotan penyebat tu kan? Perrghh, nescaya taubat nasuha punya siapa-siapa yang kena ketuk ni. Setel satu masalah sosial dalam masyarakat. Amacam ada berani nak usulkan menda ni?

 Cerita banyak tak guna, tendang laju-laju pun tak kena, pasal kaki aku patah, jadi ada baiknya anda-anda semua pergi mencuba dan tanam tekada dalam diri untuk kembali kepada Allah dengan mentaati segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya, jangan mencabar hukum Allah. Test dulu yang atas dunia ni sebelum mengadap tanah, dalam banglo kekal kita tu tak tahu lagi macam apa yang mendatang. Marilah sama-sama kita ingat mengingati. Kalau nak usha-usha ape menda yang aku ceritakan ni boleh la bertandang ke sini ..http://www.manarah.drjahid.com/ .. dan juga sini.. baru jumpa tadi.
http://primanara.blogspot.com/
 Ok semua, Salam ketuk.

8 ulasan:

miNt berkata...

ak pg mgurut kt macik urut tu dia guna buluh halus patu kepit kt jari kaki.

kalau ada benda mg sakit.
kalau tadek benda tak sakit lgsg.

masa mula2 macik tu buat ak rasa mcm putus urat saraf.
sakit Ya Allah.
ak rasa cam nk tendang perut makcik tu sebagai tindakan reflek..

skg dia buat dah tak sakit.
ak rasa jin dah kuar.
tp bukulali ak tak baik2.


sekian.^^

yusuf mujahidin ™ berkata...

tk phm sgtla bro..hehe

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

haha mint...apsal ko tak buat2 tertendang je mint? nama pun refleks..hahah..ko try la plak p kat tempat ni..tp serius mint..sakit..tp pasal ko aku anggap gagah dan tuff..maka aku cadangkan ko pegi kat sini..peta disertakan sekali kot. haha

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

bro gous..tak paham yg macamana tu eh? mcmana nak cerita eh..saya antara org yang percaya menda2 ghaib. Tapi tidak sampai hendak menjadikan mereka itu sebagai teman. Bak kata ustaz tu, biar dia berkawan sama dia,jangan sibuk2 nak duduk dalam kita.

Act.,semua orang ada dalam badan dia sebenanrnya, cuma sedar dengan tidak jek, malas sembahyang antara tanda2 mereka menghuni tubuh manusia. Masa azan tetiba mengantuk juga antara asbab.

Frodo Baggins berkata...

urut2 ker ni??
wa suka urut!!!
ngehehehhe

arepeace^_^ahaha berkata...

dgr citer cam bez la plak..bez nak tgk org teguling2 mcm x sekolah tu..hohoo..

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

mr frodo..dia tak urut, dia ketuk je pakai ranting pokok nona, halus jek.. kalau berkesempatan bole la pergi ke kuang sana..insyaAllah semua penyakit yg zahir mahupun yg batin boleh di rawat..

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

wah cik hahaha.. kemain seronok dia..nanti dah kawin ajak laki anda pergi ke sana..selain berubat, ia mengembalikan kita ke arah yg lurus, berharap pada Allah semata-mata tanpa perantara sesama makhluk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails