Salam,
Syukur kepada Allah, hari ini bertambah lagi satu ilmu perubatan Islam aku belajar, pagi tadi bertempat di Tibbun Mubarak, Seremban Jaya, Senawang, satu kursus bertajuk ' Kursus Bekam Asas' telah pun aku hadiri, dan dengan ini aku sudah boleh membekam orang. hoho.. Novice la tapi, tapi kalau tak novice, takde la expert.
Misi seterusnya 'Kursus Iridologi' yang akan berlansung di Bangi minggu hadapan, cita-cita aku untuk menjadi seorang perawat semakin hampir. Yatta. Walaupun masa sekolah dulu aku agak bangang, tapi Alhamdulillah, bila dah mencecah usia bapak orang ni cinta kepada ilmu tu semakin kuat pula, InsyaAllah, nanti bila dah ada keyakinan yang tinggi, dan ilmu yang boleh diyakini orang ramai, ingat nak bukak satu pusat rawatan, jemput la datang eh, Percuma untuk sessi pertama kali, kali kedua pun percuma jugak kalau korang takde duit. haha.
Perubatan Islam semakin dibayangi oleh gelaran Perubatan Traditional, bekam itu sendiri adalah sunnah Rasulullah, tapi tidak ramai yang ambil pusing tentang kewujudannya, dan masih ramai lagi menafikan keberkesanannya, berdasarkan hadis,
Daripada Ibnu Mas'ud sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda: " Sesungguhnya aku telah melalui sekumpulan malaikat pada malam aku di Isra' oleh Allah Ta'ala dan mereka telah berkata ' Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam'." (Riwayat Tirmizi dan Baihaqi)
"Sebaik-baik perawatan ialah dengan berbekam" (Riwayat Al-Bukhari)
dan banyak lagi, ini antara yang dapat kita berkongsi bersama, dan apabila martabat bekam itu adalah sebaik-baik perubatan, maka begitu jugalah martabat pembekam adalah sebaik-baik perawat. InsyaAllah.
Jadi kawan-kawan semua, apa tunggu lagi, tunjukkan cinta anda kepada Rasulullah S.A.W dengan mengikut sunnah-sunnahnya, semoga terbuka pintu hati kita untuk terus mengembangkan syiar Islam. Tooibbb..
Salam Bekam.
4 ulasan:
Wah, pelbagai pakej ye nanti pusat rawatan kau. Rawatan ketuk taknak praktik?
toyyiiibb..saya mahu jd pelanggan pertama..pelanggan??hoho..semacam saja bunyiknyee..uhu..
hahahah..rawatan ketuk tu kalau aku praktik, sebakul aku kena maki wei..mmg saje2 ketuk jek.
ewah awchak, bole tahan gatal ko ye nak jadi pelanggan ape suma,ingat aku bukak rumah urut ke?
ahaha..baru pasan cek abg dah naek angin..haha.. xpe, truskan usaha menjadi tukang urut + tukang bekam..+ semoga cepat sembuh..susu anlene tu jgn lupa abiskan okkehss..ahah..
Catat Ulasan