Ini bukan iklan racun serangga, tapi kalau korang terkena racun akibat bahan-bahan di dalam entri kali ini, aku terpaksa berlepas tangan untuk tidak mengambil tahu.
Salah seorang sahabat aku, ingin menjatuhkan talak 3 kepada telefon bimbit yang baru diijab kabulkan kepada beliau 2 bulan lepas lebih kurang, dengan alasan yang agak tidak munasabakbernam, beliau tetap dengan keputusan yang boleh dikatakan agak berani mati itu. Kerugian yang akan ditanggung sudah tidak dipedulikan lagi. Dengan tekad dan usaha yang gigih, beliau menggunakan sistem pesanan ringkas untuk memesan ringkas kepada aku,
" aku nak beli fon lain yang x menyusahkan aku aaa..."
Telefon bimbit yang beliau ingin talakkan itu bukan calang-calang. kalau kena gayanya, boleh terduduk orang sekeliling dek kerana kemampuannya beraksi. Tapi itulah, ada patah-patah mengatakan,
" tak pandai berjoget, lantai terjongket juga disalahkan"..
Oleh kerana barang pun masih baru, kalau orang, masih bergetah la kiranya, kalau kereta plak, 1st service pun tak buat lagi. Jadi memang sangat bertuah bagi yang berminat untuk memilikinya, harga di buka RM1700, macam biasa (BDR). Tapi bukan berurusan dengan aku, sila berurusan dengan tuan punya sendiri. Sebelum tu mari kita lihat preview bakal duda tersebut. Oh lupa nak perincikan jantina pemilik, ladies owner ok, kalau dalam majalah kereta tu ladies owner ni konon-kononnya menggambarkan pengguna yang cermat la eh?. Jalan daa..aku dah tengok dah ladies owner camne. Takpe aku simpan je dulu cerita tu. haha. Jom tengok gambar aku cilok dari google.
Nokia N97
So kepada yang berminat bolehlah menghubungi saudari Hidayah dengan kadar segera dan runding harga dengan bijaksana, mana tahu anda dapat freegift berupa keahlian HPA seumur hidup. hoho.
Hidayah : 017 3754115
Aku sekadar mengiklankan, nak angkat tak mampu plak, pakai je la tipon cap ayam ni haa sampai kaput. Ok semua, bertemu lagi kita dalam iklan yang lain.
Salam Iklan
4 ulasan:
hoho..pomot..pomot..agen bedaftar ke x ni?
xkeje lg ni xmampu la plak nak beli enpon canggih manggih..
pakai je laa enpon cap ayam yg kengkadang pandai dtg biol xleh nak anta msj nii..hoho..
owh..anda kategori lain..semua di subsidikan..npon subsidi yg bewarna aritu sudahpun di'pecahkan' skrinnya dak? hahaha..tggu je la nak kawin nanti..beli sendiri letak dalam dulang hantaran..hahah
huhu..nasib baik tade dwet..
kalau tak..da sebat dah!!
hehe..nasib baik jugak takde duit..kalau ada duit, tak sempat keluar iklan dah menatang tu..haha
Catat Ulasan