Salam,
Sudah hmpir 2mggu kita beraya, tp gayanya mcm takde sape lagi puas beraya,masih lagi ramai yg bertandang tak kira masa,apekejadahnya ini semua, hoho, berlagu plak, sila jgn marah aku, aku terpengaruh dgn gaya blog org, sori. Terlalu lama bertandang di blog org sehingga blog sendiri terabai bersawang. Sebenarnya bukan pasal raya yg aku nak cerita, tp pasal aku yg pergi berubat lagi, kali ni aku pergi bertiga, aku kawan aku yg aritu dgn adik aku yg kedua bongsu.
Kejadian berlaku 2hari lepas bersamaan 28hb Sept 2009, sehari sebelum itu, aku telah pun mengekori adik aku yg kedua bongsu ini ke Lendu Alor Gajah utk menghantar besi2 buruk adikku yg ketiga bongsu iaitu abg kepada adik aku yg kedua bongsu itu, ahh..abaikan kalau tak paham, tiada siapa yg kesah kalau kau paham sekalipun, semasa ke lendu, laluan yg digunakan adalah sama utk ke kuala sg.baru tersebut, jadi aku mengekor pasal nak tgk tempat tu la, kalau bukak aku singgah terus berubat, kalau takde aku booking nama utk esok. Maka ditakdirkan tempat itu masih lagi tutup selepas pulang menghantar barang lusuh adikku yg ke-4 itu, maka aku suruh la supir aku mampir ke tepi dan menulis nama di papan putih utk temujanji siang esok dan juga pada malam hari esok, utk sessi siang, aku berada di tangga ke-7,dan pada sessi malam,aku berada pada tangga teratas carta. yeayyy..akhirnya..
Maka harinya tiba, rakanku menalipon hendak dtg beraya, aku pun ckp la kat dia yg aku nak g berubat malam nanti, klu nak dtg,dtg awal la sikit, tetiba dia suruh ajak dia sekali p berubat tu, aku pun cakap ok, aku nak gerak lepas maghrib, jam 6 tidak berapa tepat Israk pun sampai(rakanku tadi), bual2 katak lebih kurang, masuk waktu magrib, selesai berbuka puasa dan segala kewajipan aku bergegas ke Melaka bersama supir, setibanya di tempat kejadian, pintu rumah baru sahaja dibuka dan semua manusia meluru masuk ke dalam, hebat sungguh pemasaaan aku, terboikk..tp..ku sangkakan naik2 terus giliranku, dah la sebelum tu aku 'ter'berlagak poyo ngan tuan pya rumah yg pacuan aku di parkirkan, "bang tumpang sekejap eh,sekejap je,lagipun saya org pertama ni." haha..terpoyo sekejap dgn brader tu. Sori bro
Rupa2nya, yg bahagian siang tu tak sudah lagi nak giliran2 mereka..hohoh, ada lagi 3 nama yg tak setel, haishh. Takpelah, sabar je la, tggu pya tggu dtg satu keluarga, bising2 pasal tak puas ati pasal org siang amik sessi malam, siap suh dtg esok siang je la kalau siang td tak selesai, ewahh. Aku yg tangga teratas pun tak berbunyi ape kau plak yg bising2, dalam dia bising2 tu ada seorg lelaki separuh abad terus meluru masuk bilik sambil berkata 3minit jek kepada keluarga pesakit yg sepatutnya giliran mereka, waah, lg la tambah panas keadaan, yg kuarga bising2 tadi plak bole pegi mengutarakan pandangan kepada aku, "mcm ni untung la, org lain pun nak cepat jugak kan?" aku yg mcm blur2 dgn tindakan beliau berkata "ntah, saya tak kesah plak, sabar je la,bukan nak kejar ape pun". Masing2 terdiam. Aku gelak dalam hati, puas menjatuhkan pihak yg bising2!
Sekali langkah aku tadi ditongkah oleh mereka, "adik, tolong bg kami dulu boleh tak? abg ni tak bole duduk lama la, perut dia sakit, kita dtg dari jauh ni, dari melaka", tooott, kejadahnya?!! ,bukan yg korg skrg ni kat melaka ke? aku pun balas "tu la, saya dekat je dari port dickson, xpelah, masuk la kak!"..tp yg aku jem tu, acik tu bole lak jawap balik, "ooo, Port Dicksonnn je, dekat la, kejap je ye dik, kitorg ni pengiring jek". Ha'ah mcm la aku tak tau, dah la masuk beramai2 air berbotol-botol lg nak kencing. Aku pun cakap "alang-alang dah masuk tu scan la sorg2, bukan senang nak masuk awal2 ni!!". Tp tak tau di mana silapnya semua kata-kata aku itu tidak dirasakan ape2 oleh kuarga bising2 td. Maka menunggu la lagi aku diluar bersama Israk yg dah mula mengomel tidak puas ati dgn tindakan aku memberi laluan kpd mereka. Hahah. Bodoh. Nampak kat org masing2 mintak masuk awal nanti tau la. Nasib tak berlaku.
Sekali lama la pulak, hampir sejam mereka di dalam, ape kejadahnya ntah, keluar2 saja bersungguh-sungguh masing2 minta maaf dgn aku dan berterima kasih kepadaku, dan aku pulak belum pun mereka keluar semuanya aku dah meluru ingin masuk ke dalam, tau plak aku tak sabar kan? haha, cakap pandai!! Mcm monyet, sebelum tu aku ada suruh adik aku pegi beli telur, 4biji jek, in case kalau kali ni kena makan telur lagi. Aku suh cari yg kecik2, kerana pengalaman lalu mengajar aku yg mkn telur bersama kulit itu sgt tidak sedap, huhu. Sampai giliran aku mcm biasalah, acara membelah dan menyusun semula tulang dilakukan, dan telur diperlukan lagi utk proses penyembuhan, mmg sangkaan aku tepat. Tp disoal kenapa 4? dia patut ganjil, "oooo mcm tuuu" jawap aku sambil memoncong, kerana yg sesi sebelum ini pd mggu2 sudah mmg 5biji tp pecah sebiji. Jd aku sangka berapa2 jumlahnya pun tak kesah la.
Sekembalinya ke rumah telur itu tidak terus aku rebus, aku biarkan dahulu di dalam bilik dan pada hari ini setelah pulang rakan-rakan kerja ku dari beraya di rumahku yg terdiri dari Bai,Kecik,Kecik2,Wak,Mat Yie, Amat dan rakan wak,dan juga setelah semalaman telur itu berada didalam bilik aku baru aku usulkan pada adik aku agar dihulurkan pada ayahku yg ketika itu berada di dapur untuk merebusnya, jam menunjukkan pukul 2330 pada ketika itu, waktu utk semua org tido dan aku lupa yg ayahku merebus telur itu dan aku cuma menyedari tentang acara perebusan itu setelah terbau hangit, arghhh, sangkaan aku sebentar tadi menjadi realiti. Sebelum terbau hangit aku sedang berbual lucu menerusi YM bersama rakan cyberku. Dan aku ada suarakan kebimbangan aku pasal telur rebusan itu, samaada ayahku memadamkan api atau tidak. Dan selang beberapa ketika aku terbau hangit, aku plak sangkakan menda mistik, lalu aku bertanya kepada rakan cyberku itu, "aku ada terbau hangit la" dia balas "telo ko terbakar kot?" aku sangka dia melucah, aku gelak sambil mengharamkan beliau, tp gelakan aku terhenti, aku mula terpikir pasal telur ayam tu. Yaaa..telur itu, bergegas aku keluar dari bilik meluru ke dapur bersama tongkat hikmatku...
Uuuuu...hangus sudah telur2ku,dan jam menunjukkan jam 0100,hampir 2jam berada diatas api, mmg la hangussssssss. Adakah ini balasan dari kepoyoan aku semasa pergi berubat tempohari? Ataukah utk menguji kesabaran aku? Nyata dan jelas aku sedikit kecewa kerana kejadian tersebut, sampai aku meluru ke depan mengejut ayahku dan bertanyakan beliau kenapa tak bgtahu aku yg dia rebus telur tu dan tinggal. Hmm, ma ku tersedar, dan mula berkicau, urghh, tindakanku yg sgt salah. Kenapa aku berbuat begitu, ampunkan anakandamu ini ayah. Selamat malam semua, walaupun telah pun masuk waktu imsak bagi kawasan keningau dan tenom Sabah. huhu, aku sedih malam ini, tp tak tau kenapa, keliru. Gambar telur aku yg hangus itu, maksud aku telur ayam itu akan aku tampal dalam kadar segera, pasal lappy ni takde bluetooth.. Ingatlah Sabar itu sebahagian dari Iman, tak sabar nanti diakhirat kena selar!
12 ulasan:
baik hati bebenor g bg org tu dulu..haih..org yg baca lak geram..
telur hangit..hahaha..
arghhh..sangat emosi membaca karangan yang tungggang terbalik ni
hahahaharam..
ade ke "telor ko trbakar kot"
sungguh kurang sopan.
menipu siak.
btoi ke cam2 dialognya?
haish.
;?
segala dialog yg dituturkan telah dolah semula utk memberi suasana hari raya dramatik,tetapi maksudnya sampai..cuma lenggoknya sedikit berlainan..maklumlah,aku bukan rekorder utk mainkan semua note..lalalal
hahah..haram..
;))
ak xleyh blah ayat ni.
"aku sangka dia melucah, aku gelak sambil mengharamkan beliau, tp gelakan aku terhenti, aku mula terpikir pasal telur ayam tu."
ko pk ak kwat melucah cm ko ke setaan..
kenapa ko keja komen kat entry ni jek?suka la tu ada penglibatan dia dalam citer ni tu..hahaha..tak kesah la ko kuat melucah ke ape ke..yg pasti setan itu ada dalam diri kita..muaahah...setan aku setan kau jgk
wakakaka..cam ne rase telo hangit tu?..lg sedap dr telo ari tu ke?..muahahaha...ak igt ak jerk yg plg sopan ter sebut ko "setan"..tp ade jerk kaum sejenis ak yg sebut ko cam tu..so..x de pape rase besalah da la..walalala...
ma aku dah buang telor tu ke dalam tong sampah,aku igt nak try makan,tp macam tak bole nak kunyah langsung plak..tak sampai ati tekak aku nak sesah..alah..aka..ko rasa bersalah ke panggil aku setan aritu?yaperdaa..tak rock betul..
hahaha..
ko memang layak dipanggil begitu.
sb setan mg ada dalam diri kita semua..
Ko pggl ak monget.
Ak pggl ko mangkuk tandas jawa.
Ko pggl ak mentibang utan.
Ak pggl ko beruang.
Ak pggl ko abang kacak.
Tak pulak ko pggl ak adik manis.
Jadi ak rasa lbh baik pggl ko 'setaan' sb setan ada dalam dr kita semua.
ye arr..tu kali petame ak panggil org setan..muahaha..award khas dr ak tuk ko..
finally u've unleashed the beast inside u aka..muhahahaah...lama sangat ko sopan pendam2..tu yg tersembul perkataan tu kan?..hahaha..
mint..
aku bukan bangla nak panggil2 adik manis ni..
lgpun ko manis mana yg smpai nak bergelaran begitu..
hahahah..awak ni sensetif la..hahah
baikkkk...hahaha..lepas takde dah la..wakakak
Catat Ulasan