Kempen Semasa

Kempen Semasa

06 September 2009

Ape tanda2 tekanan mental?

Salam

Aku ada masalah,masalah aku tak besar mana,tp aku baru je rasa itu satu masalah bila aku mula berbual dgn org. Semalam,selepas Isya’ dan selepas semua menda aku dah selesaikan,(okus mcm aku ni ape sgt la tugas dia,makan obat susun kaki je la)­­­ aku mula duduk dan membuat sedikit senaman kaki aku yg patah ni. Supaya tidak kekal lemah gitu, kononnya, aku bermatian-matian menggagahkan diri utk mengangkat kaki secara lurus dan aku gagal,nak tercabut kepala lutut aku, dah la cantuman dawai je kepala lutut tu,semakin dicuba semakin beriye aku sakit, urgh, seksa.

Aku mengiring sedikit, dan mula mencuba mengangkatnya, berjaya!! Aku angkat lagi kali ini lebih tggi dan hampir mencecah kepala, ewahhh,dongeng sungguh, takdelah,tp kalau aku rapatkan kepala aku cecah jgk rasanya. Aku gembira dengan pencapaianku, aku seorg di rumah memandangkan seluruh isi rumah berada di masjid ketika itu, aku ketawa sendirian, kuat, dan mula bercakap seorg diri, bangga gamaknya dapat mengangkat kaki yg tidak kukuh itu setinggi-tingginya.

Sesudah sesi penyeksaan diri itu selesai, aku mula menonton ‘terebi’, cerita nur ya kasih, layan pya layan aku termenung, merenung luar jendela sebentar, dan tanpa sedar aku mula sebak dan menangis teresak-esak, pelik dgn keadaan itu sebenanrnya, tp aku teruskan juga, menekup muka dgn bantal dan mula melepaskan tangisan dan esakan itu. Sesudah sentak esakan reda, aku melihat cermin, dan aku mula ketawa. Aih.

Lain macam betul kesnya kali ni, adakah puncanya akibat aku terlalu lama tidak berurusan dgn org ramai dan rakan-rakan? Adakah keadaan aku yg sering keseorangan ini menjadi penyebab, aku mempunyai rakan, malahan aku sering kali berhubung, di talian maupun luar talian (online ngan onhandphone la tu), aku rasa bukan itu puncanya, aku rasa aku terpanggil utk melakukan hijrah, hijrah yg mana menuntut byk pengorbanan dari mencintai perhiasan duniawi ini. Adakah aku mampu utk melakukannya, yaa, azam sudah ada, malahan dari dulu pun azam ini sudah ada, tp pendekatan itu tiada, ya, azam tinggal a shj, zamnya telah pun zam2 alakazam.

Makanya, sudilah kiranya semua rakan2 yg ‘ter’baca warkah bertekanan rendah ini

menghulurkan secebis doa utk diri yg hina ini, utk terus berazam dan terus menginginkan yg terbaik buat dirinya dan keluarga serta seluruh umat manusia umumnya agar diberolehkan kesejahteraan dunia dan akhirat. Semoga kita tergolong dalam golongan2 yg bersyukur

dgn segala ni’matnya. Ameen.

Psst : itu bukan tanda aku tekanan mental kan??bukan kan? Risau gak aku haa…hahah

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails