~ Awas! Jgn Biar Mental Anda Dihimpit Tekanan ~ Kerana Hidup Tak Mungkin Seperti Yang Kita Harapkan. Tetapkan Iman Kuatkan Pegangan Tunggu Sahaja Nikmat Yang Datang.InsyaAllah
Kempen Semasa
30 September 2009
Grilled Eggs..Woooaa.
Sudah hmpir 2mggu kita beraya, tp gayanya mcm takde sape lagi puas beraya,masih lagi ramai yg bertandang tak kira masa,apekejadahnya ini semua, hoho, berlagu plak, sila jgn marah aku, aku terpengaruh dgn gaya blog org, sori. Terlalu lama bertandang di blog org sehingga blog sendiri terabai bersawang. Sebenarnya bukan pasal raya yg aku nak cerita, tp pasal aku yg pergi berubat lagi, kali ni aku pergi bertiga, aku kawan aku yg aritu dgn adik aku yg kedua bongsu.
Kejadian berlaku 2hari lepas bersamaan 28hb Sept 2009, sehari sebelum itu, aku telah pun mengekori adik aku yg kedua bongsu ini ke Lendu Alor Gajah utk menghantar besi2 buruk adikku yg ketiga bongsu iaitu abg kepada adik aku yg kedua bongsu itu, ahh..abaikan kalau tak paham, tiada siapa yg kesah kalau kau paham sekalipun, semasa ke lendu, laluan yg digunakan adalah sama utk ke kuala sg.baru tersebut, jadi aku mengekor pasal nak tgk tempat tu la, kalau bukak aku singgah terus berubat, kalau takde aku booking nama utk esok. Maka ditakdirkan tempat itu masih lagi tutup selepas pulang menghantar barang lusuh adikku yg ke-4 itu, maka aku suruh la supir aku mampir ke tepi dan menulis nama di papan putih utk temujanji siang esok dan juga pada malam hari esok, utk sessi siang, aku berada di tangga ke-7,dan pada sessi malam,aku berada pada tangga teratas carta. yeayyy..akhirnya..
Maka harinya tiba, rakanku menalipon hendak dtg beraya, aku pun ckp la kat dia yg aku nak g berubat malam nanti, klu nak dtg,dtg awal la sikit, tetiba dia suruh ajak dia sekali p berubat tu, aku pun cakap ok, aku nak gerak lepas maghrib, jam 6 tidak berapa tepat Israk pun sampai(rakanku tadi), bual2 katak lebih kurang, masuk waktu magrib, selesai berbuka puasa dan segala kewajipan aku bergegas ke Melaka bersama supir, setibanya di tempat kejadian, pintu rumah baru sahaja dibuka dan semua manusia meluru masuk ke dalam, hebat sungguh pemasaaan aku, terboikk..tp..ku sangkakan naik2 terus giliranku, dah la sebelum tu aku 'ter'berlagak poyo ngan tuan pya rumah yg pacuan aku di parkirkan, "bang tumpang sekejap eh,sekejap je,lagipun saya org pertama ni." haha..terpoyo sekejap dgn brader tu. Sori bro
Rupa2nya, yg bahagian siang tu tak sudah lagi nak giliran2 mereka..hohoh, ada lagi 3 nama yg tak setel, haishh. Takpelah, sabar je la, tggu pya tggu dtg satu keluarga, bising2 pasal tak puas ati pasal org siang amik sessi malam, siap suh dtg esok siang je la kalau siang td tak selesai, ewahh. Aku yg tangga teratas pun tak berbunyi ape kau plak yg bising2, dalam dia bising2 tu ada seorg lelaki separuh abad terus meluru masuk bilik sambil berkata 3minit jek kepada keluarga pesakit yg sepatutnya giliran mereka, waah, lg la tambah panas keadaan, yg kuarga bising2 tadi plak bole pegi mengutarakan pandangan kepada aku, "mcm ni untung la, org lain pun nak cepat jugak kan?" aku yg mcm blur2 dgn tindakan beliau berkata "ntah, saya tak kesah plak, sabar je la,bukan nak kejar ape pun". Masing2 terdiam. Aku gelak dalam hati, puas menjatuhkan pihak yg bising2!
Sekali langkah aku tadi ditongkah oleh mereka, "adik, tolong bg kami dulu boleh tak? abg ni tak bole duduk lama la, perut dia sakit, kita dtg dari jauh ni, dari melaka", tooott, kejadahnya?!! ,bukan yg korg skrg ni kat melaka ke? aku pun balas "tu la, saya dekat je dari port dickson, xpelah, masuk la kak!"..tp yg aku jem tu, acik tu bole lak jawap balik, "ooo, Port Dicksonnn je, dekat la, kejap je ye dik, kitorg ni pengiring jek". Ha'ah mcm la aku tak tau, dah la masuk beramai2 air berbotol-botol lg nak kencing. Aku pun cakap "alang-alang dah masuk tu scan la sorg2, bukan senang nak masuk awal2 ni!!". Tp tak tau di mana silapnya semua kata-kata aku itu tidak dirasakan ape2 oleh kuarga bising2 td. Maka menunggu la lagi aku diluar bersama Israk yg dah mula mengomel tidak puas ati dgn tindakan aku memberi laluan kpd mereka. Hahah. Bodoh. Nampak kat org masing2 mintak masuk awal nanti tau la. Nasib tak berlaku.
Sekali lama la pulak, hampir sejam mereka di dalam, ape kejadahnya ntah, keluar2 saja bersungguh-sungguh masing2 minta maaf dgn aku dan berterima kasih kepadaku, dan aku pulak belum pun mereka keluar semuanya aku dah meluru ingin masuk ke dalam, tau plak aku tak sabar kan? haha, cakap pandai!! Mcm monyet, sebelum tu aku ada suruh adik aku pegi beli telur, 4biji jek, in case kalau kali ni kena makan telur lagi. Aku suh cari yg kecik2, kerana pengalaman lalu mengajar aku yg mkn telur bersama kulit itu sgt tidak sedap, huhu. Sampai giliran aku mcm biasalah, acara membelah dan menyusun semula tulang dilakukan, dan telur diperlukan lagi utk proses penyembuhan, mmg sangkaan aku tepat. Tp disoal kenapa 4? dia patut ganjil, "oooo mcm tuuu" jawap aku sambil memoncong, kerana yg sesi sebelum ini pd mggu2 sudah mmg 5biji tp pecah sebiji. Jd aku sangka berapa2 jumlahnya pun tak kesah la.
Sekembalinya ke rumah telur itu tidak terus aku rebus, aku biarkan dahulu di dalam bilik dan pada hari ini setelah pulang rakan-rakan kerja ku dari beraya di rumahku yg terdiri dari Bai,Kecik,Kecik2,Wak,Mat Yie, Amat dan rakan wak,dan juga setelah semalaman telur itu berada didalam bilik aku baru aku usulkan pada adik aku agar dihulurkan pada ayahku yg ketika itu berada di dapur untuk merebusnya, jam menunjukkan pukul 2330 pada ketika itu, waktu utk semua org tido dan aku lupa yg ayahku merebus telur itu dan aku cuma menyedari tentang acara perebusan itu setelah terbau hangit, arghhh, sangkaan aku sebentar tadi menjadi realiti. Sebelum terbau hangit aku sedang berbual lucu menerusi YM bersama rakan cyberku. Dan aku ada suarakan kebimbangan aku pasal telur rebusan itu, samaada ayahku memadamkan api atau tidak. Dan selang beberapa ketika aku terbau hangit, aku plak sangkakan menda mistik, lalu aku bertanya kepada rakan cyberku itu, "aku ada terbau hangit la" dia balas "telo ko terbakar kot?" aku sangka dia melucah, aku gelak sambil mengharamkan beliau, tp gelakan aku terhenti, aku mula terpikir pasal telur ayam tu. Yaaa..telur itu, bergegas aku keluar dari bilik meluru ke dapur bersama tongkat hikmatku...
Uuuuu...hangus sudah telur2ku,dan jam menunjukkan jam 0100,hampir 2jam berada diatas api, mmg la hangussssssss. Adakah ini balasan dari kepoyoan aku semasa pergi berubat tempohari? Ataukah utk menguji kesabaran aku? Nyata dan jelas aku sedikit kecewa kerana kejadian tersebut, sampai aku meluru ke depan mengejut ayahku dan bertanyakan beliau kenapa tak bgtahu aku yg dia rebus telur tu dan tinggal. Hmm, ma ku tersedar, dan mula berkicau, urghh, tindakanku yg sgt salah. Kenapa aku berbuat begitu, ampunkan anakandamu ini ayah. Selamat malam semua, walaupun telah pun masuk waktu imsak bagi kawasan keningau dan tenom Sabah. huhu, aku sedih malam ini, tp tak tau kenapa, keliru. Gambar telur aku yg hangus itu, maksud aku telur ayam itu akan aku tampal dalam kadar segera, pasal lappy ni takde bluetooth.. Ingatlah Sabar itu sebahagian dari Iman, tak sabar nanti diakhirat kena selar!
26 September 2009
Kuih Tat Kuih Bahulu, wakluuuu
X sangka betul aku, dalam2 ketidakmampuan aku utk bergerak ke sana ke sini utk menyambut hari raya bersama rakan-rakan , rupanya meriah boleh tahan jgk raya aku tahun ni, selalu aku je yg p beraya umah org ni, pasal umah aku jarang nak ada suasana raya sgt, hehe. Seingat aku last sekali kitorg cat pagar adalah pada tahun 2005 ke 2006 ntah, tp mmg lama ah. Disebabkan itu jugalah aku jarang nak ngajak org dtg beraya umah aku. Ngeeee..
Tp tahun ni, kunjungan dari rakan2 sekolah aku mmg tak putus2, kawan yg sejak tadika dtg, yg sejak dari sekolah rendah dtg, yg sejak sekolah menengah dtg, masa poli pun dtg, yg masa keja ni pun dtg jgk. Kat sini aku nak selitkan la sikit gambar2 yg sempat aku snap, pakai npon jek kak cikkk..mano la ghoti den ni nak bolo kamera haa..gmbar pertama ni gambar anak kawan aku, kawan skolah rendah aku ngan skolah menengah, yg bini dia kawan skolah rendah aku, yg laki dia plak kawan sekolah menengah aku, mcmana bole dijojakkasihkan pun aku tak tau la,kdg2 kehidupan yg sebonar pun mcm fesbuk jgk kekadang, kemain ramai mutual friends eh..kenal rapat lak tu, baru la ko nampak yg dunio ni kocikkk yo.kan kan kan?
Pastu gambar ni plak gambar kawan2 sekolah rendah aku ngan skolah menengah aku, ada yg sekolah rendah smpai sekolah menengah sama, ada plak yg masa skolah menengah baru kenal, yg kawan aku ni, dah 13thun aku tak jumpa, last masa kitorg form3, dia pindah maran Pahang.. alih2 bole lak kawan sekolah rendah aku ni still keep in touch ngan dia, so dia pun bawak la mamat ni menziarah aku kat umah, dah la aku tggal sensorg, terkial2 aku nak buat air ngan bertongkat sebelah, kalau rebah, seko pun tak tau aku keras, haha..poyo je bunyik, mamat ni mmg riuh, ala2 chef wan meriah dia tu, tak kira sape dia main sapaaa jek pastu jadi la rapat, org ringan mulut, gitu ah, kawan baik aku jgk la ni masa sekolah tinggi port Dickson, selalu kena buli pasal ke’nyah’an dia tu, tp dtg gila dia reti plak dia p ngorat awek2..bingai..tp kalau tingat dia aku mesti gelak, pasal dia la satu2 manusia tak tau malu yg aku kenal. Hahahah.. besdei dia pun aku ingat lagi, tp besdei aku dia tak igt pun..haha..takpe, janji aku dah jumpa dia balik. Ni gambar penjenayah tu..
Tapi ape2 hal pun,raya ni la paling ramai kawan aku dtg melawat aku, disamping paling ramai dtg bawak anak ngan bawak isi dalam perut ngan bawak pasangan hidup baru. Kelasss memasing, sampaikan yg ala2 chef wan tu pun bawak khabar nak kawin ujung tahun ni laa..hahah..aku tak dapat bayang dia ni bersanding mcmana, mau tidak mau aku kena sehat gak ni menjelang hari bersejarah tu, aku nak amik gambar aku nak canang kat semua kawan sekolah aku, lelaki lembut yg satu ketika dulu korg buli2 korg ayam2kan dah pun menunjukkan kejantanannya..muahahah..tahniah khairul azwan kamarul zaman… wakakak..
21 September 2009
1 Syawal
(masa ni aku dah ubah saff aku dah,dari depan pintu ke depan tv...muahaha,tgk spontan pg2 raya)
Pastu, dlm pukul 1000 camtu diorg pun balik, selalunya ada sesi bergambar, tp ntah, mcm takde mood nak bergamba plak masing2, aku je yg mcm beriye, tp takpela, tahun lepas kan dah amik gambar, lgpun sama je pesen baju masing2, wakakakaka. Yg vongoknya, tahun ni takde sesi mintak ampun, hahah, dah la nak salam ngan ibubapa ni kemain payah memasing. Itu la yg aku pasan, seseko bukan kata aku jek, mmg masing2 payah gila nak salam cium tgn mak bapak tu. Kadang terpanggil la nak jadikan tabiat kan, tp takut mcm buang tebiat plak pasal jenis setahun sekali salam mintak ampun ape suma pastu tetiba lak nak p mana salam nak kuar salam jd risau la kan,hikhik. Bukan derhaka, tp, ntah.
Ni masa tahun 2007..songkok aku tak jumpa..pastu mana aku?tuu yg paling mantap bergaya kat tgh2..mak oii..aku sendiri tak percaya dgn penyamaran itu..hahah
Hah yg ni tahun lepas..haa ye lah..pasal dah ada ciktudungmerah sekali dalam gambar kuarga aku,walaupun dia tak pernah pakai tudung merah.Sebelah aku, adik aku farhan
Jadi lengkaplah 3tahun aku bersama baju melayu pusaka bapak aku..hahah
19 September 2009
utk kegunaan luar sahaja
2 biji 1hari, Selepas Makan..
(Abaikan tajuk)
Haha, akhirnya, suara aku telah didengari oleh segulungan manusia yg kadang prihatin dan kadang2nya pula muka sardine. Akhirnya malam tadi sesudah Isya’ aku telah pun dibawa pusing2 satu pekan Port Dickson utk mencari kedai gunting rambut, dan seperti yg telah dijangkakan, kebanyakan kedai gunting nana tutup pada ari Jumaat, mujur terjumpa satu kedai gunting nana kat Seaview, maka bermula la makeover aku pada malam ini. Hahaha , oleh kerana ini 1st time aku kat kedai gunting yg ini, jadi penyampaian dia agak berbeza dari tempat2 yg sebelumnya, dan komunikasi aku pun dah mcm komunis yg kasi, mcm ayam ngan lembu lebih kurang, kiranya ape yg aku inginkan tidak dapat di convey oleh the barber sepenuhnya. Dan ini adalah hasilnya..huhuh
17 September 2009
Mula2,kemudian,akhirnya..
Salam,
Huhu, serabut aku tgk rambut aku ni, perancangan nak p gunting rambut dah masuk mggu ke 8 dah, tp satu pendekatan pun tak di ambik lagi. Huhu.. semalam adik aku offer, laki ke kepada cik tudung merah tu, tp aku cakap esok2 je, esok tu arini la, tp arini plak seko rakyat pun takde, takkan aku nak 'bertongkat lalu tergelimpang patah' p kedah kedai gunting rambut bisu tu.. tak kaki aku yg patah balik, tongkat hikmat aku tu yg bersepai. Nak tanak arini kena p jgk, malam ni kalau tak sempat nak p, terpaksa la ari sabtu aje kita pikirkan. Dgn jambang dah macam hape jek, sekali sekala aku tilik cermin tu (nasib tak pecah) dah mcm pengganas dah aku ni.
Hahah..aku takde keja sebenarnya,nak diikutkan,perluuu kee?? Entry gini? Cam haram..hahahah, walau siapapun anda, sifat hendak bergaya kemas dan dipandang best tu tetap ada walaupun pada seorg OKUS, sila jgn muntah, tak bole buat ape lumrah kehidupan. Muahahah.. Dah ah,tak de pekdah langsung..hehehe
14 September 2009
Minal aidil Wal faizin
Huhu..raya dah dekat,aku plak masih belum bole beraksi selincah majid,ape agak eh rupa raya aku tahun ni kan? Selalu2 raya aku tak sambut mana,aku sambut kat tmpat keja aku jek,hahaha. Sampai dpt call suh pegi Petronas Mesra beli peta la, yg aku plak bole jadi bangang tya peta apa, ‘Peta jalan balik kampong ko la tangganggg..’, hamik kau. Hahaha je la aku mampu pun, abis, masa tu masih lagi nampak yg public holiday itu masa utk buat duit, jadi segala jenis public kitorg rembat. Pastu, masyuknya ada la dalam 3jam jek, duit beb, bg la seguni pun, mcm air kalau dah pegi kat tempat yg salah. Huhu
Sejak aku pindah keja kat KLIA ni, setiap kali raya aku mesti tak cuti,aku hanya akan mengambil cuti pada raya ke-3 dan seterusnya, tp solat sunat raya tu aku pastikan aku ada kat kg la, maklumla, berapa minit sgt la Sepang – Port Dickson tu, pernah sekali tu malam raya aku masih lagi bertugas, dan sedar2 dah pukul 0700, menggelupur mandi kat tempat keja gak, pastu bergegas balik kg., smpai2 ngam2 diorg tgh bersiap2 nak p masjid, terus masuk dalam umah, sarung baju melayu bapak aku yg ntah tahun bila pya raya ntah, past uterus menjadi supir membawa sekeluarga ke Masjid.
Pastu tahun lepas pun sama gak, tp yg ni sehari sebelum raya la balik,kira malam raya ada kat umah dah, pun sama gak tema baju raya aku, baju yg aku sarung tahun sebelum tu, hahah.. 3thn berturut-turut sesah baju bapak aku jek, aku mana pernah ada baju raya dah lepas dah besar2 gini, mak aku beriye la suh p buat baju raya ape suma, jgn harap la nak p buat. Ntahkehape2 pangai, tp yg tahun lepas ni, lepas2 balik masjid tu, terus bergegas p keja, dekat pukul 10 aku sampai tmpat keja, well, ari raya..rilep2 sudaaa, rasuahkan ngan nasik hempet, rendang ayam kejadah semua, xjadi bising terus mulut2 yg nak berbunyi tu.
Tapi itu semua dulu, masa aku tgh sehat,hihi.. dah ‘ter’ cacat mcm ni baru nak pikir raya ni nak pakai ape la nak beli ape la, kenapa? Haha..pasal ko cuti byk sgt?? Wakakak.. padan muka ngan muka,kaki badan semua2 ko, skang ni ko nak pakai selipar jepun pun tak payah, ko duduk je dalam umah tgk sarkas, kalau takde sarkas, ko tgk la ape2 yg ada kat ASTRongak tu. Jadi pada yg masih sehat dan segar tubuh badan itu, pulanglah berhari raya, kopak pun apa la sgttt, kang ko klepet la balik sampul duit raya adik2 anak2 buah korang..hahah.. terasa nak berpantun plak aku ni. Dengar yeee
Menjeling-menjeling ku ditendang,
Lagi sikit nak masuk longkang,
Mentang-mentang kaki aku tempang,
Sampai ati ko bawak lari rendang.
Salam lebaran selembar kasih, buat rakan2 di South Circular Rd, Dublin 8, Ireland, dan juga kekasih hati yg berada ntah di mana.. Sambutlah lebaran kali ini tanpa kanda disisi. Aichehhhh..wak luu..hahahah.. byk main betul ko ni. Shelamat Hariey Raiya Mahaf Dzahir dan Batien.
10 September 2009
Kulit Jadi Tulang Isi Jadi Daging
Salam.
Semalam aku p berubat lagi kat Kuala Sg. Baru,Melaka,kali ni aku pegi ngan kawan kerja aku,dia amik mc utk acara ni,dan acara kami bermula seawal jam 6pg,huhu.Aku cita ngan kawan aku ni mas 1st aku pegi lagi,dia ni ada sakit ‘cakera tergelincir’ atau selalu org kampong cakap,’Slip Disc’,dia sakit dah lama,sampai dah tak bole nak buat keja berat dah,dok je la opis kalau dtg keja buat keja2 yg org lain tak buat,haha.
Ok,dah nampak ape aku nak citer?ok dah,selesai… Eh,hehe,ada lagi,ni aku nak cakap la kawan aku ni excited la bila aku cakap ada lagi alternative nak buat bg elok tulang belakang dia tu,pasal ape, last resort utk kecelakaan dia tu adalah pembedahan memasukkan besi ke dalam tulang belakangnya, jd tak best la kan besi sikit2 jek,nak buat biar sampai jadi Robocop la ,wakakaka, kerasss.
Aku satu hal, aku tau pada bulan puasa tempat pengobatan Rawatan Islam Alternatif tu bukak siang jek, malam takde, itupun sampai pukul 1700 jek, jd pemikiran okus mcm aku ni igt,kalau buat siang je mestila dari pagi kan?, dan oleh kerana kadar pesakit yg selalu2nya ramai, makanya kami mengambik keputusan utk pegi awal gila la,supaya bole menjadi yg pertama. Itu yg lepas subuh terus gerak tu.
Tp sampai2 je kitorg kat tempat tu, eh lupa, aku igt aku nak drive, pasal saya yakin betul saya kunci lirik ini, tp oleh kerana membawa org maka dia je la yg bawak, buatnya terkrem kaki aku tiba2 kelam kabut nak pijak brek pkai kaki kiri, huhu. So sampai2 je tgk takde org lagi, senyumm, aku suh member aku ni p tulis nama, nah amik kau, dah ada 10 nama sebelum tu dah,mcm haram. Masa bila plak la manusia2 ni p letak nama kat papan putih tu.Tp xpe, kerana pikir mesti org lain tak sampai lagi masa pengamal perubatan tu sampai, kitorg pun lepak la tggu dpn umah tu dari jam 0740.
Jam dah pukul 1000, dah abis airliur berbual ngan member aku tu, rupa org yg bertanggungjawab tak jugak muncul2,aishh,ada ke takde ni, xpe, sabar dulu, ujian bulan posa. Satg dalam 1030 mcm dtg sorg pakcik berjiran ngan umah tu, dia pun tya ‘buat ape kat sini, lama sgt plak acik tgk, dari acik g keja tadi sampai acik balik keja korg ada kat sini. Korg nak berubat eh? Ko tau tak kalau bulan posa dia start pukul berapa? Lepas zohor nanti baru start ko tau!’ naaaa…berdentingtang jatuh terlentang, aku dah abis masa kat situ dekat 3jam acik ni baru nak bgtau, Gaban..
Acik tu nak ajak lepak umah,tp xde org katanya kat umah,so dia cadangkan p la lepak kat pantai pengkalan balak dulu, aku pun menurut la perintah, p lepak kat pantai sampai member aku ni lena la tido bawah pondok tepi laut tu, aku jugak yg terkebil2. Dalam pukul 1250 kitorg gerak pegi, berdoala konon takde org lagi masa kita sampai tu, sekali amik kau, sampai2 je dah penuh dah keta depan umah tu, hahaharam,terus bergegas kitorg parking n naik umah, tgk dah org no.3 dah pun,padahal jam baru nak pukul 0100,belum masuk zohor pun lagi, ai ni pukul berapa start ni, dah macam kena getah plak rasanya. Ah takpe, lantak, no aku pun 11,12, jd berdoa je la bole potong q org2 yg tak dtg lagi, haha.
( tu,kawan aku..sejam lebih dia tido macam tu,lena betul)
Memandangkan bulan posa,kitorg biarkan jek, malas nak layan, tau plak cari tuhan Allah bila sakit, pastu heboh dok sembah ntah kehapa2 tu, akai ada ka? Dalam dok bermonolog2 tu, kebetulan abg yg aku borak2 tadi tu no.4 , dan kebetulan yg sgt2 betul plak, dia ada tulis nama kawan kat no.5, dan kawan dia tak jd dtg, hahahahah. Makanya, aku ngan member aku dah cop duluuu,haha, dari no.11 lompat no.5, dam dam dam dadada..ko tgk berkat org sabar bulan posa, tp nak kena posa la. Ini posa malas pastu nak harapkan keajaiban berlaku, kelakar la awak ni.
Perghh, menangis nak abiskan ni, panjang nak mampos karangan aku arini, hahahah, lantak, sape suh baca, tp kalau nak dptkan iktibar dan pengisian yg berfaedah, bacalah, tak rugi..hahah, celah manaaa? Dah masuk2 dalam tu,biasa la, buat aku pya dulu, kali ni dia belah lutut aku pastu masukkan ape menda ntah sambil tekan kepala lutut aku, tp nampak gaya dari tindak tanduk beliau mcm sedang memasukkan wayar dan mengalirkan sesuatu ke dalam, ntah, mana nampak ape pun. Dah selesai lutut dia pegi kat peha, kali ni dia kata dia akan masukkan sesuat yg meluruskan tulang peha aku tu, dan dia akan masukkan sikit lagi pangkal tulang peha yg kat punggung tu. Gasak la nak buat ape pun.
Aku ada bawak telur kali ni, pasal masa dtg aritu dia ada kata nak tampal tulang aku, jd dia akan guna telur, so beliau amik telur yg aku bawak and bacakan ape ntah, aku bawak 5, kejap lagi masa kawan aku basuh kat dapur sebelum tu, ntah mcmana dia basuh bole pecah kat tgn, gila sental, haha. Takpelah asalnya pun dia suh bawak 3 jek,saje beli lebih, abis, gila kau p kedai cakap nak beli telo 3bijik, kan ke lawak tu, dulu2 masa student bole la, megi sepeket, telo sebijik pastu mintak ehsan bawang putih seulas yg dah relai dari labu tu. Gila kenangan.
Hah,berbalik pada citer telor tu, lepas dia dah baca ape suma tu, dia pun bungkus balik bagi kat aku, aku budget dari ari dia kata nak buat kaedah penampalan tu gini, dia amik telur tu pastu dia lalu2kan kat peha aku, n then telur tu masuk dalam dan mengerumini tulang aku, kira mistik abis la, abis dah mistik kan, so ‘belanjawan’ aku gitu la sikit lebih kurang, maklumlah, org jahil, huhu. Rupa-rupanya, dia cakap, “Telur ni bawak balik dan rebus, makan sebijik sehari, MAKAN DGN KULIT-KULIT”. Hoh?!.. aku telan airliur, mak ai, ni lawak jenis ape gini, ye laa, aku mana la pernah nak dgr org makan telur ngan kulit ni, biawak pun bedal isi telur ayam je,kulit tinggal. Dalam aku dok pelik2 tu dia pun bersuara lagi, “takpe, makan je, takde hal, yg kulit telur ni akan jadi tulang dan isi telur tu akan jadi daging”..oooo..itu penerangannya.Dan lepas berbuka semalam, aku bedal sebijik telur rebus bersama-sama kulitnya, rasanya tak berapa enak ok, dah macam ko kopek telur rebus, pastu opolop pocet telur tu jatuh atas pasir laut, pastu ko amik, ko makan dgn pasir2 laut tu, gitu la rasanya. Letih aku ngunyah, takut lekat kulit telur, hahahah.
Dah ah, sekian saja dunia mistik kali ini, berjumpa lagi kita di lain kemasukan, mungkin lepas raya kitorg pegi lagi, tak tau la plak ape menda yg akan diperlakukan pada hamba ini..uuuu..auw..aku nak sambung tido, takde keja nak buat dah ni…salam mesra salam lebaran. Dam damdamdam dadada
nah, amik kau,ngan kulit2 aku kunyah..huhu..cuba la woi,protein byk tu
07 September 2009
Steam Cheese bedebah cake
Nah,kali ni cis
silalah mencuba ye.Ape kejadah laa aku p buat menda ni suma.
Tp aku sukaaa..lalalalal
Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana )
bahan A:-
- 3 biji telur
- 100gm gula
- 1 sudu makan ovalette
bahan B:-
- 60gm tepung gandum
- 20gm tepung jagung
- 1 sudu teh garam
- 40gm susu tepung
bahan C:-
- 250gm cream cheese
- 50gm butter
- Pukul A hingga kembang,masukkan B, gaul rata dan sebati.
- Pukul C berasingan hingga halus dan lembut, masukkan ke dalam campuran A & B tadi.
- Masukkan ke dalam loyang beralas dan kukus selama 20 min.
- Sejukkan dan potong.
Cis Kek Sonang Bai Tu!
Salam.
Kali ni aku nak menyumbang sesuatu, wakakak, walaupun aku cilok dari website lain at least aku tak claim menda ni aku pya, tujuan aku letak kat sini takde lain adalah utk korg cuba try test dan buat sedap2 pastu hantar kat aku setengah, setengah dari ape yg korg dah buat okay. Aku mmg tak bole resist la menda ni, so kepada peminat cis2 bedebah kek di luar sana, silakan mencuba, nanti aku letak yg jenis kukus plak, pun sama gak, lepas korg dah buat, hantar sample kat bilik aku. Bole??
Gambar hiasan ni aku cilok gak ni..tp ini la rupa sebenar mendalah tu
Bahan-bahan ( 18 cm )<-- saiz Loyang kot?
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula
Cara-cara :-
- Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blender(blender cili mak aku bole pakai ke?). Mix biar sampai jadi cream .
- Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit.
- Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
- Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.
06 September 2009
Ape tanda2 tekanan mental?
Salam
Aku ada masalah,masalah aku tak besar mana,tp aku baru je rasa itu satu masalah bila aku mula berbual dgn org. Semalam,selepas Isya’ dan selepas semua menda aku dah selesaikan,(okus mcm aku ni ape sgt la tugas dia,makan obat susun kaki je la) aku mula duduk dan membuat sedikit senaman kaki aku yg patah ni. Supaya tidak kekal lemah gitu, kononnya, aku bermatian-matian menggagahkan diri utk mengangkat kaki secara lurus dan aku gagal,nak tercabut kepala lutut aku, dah la cantuman dawai je kepala lutut tu,semakin dicuba semakin beriye aku sakit, urgh, seksa.
Aku mengiring sedikit, dan mula mencuba mengangkatnya, berjaya!! Aku angkat lagi kali ini lebih tggi dan hampir mencecah kepala, ewahhh,dongeng sungguh, takdelah,tp kalau aku rapatkan kepala aku cecah jgk rasanya. Aku gembira dengan pencapaianku, aku seorg di rumah memandangkan seluruh isi rumah berada di masjid ketika itu, aku ketawa sendirian, kuat, dan mula bercakap seorg diri, bangga gamaknya dapat mengangkat kaki yg tidak kukuh itu setinggi-tingginya.
Sesudah sesi penyeksaan diri itu selesai, aku mula menonton ‘terebi’, cerita nur ya kasih, layan pya layan aku termenung, merenung luar jendela sebentar, dan tanpa sedar aku mula sebak dan menangis teresak-esak, pelik dgn keadaan itu sebenanrnya, tp aku teruskan juga, menekup muka dgn bantal dan mula melepaskan tangisan dan esakan itu. Sesudah sentak esakan reda, aku melihat cermin, dan aku mula ketawa. Aih.
Lain macam betul kesnya kali ni, adakah puncanya akibat aku terlalu lama tidak berurusan dgn org ramai dan rakan-rakan? Adakah keadaan aku yg sering keseorangan ini menjadi penyebab, aku mempunyai rakan, malahan aku sering kali berhubung, di talian maupun luar talian (online ngan onhandphone la tu), aku rasa bukan itu puncanya, aku rasa aku terpanggil utk melakukan hijrah, hijrah yg mana menuntut byk pengorbanan dari mencintai perhiasan duniawi ini. Adakah aku mampu utk melakukannya, yaa, azam sudah ada, malahan dari dulu pun azam ini sudah ada, tp pendekatan itu tiada, ya, azam tinggal a shj, zamnya telah pun zam2 alakazam.
Makanya, sudilah kiranya semua rakan2 yg ‘ter’baca warkah bertekanan rendah ini
menghulurkan secebis doa utk diri yg hina ini, utk terus berazam dan terus menginginkan yg terbaik buat dirinya dan keluarga serta seluruh umat manusia umumnya agar diberolehkan kesejahteraan dunia dan akhirat. Semoga kita tergolong dalam golongan2 yg bersyukur
dgn segala ni’matnya. Ameen.
Psst : itu bukan tanda aku tekanan mental kan??bukan kan? Risau gak aku haa…hahah
04 September 2009
ommaa..
02hb Sept kelmarin besdei ma aku.Aku tau pun lepas akak aku call bitau.
"bang,arini besdei ma tau,ko tau tak?"
aku plak dgn cuak2 majid jawap "eh?ye ke?bukan bulan 7?"
kalau dah anak buluh betong tu ngaku aje laaa.Tak pernahnya nak igt tarikh lahir mak sendiri.
Tarikh lahir awek2 ko,ko igt plak!.Ni bukan akak aku cakap,ko tak nampak ke mana ada ("),ini aku cakap sendiri.
Tapi tu la,tak best la kan,mak sendiri pya tarikh lahir pun ko tak tau,ape anak pungut ke ko ni?hah?! Tp tak tau la aku kan,pasal masa kecik2 dulu aku dikatakan dijumpai hanyut di atas pelampung,ni akak ngan abg2 aku pya keja la ni,siap tunjuk bukti gambar aku dalam pelampung sorg kat dalam laut.Awak kecik2 mana la tau lagi citer bangang gitu,pastu kena plak awak ni gelap byk dari yg lain2,jd mcm kukuh la mitos tu.
Ahhh,sudah,nak lari nampak!?,ni masalah ko tak ingat besdei mak ko ni ape citer ni?! Hehe,ape citer ape,dah nak masuk 3 dekad dah encik2 aku ni,mmg aku tak pernah tingat kot,bila ada adik2 aku kata arini besdei ma,aku pun p la beli hadiah,haha.Sekali tu aku beli la kfc bawak balik umah,belanja adik2 makan,kebetulan plak aritu besdei ma aku,terus tukar niat,masalahnya aku tak tau pun,sampai la akak aku call tya,"bang,ko beli kfc sambut besdei ma eh?". Aku mcm biasa ah,"eh,ye ke?". itu je la jawapan aku dari dulu sampai skrg.Vongok,ni nampak kat adik2 ni buat malu je ni,camne la bole jadi contoh yg baik gini,dgn kuarga sendiri pun buat mcm tak kenal.
Tp aku bukan la derhaka seperti yg korang sangkakan,cuma aku kurang mesra je,mana tarikh yg catchy utk aku igt,aku igt la,mcm tarikh lahir aku,01.06,haa,kan catchy tu,sama dgn TV3 pya tarikh lahir. Ewahh,yg tak bersabit igt plak ko,dasar simen,ape kena-mengena simen? xde kena mengena,saje je nak sebut.Well cuma itu la,bukan la kata aku ni not a family man,siyes aku kadang2 dulukan keluarga,cuma menda2 yg baik la,yg tak baik aku kadang senyapkan jek,ni yg eksiden ni,kalau la tak parah,mau sampai skrg family aku tak tau kot.Ah ye konon,ei,sgguh la,aku balik kg. kang aku citer la,tak balik aku tak call bitau pun,hehe.
Aku tak tau la aku ni jenis ape,kalau aku tak balik kg.aku bole tak balik utk jangkamasa yg laaaama,n pastu kalau aku dah balik plak,aku bole takat singgah sejam dua jek,itu masa aku dah keja dekat2 ni,masa aku keja kat pj dulu,aku jenis malas plak,kalau dah tak balik,laaaama tak balik,eh macam sama je,yg tak balik je sama,tp bila aku dah balik,aku susah pulak nak balik sana,ye la,masa tu naik moto(skrg pun),jauh,jadi malas tu samadengan ngan rajin.Pastu keluarga aku plak,kalau takde pape,diorg pun tak tipon aku bitau pape,kadang tu tau2 dah sampai kelantan dah,siap dah balik p.d balik dah,aku bole tak tau.Jadi mmg runs in family la sifat ni,sifat tak nak nyusahkan org.so kesimpulan dia,aku bukan la si penyusah yg menyusahkan pada sangkaan kamu,kamu dan kamu.
Psst: Ape relevan citer ni ngan aku tak igt tarikh lahir ma aku?dah la tarikh tak ingt,umur mak aku pun aku bole lanjutkan setahun.Besar puaka betul,ma maapkan org,org janji akan bagi ma menantu yg baik2 dan menjadi anak yg soleh..hahahahahahha
01 September 2009
Aku Senang dan Tenang,titik
Aku nak cuba menda baru ni.
Aku nak tiru gaya org lain pya cara kemasukan.
Macam best jek aku rasa,mcm best je la.
Tp belum tentu lagi kena atau tak ngan aku.
Sungguh tak malu meniru org.
Tp itulah,aku senang dan tenang begini.
Hahaha,nampak titik itu?bukankah berada dikebanyakan blog?
Dan aku cuba utk mempraktikan disini.
Tp baru je dua perenggan,aku dah buhsan.
Apekejadahnya semua ini!!
Oh my goat,<---hakhak,ini aku kutip dari seketul budak senget.
*****
*****