Kempen Semasa

Kempen Semasa

29 Mac 2010

Jangan Kufur Nikmat

Salam,
 Hoh, sibuk benar gaya aku sekarang ni, dekat 2 minggu tak berusik blog ni, entah apa yang disibukkan pun tak tahulah aku ha. Tapi yang pasti, hari-hari aku ada tempahan untuk membekam orang. Kalau tak siang hari, malam hari, bestnya kerja begini. Kerja sambil melepak, sambil buat benda yang kita suka, sambil-sambil tu jugak kita dapat tolong orang. Bekam anyone?? Hahah.

 Manfaat dari kursus-kursus yang aku dah pergi memang banyak, kena pulak Allah tolong bagi kesembuhan kat orang yang kita tolong tu, lagi la terasa puas di hati ini. Tapi itulah, alat yang ada ni dah macam tak dapat nak menampung permintaan pulak dah, ada sesiapa tahu mana nak cari kit bekam yang banyak dan murah? Kalau boleh nak macam beg James Bond tu, baru la ada stail. Orang cacat pun nak bergaya gak. Sekarang ni aku tengah bergaya dengan tongkat Faizal Tahir, (entah bila tongkat tu dapat nama gitu). Ini gambar set bekam yang aku nak tu.


 Nampak gayanya mc aku kena tambah lagi sebulan ni, x-ray awal bulan ni nampak macam tulang kaki aku kembali renggang, adeh, nak kena kurangkan pergerakan la pulak, tapi khidmat sosial masyarakat setempat tidak boleh dipandang remeh. Tambah-tambah dah banyak kes orang buang tebiat ni, terbaru dah ada kes orang kena tetak sampai mati kat Port Dickson ni. Aish, kesian betul, semoga amalan-amalan Allahyarham diterimaNya.

 Baru-baru ni pengiklan tegar blog aku telah bersara sementara waktu, alamat tak berpelawat la blog aku yang comot ni, lagi satu berita untuk geng kedenquay aku di Dublin, kepada Akasia terutamanya, aku terjumpa pelanduk anda yang ke dua aka. Ni gambar dia.
Sama tak? Tapi ko keding lagi kot aka. Haha.

 Cukup la kot aku mengarut kali ni, dah lama takde info yang membina jiwa. Entri selepas ini la kot. Maaf ye rakan-rakan semua. huhu.

Salam Temu

17 Mac 2010

Untuk Dijual

Salam,

 Ini bukan iklan racun serangga, tapi kalau korang terkena racun akibat bahan-bahan di dalam entri kali ini, aku terpaksa berlepas tangan untuk tidak mengambil tahu.

 Salah seorang sahabat aku, ingin menjatuhkan talak 3 kepada telefon bimbit yang baru diijab kabulkan kepada beliau 2 bulan lepas lebih kurang, dengan alasan yang agak tidak munasabakbernam, beliau tetap dengan keputusan  yang boleh dikatakan agak berani mati itu. Kerugian yang akan ditanggung sudah tidak dipedulikan lagi. Dengan tekad dan usaha yang gigih, beliau menggunakan sistem pesanan ringkas untuk memesan ringkas kepada aku,


 " aku nak beli fon lain yang x menyusahkan aku aaa..."


 Telefon bimbit yang beliau ingin talakkan itu bukan calang-calang. kalau kena gayanya, boleh terduduk orang sekeliling dek kerana kemampuannya beraksi. Tapi itulah, ada patah-patah mengatakan, 
" tak pandai berjoget, lantai terjongket juga disalahkan"..


 Oleh kerana barang pun masih baru, kalau orang, masih bergetah la kiranya, kalau kereta plak, 1st service pun tak buat lagi. Jadi memang sangat bertuah bagi yang berminat untuk memilikinya, harga di buka RM1700, macam biasa (BDR). Tapi bukan berurusan dengan aku, sila berurusan dengan tuan punya sendiri. Sebelum tu mari kita lihat preview bakal duda tersebut. Oh lupa nak perincikan jantina pemilik, ladies owner ok, kalau dalam majalah kereta tu ladies owner ni konon-kononnya menggambarkan pengguna yang cermat la eh?. Jalan daa..aku dah tengok dah ladies owner camne. Takpe aku simpan je dulu cerita tu. haha. Jom tengok gambar aku cilok dari google.


 Nokia N97

So kepada yang berminat bolehlah menghubungi saudari Hidayah dengan kadar segera dan runding harga dengan bijaksana, mana tahu anda dapat freegift berupa keahlian HPA seumur hidup. hoho.

Hidayah : 017 3754115

 Aku sekadar mengiklankan, nak angkat tak mampu plak, pakai je la tipon cap ayam ni haa sampai kaput. Ok semua, bertemu lagi kita dalam iklan yang lain. 

Salam Iklan

Adoi mak aiii..

Salam,
 Hari ini kesah benar berlaku lagi, huuuu..sakittt..tp kali ni aku nak bagi korang tengok apa yang terjadi kalau korang pernah menuntut silat, tak kira ape silat, baik yang gaya macam sembahyang mahu pun gaya macam kuda, semua sapu bersih, taekwando pun ada jugak rasanya, kalau rasa-rasa diri itu sentiasa mudah panas baran, adalah lebih elok anda pergi menghapuskannya demi kesejahteraan hidup anda di masa akan datang. huuuu..sakittt.. Tapi aku rock, aku tahan..tahan maki, nyaris nak termaki ustaz tu, sakit dia macam kena libas batang paip laju-laju la wei. 
lihat dalam bulatan, semasa di tempat kejadian, benjolan ini menyerupai gelembung tayar yang dah bengkak nak pecah, tapi masa gambar diambil, kami telah pun berada di rasah. Jadi dia dah pancit sikit.

  Bukan bengkak tu aku nak cerita, tapi korang yang menjadi mangsa makhluk-makhluk perosak ni, dia datang kadang-kadang dengan undangan, kadang-kadang menumpang lalu melintang patah, tapi nak tau simptom, sangat mudah..antara contoh-contohnya:-
 a) anda mudah naik angin, bukan lagi satu badan tapi hangin tak hengat.
 b) anda melihat bahan bedalan anda kecil, sekecil ruang jari telunjuk dan ibu jari apabila dirapatkan.
 c) anda rasa anda hebat boleh pukul semua orang sampai penyek.
 d) anda mempunyai keyakinan yang melampau-lampau bila berpakaian seragam.
jika semua contoh di atas dikesan berada pada batang hidung anda. Sila ambil tindakan segera sebelum ianya semakin sebati dengan anda. Susah aku cakap kat korang ni bila hati senang panas, buat kerja sapu sawang pun boleh nak mengamuk. Dah-dah, rentikan. 

  Lepas tu kan, ada satu tempat lagi aku kena bedal, itu pun lepas kena scan pakai lada hitam kat jari kaki ngan tangan aku, aku didapati mempunyai masalah yang telah menempel di kedua-dua belah punggung aku, dia punya azab, eksiden pun tak sakit macam ni kot. Menggigil-gigil punggung aku dibuatnya, tak tahu la berapa lama lebam ni nak hilang, sebelah kanan takde la teruk sangat, belah kiri ni haa, nauzubillah, rakan baik aku sampai tak sanggup tengok la, aku tak tau la dia tak sanggup tengok punggung aku ke atau pasal hal lain, tapi yang tak bestnya, ustaz tu kata, menda yang bersarang dalam tempat tu penyebab aku tak suka duduk di majlis-majlis yang ramai orang dan agak kuat seks.. aiyooo..padanlah. hahah.

 Jangan risau, gambar tu kitorang tak rakam pun, tangkap pun tidak, kang kalau rakam jadi cerita lain plak. Ape eh aku nak bagitau tadi, dah lupa dah, tapi yang pasti, aku sedang menahan sakit ni, bagi yang diluar sana, agak-agak semangat tinggi dan ingin tahu bagaimana perasaan di ketuk dengan ranting kayu nona, bolehlah berbuat demikian dengan pergi ke cawangan-cawangan Pusat Rawatan Islam Manarah seluruh Malaysia. Selain diri anda kembali tenang, anda juga semakin hampir dengan Ya Rabb, ingat bhai, ini baru dunia, belum yang sanun laei, tak cukup tanah nak lari wei. http://primanara.blogspot.com

Salam Lebam.

p/s: aku baru dapat nak upload video. tengok la kalau tak geli dengan keti aku tu.

14 Mac 2010

Subhanallah

Salam,
 Syukur kepada Allah, hari ini bertambah lagi satu ilmu perubatan Islam aku belajar, pagi tadi bertempat di Tibbun Mubarak, Seremban Jaya, Senawang, satu kursus bertajuk ' Kursus Bekam Asas'  telah pun aku hadiri, dan dengan ini aku sudah boleh membekam orang. hoho.. Novice la tapi, tapi kalau tak novice, takde la expert.

 Misi seterusnya 'Kursus Iridologi' yang akan berlansung di Bangi minggu hadapan, cita-cita aku untuk menjadi seorang perawat semakin hampir. Yatta. Walaupun masa sekolah dulu aku agak bangang, tapi Alhamdulillah, bila dah mencecah usia bapak orang ni cinta kepada ilmu tu semakin kuat pula, InsyaAllah, nanti bila dah ada keyakinan yang tinggi, dan ilmu yang boleh diyakini orang ramai, ingat nak bukak satu pusat rawatan, jemput la datang eh, Percuma untuk sessi pertama kali, kali kedua pun percuma jugak kalau korang takde duit. haha.

 Perubatan Islam semakin dibayangi oleh gelaran Perubatan Traditional, bekam itu sendiri adalah sunnah Rasulullah, tapi tidak ramai yang ambil pusing tentang kewujudannya, dan masih ramai lagi menafikan keberkesanannya, berdasarkan hadis,

Daripada Ibnu Mas'ud sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda: " Sesungguhnya aku telah melalui sekumpulan malaikat pada malam aku di Isra' oleh Allah Ta'ala dan mereka telah berkata ' Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam'." (Riwayat Tirmizi dan Baihaqi)

"Sebaik-baik perawatan ialah dengan berbekam" (Riwayat Al-Bukhari)

dan banyak lagi, ini antara yang dapat kita berkongsi bersama, dan apabila martabat bekam itu adalah sebaik-baik perubatan, maka begitu jugalah martabat pembekam adalah sebaik-baik perawat. InsyaAllah.

 Jadi kawan-kawan semua, apa tunggu lagi, tunjukkan cinta anda kepada Rasulullah S.A.W dengan mengikut sunnah-sunnahnya, semoga terbuka pintu hati kita untuk terus mengembangkan syiar Islam. Tooibbb..

Salam Bekam.

11 Mac 2010

Kalau Berani, Jom la..

Salam,
 Ini kisah benar, terjadi pada aku sendiri siang tadi, hasil dari ajakan salah seorang kawan baik aku yang berasal dari Seremban, seawal jam 0810 aku dah tercongok di depan rumahnya. Dengan menunggang Perodua Sesumpah keluarga, yang sampai hari ini aku tidak tahu siapa tuan punya sebenar kenderaan ini, aku memacu sederas yang mungkin, sesumpah..berapa laju sangat dia boleh pergi? Itu pun ada yang nak solek lawa-lawa, buang karen je.

 Hala tuju kami pagi itu mengarah ke Kuang, Sg.Buloh, ke Pusat Rawatan Islam Manarah Tuan Guru Dr.Jahid Sidek, keterangan lanjut pasal pusat rawatan ni ada aku sertakan, tapi tak tahu aku letak mana, klik je la mana-mana yg ada keluar tangan ajaib tu karang. Berbalik pada kawan aku ni, dia ni dah acap kali datang sini untuk dirawat, dia panggil ketuk jin je, pasal kaedah rawatan memang menggunakan cara ketukan dengan ranting pokok nona untuk mengeluarkan bendasing-bendasing yang berada dalam badan kita yang kita sedia maklum ataupun tanpa sedar.

 Sebelum-sebelum ni aku mendengar kaedah perubatan ni berdasarkan dari penceritaan kawan aku tu je, siap dengan video, dan juga dari testimoni-testimoni kawan-kawan lain yang pernah menyertai kawan aku ni. Cerita memang tak masuk akal, ranting nona tu terlalu halus, macam lidi penunjuk mengaji tu, tapi yang besar macam duri landak tu, tapi dia punya kesan, maasyaAllah. Bayangkan sampai ada yang taubat tak nak pergi lagi. Kalau di sertai dengan Taubat tak nak buat dosa lagi kan best. Hikhik.

 Kalau nak diceritakan macamana rasa kena ketuk tu terlalu subjektif, soalan subjektif kertas Kajidaya Kenderaan Bermotor pun tak susah macam tu kot. Ini subjek peng'kantoi' ramai penuntut Politeknik Jurusan Automotif, sampai ada yang tak sempat belajar pun dah kena Gagal Berhenti. Salah satu terma yang digusari ramai Polytechnician. Rasa dia berbeza-beza mengikut individu rasanya, macam kawan aku, ketukan pertama  saja dah menggelupur macam kena sembelih, berguling-guling macam tak sekolah. Apa yang mampu keluar dari mulut samada 'aduhhh', atau 'Allahhh sakitnyeee'. Bayangkan laaa. Letak jari kat dahi tu.

 Dan aku, pada awalnya ingin berlagak macho ala-ala mr.potato, tapi sayang, kalau ada bakal mak mertua kat situ, kensel. Macam-macam bahasa keluar, dengan menggelitiknya, dengan jasbahnya siap. Masa tengok orang lain kena beduk kemain suka, tergelak berkekek-kekek..(apakah aku seorang yang kejam?)..Tapi bila kena kat diri sendiri, terasa macam nak mencadangkan kaedah ini sebagai ganti hukuman sebat yang ramai orang kecoh tu. Aku rasa orang tak pertikaikan kot, pasal pakai ranting kayu je, kayu nona lak tu, yang diorang kecohkan tu pun pasal rotan penyebat tu kan? Perrghh, nescaya taubat nasuha punya siapa-siapa yang kena ketuk ni. Setel satu masalah sosial dalam masyarakat. Amacam ada berani nak usulkan menda ni?

 Cerita banyak tak guna, tendang laju-laju pun tak kena, pasal kaki aku patah, jadi ada baiknya anda-anda semua pergi mencuba dan tanam tekada dalam diri untuk kembali kepada Allah dengan mentaati segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya, jangan mencabar hukum Allah. Test dulu yang atas dunia ni sebelum mengadap tanah, dalam banglo kekal kita tu tak tahu lagi macam apa yang mendatang. Marilah sama-sama kita ingat mengingati. Kalau nak usha-usha ape menda yang aku ceritakan ni boleh la bertandang ke sini ..http://www.manarah.drjahid.com/ .. dan juga sini.. baru jumpa tadi.
http://primanara.blogspot.com/
 Ok semua, Salam ketuk.

07 Mac 2010

Ai I Kam Som Taim



Salam,
 Nah sekeping lagi contoh orang yang sangat tinggi keyakinan dirinya. Pecah perut aku layan menda-menda gini.

Tuuu Diaa..belasahh



Salam,
 Kepada rakan-rakan di luar sana, jangan malu jika anda tidak boleh bertutur bahasa inggeris dengan lancar. Apa ko ingat semua mat saleh boleh bercakap elok-elok ke? Tidakkk... suka suki diorang je selalunya. Hahah, menguatkan lagi semangat aku untuk terus belajar bahasa arab plak.

On The Making..

Salam,

 Sejak duajak ni kemain sibuk lagi aku memenuhi permintaan pesakit-pesakit urat sekitar Kg.Air Meleleh ni, asal sms masuk je mesti mesej suruh bawa minyak. Setakat seminggu dua ni aku keluar tak payah bawak duit, bawak minyak but-but keluaran HPA dan ilmu Refleksologi yang aku tuntut masa pergi Kursus Refleksologi di Cawangan HPA Port Dickson awal tahun hari tu, dan sekeping tuala yang dah naik kepam lupa nak basuh.

 Dan semalam aku telah pun melebarkan ketiak aku ke Rasah, Seremban, tapi semalam tak bawak minyak, pinjam minyak goreng ikan kedai Man Tomyam je untuk buat sessi pengenalan. Lepas ni dalam poket nak kena ada 2 botol minyak 1001 khasiat ni la nampaknya. Satu buat iklan. satu buat jual. Akhirnya, ada juga aktiviti yang mengeluarkan peluh setelah sekian lama mengeluarkan airliur dengan air kumbahan je.

 Ini pun baru balik je ni, malam ni 3 orang, dan segala makan minum aku ditanggung penuh oleh taukeh Hidayah Tomyam pasal kaki dia pun aku urut jugak, lepas tu esok ni nak sudahkan sessi tutorial Microsoft Excel  kat taukeh Hidayah Tomyam lak ni. Leceh betul la nak buat jadual tu. Siapa boleh ajar aku nak jadikan semua page yang ada jadual yang kita buat tu terjadi secara automatik pada page-page yang lain? pastu tarikh dia pun nak auto jugak. Baru la aku nak rasa menyesal dulu masa kelas komputer lari-lari. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails