Kempen Semasa

Kempen Semasa

08 Februari 2010

Tanda-Tanda Akhir Zaman

Salam,
Dari sehari-sehari aku nak menaip pasal buku yang aku baca minggu sudah. Buku dia nipis je, tapi kalau kena gaya intonasi dan lenggok bacaannya, mahu menitik airmata. Kawan aku bagi pinjam buku ni, dia pulak pinjam tak pulang dari kawan dia, dah buruk, buruk bukan pasal ape, air kopi, air teh air apekejadah lagi ntah dah tumpah kat kulit buku ni, dengan daun kering semua melekat dalam buku ni, punya la banyak tangan yang dah pegang buku ni. Buku ni asal dia adalah untuk kutipan amal Ma'ahad Tahfiz At-Tohiriah Port Dickson. Aku pun terkejut, dah berapa dekad aku duduk PD ni aku boleh tak tahu ada Ma'ahad Tahfiz kat sini. Astaghfirullahalazim. Sedih betul. Itulah manusia, kuman kat negeri jiran heboh di tempik-tempik, bapak dinasour kat celah kangkang sendiri buat-buat tak nampak. Eh, ada kena mengena ke? Bedal. Oh lupa, korang nak baca eh? klik la sini 'tak sabarnya saya bang!'

 Bagus, aku suka orang yang teruja dengan hal-hal berkaitan agama ni, begini ceritanya..kejap, kat mana aku nak mula eh, lampi plak aku ha. Ok, tajuk buku 'Kiamat Semakin Hampir' dan bab yang aku nak kongsi kat korang semua bab 2 'Tanda Akhir Zaman & Tanda-Tanda Kecil Kiamat' . Setelah diperhatikan, aku mendapati, semua tanda akhir zaman dah habis. Tunggu tanda kiamat kecil je plak nak habis.Na'uzubillah. Jadi mari kita lihat apakah tanda-tanda akhir zaman itu, bagi yang dah tahu, kita kongsi je, aku pun bukan reti sangat, jahil mahil jugak. So anggap sahajalah ini perkongsian bijak cemerlang, amcam? Boleh? orait bebeh.

 Ada 34 tanda akhir zaman berserta Hadis yang di kongsikan dalam buku ni, tapi aku selit Hadis mana yang ringkas je la dulu, nak lebih nanti aku bagi alamat penerbit dia, korang pergi beli banyak-banyak pastu pergi bagi kat orang. Macam MLM pahala korang nanti. haha.

Tanda-tanda akhir zaman.

  1. Ramai Munafik & Murtad - Dah pernah dengar kes orang mintak keluar agama kan?
  2. Fitnah Berleluasa  - Perasan tak?
  3. Timbul Pelbagai Fitnah - Fitnah yang tak masuk akal pun dah banyak kan?
  4. Fitnah Dari Timur - Ini nanti aku suruh tuan guru lamputih jawapkan.
  5. Iman Semakin Lemah - Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda : "Segeralah kamu beramal sebelum terjadi fitnah seperti menempuh malam yang gelap gelita. Ketika itu nanti ada orang yang akan beriman pada waktu pagi tetapi petangnya sudah kafir. Petang kafir pagi sudah beriman. Dia menjual agamanya dengan harta dunia" (HR Muslim)
  6. Wanita Berpakaian Tetapi Telanjang - (Angkat-angkat kening.)
  7. Kejahatan Menjadi Kebiasaan Pembesar - Entahlah labuuu.
  8. Tidak Percaya Pada Hadis - Ada dah golongan ni. Main nas-nas Quran je. Budget best.
  9. Memegang Agama Seperti Memegang Bara Api - *Sigh
  10. Pilih! Dianggap Lemah Atau Berbuat Jahat - Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda : " Akan datang masanya kepada umatku yang mana seseorang diberi pilih antara dianggap lemah atau berbuat jahat. Sesiapa yang menjumpai zaman seperti ini hendaklah dia memilih yang lemah dari berbuat jahat." (HR Al-Hakim)
  11. Menunjuk-nunjuk Ketika Berdoa - Perhatilah sendiri.
  12. Haji Untuk Makan Angin - Dari Anas Bin Malik, katanya Rasulullah SAW bersabda : " Di akhir zaman nanti ada 4 golongan orang yang pergi mengerjakan haji. Pemimpin pergi Haji untuk makan angin (melancong), orang kaya pergi haji untuk perniagaan, orang miskin pergi haji untuk meminta-minta dan Qari pergi Haji untuk kemegahan dan mencari nama."
  13. Tidak Peduli Sumber Harta - Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: " Akan datang suatu zaman di mana seseorang tidak memperdulikan dari mana dia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau sumber yang haram" (HR Nasa'i)
  14. Islam Pada Nama, Masjid Megah, Ulama Jahat  - Islam pada nama dah bersepah, masjid megah pun banyak. Ulama jahat? Tak tahu lagi.
  15. Umat Islam Ditindas - Dah nampak? Banyak sangat dah.
  16. Ditimpa penyakit Umat Terdahulu - Dari Abu Hurairah, beliau berkata, " Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu." Para sahabat bertanya : " Apakah penyakit-penyakit umat dahulu itu?" Rasulullah SAW menjawab : " Penyakit-penyakit itu ialah terlalu mewah, mengumpulkan harta sebanyak yang mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling menziarahi, dengki mendengki sehingga jadi zalim menzalimi." (HR Hakim)
  17. Ikut Jejak Yahudi Dan Nasrani - Agak-agak yang pelik dan melampaui batas Islam tu diorang punya la
  18. Berpura-pura Zuhud - Aichehh. Pancing simpati ke nak gula-gulakan orang?.
  19. Ilmu Agama Diangkat Perlahan-lahan - Ulama ramai dah meninggal, tinggallah ular dalam semak je.
  20. Al-Quran Lenyap Dari Hati - Na'uzubillah.
  21. Qari Yang Fasik - Rasulullah SAW bersabda : " Akan ada di akhir zaman nanti hamba-hamba yang jahil dan qari yang fasik." (HR Abu Na'im)
  22. Tiada Imam Untuk Solat Jemaah - Dari Salamah binti Al-Hur, katanya Rasulullah SAW telah bersabda : " Manusia akan sampai pada satu zaman yang mana mereka berdiri satu saat (untuk mengerjakan solat) tetapi mereka tidak mendapatkan imam untuk solat bersama mereka" (HR Ibnu Majah)
  23. Ulama Tidak Diikuti - Dari Sahal bin Sa'ad Al-Sa'idi, katanya Rasulullah SAW bersabda: " Ya Allah! Jangan Engkau pertemukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu zaman yang mana waktu itu ulama tidak diikuti lagi dan orang penyantun tidak diikuti lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (tentang fasiqnya) dan lidah mereka seperti lidah orang Arab (tentang fasihnya). " (HR Ahmad)
  24. Pendapatan Dari Jalan Maksiat - Kelab karaoke janda bergetah anyone?
  25. Riba Di mana-mana - Kereta, rumah, motor, kenduri kahwin (buat personal loan punya pasal) 
  26. Istilah Riba Ditukar - Rasulullah SAW bersabda : " Manusia akan sampai ke suatu zaman yang mana orang menghalalkan riba dengan nama jual beli." ( HR Ibnu Qayyim)
  27. Istilah Khamar Ditukar - Dia panggil ape eh? Minuman Berkhasiat? Ubat Pelega Tekanan?
  28. Miskin Lebih Baik - Takut penyakit hati banyak sangat.
  29. Hasil Bumi Dikuasai Orang Jahat - Minyak kat Arab tu siapa handle eh?
  30. Meluasnya Zina - Dari Ummul Mukminin Maimunah r.ha, katanya Rasulullah SAW bersabda: " Sentiasalah umatku dalam kebaikan selama belum meluas di kalangan mereka anak zina. Kalau sudah ramai di kalangan mereka anak zina, maka segeralah mendapat azab dan malapetaka yang bermacam-macam." (HR Ahmad dan Tabrani)
  31. Fitnah Wanita - Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya : " Tidak ada fitnah yang paling membahayakan kaum lelaki selepas zaman aku kecuali fitnah dari kaum wanita."
  32. Maksiat Akhir Zaman - Dari Ali bin Abi Talib, katanya Rasulullah bersabda: "Apabila umatku telah melakukan 15 macam maksiat, maka bala akan turun kepada mereka.Para sahabat bertanya : Apakah itu wahai Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: 1.Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu. 2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan. 3. zakat dijadikan hutang. 4. Seorang lelaki taat kepada isterinya tetapi derhaka kepada ibunya. 5. Seorang lelaki berbuat baik kepada temannya tetapi dia membiarkan ayahnya. 6. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid. 7. Yang menjadi pemimpin suatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka. 8. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. 9. Khamar (arak) sudah diminum secara terang-terangan. 10. Kain sutera banyak dipakai kaum lelaki. 11. Para biduanita (penyanyi) disanjung dan muzik banyak dimainkan. 12. Generasi akhir umat ini mengutuk  (menyalahkan) generasi pertama (para sahabat). Maka dengan itu hendaklah mereka menunggu angin merah atau gempabumi atau bentuk rupa mereka ditukar (menjadi binatang)." (HR Tirmidzi)
  33. Harta Melimpah Dan Perempuan Ramai - Sekarang pun statistik dah menunjukkan dah.
  34. Hukuman Allah Tidak Dilaksanakan.- Hudud di tentang bersungguh-sungguh. Kenapa harus takut kalau tak salah?


Begitulah saudara- saudaraku sekalian, semoga beroleh manfaat untuk renungan kita bersama, apa yang tertulis tu bukan zaman ni diciptakan tu, lebih seribu tahun dulu lagi dah sebut. Jadi untuk berada di pihak yang selamat, Amal ma'ruf nahi mungkar, terbuat dosa, cepat-cepatlah bertaubat. Pesan kat diri sendiri jugak ni. Nanti cakap macam-macam bagus nanti sendiri pun mengetam ape kes kan? Maaflah ye, terlebih panjang pulak kali ni, tak tahu berapa bulan pulak nak keluar entry seterusnya. Jamakkan terus la kiranya ni. haha.

Salam Renung buat semua.

4 ulasan:

singkong panggang berkata...

umat islam di akhir zaman adalah seperti buih2 di lautan.

tinggi kuantiti, kurang kualiti.

ak tengok HALAQAH, ak suka ceramah ustaz daniel.

hahaha..;DD

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

ko paham tak maksud dia ape?

Tanpa Nama berkata...

wuhuu!!

perkara2 yg dah terang2 depan mate neh..

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

Alhamdulillah...kalau dah nampak takpelah..tu baru tanda akhir zaman..belum tanda kiamat kecil lagi..kiamat kecil ada yg dah jalan dah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails