Kempen Semasa

Kempen Semasa

29 Januari 2010

Tolong Beringat

Salam,
Sudah 2 malam aku keluar rumah sehingga lewat pagi, sebenarnya bukan 2 hari, tapi dah seminggu, tapi 2 hari ini paling banyak perkara baru yang aku jumpa. Paling banyak mengajar aku kenapa kita di tuntut untuk selalu beringat dan ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara itu. Sentiasalah kita memperbaharui niat kita itu, kerana apa? Klik sini kalau nak tahu sangat.

27 Januari 2010

Ke mana kita minggu ni?

Salam,
Ke mana kita minggu ni bosh?!. Heh..nak ke mana pun, melepet la macam biasa kat rumah ni, macam la penting sangat nak ada aktiviti minggu ini bagai. Tapi hari Isnin lepas patutnya aku ke KL, pasal HPA ada pelancaran Produk baru, tapi sayang, kaki aku tak sedap perut pulak, ai, kaki pun ada perut? Abis orang selalu cakap tak sedap perut tak sedap perut, bahagian mana perut tu tak dapat nak bagitahu pulak kan? Begitulah adanya cerita kaki aku ni, dia rasa macam tak selesa pulak. Padahal malam sebelum tu dah heboh cari kasut nak pakai, punyalah lama tak pakai kasut tu, sampai mak aku dah letak dalam plastik sampah hitam tu, itu kalau silap haribulan, mau ke dalam lori sampah kasut aku tu, dah la jauh beli tu. Pakai tak dan 2bulan dah terlantar. Kot pakai jugak kasut tu masa terlantar, memang nak mam la namanya kan. Nak baca lagi ke? Klik sini-->.

21 Januari 2010

Hidup Ini..

Salam,
Aku baru balik dari berjumpa seorang rakan baru, muda lagi, seusia adik aku, dia sms aku lepas Maghrib tadi ajak keluar borak-borak, pasal baru kenal lagi, itu pun kenal kat kelas mingguan HPA kat Cawangan Port Dickson ni, dia dari Pahang, datang sini pasal kena kerja kat Legend Resort ke ape nama resort baru tepi Glory Biatch Beach Resort tu. Lepas tu?! Apa kena mengena tajuk dengan dia ni? Nak tahu lebih lanjut klik kat "kami nak tahu pasal budak tu bole?"

19 Januari 2010

Ya Allah, Sakitnya.

Salam,
Sejak balik dari KPJ aka Istana Hinggap aku tu, kaki aku sakit sangat, bila lurus nak dibengkokkan sakit, dah bengkok nak diluruskan sakit, sudahnya, melepet la aku dalam satu kedudukan dengan agak lama. Gara-gara membuat fisioterapi tempohari la yang buat aku menanggung derita yang sedia ada ni, abis dah eksyen sangat, mentang-mentang fisioterapist itu menarik perhatian, dandan tu kau bole buat semua jenis senaman kaki tu. Dan natijahnya, tanggung la kau sendirian. Padan muka aku. Kepala lutut dah bengkak, peha dah bengkak, tunggu ape menda yang nak bengkak pula lepas ni,sila klik sini kalau nak tahu.

14 Januari 2010

Istana Hinggap

Salam,
Baru keluar dari wad petang tadi, masuk kali yang ini dah 3 kali aku lepak Istana Hinggap aku tu, tapi dah kena halau pagi tadi lagi, tapi sengaja baring-baring tengok tv dulu, perabis makanan tengahari ape suma, pastu petang sikit baru bergegas pulang. Eh, ok la kan, check-in pukul 2300,check out patut pukul 2000 la kan? Alah bukan lama, 2hari tak sampai. Itu pun siap menyinggah pergi tengok-tengok mahasiswi-mahasiswi USIM sekejap kat Nilai, pastu baru balik PD, mentang-mentang bawak kancil liar yang tak kuat mentekedarah benzin tu, digasaknya sungguh-sungguh. Mencari jodoh kena la pada tempatnya kan?muahaha.

 Cerita kat dalam wad ada sikit perkembangan la kali ni, pasal dah dapat nak request ward mana nak lepak, pastu yang best siap ada orang melawat la plak, yaperdaa, sengaja je nak tayang scandal kat aku, nasib baik cun, kalau tak, kat situ jugak aku pangkah sampai rebah. Ahh, entry tak best, tapi nak update juga, lantak. Esok bermula kembali kehidupan aku sebagai pesakit luar selama sebulan lagi. Dapat sambung lagi mc untuk bulan ke 7, berturut-turut. Bulan depan macamanapun aku kena pergi kerja juga, kalau tidak, tak bergaji la aku woi..sape nak bayar hutang-hutang dunia aku tu kalau bukan kompeni. muahahah.

 Akhir kata,
~ Sebahagian dari tanda syukur itu ialah jujur, taat, redha dan ikhlas.
   Tanpa tanda-tanda tersebut, jelaslah ia kufur, dan kufur itu lebih hina dari KAFIR.

08 Januari 2010

Inilah Jalan Kami

Salam,
Hoho, tajuk dah macam orang nekad nak bom diri je kan? Tapi ada la sikit-sikit isi dia ke arah itu, awal tahun ni macam kesibukan sikit, setiap hari minggu ada je kursus yang aku kena hadiri, minggu sudah 2&3hb Januari, aku telah menjeremuskan diri ke kancah siri pengubatan Islam atau dalam group kita-kita ni dipanggil Perubatan JAWI, syok owh, baru la aku tahu, selama ni doktor-doktor tu poyo-poyo jek sampai belas-belas ribu nak kena bayar bagi mengdiagnos sakit yang ada. Itu belum masuk ubat-ubatan lagi. Jejak la puluhan ribu sudahnya. Kaki aku patah ni pun dekat RM20k nak bayar kat hospital, apatah lagi kalau jantung kau tersumbat, mau meninggal sebelum sempat nak check kot lepas tahu harga dia. Klik la sini kalau nak tau ape yang aku kecoh sangatkan tu.

01 Januari 2010

Salam Tahun Baru 2010 Dari Kota London



Salam,
Happy la New Year Dei Tambhi

Selamat tahun baru 2010 rakan-rakan semua. Apa azam anda tahun ini? ahh, balik-balik soalan itu, cuba la tanya soalan yang mencabar iman sikit.Takpe abaikan, bagi aku, ternyata kecacatan fizikal aku tidak menghalang aku untuk membuat sambutan tahun baru kali ini secara melampau. Dari gambar pun sudah tahu di mana, jambantan itu cuma terdapat di London sahaja, dia boleh terbuka dan berubah menjadi istana ahli sihir jahat bila ada kapal nak lalu. Baru snap gambar ini, panas lagi kau, terus menerus melalui lappy aku dari rumah ibubapa aku di Port Dickson. Snap dari google je, sengaja nak buat-buat grand konon-konon menyambut juga. Sejak dua jak ni aku semakin terpengaruh gaya penulisan penulis yang suka mengarut merapu secara melampau tetapi menghiburkan, kau tak rasa tertipu pun, pasal benda tu memang tipu dari mula lagi. Taknak rasa tertipu, tak payah la baca kan? haha.

 Eh aku nak cerita pasal sambutan tahun baru la, aku mengambil langkah selamat dengan tidak keluar dari sliding door rumah pun serta memperbanyakkan amalan yang sehat di rumah, dengan mengaji blog orangramai dan mendengar bacaan-bacaan ayat suci alunan Sheikh Mishary Al-Alafasy sambil-sambil membiarkan radio hpa.fm terpasang. Bagus sungguh kan?bagus hape membazir,oh di samping jalan (by the way), malam ini telah terjadinya gerhana bulan, malam Jumaat pula tu, berapa ramai yang mengambil pendekatan yang lebih bijak agaknya eh? Apa-apa pun marilah kita berazam untuk lebih mendalami agama yang kita warisi ini, dalam tak sedar kebanyakan kita masih lagi mualaf walaupun dari lahir-lahir dah ada bin atau binti kat tengah nama kita tu. Cerita banyak tak guna, pasal aku pun samadengan jek.

Salam Tahun Baru.

psst: Tahun je ke yang baru?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails