Salam,
Wohoo..serius cuak, bukan masalah cuak takut terbuka posa akibat terliur air oren twister masa tengahhari ke ape, tapi ini menda mistik, benda yang tidak aku jangka berlaku pada bulan-bulan Ramadhan gini. Kejadian berlaku selepas berbuka dan setelah semuanya sudah selesai mengusap perut. Begini kisahnya adik-adik.
Pada suatu malam pada 1 Ramadhan, di mana ketika itu masing-masing terponteng solat Tarawikh kerana jadual kerja pada minggu itu jatuh pada shift malam, aku telah di minta oleh seorang rakan yang kesakitan tulang belakangnya untuk diurut, sudah 2 malam dia merengek-rengek suruh aku usik dia. Tapi malam-malam sebelum aku buat tak dengar, mana taknya, aku urut tapak kaki dengan bekam boleh la, tapi bila dah masuk bahagian-bahagian lain, mahu jadi tikus aku karang.
Tetapi demi untuk tidak menghampakan permintaan rakan-rakan, ditambah pulak hari-hari aku akan tengok muka dia, makanya aku pun ajak dia pergi surau dengan gadget minyak but-but dan krim but-but keluaran HPA, setelah selesai menegakkan tiang, aku pun memulakan ritual, mula-mula baca ayat-ayat biasa sambil mengurut, gosok-gosok belakang, lepas lama tu aku rasa macam dia pindah-pindah sakitnya, aku usik sana sakit, usik sini sakit, mula tu kat tengah tulang belakang je, sekarang ni kat belikat kiri ada kanan ada, pinggang ada, merasakan ada sesuatu yang tak kena, aku mula mengalunkan ayat-ayat hafazan form 1 sampai form 5, ditambah dengan ayat-ayat syifa' yang aku tahu.
Mula tu ok, pastu nampak macam dia ngantuk gila, aku baca lagi. Sekali badan dia bertukar warna merah la deii, mengeras macam nak jadi 'hulk', padahal org dia sekeping jek, tebal sikit dari playwood je. Bila dah jadi macam tu, aku baca la kuat sikit, dia menggigil la pulak, kali ni dah macam nak mengganas, dia dah mula genggam penumbuk, dia tumbuk lantai surau, yang aku ni pulak dah cuak takut kena tumbuk. Dalam cuak-cuak tu aku tersasul baca ayat al-Falaq, ko tau ape dia buat? dia jeling aku pastu gelak. Perghh..Kurang sopan betul. Pas dah rasa macam dia dah cool sikit dan warna kulit dah tukar jadi asal, aku terus tamatkan sesi, aku tanya dia dulu sebelum lepaskan tangan dari belakang dia, takut gak kot tak ok lagi, bersilat dia kat situ kang aku nak tepis pakai ape, dah la aku nak bangun pun amik masa 2minit, memang jadi lauk je aku masa tu.
Lepas dah rasa semua selamat, aku tanya dia, dia sedar ke masa dia gelakkan aku salah baca tadi? Dia cakap dia tak sedar. Wah, ini bahaya, pastu aku tanya lagi, ape ko rasa tadi? Dia kata dia rasa kuat sangat, dan rasa macam nak tumbuk aku. Hahah..kan betul sangkaan aku, nasib dia boleh kembali ke bentuk asal, tapi dia menggigil-gigil lagi, tangan aku pulak merah, muka aku merah.Meremang-remang rasa macam ada menda dok pegang kepala aku. Nak kena pergi amik ijazah ni. Nampaknya aku dikelilingi orang-orang yang penuh mistik.Jadi Tuan Sheikh, apa pandangan tuan dalam perkara ini?.
Lepas tengah malam sikit tu kawan aku datang balik kat aku, dia bagi testimoni, dia cakap lepas menda tu jadi tadi, dia rasa kaki dia ringan gila, kalau tak sebelum tu jalan seret kaki, rasa kaki tu berat lepas bangun tidur dari 2 hari lepas. Mimpi kena terkam la, kena tindih la. Mungkin pasal dah nak masuk Ramadhan kot. Tapi entah la. Tak sampai lagi ilmu tu. Hehe. Sampai sini jelah, dah nak Subuh dah ni, kejap lagi kang nak keja pulak, mana port nak landing gak eh kejap lagi, bulan-bulan posa gini kerja siang tu rasa ngantuk dia tak boleh nak dibendung kadang-kadang. Sampaikan penyelesaian dia tinggal 1 macam je, iaitu TIDO. Jadi selamat menjalani ibadah puasa dengan selamatlah semua-semua ya?. Mintak maaf sangat-sangat pada Tuan Sheikh pasal terpaksa menundakan pertemuan akibat tuntutan kerja. Nanti aku amik cuti ye Sheikh.
Salam Ramadhan Kareem