Kempen Semasa

Kempen Semasa

14 September 2010

Syawal 1431H

Salam,

  Tahun ni aku bertakbir malam raya kat dalam restroom workshop tempat keja aku je, depan tv to be more specific. Setahun aku bercuti, jadi nak mintak cuti raya dah macam segan-segan la plak ouk?. Padahal memang tiap-tiap tahun pun aku tak pernah apply cuti raya, sama la ngan si jagung tu, raya tahun lepas aku kurang pasti plak dia tu bercuti ke tak, pasal aku cuti, sekali ngan cuti sakit.

  Tahun lepas aku dapat beraya satu umah je dalam bulan raya tu, tahun ni aku rasa rekod meningkat sikit la kot, pasal dah mampu nak bergerak lincah, selincah majid. Siapa majid, usah di tanya, aku tak kenal. Pagi raya aritu aku sempat solat sunat aidilfitri kat PD, balik keja pukul 7 pg tu terus aku berembat balik PD, lepas solat, sesi mintak ampun cum sesi kena paw, (ke korang mintak ampun dulu baru pegi masjid?) aku acara ni setahun sekali jek, wahah, dan tahun ini jugak 1st aku cium pipi orangtua aku, apahal keras ati sangat dulu pun aku tak tau la.

  Pastu tido kejap, petang lari p keja balik, macam biasa, majlis makan-makan juadah raya pasti ada, masing-masing bawak juadah terboik dari umah masing-masing. Bagi yang kedek, masa nilah nak melantak macam orang puasa tak buka2, segala jenis lemang dari seluruh pelusuk negeri sampai, segala jenis rendang binatang terhidang, berjenis-jenis air direka demi melengkapkan acara, mau tak gembira. ye dak? Tengah malam sikit, macam tahun-tahun sebelum, kompeni akan merasuah pekerja-pekerja yang tak boleh/reti cuti raya dgn juadah yang hanya dijumpai pada hari raya yang dah dipacking cantik2 buh dalam kotak kek. Rasa dia jangan tanya.

 Hari Sabtu plak, untuk pertama kalinya aku kembali beraksi di atas motor untuk perjalanan jauh, aku sebat pinjam motor kawasaki ninja 250 kawan umah aku yang dipajakkan pada sesiapa yang tinggal kat umah raya tu. Boleh tahan jugak perginya, sekali dengan nak menguji tahap keberanian lagi la ni, nampaknya masih berada di tahap yang memberansangkan, takde rasa trauma ke fobia ke apelagi kejadah namanya tu, yang takut2 kalau lepas eksiden tu..hahah. Terbaik.

 Hari-hari kerja macam biasa, tapi memang macam biasalah, masuk je keja memang masa luang takde sangat dah, cuti kadang-kadang masa pertukaran shift siang ke malam tu je, kalau nak cuti lebih-lebih memang nak kena amik cuti la. Nasib la aku dah puas bercuti. Setahun der. haha. Di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari raya yg betul-betul senonoh pada setiap orang yang membaca blog comot aku ni. Kullu sanah wa antum bil khair.

" Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin buat Semua, Terkasar bahasa, terkurang hajer, Termencarut tak sengaje, terjanji manis, termungkir janji, terkelepet duit, terkelentong selepuk due, harap-harap diampunkan, perangai manusia ni tak bole dijangka, arini baik esok dah jahat, jadi mintak maap skali la untuk yg akan datang ye. Pukal org tgk AF kata. Raya orang kata sebulan, ada open house roger-roger la der"

Salam Keputat.

6 ulasan:

Days berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Days berkata...

oit sape yg takut lepas xcident tu heh.apesal mcm terase? senget tol.

sz berkata...

selamat hari raya.

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

wahahaha...ntah..org main sebat tulis jek...

sz..selamat hari raya jugak..ni online dari mana ni? atas bas?

Cik Tudung Merah berkata...

balik tak weekend ni? boleh mentekedarah satey mcm tahun lepas lagi..

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

mesti balik..kali ni aku bawak tentera penyapu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails