Lagi kisah sedih, berita terkini yang aku dapat dari Tuan Sheikh Pusat Pembangunan Jiwa Pokok Cili dan Kawalan Racun Serangga (KS) dalam perbualan talipon semalam, menyatakan yang KS musnah dilanda ribut. Hampir 2/3 dari pokok cili yang sedang lebat berbuah menunggu hari untuk tukar kaler menjadi merah dan sedia untuk dipetik terbarai akibat ditibai ribut dan hujan lebat serta banjir kilat. Manakala fasa yang baru disemai sebanyak 9 barisan, kini tinggal cuma 1 baris, satu baris ada hampir seratus beg anak pokok cili. MaashaAllah.
Dengan nada cool Tuan Sheikh mengatakan ada pokok cili hanyut sampai ke kolam, dengar je kolam aku terus nganga. Bayangkan, dari tapak pokok cili tu ke kolam ada dekat 50meter plus minus, dan saiz pokok cili ada la dekat-dekat saiz budak baru nak belajar berposa dan sedang lebat berbuah, yang mana rekod menyatakan dek kerana kelebatan buah-buah cili tersebut, pokok boleh patah. Humang ai, ini kalau orang-orang biasa kena dugaan macam ni, mahu bukak puasa masa azan Zuhur dia punya kecewa.
Hari ini lepas lawatan ke doktor peribadi aku, ingat nak singgah kejap la, nak buat aftermath. Dijangka kerugian dia mungkin bernilai sebuah Proton Satria NEO Campro CPS. Dijangka. Tapi dari penceritaan yang didengari memang sangat dasyat, kes anak pokok hanyut pertama kali dulu dikira macam anak-anak je. Yang masa anak-anak dulu tu pun dah boleh buat main 'kuda longkang' dia punya deras, kalau kali ni punya deras, aku rasa Perodua sesumpah aku pun bole beralih rasanya. Walaubagaimanapun aku ingin mengucapkan takziah pada semua warga kerja KS, semoga anda lebih tabah menghadapi hari-hari seterusnya. Kepada Ketua atau sesiapa yang berkenaan Jabatan Pertanian tempatan anda dijemput untuk memberikan peruntukan yang sepatutnya dengan kadar segera. Terima kasih
Bayangkan bila cili dah besar-besar gini, pastu tunggu merah je, ada pokok tu buah cili dia lebar rim stended kancil.
tsk tsk tsk.. Innalillah
Salam Takziah.
1 ulasan:
mmg hujan lebat la smlm.sgt lebat.
Catat Ulasan