Kempen Semasa

Kempen Semasa

26 Ogos 2010

Ramadhan Punya Cerita

Salam,

  Waktu kerja original untuk shift malam adalah pada jam 1930, 'log in' dalam 1900++, pekerja cemerlang, kena datang awal balik lambat. Nak 'log in' ni kena masuk opis tekan nombor kat keyboard, 'log in' 'log out' ni takde kena mengena ngan logaritma yang buat aku kantoi paper math dulu. 'Log in' ni kira macam punch card, tapi e-punch card, zaman sekarang, semua nak 'e', (kalau solat bole 'e', aku rasa ramai yang sign up jadi ahli, dem.) satu cara nak jimat kertas, ink dan mesin punch yang selalu jahanam disumbat kepingan-kepingan logam dengan harapan bila mesin punch jahanam kita tak payah datang awal lagi dah. Tapi pemikiran-pemikiran tahap buruh binaan pemalas ni sayur-sayur je pihak pengurusan counter, kalau tidak, takde la namanya eksekutip semua-semua kat atas tu. Tapi kena ingat, nak jadi pemalas kena bijak, kalau tidak, manjang kena maki. Kena maki hari-hari pun silap-silap boleh mati.

  Motif aku bercerita pasal 'log in' ni adalah kerana kelemahan ketara sistem bangang ni, oleh kerana dia 'e' jadi semua org seboleh-boleh tak nak lewat, masa aku eksiden dulu pun, dalam kepala otak aku masa kejadian adalah nak kejar 'log in', nak di jadikan alasan kenapa aku laju, itu je. Iman nak kena jaga, qada' dan qadar telah pun ditetapkan, kenapa dan bagaimana, semua tu hanya penyedap ayat nak buat report kat manusia sekeliling. Oleh kerana sistem ni ada kelemahan, iaitu sesiapa sahaja boleh tolong ketukkan no. kod kawan-kawan, makanya sistem ini akan di mansuhkan, setelah pemasangan kamera litar tertutup yang lensanya dah tertutup akibat aktiviti pengecatan yang dilakukan dalam premis kerja itu tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna, kejadah hape lagi nak guna menatang tu, sampai ada manusia dok buat vandalisma pergi tekan pemadam api depan kamera pun tak bole nak cam muka lagi. Jadi oleh kerana sebab itu, mungkin, pihak atasan telah mengeluarkan idea lebih kurang beras keluaran Bernas dengan mencipta pas pekerja berelektronik, dengan harapan, tiada siapa lagi boleh ketuk mengetuk untuk kawan lagi di masa hadapan. Pasal data akan direkod sebaik sahaja anda meng'swipe' pas kat pintu masuk, ala-ala touch 'n' go. Harap-harap ada versi smart tag, malas betul nak beratur.

  Ingat, nak jadi malas kena bijak, jadi kalau taknak paksa otak tu untuk jadi bijak, buat la macam orang normal yang lain, kadang-kadang malas tu ok la, tapi kalau dah hari-hari malas tapi nak ot dari rumah, aku pun marah, bukan kompeni je marah. Sebenarnya aku nak cerita aku pun terlibat dalam acara passing-passing  no.kod ni, pasal bulan-bulan Ramadhan gini ni buka puasa kat masjid di tempat kerja adalah kaedah yang terbaik untuk berjimat sebelum raya, takde keja nak masuk pergi log in, pastu keluar balik nak pergi masjid untuk berbuka, tenaga hujung-hujung waktu tu elok digunakan untuk beratur amik juadah. Kot dekat macam pergi jamban dalam rumah boleh la nak diusahakan. Tapi takpe kot, pasal masjid masih dalam premis lagi, bukan kat masjid Shah Alam sana.

Contoh orang buat-buat bijak dan buat-buat rajin.

10 ulasan:

Days berkata...

kesimpulan dari cerita nih.kamu malas.ok.paham.hehehehehe

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

malas sikit2 takpe..lagipun ada alasan..kaki sakit okeh..

Seimura berkata...

Ekekeke. Semoga terus tabah dalam menjalani ibadah puasa di tempat kerja. hik hik.

. berkata...

seronok nampak?

lu ingat gua lagi tak?


ke lu dah lupa sapa gua???

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

gua ingat...lu la manusia yg kena banned ngan cik pingu..wahaha...lu ape cer pelatt..posa tak?

. berkata...

gua mencari siapa jupiter sekarang nie


puasa.

gua islam

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

Bagus..

jupiter apsal? spek mata oakley jupiter ke ape?

sab berkata...

Baru nk komen. Terbaca plk Nama ai kat komen2. Sudah betul jd femes neh. Hahaha.

Hai incik wonderfatt. Akhirnya iPhone sudah habis bateri Dan boleh d touch dgn baik. Boleh le on9. Hihi.

Kebun cili d entri bwh sgt kesian. Tuan sheikh xnk pekerja sambilan ke utk bersihkan kebun cili? Hihi.

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

kalau dia mahu, anda nak ke dtg tggal kat kondominium kami yg diadaptasi rekaannya dari kandang kambing? bekerja 20jam sehari, rehat buka posa 15min sekali ngan solat, upah berupa buah cili terpilih..

sab berkata...

errr.. xpelah.. cuti dah nak habes.. hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails