Kempen Semasa

Kempen Semasa

30 Julai 2009

Hari Untukku

Salam..semalam baru je selesai menaip entry yg tak memasal2 tu..aku telah dikejutkan dgn satu lagi kejadian yg agak merosakkan masa depan aku...huhuh..gilo ah..ko bayangkanla..aku dah la tgh patah kaki..ada besi dalam tu..tgh patah tau?!..bukan tepi ke hujung2 ke...dah la tgh..3tempat plak tu..lutut dah berkecai,tggal dawai je yg menyambung membentuk tempurung tu..kot bole nak pakai tempurung kelapa aku rasa jimat sikit kot kos..muahaha..kepala lutut ko!!..ko igt lawak..sakit dol..pastu peha aku plak patah 2,skang ni pakai besi je sambung hujung2 tulang tu,pastu lagi tulang punggung aku pun patah gak..tp dah masukkan balik la tulang pinggul tu dalam socket tu..dah macam barang letrik plak pakai2 socket..tp tu la,kat area punggung ni dia tggu tulang tumbuh sendiri..so keadaan macam longgar la kat area tu..pasal tulang baru masih dalam proses pertumbuhan..apsal aku citer menda ni suma??..aku cerita menda ni semua pasal aku nak bitau kat korg la yg kepatahan kaki aku ni masih lagi baru dan bole dikatakan macam bby baru lahir la..pastu ape kena mengena ngan citer aku ni?
Hah..ni dia ape kena mengenanya..aku sudah tergolek la wei malam tadi kat dalam bilik air bilik aku ni..dan menda tu sgt tak best..semalam lepas aku abis menaip entry tu aku pun p la bilik air nak membuang yg keruh selepas mengambil yg jernih..selalunya aku membuang kat dalam bekas yg ada kat tepi katil aku ni jek..tp masa tu bekas tu dah penuh,jd aku nak p bilik air sendiri la plak..malas nak panggil nurse suh buangkan kumbahan aku tu semata-mata..lagipun mendaalah tu dah lembik..bayangkan la material diperbuat dari bekas telur yg jenis kotak 30biji tu..tahan lama mana sangat la menda alah tu kan?mmg satu perniagaan yg baik..setiap kali mintak yg baru,dia akan cas lagi..uuu..kopak aku..ok stop pasal mendaalah tu..aku pun p la masuk bilik air tu..keadaan lantai bilik air masa tu basah dan agak berlecak..sape la pya keja agak eh..malas nak byk bunyik..pasal aku duduk pun berdua je dalam bilik wad ni,pastu aku pun terhencot-hencot la dgn tongkat hikmat aku kat dalam tu utk memparking dan mengsetting tujahan aku nanti..tp..dalam masa aku nak ngejas2 tu,hujung muncung tongkat aku telah landing dalam satu lopak ni..selalunya dia mcm getah pellocok..mmg takde hal air2 ni..tp ntah macamana..dia bole tergelinciaq plak..perghhh..ape lagi..ballet la aku dalam tu seseko..dalam dok eh eh eh aku tu,aku telah terpijak menggunakan kaki aku yg tgh patah tu..dan akibatnya..kaki aku telah terbengkok dan aku telah terdengar bunyi sentapan yg agak kuat..'tap tap tap trap tap'..dan aku sudah terbaring di atas lantai basah tu..uhhh

Aku terpisat2 sebentar..berpikir sejenak..betul ke aku jatuh ni?jahanam la kaki aku...aku nampak wayar emergency..aku tarik..pastu nurse dtg,dia bole ajak aku bangun gitu jek..hahah..lawak2..dah la dia tgh ngandung...nak sehari tergolek mcm sehati berdansa tu bole la kot,aku pun bgun sendiri..eh..aku terkejut aku bole bangun sendiri..tp pinggul aku sengal tak ingat..peha aku pun rasa macam ketat satu macam..aku dah tak sedap ati dah..aku naik atas wheelchair dan p ke katil..terbantut terus niat aku nak kencing tadi..nurse terus call doktor bitau kejadian aku..pastu doktor tya nurse tu aku bole gerak kaki tak,pastu lutut bole bengkok tak..aku pun buat..semua bole..tp ada penambahan kesakitan sikit la..pastu doktor kata,takpe,letak ais dan esok kita akan x-ray kaki tu..aku pun naik atas katil dan terbaring,nak cuba tido,tp kaki dah rasa lain macam..aku turun balik dari katil dan main wheelchair tu..aku main mendalah tu sampai kat kaunter,nurse2 tgh dok wat keja..aku dok ngarut2 la sat,pastu diorg pun tgk macam takde nak risau pape pun,maka aku pun cuba utk menyedapkan ati aku jgk la..aku pun p la balik bilik utk tido..dan aku bole tido sekejap2 jek..

Pagi2 tadi aku dah bangkit dari katil dah..pukul7 aku dah siap p gosok gigi dah..aku dah ada atas kerusi roda dan dah mula berlegar kat kawasan wad..sungguh tak tenteram aku nunggu doktor sampai..aku lepak berlegau sana-sini dekat sejam..pastu aku nampak kelibat doktor..senyum aku..doktor dtg kat aku..dia buat cek sikit2 pastu dia kata,ok..kita x-ray kejap lagi,nanti kita tgk kot skru besi tu dah tercabut ke ape ke..warkkk..skru tercabut ke ape ke??..argh..kena bedah lagi la lepas ni kalau x-ray tu menunjukkan imej yg kurang menyenangkan..huhuhu...luka jahit aritu pun tak kering lagi..dah nak kena kerat lagi??jahanam sungguh kaki aku lepas ni..ma..tobat,lepas ni org bawak motor slow2 masa kat roundabout,masa kat roundabout je la..hehehe..dan sampai skarang masa aku nak abis menaip blog ni..keputusan xray belum lagi aku tahu..pasal aku dah p x-ray dah selang 2jam lepas doktor tu check aku..takpelah..aku berjanji kat diri aku utk duduk diam2..pasal missy2 pun dah suh panggil diorg je kalau nak kemana-mana..ok ah..aku pya pinggul dah sengal..macam ada kayu la plakk..doakan aku ye kawan2..salam

28 Julai 2009

Takde Pasal Cari Pasal ii

Huhu..lepas balik dari misi semalam tu..aku meneruskan kembali kehidupan aku sebgai seorg pekerja..aku bangun pagi dan pegi keja macam biasa..sampai tempat keja macam biasa la..kena bahan la pasal join ride p naik kuala klawang tu..hahaha..aku tak tau apasal budak2 ni mcm tak berapa setuju ngan Azam ni..azam ni shift sebelah,and dia ni bole dikatakan incharge kitorg la,bila dah incharge tu maknanya bkn sebaya la kan,dan ya..azam bukan baya2 kitorg,tp baya2 abg sedara korg..tu yg budak2 sebaya aku dan kebawah mcm tak berapa nak mngikut program2 yg dia anjurkan..tak payah anjurkan la..dia ajak join program anjuran org lain pun budak2 ni mesti buat tak tau gak..haha..ok dah..cukup sesi membahan aku tiba masa aku mempoyo plak..
Tgh berpoyo-poyo bercerita pasal semalam dan kehebatan aku mengambil selekoh bulatan lcct ngan bulatan air asia academy,dan segala jenis cerita yg berkisar tentang motor,kelajuan dan selekoh,tiba2 je ada sorg mamat sengal lg bingai mengselatankan soalan plg aku menyampah nak jawap,soalan dia berbunyi begini.."bila last ko eksiden?"..perghhh..kalau ko dah lama idup mmg ko akan rasa la ini bukan soalan yg sgt sesuai utk disoalkan dan dijawap..pasal mcmana ko kalis nak jawap pun..ko pasti akan ter'riak' atau ter'takabur'..dan aku pun dah rasa tak sedap ati..aku pun jawap la ngan selamba.."hmm..ada la dekat 10thn.."..pastu aku rasa macam tak best jek.aku betulkan balik jawapan..eh..ada..4thn lepas masa apprentice kat subang...tp...apakan daya..aku telah pun terlepas kata sebelum tu...dan akibatnya..aku rasa tak sedap ati utk hari tu..tup2..aku di panggil kena wat keja..ada kapal nak kena buat skin repair..aku p,aku p ngan penuh keterpaksaan bersama2 jagung..
Dgn jagung pun macam takde semangat nak keja,n aku pun mmg malas nak buat keja..aku berkira2 nak mc..aku cakap kat jagung.."aku igt nak mc la esok..eh..lusa la..lusa ari rabu,bole p tgk wayang..haha"..dan perkiraan itu dibiar begitu sahaja..kitorg pun sambung buat keja ape yg termampu sampai la tiba masa utk pulang..sampai kat rumah,lepas semua rutin dilakukan,aku menggodek moto aku..tgk ada lagi satu i-mini yg mawi pakai tersadai kat tepi kotak peralatan membaiki moto budak2 ni..aku amik,aku pasang kat moto aku..kira aku dah ada 2 la menda i-mini ni..'i-mini' ni kira macam alat pengstabil voltan kenderaan,tp ini utk moto..tambah pick-up ngan respons ignition motosikal power aku tu..lepas2 pasang tu aku terus p try..aku dah terasa pickup dia lain macam...mmg rasa mencanak la..pastu sampai simpang nak kuar taman aku jumpa mawi..mawin ni budak umah aku..dia kuar p minum ngan adik dia tadi,dah terjumpa tu aku ajak la dia p makan..pastu aku terus cadang kat dia kita p makan kat pizza hut..dia pun set jek..aku pun ape lagi..yg peliknya..aku terus nak perah laju je moto aku tu..mmg laju aku bawak..sampai simpang benti,lampu hijau je perah balik laju2..sampai ada mamat india 2 ekor ni naik 125z tak bole ikut aku ngan mawi la..huhu..poyo2..sampai je pizza hut kitorg order mediterinian ke hape kejadah ntah..tp byk la aku order side dish..mmg rasa pelik la..makan berdua je ni ngan mawi ni..tp aku mmg gitu..suka belanja org..dah sudah makan kitorg pun nak berangkat pulang..maka berangkat la pulanggg..huhu..balik buat diam tak citer kat budak lain yg kitorg p makan pizza.
So esok pagi tu kitorg pun bangun mcm biasa...dan aku pun macam sedikit lewat dari biasa..n aku pun hidupkan moto sambil2 bersiap,kira panaskan enjin la tu..dah siap semua aku pun memulakan perjalanan ke tempat kerja aku..haha..mcm biasa la aku..kalau dah agak lewat dari biasa aku akan besit satu macam..aku besit dari kuar umah lagi..tp baru nak kuar simpang aku nampak sorg missy ni..missy ni tggal belakang umah aku..aku selalu la gak nak tumpangkan p klinik depan tmpt dia keja tu..tp selalunya dia berdua..so kalau aku tumpangkan dia..kawan dia lagi sorg tu pedih mata la..so masa ari aku nak p keja tu aku dalam keadaan paling puncak utk mendapatkan peluang menjadikan dia pembonceng..muahaha...dan aku berjaya..aku benti tepi dia lepas aku tgk dia macam dah kelam kabut kejar bot..aku pun tya dia.."nak tumpang tak?nampak macam lewat jek?"..dia pun bole lak jawap.."emm..boleh jugak..saya pun terlewat plak arini"..aku senyum jek..pasal mmg dah lama aku usha minah ni..wakakaka...lepas aku turunkan dia kat ngan klinik dia aku pun cakap jumpa lagi..tp rupanya..itu la kali pertama dan buat masa ni kali terakhir aku tumpangkan dia...
Pasal ape aku cakap macam tu??..pasal ape..pasal lepas aku hantar dia tu aku meneruskan perjalanan ke tempat keja dgn kelajuan yg agak tggi dari ari biasa..dan sampai pada selekoh kegemaran aku,aku sauk rapat terus,ada 3 selekoh maut masa nak ke tempat keja aku,satu masa turun dari bukit F1 nak ke lcct,pastu roundabout nak ke lcct,dan satu lagi roundabout nak ke tmpat keja aku..roundabout tangki minyak..dan nak dijadikan cerita,aku dapat layan satu selekoh jek..selekoh F1 tu jek..pasal ape??!..pasal kat roundabout lcct telah berlaku sesuatu kejadian yg tak best..masa aku nak sampai kat roundabout tu aku nampak satu group moto jalan..so aku pintas la diorg supaya aku masuk dulu roundabout tu sebelum diorg..aku berjaya..tp masa nak masuk roundabout tu,sudah ada satu moto berada di dalam kawasan roundabout..jadi aku terpaksa la masuk dalam sikit utk mengelak dari bertembung ngan mamat tu..pasal dia bawak perlahan..jadi dia bawak dalam garisan lurus..maklumla takde keta..sedap la kan nak buat garisan lurus kat roundabout tu..tp ape kes aku p citer pasal dia?
Ape kes la ape kes..oleh sebab aku dah masuk terlalu dalam..sudut capahan penyelekohan aku sudah menjadi besar..dan aku terpaksa turun lebih utk mengecilkan sudut itu..dan ari itu adalah ari terlaju aku memasuki kawasan selekoh itu..bukan nak poyo,tp nak bg ingatan...jgn buat gila..pasal ape?..pasal aku tergolek laaa..tayar belakang aku dah takde tempat nak cengkam lagi dah..jadi aku dah terseret..dah la terseret,ada devider plak tu..aku sudah langgar itu devider la masa tgh terseret itu..dan yg bestnya,dada aku dah hentak itu devider..dah 1 kali sakit,pastu lutut aku plak bedal devider tu,dah 2kali sakit,kesan dari bedalan itu,peha dan pinggul aku patah..wahhhh..seronokk..yaaa..seronokk..aku dah berhenti dari terseret..dan aku cuba untuk angkat kaki aku..ampasss..terkulai terus..langsung la aku terbaring kat situ menantikan bantuan..hahaha..tau plak ko kan tggu bantuan..tp tak lama aku tersadai kat tepi jalan tu..ramai terus org berhenti buat rawatan kecemasan..yg buat2 cemas pun bole tahan gak..hahah..abis dah time nak masuk keja,mmg sedang elok la ramai,kena plak ada yg dah lewat,mmg cantik sgt la tu,bole la masuk lewat terus dgn menjadikan aku sbg batu loncatan..haha..loncat la korg..aku belum habis cakap lg ko sudah terloncat2..macam monyet..
Dan utk pengetahuan korang...masa aku menulis entry2 yg ada ni..aku sebenarnya sudah 9hari berada di wad cempaka bilik 412 KPJ Seremban..peha aku dah ada besi,lutut aku dah ada dawai,dan pinggul mengalami kepatahan teruk..hahah..dan sekarang ni,aku sedang berusaha la untuk membaikpulih kembali keadaan diri aku ini..aku makan ubat aku buat physio dan aku dgr nasihat org tua..dan tak lupa juga..aku sedang terbayang duit insuran yg bakal aku dapat..hoho..siap la agen2 insuran akuuu...wakakak..letihh..duit mc aku aje dah berapa..mc aku buat masa skrg ni yg confirm 6bulan..hoho..lepas 6bulan tu mesti ada rawatan susulan ape suma kan?huuu..sambung lagi..wakaka..socso lagi..aku dah terbayang superbike,kawin,umah,keta cash dah masa aku tergolek aritu,hahah..rosak kepala otak aku ni..muahaha..ok ah..nak masuk tido plak..esok nak kena mandi..mandi pun dah macam payah je skang ni..luka dah mula mengeluarkan air..dan tidak menunjukkan kesan utk kering dalam masa terdekat ni..huhu..tido tertindih luka..bila la nak kering luka tu..ok kawan2..selamat membaca la ye?aku tau..byk sgt..tp ape bole buat..dah aku suka cari pasal..hahaha..salam..tp beringat la kawan2..pastikan ada sesuatu utk dibanggakan disebalik kecelakaan yg menimpa anda..percaya pada qada dan qadar dan positif dgn ape sahaja yg melanda diri anda..pastinya ada hikmah disebalik segala kejadian..hikhik..vroommm

Takde Pasal Cari Pasal

Salam..lama tak post..sebenarnya dah nak post dah ari ahad lepas..tp masa tu tak sempat..ape ada masa ahad lepas?ahad lepas aku dah join satu geng motor ni p layan2 korner kat bt.14 cheras menghala ke kuala kelawang..mmg best ah layan lap sepanjang jalan..berbulu tayar aku...tp mmg thrill..sape tak pernah try n rasa mcm dah hebat..p la try tgk..korg tau la korg hebat ke tak masa tu..muahaha..mmg tercabar minda ko..aku nyaris2 nak tersungkur la pasal guna brek depan semata..pasal nak pakai brek belakang aku dah kepak aku pya pedal ke atas..so kaki aku betul2 hujung tapak kasut je pijak kat stand tu..cukup..itu satu hal..kira aku nak citer ni aktiviti aku dihujung mggu la konon..padahal baru sekali tu je aku join group tu..pasal kepala menda2 mcm gini satu tempat keja ngan aku..mmg dia hidup la kalau ada aktiviti permotoron gini..yg mana melibatkan ramai org dalam satu2 masa..aku plak join pasal dia ajak aku..selama ni dia ajak budak2 lain takde sape yg nak ikut..so aku pun melayan la kiranya..ko kan tau aku ni macamana..bukan jenis yg mengecewakan..wakakakak..ampunkan kami penunggu guaa..
Aku p ngan berahim kecik..aku racun si kecik ni follow sama..abis moto baru takkan la nak peram jek..pagi2 majid lagi aku ada kat depan umah dia dah..pastu aku gerak ngan dia p hentian nilai lepas isi minyak kat shell nilai..aku isi rm15..full tank la kiranya..sampai kat hentian nilai..tggu azam ngan kawan diorg plak..oleh kerana kitorg 1st time..so gear kitorg tak de la lengkap mana..mmg tak lengkap langsung..pakai glove jek..haha..pastu yg azam ngan member dia sampai tu siap pakai jacket bagai..knee padding maut jgk la..mmg nampak mengujakan la..tp syg,kitorg tak tau ape menda yg diperlukan,so masing2 bawak beg atas belakang je la..hahah..kira sbgai pengadang tulang belakang la tu kalau eksideng..muahaha..
Dari hentian nilai tu kitorg gerak berempat plak..sampai la ke cheras bt.14..lepak kat kedai makan bawah tu sampai la geng2 yg lain sampai..lagi sekali aku ngn kecik antara yg terawal..lepak dalam sejam gitu..kitorg pun siap2 nak berangkat naik ke kawasan melayan selekoh..uh..mawutt..masa nak naik tu ada la dekat 30bijik moto..campur2..tp suma bawah 200cc la..masa dok berkumpul setting2 kamera tu..berdezzup geng2 superbike naik..bapak laju woii..kurang asam..biarkan..enggang sama enggang..hahah..dah siap semua tu,kitorg pun start kitorg pya misi takde pasal cari pasal ni..pergh..mmg layan bg siapa yg suka korner cecah lutut..mmg harap kat tayar la korg oi..skill masa tu jatuh no.2,makin mahal tayar anda,makin rendah dan laju kemasukkan anda kedalam sesebuah selekoh..citer aku ni mcm aku dah pakar gile dak?padahal itu la pertama kali aku join menda gini..mmg semata2 utk melayan selekoh..aku rasa sehat sikit kot dari berlumba kat tgh jalan sana..ok cukup nasihat dari org yg tak berapa patut utk memberi nasihat,haha..
Permulaan pencarian pasal kitorg tak berapa best..baru je nak layan maut sikit kitorg terpaksa berhenti,pasal ape..pasal sudah ada sorg rider yg bukan dari group kitorg sudah tersadai kat dalam longkang selama sejam dan ditindih motonya sendiri..huu..ngeri..dia takde pape sangat..tp dia tak bole bergerak,tak tau la pasal slip disc ke ape ke..tp yg pasti..sebelum kitorg sampai mmg takde sape nampak mamat tu ada dalam longkang tu..ko bygkan la dah sejam dia kata dia dok dalam longkang tu..pergh,kalau meninggal?tggu busuk la baru org jumpa..huu..tp kejadian itu tidak menimbulkan sebarang kerisauan kepada ati2 pencari pasal ni..pencarian pasal diteruskan..dan tak lama selepas beberapa lenggok..haha..bukan nak gelak..tp ntah..igt tak yg aku kater superbike berdezup potong kitorg tu?haa..2 dari sekumpulan sbk tu telah kecundang..yg satu tu teruk gila la...totalled kott..ktm 750..hancur depan pasal terlanggar kalbod tahik tepi jalan tu..pastu member lg sorg tu plak ikut rapat sgt,so sudah terbrek depan dan sudah tidak dpt utk mengelak..dan pengakhirannya,beliau turut sama terbaring..haha..tp dia terbaring tak lama..pasal dia pakai full suit..tak macam brader ktm 750 tu..pakai tshirt ngan jeans jek..pastu dgn kalung gunung berapi tu..haha..ternyata menda itu tidak mengebalkan keadaan anda ye..brader tu patah kaki kot..pasal tak bole bergerak dah..aku tggalkan air yg aku bawak bg kat brader tu..pastu kitorg jalan lagi..tp slow2 je la..jenis2 syok2 sendiri je la..pasal otai group yg aku join ni bitau aku..ride kali ni antara paling slow dan lama..pasal byk sgt eksiden..tp tidak bg aku..aku tetap rasa mcm laju tak ble blah jek..menuntut pengorbanan nyawa jgk la nak follow moto2 besar dpan aku tu..hahaha..besar tak besar la..sama je cc,tp diorg 2stroke..aku 4stroke..nasib tak berkecai kotak gear aku main drop2 gear..huhuhu...
Okkey..dah setel semua menda ni kitorg pun berkumpul balik minum kat kedai bawah masa kitaorg mula2 nak naik tu..lepak buat rumusan sikit pasal ride tu,pastu tgk video yg dirakam semasa pemanduan..yg pasti..paling byk sekali aksi aku..pasal aku selalu lepak belakang motor2 yg ada video cam ni..hahah..tp aku buat diam jek..pasal aku pun baru je kenal diorg aritu,takde la nak meriah2 sgt..hikhik..dah sudah tu,kitorg berangkat balik Nilai..n otw kat hiway tu..eksiden mcm pesta..pasal hujan..stok eksiden kurang2 10bijik keta..n bukan setempat jek..selang 500meter kang ada lagi satu kelompok yg buat aksi begitu..tp lantak la kat diorg..pasal diorg kat sebelah lorong sana..aku nak prihatin sgt pun macam tak appropriate plak..haha..speaking aku haa..wakaka..kira macam tak bertempat la maksud dia..ni pun aku tya org..haha..ok..dah ujan tu..aku pun besit la laju sikit pasal nak cepat sampai umah..dah sampai umah..ape lagi,jemur baju suar kasut ape suma la..dah lencun beb..budak seko pun takde kat umah..aku pun tido..esok ada citer baru..hahah..

15 Julai 2009

~Rahsia Solat Awal Waktu~

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak Gaduk?
Sebagai contoh:-

Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di ' kurniakan ' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

(tak tau petik kat pokok mana,tp aku jumpa dalam email aku)

11 Julai 2009

ijtimak

Salam ukhwah..haha..pasal baru balik dari join usrah tadi..dan2 tu jek ukhwah bagai..tp tu la..nak bitau korg ni..kat tmpat aku ni telah diadakan Ijtimak 2009..besar tak hengat la weii..satu dunia turun kott..aku pun tak lepas masuk dalam ijtimak tu lagi..baru main2 kat masjid jek..tgk la kalau ada kelapangan nanti aku p mayau2 kat dalam ijtimak tu..amik2 gambar sekeping-dua...tp mmg ramai la weh..sampai kena parking kat f1 circuit sana..bygkan berapa ramai tu..huu..tak tercapai dek akalku..dia pya kawasan ijtimak tu pya besar plak.hah..ni aku tak tau nak anggarkan berapa..org kata bole muatkan 200k org..k ok..bukan 200 org..sendiri mau ingat..aku pun baru je la nak join2 masjid ni..bukan pasal aku nak makan free ok,hahaah..kalau tak,kat umah je kott..itu pun dah ujung2 waktu..kira azam aku utk kali ni utk berubah terus la..doakan la aku ye..malas dah aku dok tak terurus masa aku ha..pikir2 balik..apekejadah aku idup pun tak tau la,bukan utk mencari keredhaanNya ke?..kejar2 harta,kumpul2 harta,utk sapa pun..bukan bole jamin pape pun..tp takpe..kita berdoalah sama2 k,semoga kita semua tergolong dalam golongan yg menegakkan kebenaran..Aminnn..

04 Julai 2009

Dariku Untukmu

Yoo poyo..haha..kali ni aku nak bg korg sumthing..mana yg dah lama mengenali aku maupun yg baru je kenal aku ni..silalah rajin2kan jari tu seret cursor mouse tu kat gambar bunga ros cemas tu..pastu lembutkan la jari tu klik menatang tu ye..walaupun aku kutip dari inbox msg aku,tp aku rasa aku perlu bg kat korg..specially utk ma bestest buddies aka,isya,meme,mawi,cika,cla,teja,dila,aja,ala, sarah,jagung dan sesiapa yg rasa aku best..wakakak..yg lain tu best jugak..cuma tak cukup memori nak ingat suma...wakakak..dah..sebelum aku merapu lebih jauh lagi,ada baiknya korg klik saje mendalah tu..cepattttt..hahaha




Blue Rose

~Sesi Penjelajahan Dunia~

Salam semua..entry kali ni mcm tak aci sikit,pasal aku nak citer pasal menda tahun lepas..alah..bolekan aje dak?still citer pasal aku kan?haha..kali ni aku nak citer pasal sesi penjelajahan aku ke negara2 org..aku memulakan program tanpa tajaan ini dari tahun lepas lagi..jadi negara pertama aku cuba jelajah adalah tanah seberang iaitu Indon..diikuti dengan negara pengeluar jenama2 terkenal,sehinggakan barangan yg dikeluarkan dari negara ini dikatakan 'under licence'..ciss..celah manaa..hahah..xde maknanyee..selepas itu diikuti dgn negara jiran,haa,yg ni terus terang negara pengeluar jenama tiruan..cakap je ape menda korg nak dia tiru..bulat2 kott dia tiru..haha..itu la Thailand..hah lupa..negara sebelum Thailand tu,Vietnam sebenarnya..lupa nak bitau..


Setelah mcm boring main kat negara2 yg bersepah rakyatnya di negara Malaysia tercinta kita ni,aku menukar selera untuk bermain di sekitar benua Eropah,tempat pertama aku jejak adalah ibu kota London,eh..kota london ada ibu ke?bila plak dia diberanakkan?..hehe..tak2..saje je merepek..aku lepak kat london dekat semggu jgk la..eh..semggu la..ape plak dekat semggu..so mmg aku org miskin la kat sini..jgn byk tya..berapa aku bawak..mmg tak lepas nak idup sehari pun kalau nak diikutkan..haha..selepas dari london tu aku stop kejap..dalam setahun gak la aku stop merayau p negeri org,pasal bz sikit kot..ataupun utk lebih jujur sikit,cuti aku dah abis tiket free aku dah guna..haha..masa ni tahun 2008

So dah masuk tahun baru ni,2009,aku menekadkan diri utk berjalan lagi,kali ni aku ke Dublin Ireland,tp aku melalui Paris,Perancis dan dari situ aku ke Dublin,aku lepak sini dekat semggu jgk..ari Ahad aku sampai,ari Jumaat aku blah,dan untuk pengetahuan,kat sini lebih mahal berbanding London,aku tak tau apsal tp yg pasti aku rasa aku memilih utk stay kat london kalau di beri pilihan..mungkin pasal masa tu matawang pound jatuh kot,dan bila main convert2 rasa berbaloi lagi dari menggunakan matawang euro,siyes,mana yg pakai euro mmg mahal..haha..aku pergi Dublin atas jemputan kawan2 senget 'tertanda' aku..nanti aku citer lebih lanjut utk slot yg ini..dan balik dari Dublin aku ikut London,so itu masuk kali ke-2 la aku jejak kaki kat london,tp pasal masa tak berapa nak ada bekal,jadi aku berlegar2 sekitar airport heatrow je la..kopang gila kat situ,wifi pun takde..kalau ko tya information counter pun mmg diorg kata takde la..tp kalau ko rajin search jumpa la..tp nak connect tu mmg tak dapat la..kede gila..paris pun sama..siap nak kena bayar..15minit €2,bangga betul aku ngan KLIA kita ni,wifi free..haha

Ok cukup dulu sinopsis citer aku tu..nanti aku senang aku buat bab2 dia..arini tak dapat lagi pasal aku tak jumpa cari gambau2 terdahulu..lgpun esok nak p kenduri kawin budak umah sewa aku,nak tido masa bila plak kalau aku meneruskan niat aku nak mencapap ni..kan kan kan..jadi tanpa melengahkan lebih byk masa aku biarkan korg ternganga kat sini dulu la eh..selamat malam..eh..dah 3.30pagi..mamposs..hahah..tata..

03 Julai 2009

Background Baru Aku..Cam Haram eh?

Hahahah...perasan tak perubahan blog aku ni?aku dah tukar dia pya background..cari punya cari skali jumpa yg ini je menambat ati aku..haha..sebenarnya ada je yg lain..tp yg ni aku rasa macam mengundang lebih banyak cacian dari pujian,jadi aku yakin pasti memilih yg ni..hahaha..mesti ramai gila benci,terutama si aka budak senget dari dublin sana..dia geli betul kalau aku pilih pink..abis nak wat camne..aku suka gabungan pink hitam..jadi,sebarang makian bole la diunjurkan pada bahagian komen ye kawan²..nanti aku nak semakkan lagi blog aku ni..sesuai ngan tema umah aku..semak lagi samun..hahah


02 Julai 2009

~Aku Seorang Pekerja II~

Salam sejahtera..bertemu kita lagi walaupun dah macam nak muak dok tgk org yg sama je yg berbual..dah blog aku..kot blog meme ke isya ke aka ke..eh..aka mana ada blog..dia aktif kat tagged pun dah cukup bersyukur kot bg kawan² dia..haha..sebenatnya bukan diorg yg aku nak citer,tgk tajuk pun dah tau dah yg bakalan korg baca lepas ni suma pasal aku,bukanlah nak membangga diri,tp itulah hakikatnya,keja kat tempat aku ni mmg 'heaven',jgn tya aku apemenda tu,sila selak kamus,aku pun main sebut jek ikut budak² tua sebut..haha..aku tau la..ape ingat bangang sgt ke aku ni,'heaven' tu adalah sejenis coklat dari dublin yg dibuat khas utk pasaraya ALDI..sedap gila woi..hahah..aku saje bedal 3bar,tak payah full bar pun dah clear..erk..paham ke?abaikan sudeyy..

Dah²,cukup mencarut,aku saje je tadi tu,nak buat satu perenggan..kot pendek sangat mcam sia² plak usaha cikgu² B.M aku ngajar buat karangan masa aku skolah dulu,hikhik..Gini,korang igt tak entry sebelum ni yg aku cakap aku takde keja 2mggu berturut-turut,hah amik kau,lepas je balik dari membawa suku kaum lampi tu berjalan,aku dibebani kembali dgn tugas² urgent,yg mana mmg kepakaran para 'Incharge'²ku menyorongkannya padaku..pasal ape aku kurang pasti,tp yg aku perasan,aku tak pernah menolak ape jenis keja skalipun yg dihulurkan pada aku,waima merepair karat kesan dari air jamban sekali pun,tanpa rasa segan dan silu aku memegang kawasan kejadian dgn selesa,kdg² je pakai sarung tangan,selalunya tgn kosong,uh,jijik la tu?ko tak tahu berapa berkatnya pendapatan hari itu..hahah..dah,bukan citer pasal taik ni..citer pasal keja aku la woi,dan aku bukan pencacai najis ok,saje je citer nak bagi korg mcm loya² org ngandung..bole??


Aku sebenarnya tak kesah pun ada keja ke tak,tp,dari bg kat aku n the gang,baik bg kat vendor indon yg gajinya berganda dari kitorg kot,bukan nak dengki2 ke ape,tp standard ah,gaji ber'k²' kottt diorg tu,ni bkan indon keja kontrak bikin umah cok sawit jaga budak suma tu,ni dah masuk kategori profesional,tp harammm,pro celah mana ntah..aku yg baru 5thn jagung ni plak nak kena mengajar kadang²..wuntung la woiii..sakit jiwa kadang tu melayan cemerkap seketul²,tu pasal aku mengambil pendekatan utk menjadi kejam takde belas..bukan la aku p dera diorg,tp dari segi kewangan,hahahaha..gelak dulu..ok dah,memandangkan bapak ni byk duit,jd kitorg² ni akan selalu ajak bapak ni kuar makan kat satu kedai indon ni,BONDI nama kedai ni,dan dalam sebulan ada la sekali-dua kot kitorg 'pow',acara wajib!!..hahah..pastu lagi,setiap kali bapak² ni balik Bandung,mesti kemain byk ufti diorg bawak balik bg kat kitorg,ngonyelan jgn cakap la,mkn sampai muntah,ole² lain lagi..haha..setel..ok ah..aku pun tak tau nak taip ape sebenarnya,2 hari tu nak sudahkan entry ni..haha..senget.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails