Kempen Semasa

Kempen Semasa

28 Februari 2010

Dalam tidak sedar

Salam,
 Ayat-ayat ini di petik dari blog seorang sahabat aku yang mana sedikit sebanyak boleh membantu diri aku dan diri orang lain umumnya terfikir sejenak dan terdetik di hati dan mula beristighfar. Silalah berkunjung ke blog sahabat aku ini jika cintakan ilmu dan sebagai pendinding dari anasir-anasir jahat diluar sana.

Islam tidak hanya dihina oleh orang yg tidak memahami Islam yakni non Muslim bahkan Islam juga dihina penganutnya sendiri.

Bagaimana perkembangan agama ini disekat dan diperkotak katikkan oleh penganut agama itu sendiri dengan menggunakan saluran dan kaedah yg sangat jahil.

Mungkin ada yg menghina Islam secara tidak sengaja. Terlalu banyak contohnya seperti membuka aurat dikhalayak ramai, bersalaman berlainan jantina, meninggalkn solat dgn sengaja, mengambil serta memberi rasuah dan meminum arak.

setiap dari kita adalah refleks kpd Islam. oleh itu, janganlah kita menjadi golongan yg menjatuhkan Islam.

Islam tidak akan jatuh. dan akhirnya, kebatilan akan tetap tunduk kpd kebenaran.



*****
Kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan, tapi setiap kesilapan yang telah dilakukan hendaklah disertakan dengan niat ingin bertaubat dan tidak akan mengulanginya lagi. Semoga kita semua terlepas dari azab neraka. Nauzubillah

27 Februari 2010

Bagaimana Ayah Begitulah Anaknya

Salam,
Kali ni aku nak cerita pula tentang sebuah lagi buku,bertajuk "Cinta Di rumah Hasan Al Banna". Bagi lelaki-lelaki  yang akan bergelar ayah, mahupun yang sudah bergelar ayah, bahan bacaan ini sedikit sebanyak mendekatkan kita dengan cara Nabi Muhammad SAW junjungan kita dalam mendidik dan bergaul dengan anak-anak kecil. Memang kita dituntut mengikut sunnah nabi, dalam masa yang sama, berapa ramaikah pula yang mampu?. Jangan kata cara Nabi, cara sahabat Nabi pun belum tentu ada yang boleh ikut rentaknya secara total, tapi sekurang-kurangnya, usaha kita ke arah itu yang diambil kira. Bersyukur kita kerana menjadi ummat Nabi sekaligus berugama Islam, hendak memperoleh dosa amat susah dan hendak memperoleh pahala itu amat mudah, dengan hanya berniat sahaja pahala sudah pun diperoleh. Untuk memperoleh pahala, boleh la klik kat sini .<>. InsyaAllah

25 Februari 2010

Penyelesaian Kes Buang Bayi

Salam,
Amacam gempak tak tajuk aku? Aku tak tau la apa yang bakal aku usulkan ini menarik perhatian anda-anda di luar sana atau tidak. 2 minggu lepas, aku dapat hadiah berupa buku yang boleh dikatakan buku motivasi sambil-sambil membuka minda dan menajamkan akal. Buku bertajuk 'Tentang Cinta' dan juga 'Cinta DiRumah Hasan Al Banna'. Tapi berpandukan pada tajuk kemasukan kali ini aku ingin berkongsi dulu pasal buku ' Tentang Cinta'. Sebuah buku yang wajib beli dan mampu milik untuk semua lapisan masyarakat baik remaja baru nak baligh mahupun orang tua yang dah habis tempoh. Dalam buku ini diselitkan pelbagai punca masalah sosial yang berkaitan dengan cinta, tanda-tanda masalah, dan juga langkah-langkah pencegahan serta dalil-dalil yang menyokong usaha itu.

 Cerita banyak-banyak nanti anda semua taknak beli pulak buku ni, terbitan Telaga Biru  karangan En. Pahrol Mohd Juoi, baru bulan sudah dia keluar MHI kot. Tapi aku bertuah sikit la pasal tidak perlu membeli, jadi untuk jadi bertuah seperti aku, anda 'paw' sahaja pasangan anda atau ayahanda bonda anda. Kalau nak tahu sedikit petikan dari buku yang aku pun belum habis baca ni boleh la klik kat sini, ' Preview sikit bang'



11 Februari 2010

Macamana ni.

Salam,
Esok aku ada temujanji dengan doktor yang bertanggungjawap memasang susuk besi kat peha dan kepala lutut aku. Aiseh, dan esok jugak aku bercadang-cadang nak cuba menjejakkan kaki ke tempat aku mencari nafkah yang telah aku tinggalkan selama lebih kurang 7bulan. Masalah dia sekarang adalah, mampukah aku untuk membetulkan waktu tidur aku dengan segera. Sudah berminggu-minggu aku berjaga malam dan tidur selepas subuh, mintak-mintak hikmat mengubah waktu tidur yang aku ada dulu masih kuat dalam kepala hotak aku. Dulu-dulu masa aku masih sehat walepatliat selamba kucing je aku arahkan otak aku untuk tidur pada waktu sekian-sekian.

 Bayangkan (sila letak kedua-dua jari telunjuk anda pada hujung dahi anda), seminggu aku kerja malam dari Isnin sehingga Jumaat yang mana hari berakhirnya tugas jatuh pada pagi Sabtu, dan pada keesokkan harinya, iaitu pada hari Ahad aku dikehendaki bekerja pada pagi hari pula, ahh..cerita banyak pun tak guna, aku cuba tidur dulu, jangan kejap lagi ada cerita jangan tidur lagi plak ada kat tv, mmg aku cabut suis tv tu. Biasalah, sebelum tidur selain berzikir aku juga gemar menonton tv sehingga muncul cerita biru yang tiada siapa yang berlakon, biru je skrin dia. hehe, alahai, macam poning plak aku baca balik cerita aku ni. Lantak la korang nak baca ke tak. Selamat malam, doakan aku boleh tidur ye. ailebiu

Kepada Pengguna Lebuhraya Di Luar Sana

Salam,
Ni aku ada dapat satu email dari kawan aku, dalam email tu ada 3 cerita berkaitan jenayah samun, aku salin dan tempel 1 jenis aje dulu, pasal yang jenis ni aku tak pernah baca lagi sebelum ni. Ada kesempatan aku tempel lagi yang 2 cerita tu, nanti orang panggil aku Mazidul pula cerita banyak-banyak. Jadi kalau anda semua inginkan info tersebut cuba la klik sini " Abang ni ye tak ye jek!". Tapi sebelum tu, cerita yang bakal anda baca bukan hasil garapan aku. Terima kasih



08 Februari 2010

Tanda-Tanda Akhir Zaman

Salam,
Dari sehari-sehari aku nak menaip pasal buku yang aku baca minggu sudah. Buku dia nipis je, tapi kalau kena gaya intonasi dan lenggok bacaannya, mahu menitik airmata. Kawan aku bagi pinjam buku ni, dia pulak pinjam tak pulang dari kawan dia, dah buruk, buruk bukan pasal ape, air kopi, air teh air apekejadah lagi ntah dah tumpah kat kulit buku ni, dengan daun kering semua melekat dalam buku ni, punya la banyak tangan yang dah pegang buku ni. Buku ni asal dia adalah untuk kutipan amal Ma'ahad Tahfiz At-Tohiriah Port Dickson. Aku pun terkejut, dah berapa dekad aku duduk PD ni aku boleh tak tahu ada Ma'ahad Tahfiz kat sini. Astaghfirullahalazim. Sedih betul. Itulah manusia, kuman kat negeri jiran heboh di tempik-tempik, bapak dinasour kat celah kangkang sendiri buat-buat tak nampak. Eh, ada kena mengena ke? Bedal. Oh lupa, korang nak baca eh? klik la sini 'tak sabarnya saya bang!'

05 Februari 2010

Dosa Yang Lebih Besar Dari Berzina

Salam,
Ini ada satu entry aku copy paste dari sini. So untuk renungan kita bersama, meh la kita sama-sama membaca sampai habis dan bertaubatlah ye. Mati itu pasti kawan-kawan, janganlah dok seronok-seronok sangat.




Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam.

Maka terdengarlah ucapan dari dalam,
"Silakan masuk"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya
berderai tatkala ia berkata,
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,
"Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa..

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat.
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"! Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan
tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

02 Februari 2010

Masa Untuk Bertukar..hiyarkhh

Salam,
Secara rasminya jadual waktu tidur aku bertukar hari ini, semalam aku balik rumah awal dari biasa, jam 0200 aku dah ada dalam bilik, bajet lepas selesai itu ini urusan dunia akhirat segala nak masuk alam sebelah terus la, tapi mata sangat segar, jam 0400++ jugak la aku boleh pejam mata, itupun setelah puas mengumpan mata dengan bahan bacaan 'Kiamat sudah dekat'. Nanti aku senang aku kongsi dengan korang apa yang aku dah baca tu, lagi best tunggu aku ada modal lebih sikit, aku beli buku tu banyak-banyak, aku pos je kat korang suruh baca sendiri. Tak sedar-sedar jugak lepas tu memang nak kena gerudi la hati kau tu. Lepas tu apa kena mengena buku tu dengan jadual waktu aku? nak tau ke? cuba klik kat 'saya memang kecoh sikit'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails