~ Awas! Jgn Biar Mental Anda Dihimpit Tekanan ~ Kerana Hidup Tak Mungkin Seperti Yang Kita Harapkan. Tetapkan Iman Kuatkan Pegangan Tunggu Sahaja Nikmat Yang Datang.InsyaAllah
Kempen Semasa
15 Ogos 2010
Peristiwa 1Ramadhan
Wohoo..serius cuak, bukan masalah cuak takut terbuka posa akibat terliur air oren twister masa tengahhari ke ape, tapi ini menda mistik, benda yang tidak aku jangka berlaku pada bulan-bulan Ramadhan gini. Kejadian berlaku selepas berbuka dan setelah semuanya sudah selesai mengusap perut. Begini kisahnya adik-adik.
Pada suatu malam pada 1 Ramadhan, di mana ketika itu masing-masing terponteng solat Tarawikh kerana jadual kerja pada minggu itu jatuh pada shift malam, aku telah di minta oleh seorang rakan yang kesakitan tulang belakangnya untuk diurut, sudah 2 malam dia merengek-rengek suruh aku usik dia. Tapi malam-malam sebelum aku buat tak dengar, mana taknya, aku urut tapak kaki dengan bekam boleh la, tapi bila dah masuk bahagian-bahagian lain, mahu jadi tikus aku karang.
Tetapi demi untuk tidak menghampakan permintaan rakan-rakan, ditambah pulak hari-hari aku akan tengok muka dia, makanya aku pun ajak dia pergi surau dengan gadget minyak but-but dan krim but-but keluaran HPA, setelah selesai menegakkan tiang, aku pun memulakan ritual, mula-mula baca ayat-ayat biasa sambil mengurut, gosok-gosok belakang, lepas lama tu aku rasa macam dia pindah-pindah sakitnya, aku usik sana sakit, usik sini sakit, mula tu kat tengah tulang belakang je, sekarang ni kat belikat kiri ada kanan ada, pinggang ada, merasakan ada sesuatu yang tak kena, aku mula mengalunkan ayat-ayat hafazan form 1 sampai form 5, ditambah dengan ayat-ayat syifa' yang aku tahu.
Mula tu ok, pastu nampak macam dia ngantuk gila, aku baca lagi. Sekali badan dia bertukar warna merah la deii, mengeras macam nak jadi 'hulk', padahal org dia sekeping jek, tebal sikit dari playwood je. Bila dah jadi macam tu, aku baca la kuat sikit, dia menggigil la pulak, kali ni dah macam nak mengganas, dia dah mula genggam penumbuk, dia tumbuk lantai surau, yang aku ni pulak dah cuak takut kena tumbuk. Dalam cuak-cuak tu aku tersasul baca ayat al-Falaq, ko tau ape dia buat? dia jeling aku pastu gelak. Perghh..Kurang sopan betul. Pas dah rasa macam dia dah cool sikit dan warna kulit dah tukar jadi asal, aku terus tamatkan sesi, aku tanya dia dulu sebelum lepaskan tangan dari belakang dia, takut gak kot tak ok lagi, bersilat dia kat situ kang aku nak tepis pakai ape, dah la aku nak bangun pun amik masa 2minit, memang jadi lauk je aku masa tu.
Lepas dah rasa semua selamat, aku tanya dia, dia sedar ke masa dia gelakkan aku salah baca tadi? Dia cakap dia tak sedar. Wah, ini bahaya, pastu aku tanya lagi, ape ko rasa tadi? Dia kata dia rasa kuat sangat, dan rasa macam nak tumbuk aku. Hahah..kan betul sangkaan aku, nasib dia boleh kembali ke bentuk asal, tapi dia menggigil-gigil lagi, tangan aku pulak merah, muka aku merah.Meremang-remang rasa macam ada menda dok pegang kepala aku. Nak kena pergi amik ijazah ni. Nampaknya aku dikelilingi orang-orang yang penuh mistik.Jadi Tuan Sheikh, apa pandangan tuan dalam perkara ini?.
Lepas tengah malam sikit tu kawan aku datang balik kat aku, dia bagi testimoni, dia cakap lepas menda tu jadi tadi, dia rasa kaki dia ringan gila, kalau tak sebelum tu jalan seret kaki, rasa kaki tu berat lepas bangun tidur dari 2 hari lepas. Mimpi kena terkam la, kena tindih la. Mungkin pasal dah nak masuk Ramadhan kot. Tapi entah la. Tak sampai lagi ilmu tu. Hehe. Sampai sini jelah, dah nak Subuh dah ni, kejap lagi kang nak keja pulak, mana port nak landing gak eh kejap lagi, bulan-bulan posa gini kerja siang tu rasa ngantuk dia tak boleh nak dibendung kadang-kadang. Sampaikan penyelesaian dia tinggal 1 macam je, iaitu TIDO. Jadi selamat menjalani ibadah puasa dengan selamatlah semua-semua ya?. Mintak maaf sangat-sangat pada Tuan Sheikh pasal terpaksa menundakan pertemuan akibat tuntutan kerja. Nanti aku amik cuti ye Sheikh.
Salam Ramadhan Kareem
01 Julai 2010
Test Drive
Kali ini kita bercerita perihal diri pulak, dah 2 entry iklan je kan, walaupun iklan tak berkesan pada rakyat tempatan yang berada di Malaysia sendiri, namun sekurang-kurangnya mendapat perhatian rakyat Malaysia yang terbuang. haha.. Jangan marah cik pingu dan ustazah seimura..nanti toksin bertambah. Buat informasi anda berdua, jumlah pos laju ke negara-negara anda diami sungguh mahal, bisa membuat anda berpuasa seminggu dan seterusnya kadar toksin akan berkurangan dengan automatiknya. Puasa je lah, balik Malaysia nanti baru try, amacam? beras keluaran bernas tak idea guwe?. Kejap, adakah anda menyangkakan rm20 termasuk penghantaran itu melibatkan negara-negara anda diami? oh tidakkk..bakal keguguran rambut-rambutku yang ada ini kalau sedemikian keadaannya. Ok cukup.
29 Jun 2010 bersamaan dengan hari Selasa, aku telah memandu uji kaki baru ke tempat kerja, konon-konon nak 'ushar line' apa kerja yang sesuai dengan kemampuan diri, tapi ternyata hampeh, duduk melepet depan pc memfesbuk dan membaringkan diri di sofa bilik rehat je kerja yang paling berat boleh aku buat. Yang lain-lain aku mampu lihat dari jauh je. Tak boleh jadi ni, kaki tak cukup gagah untuk menghulu-hilirkan badan ke kapal-kapal untuk memantau apa-apa tugas yang ada. Oleh kerana cuti sakit masih berbaki lagi 2 minggu, jadi ada baiknya aku bersenam di rumah sewa dengan menuruni dan menaiki tangga, mana tahu dalam masa seminggu kaki aku kembali berketul macam dolu-dolu. wahah. Bersenam la sangat.
Permintaan untuk perkhidmatan bekam oleh rakan-rakan sekerja juga sudah diterima, ramai betul yang 'kong', itulah, kerja dah macam tak reti nak bercuti, semua sapu, tak kira cuti apa, semua disebatnya, sudahnya badan terbarai. Sorang-sorang terlantar sekarang ni, dan natijahnya, kekurangan kakitangan yang fit to work. Itupun ada jugak yang ada hati menggasak lebihmasa waktu hari rehat, agungkan sangat RM tu. Baru je hari Isnin kelmarin orang berkongsi pengalaman hidup dengan aku. Dia seorang karkun tabligh, dia kata,
"bahagia tu bukan kat banyaknya duit kita, kalau duit banyak pun tapi keluarga terbarai tak guna jugak, tiada doa dari anak-anak soleh untuk kita lepas mati nanti."
Ini aku dah terjemah maksud ayat dalam bahasa Melayu, masa dia berbual dengan aku dia cakap bahasa 'amareka' a.k.a kelantan.
Banyak betul tugas kita yang tak selesai lagi, kita selalu lupa yang janji Allah itu benar dan tepat dan kita masih lagi menagih janji dari manusia. Tapi ramai antara kita tak nampak lagi, ataupun dah nampak, tapi saja buat-buat keras hati taknak ambil peduli. Pastu bak kata seorang sheikh ni pulak,
"ko jangan ingat ko dah ada keja selesa, keja dengan kerajaan apa semua hidup ko dah terjamin, takde de, menda-menda ni semua nothing la, bila-bila masa boleh jadi menda yang tak dijangka.", ujar beliau sambil memasang rokok gudang garam nusantara. (ayat dia ni aku reka lain,mana nak ingat damak seketul-seketul, aku bukan perawi).
Sudahlah, panjang pulak aku melalut. Tengah takde keja nak buat ni rajin plak aku nak berblog, sambil-sambil tu konon-kononnya entry terakhir bulan Jun la kiranya. Banyak entry aku nak buat berkaitan bulan 6 ni, tapi takpelah, tunda bulan Julai. Tajuk dia 'Memperingati Bulan Jun', amcam? Boleh?
Salam Bahagia
10 April 2010
Ape?! Jangan Putus Asa?? Yelahh
17 Mac 2010
Adoi mak aiii..
p/s: aku baru dapat nak upload video. tengok la kalau tak geli dengan keti aku tu.
11 Mac 2010
Kalau Berani, Jom la..
Ini kisah benar, terjadi pada aku sendiri siang tadi, hasil dari ajakan salah seorang kawan baik aku yang berasal dari Seremban, seawal jam 0810 aku dah tercongok di depan rumahnya. Dengan menunggang Perodua Sesumpah keluarga, yang sampai hari ini aku tidak tahu siapa tuan punya sebenar kenderaan ini, aku memacu sederas yang mungkin, sesumpah..berapa laju sangat dia boleh pergi? Itu pun ada yang nak solek lawa-lawa, buang karen je.
Hala tuju kami pagi itu mengarah ke Kuang, Sg.Buloh, ke Pusat Rawatan Islam Manarah Tuan Guru Dr.Jahid Sidek, keterangan lanjut pasal pusat rawatan ni ada aku sertakan, tapi tak tahu aku letak mana, klik je la mana-mana yg ada keluar tangan ajaib tu karang. Berbalik pada kawan aku ni, dia ni dah acap kali datang sini untuk dirawat, dia panggil ketuk jin je, pasal kaedah rawatan memang menggunakan cara ketukan dengan ranting pokok nona untuk mengeluarkan bendasing-bendasing yang berada dalam badan kita yang kita sedia maklum ataupun tanpa sedar.
Sebelum-sebelum ni aku mendengar kaedah perubatan ni berdasarkan dari penceritaan kawan aku tu je, siap dengan video, dan juga dari testimoni-testimoni kawan-kawan lain yang pernah menyertai kawan aku ni. Cerita memang tak masuk akal, ranting nona tu terlalu halus, macam lidi penunjuk mengaji tu, tapi yang besar macam duri landak tu, tapi dia punya kesan, maasyaAllah. Bayangkan sampai ada yang taubat tak nak pergi lagi. Kalau di sertai dengan Taubat tak nak buat dosa lagi kan best. Hikhik.
Kalau nak diceritakan macamana rasa kena ketuk tu terlalu subjektif, soalan subjektif kertas Kajidaya Kenderaan Bermotor pun tak susah macam tu kot. Ini subjek peng'kantoi' ramai penuntut Politeknik Jurusan Automotif, sampai ada yang tak sempat belajar pun dah kena Gagal Berhenti. Salah satu terma yang digusari ramai Polytechnician. Rasa dia berbeza-beza mengikut individu rasanya, macam kawan aku, ketukan pertama saja dah menggelupur macam kena sembelih, berguling-guling macam tak sekolah. Apa yang mampu keluar dari mulut samada 'aduhhh', atau 'Allahhh sakitnyeee'. Bayangkan laaa. Letak jari kat dahi tu.
Dan aku, pada awalnya ingin berlagak macho ala-ala mr.potato, tapi sayang, kalau ada bakal mak mertua kat situ, kensel. Macam-macam bahasa keluar, dengan menggelitiknya, dengan jasbahnya siap. Masa tengok orang lain kena beduk kemain suka, tergelak berkekek-kekek..(apakah aku seorang yang kejam?)..Tapi bila kena kat diri sendiri, terasa macam nak mencadangkan kaedah ini sebagai ganti hukuman sebat yang ramai orang kecoh tu. Aku rasa orang tak pertikaikan kot, pasal pakai ranting kayu je, kayu nona lak tu, yang diorang kecohkan tu pun pasal rotan penyebat tu kan? Perrghh, nescaya taubat nasuha punya siapa-siapa yang kena ketuk ni. Setel satu masalah sosial dalam masyarakat. Amacam ada berani nak usulkan menda ni?
Cerita banyak tak guna, tendang laju-laju pun tak kena, pasal kaki aku patah, jadi ada baiknya anda-anda semua pergi mencuba dan tanam tekada dalam diri untuk kembali kepada Allah dengan mentaati segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya, jangan mencabar hukum Allah. Test dulu yang atas dunia ni sebelum mengadap tanah, dalam banglo kekal kita tu tak tahu lagi macam apa yang mendatang. Marilah sama-sama kita ingat mengingati. Kalau nak usha-usha ape menda yang aku ceritakan ni boleh la bertandang ke sini ..http://www.manarah.drjahid.com/ .. dan juga sini.. baru jumpa tadi.
http://primanara.blogspot.com/
Ok semua, Salam ketuk.
02 Februari 2010
Masa Untuk Bertukar..hiyarkhh
Secara rasminya jadual waktu tidur aku bertukar hari ini, semalam aku balik rumah awal dari biasa, jam 0200 aku dah ada dalam bilik, bajet lepas selesai itu ini urusan dunia akhirat segala nak masuk alam sebelah terus la, tapi mata sangat segar, jam 0400++ jugak la aku boleh pejam mata, itupun setelah puas mengumpan mata dengan bahan bacaan 'Kiamat sudah dekat'. Nanti aku senang aku kongsi dengan korang apa yang aku dah baca tu, lagi best tunggu aku ada modal lebih sikit, aku beli buku tu banyak-banyak, aku pos je kat korang suruh baca sendiri. Tak sedar-sedar jugak lepas tu memang nak kena gerudi la hati kau tu. Lepas tu apa kena mengena buku tu dengan jadual waktu aku? nak tau ke? cuba klik kat 'saya memang kecoh sikit'
21 Januari 2010
Hidup Ini..
Aku baru balik dari berjumpa seorang rakan baru, muda lagi, seusia adik aku, dia sms aku lepas Maghrib tadi ajak keluar borak-borak, pasal baru kenal lagi, itu pun kenal kat kelas mingguan HPA kat Cawangan Port Dickson ni, dia dari Pahang, datang sini pasal kena kerja kat Legend Resort ke ape nama resort baru tepi Glory Biatch Beach Resort tu. Lepas tu?! Apa kena mengena tajuk dengan dia ni? Nak tahu lebih lanjut klik kat "kami nak tahu pasal budak tu bole?"
27 November 2009
Si Tempang yang Sibuk, katenye
Amboi mak aih, kemain sibuk betul aku minggu ni, tak padan ngan kepatahan kaki, tunggu nak patah tangan plak kot baru reti nak duduk diam-diam kat rumah tengok tv . Dari sehari ke sehari aku nak mengemaskinikan blog yg sudah hampir dihurung anai-anai ini, tapi ada sahaje yang dengki. Mata ngantuk lah, kaki sakit lah, tv citer best lah, dan natijahnya inilah dia, wajah kehampaan dari peminat-peminat maya aku setiap kali kembali ke blog aku. Alaa, bagi la aku can untuk berperasaan. Kalau nak tahu kenapa aku sibuk, boleh la klik sini.
14 November 2009
Semalam Di ENSTEk
Wohoo, dah 4bulan aku tak lepak umah sewa aku ni, dah macam kedai potong kereta dah ghoman eh, sampai-sampai je depan pintu pagar, korang akan disambut dengan permandangan persis kedai motor, motor 2nd utk dijual, moto org hantar utk direpair, moto sedia utk ditunggang dan moto tunggu sparepart-baru-bole-jalan. Motor aku takde dalam senarai pasal motor aku sedang berada di wad menjalani rawatan seperti aku, cuma kesiannya motor aku itu, beberapa urat dawainya telah putus dikerjakan oleh seorg pakar Airbus demi utk menghidupkannya dan bergerak seperti biasa tanpa diusung atau ditunda. Terima kasih pakar. haha. Kalau rasa busan nak baca jgn klik sini.
26 September 2009
Kuih Tat Kuih Bahulu, wakluuuu
X sangka betul aku, dalam2 ketidakmampuan aku utk bergerak ke sana ke sini utk menyambut hari raya bersama rakan-rakan , rupanya meriah boleh tahan jgk raya aku tahun ni, selalu aku je yg p beraya umah org ni, pasal umah aku jarang nak ada suasana raya sgt, hehe. Seingat aku last sekali kitorg cat pagar adalah pada tahun 2005 ke 2006 ntah, tp mmg lama ah. Disebabkan itu jugalah aku jarang nak ngajak org dtg beraya umah aku. Ngeeee..
Tp tahun ni, kunjungan dari rakan2 sekolah aku mmg tak putus2, kawan yg sejak tadika dtg, yg sejak dari sekolah rendah dtg, yg sejak sekolah menengah dtg, masa poli pun dtg, yg masa keja ni pun dtg jgk. Kat sini aku nak selitkan la sikit gambar2 yg sempat aku snap, pakai npon jek kak cikkk..mano la ghoti den ni nak bolo kamera haa..gmbar pertama ni gambar anak kawan aku, kawan skolah rendah aku ngan skolah menengah, yg bini dia kawan skolah rendah aku, yg laki dia plak kawan sekolah menengah aku, mcmana bole dijojakkasihkan pun aku tak tau la,kdg2 kehidupan yg sebonar pun mcm fesbuk jgk kekadang, kemain ramai mutual friends eh..kenal rapat lak tu, baru la ko nampak yg dunio ni kocikkk yo.kan kan kan?
Pastu gambar ni plak gambar kawan2 sekolah rendah aku ngan skolah menengah aku, ada yg sekolah rendah smpai sekolah menengah sama, ada plak yg masa skolah menengah baru kenal, yg kawan aku ni, dah 13thun aku tak jumpa, last masa kitorg form3, dia pindah maran Pahang.. alih2 bole lak kawan sekolah rendah aku ni still keep in touch ngan dia, so dia pun bawak la mamat ni menziarah aku kat umah, dah la aku tggal sensorg, terkial2 aku nak buat air ngan bertongkat sebelah, kalau rebah, seko pun tak tau aku keras, haha..poyo je bunyik, mamat ni mmg riuh, ala2 chef wan meriah dia tu, tak kira sape dia main sapaaa jek pastu jadi la rapat, org ringan mulut, gitu ah, kawan baik aku jgk la ni masa sekolah tinggi port Dickson, selalu kena buli pasal ke’nyah’an dia tu, tp dtg gila dia reti plak dia p ngorat awek2..bingai..tp kalau tingat dia aku mesti gelak, pasal dia la satu2 manusia tak tau malu yg aku kenal. Hahahah.. besdei dia pun aku ingat lagi, tp besdei aku dia tak igt pun..haha..takpe, janji aku dah jumpa dia balik. Ni gambar penjenayah tu..
Tapi ape2 hal pun,raya ni la paling ramai kawan aku dtg melawat aku, disamping paling ramai dtg bawak anak ngan bawak isi dalam perut ngan bawak pasangan hidup baru. Kelasss memasing, sampaikan yg ala2 chef wan tu pun bawak khabar nak kawin ujung tahun ni laa..hahah..aku tak dapat bayang dia ni bersanding mcmana, mau tidak mau aku kena sehat gak ni menjelang hari bersejarah tu, aku nak amik gambar aku nak canang kat semua kawan sekolah aku, lelaki lembut yg satu ketika dulu korg buli2 korg ayam2kan dah pun menunjukkan kejantanannya..muahahah..tahniah khairul azwan kamarul zaman… wakakak..
21 Jun 2009
Sesi Jelajah Separuh Selangor
Tulah..nak dijadikan cerita,rentetan dari penantian tanpa perhentian aku tu,aku mengambil keputusan yg tak putus² dgn mengofferkan diri utk mengikut mawi balik kampung dia kat tg.karang kuala selangor tghari tadi..aku bawak keta akak jagung,pasal dia tggalkan kat aku sementara dia p bercuti kat BKI tu..so aku pun dgn selamba gaban bersama perisai gabannya memandu uji avanza baru tu bersama mawi..sampai kg mawi,singgah umah nenek dia..bincang2 pasal kenduri dia nanti..dia ni 4hb 7 nanti ada kenduri sambut menantu belah dia plak..so p balik bincang sambil² edar kad jemputan la..baru je buat kelmarin..kitorg la tukang lipat..print byk² sudaa..wakaka...pastu lepak umah nenek² sedara dia plak..jumpa makcik dia pakcik dia,semua la..abis satu tg.karang tu..pastu..haa..ni la citer dia..masa aku kat sana tu..kawan aku si Anu(bkn nama sebenar)..dok subang,ajak aku p tgk konsert SO7,tengkurak dia..suka suki je ajak aku p join geng indon,xberapa nak masuk la..aku pun cakap la kat dia aku kat kedah..wakakak..tp lepas tu aku bitau gak yg aku kat tg.karang..aku jujur kottt..haha..pastu dia tipon lagi..aku dh pelik..apekejadah minah ni tipon² aku ni??..aku dah mula budget sumthing must gone fishing..rupanya betull..gaduh ngan pakwe..yg bestnya..pakwe dia tggal dia kat tepi jalan suh balik jalan kaki..mak oii..kejam amat kott..masa tu pukul 5,dia sms aku ajak p SO7 tu pukul 2,n fyi,dari pkul2 tu lagi kejadian tu dah berlaku..padan la tetiba ajak aku..aku pun cakap la kat dia..xpe..ko tggu situ..nanti aku amik ko..hah amik kau..aku pya 'ko tggu situ' tu ada la dekat 4jam..dekat pukul9 aku baru sampai amik dia kat bus stop..uh kesiann...aku bawak dia p uptown kota damansara..makan² burak²,pastu dah nampak mcm cool sikit,aku pun hantar dia balik..alih² sampai umah..pakwe dia dah main kasar la bebb..pakwe dia mangga pintu grill dia...perghh..minah ni nak masuk umah camne?tak penuh akal ko berpusing kat situ..dah la bateri phone kong kalikong,aku pun tak tau ape nak buat,aku pun text pakwe dia,cakap Anu nak report polis,so kalau ko rasa mcm nak sejahtera idup tu,ko p bg kunci mangga tu kat dia..masa tu aku dah gerak balik dah..pasal aku nak tggu lama² pun mcm tak manis..kira aku saiko dari jarak jauh la mamat tu..alih² Anu tipon bgtau dah dapat masuk umah dah..hah lega..kalau tak..cerita tamil satuuu...dusyum2..ammaa..haha..pastu aku lepak umah adik mawi..lepak bual² katak ngan adik dia laki bini..bininya nak membuat penghantaran dah bulan 9 ni..(deliver laa)..yeayy..kopak aku lagii..wakakak..aku ni anak tekak ngan anak mata yg nakal ni je la yg ada pun...hahah...so harap² citer aku kawin la plak lepas² ni..calon dah ada dah..tp nak kena tggu 5thn lagik..xgitu ehem²..wakakakaka...botak tepi aku nak nunggu la weii....tp xpe..asam dilautt garam didarattt..aaaa..mcm tak kena jek..laa..terbalikk..padan laa..dah..stop dulu..aku ngantuk..tataaa
20 Jun 2009
Aku Sebagai Pasukan Perisik
aku pun tya..jadi ke tak?..
dia jawap "entah la pis,bapak dia (ayah awek dia) tak call lagi bg jawapan...kang pegi² sana tak dijemput masalah gak"..
bla..bla..bla..panjang la jugak..siap aku berbual ngan member aku lagi sorg plak kat sebelah dia..ada la dekat 10min..wooo..jarang aku nak berbual lama ngan kaum sejenis aku ni..wakakak..
jadi kesimpulan dia..nak tggu sampai bila?hmm,aku pun tak tau..sampai bapak awek dia call suh dtg la kot..pasal org² lama kata,kita kena ada adab..org tak sudi kita cuba lain kali..jgn dok buat rock kita jek..hmm..xpelah dik..ada jodoh ko tu ada la..haha..ape² pun aku dah freekan diri aku 2 arini utk acara ko ni dik..roger je la aku..ok ah..tido dulu la..aik??tido lagik?..abis..aku nak buat ape?mengait?menjahit??..haa..menjahit..suar keja aku byk yg koyak..maklum laa..tahun² ekonomi down ni,sumanya cut cost..huhu..menjahit dulu kita yoep!..daaa