Kempen Semasa

Kempen Semasa
Memaparkan catatan dengan label Kempen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kempen. Papar semua catatan

07 Disember 2011

cara murah elakkan nyamuk dari membiak.


Do you still keep 1 cent ? It's time to utilise it !!

Subject: How to prevent mosquitoes lay eggs, cheapest way of preventing survival of mosquitoes.
We cannot stop mosquitoes lay eggs at any stagnant water in drains/ponds or water ls, tanks, tised tyres etc. etc. Of course if you have fish inside the tanks/containers then there should be no problem. Do you know that there is a very simple and vy economical way to destroy the mosquitoes' eggs and not lethem hatch into larvae. Very very simple, just put in few 1 cent copper coins into the tanks/containers then it will solve all your problems. Because in accordance to Japanese Research Scientists, they found the mosquitoes eggs will be destroyed by a kind of mineral discharge from the copper. DON'T BELIEVE, Try it by yourself and even the small snails also will not visit the containers (with copper coins) collected with stagnant water. You will observe the water collected in the containers will be very clean and clear..
Please Share with friends

25 Januari 2011

Akhirnya Bergadget Juga Aku.

Salam,
Atas saranan Sheikh Pokok Cili yang selalu membahan henpon kuno aku yang boleh buat panggilan,terima panggilan,hantar dan terima sms&mms, dan mengambil gambar sahaja, maka aku telah terjebak menyambar sebuah menda yang aku rasa kurang perlu bagi seorang penjaga pekan port dickson macam Lukut. Haha.

 Temujanji bersama jemaah doktor di HKL hari ini yang mana bersamaan dengan hari gaji formal telah memberi kesan yang besar, HKL sangat hampir dengan LowYatt, dan kebetulan yang sangat betul pula, rakan serumah aku yang baru pulang dari Kuala Terengganu berada di Plaza Imbi dan sedang menunggu aku untuk pulang bersama ke ENSTEK, urghh. Memang tak sah kalau tak menyinggah ke Low Yatt kalau dah terjebak ke kawasan-kawasan sana, paling kurang pun, dapat bawak balik senarai harga barang-barang komputer dan gadget-gadget hangat untuk di buat sepah kat rumah pun jadilah. Tapi selalunya itu hanya terjadi bila pergi dengan not-not kertas di poket tidak berapa nak ada.

 Tapi hari ini lain, tidak seperti hari-hari yang kebiasaan, di tambah pula semalam harimau baru mengaum, dan ditambah pula oleh ngiangan kata-kata Sheikh yang sememangnya up-to-date tentang teknologi-teknologi hujung jari ni, makanya aku telah meluru laju ke mesin ATM dan mengeluarkan sejumlah not ungu. Sebelum itu aku survey dulu harga-harga gadget yang Sheikh sarankan, ternyata dalam zon mampu..buat masa ni...esok lusa kita cerita lain kali. haha.

 Malas nak citer banyak, korang tengok je gambar menda alah yang aku dah terbeli petang tadi, ni aku tengah sibuk dok godek transfer contacts sms apa semua dari henpon kuno aku tu..bapak mudah keja, tak payah salin-salin kat kertas macam dolu-dolu, 'berlutut' je semua-semua menda tu. Kepada bos tempat kerja aku, mintak maaf awal-awal, malam ni terpaksa makan gaji buta ngadap pc je, kapal-kapal kat line tu biarlah diorg jaga diri sendiri ye...uhhh terujanya..dah la tadi jumpa yuna ngan qi kat lowyatt. baru semalam tahu pasal diorg kat fuhhh..hahaha..kantoii aku layan. ops..siren dah bunyi..break time.

01 Jun 2010

Kami Blogger Picisan Menentang Kekejaman Israel

Laknatullah...bikin panas betul manusia bijak pandai kononnya tu..merosakkan keamanan dunia...cis

Sama-samalah kita buat ape yang termampu, jeles pun ada jugak ni. Berharap diri ini yang berada di atas kapal itu..

Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar.


Walaupun kita tidak sekerap pejuang pembebasan Palestin bersuara memperjuangkan nasib mereka di Tebing Barat,
walaupun kita ini berkempen secara bermusim,
walaupun kita ini hanya mengikut orang lain,
walaupun kita tidak tahu apa-apa perkembangan semasa apa yang terjadi,
walaupun kita ikut beremosi bila sudah keluar media,

Sekurang-kurangnya bila hati kita yang keras ini dapat dilembutkan dengan keadaan yang ditanggung oleh mereka itu sudah cukup untuk menunjukkan kita ini masih lagi berperasaan dan berperikemanusiaan, bukan sahaja kerana mereka itu saudara seIslam kita, tapi kerana mereka itu manusia.

Percayalah, jika ditanya pada ibu-ibu para syuhada' itu, pasti mereka berbangga kerana anak mereka syahid, malah mereka tidak keberatan untuk melahirkan lebih ramai lagi pejuang Islam. Maka bukan ratapan yang harus kita berikan pada mereka tetapi kutukan terhadap kekejaman Rejim Yahudi Zionist laknatullah.

Tunjukkan sokongan anda terhadap kempen kami blogger picisan menentang kekejaman israel dengan meletakkan salah satu logo di bawah di header blog anda.


    Terima kasih pada saudara mofasad & alvin untuk logo-logo tersebut dan cikpingu sabariah kerana mencetus kempen ini. walaupun ini nampak kecil tapi biarlah kita lakukan sepenuh hati dan bukan kerana paksaan atau ikut-ikutan.

'Khaybar Khaybar Ya Yahuud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya'uud'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails