Kempen Semasa

Kempen Semasa
Memaparkan catatan dengan label Mistik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mistik. Papar semua catatan

15 Ogos 2010

Peristiwa 1Ramadhan

Salam,

 Wohoo..serius cuak, bukan masalah cuak takut terbuka posa akibat terliur air oren twister masa tengahhari ke ape, tapi ini menda mistik, benda yang tidak aku jangka berlaku pada bulan-bulan Ramadhan gini. Kejadian berlaku selepas berbuka dan setelah semuanya sudah selesai mengusap perut. Begini kisahnya adik-adik.

 Pada suatu malam pada 1 Ramadhan, di mana ketika itu masing-masing terponteng solat Tarawikh kerana jadual kerja pada minggu itu jatuh pada shift malam, aku telah di minta oleh seorang rakan yang kesakitan tulang belakangnya untuk diurut, sudah 2 malam dia merengek-rengek suruh aku usik dia. Tapi malam-malam sebelum aku buat tak dengar, mana taknya, aku urut tapak kaki dengan bekam boleh la, tapi bila dah masuk bahagian-bahagian lain, mahu jadi tikus aku karang.

 Tetapi demi untuk tidak menghampakan permintaan rakan-rakan, ditambah pulak hari-hari aku akan tengok muka dia, makanya aku pun ajak dia pergi surau dengan gadget minyak but-but dan krim but-but keluaran HPA, setelah selesai menegakkan tiang, aku pun memulakan ritual, mula-mula baca ayat-ayat biasa sambil mengurut, gosok-gosok belakang, lepas lama tu aku rasa macam dia pindah-pindah sakitnya, aku usik sana sakit, usik sini sakit, mula tu kat tengah tulang belakang je, sekarang ni kat belikat kiri ada kanan ada, pinggang ada, merasakan ada sesuatu yang tak kena, aku mula mengalunkan ayat-ayat hafazan form 1 sampai form 5, ditambah dengan ayat-ayat syifa' yang aku tahu.

 Mula tu ok, pastu nampak macam dia ngantuk gila, aku baca lagi. Sekali badan dia bertukar warna merah la deii, mengeras macam nak jadi 'hulk', padahal org dia sekeping jek, tebal sikit dari playwood je. Bila dah jadi macam tu, aku baca la kuat sikit, dia menggigil la pulak, kali ni dah macam nak mengganas, dia dah mula genggam penumbuk, dia tumbuk lantai surau, yang aku ni pulak dah cuak takut kena tumbuk. Dalam cuak-cuak tu aku tersasul baca ayat al-Falaq, ko tau ape dia buat? dia jeling aku pastu gelak. Perghh..Kurang sopan betul. Pas dah rasa macam dia dah cool sikit dan warna kulit dah tukar jadi asal, aku terus tamatkan sesi, aku tanya dia dulu sebelum lepaskan tangan dari belakang dia, takut gak kot tak ok lagi, bersilat dia kat situ kang aku nak tepis pakai ape, dah la aku nak bangun pun amik masa 2minit, memang jadi lauk je aku masa tu.

 Lepas dah rasa semua selamat, aku tanya dia, dia sedar ke masa dia gelakkan aku salah baca tadi? Dia cakap dia tak sedar. Wah, ini bahaya,  pastu aku tanya lagi, ape ko rasa tadi? Dia kata dia rasa kuat sangat, dan rasa macam nak tumbuk aku. Hahah..kan betul sangkaan aku, nasib dia boleh kembali ke bentuk asal, tapi dia menggigil-gigil lagi, tangan aku pulak merah, muka aku merah.Meremang-remang rasa macam ada menda dok pegang kepala aku. Nak kena pergi amik ijazah ni. Nampaknya aku dikelilingi orang-orang yang penuh mistik.Jadi Tuan Sheikh, apa pandangan tuan dalam perkara ini?.

 Lepas tengah malam sikit tu kawan aku datang balik kat aku, dia bagi testimoni, dia cakap lepas menda tu jadi tadi, dia rasa kaki dia ringan gila, kalau tak sebelum tu jalan seret kaki, rasa kaki tu berat lepas bangun tidur dari 2 hari lepas. Mimpi kena terkam la, kena tindih la. Mungkin pasal dah nak masuk Ramadhan kot. Tapi entah la. Tak sampai lagi ilmu tu. Hehe. Sampai sini jelah, dah nak Subuh dah ni, kejap lagi kang nak keja pulak, mana port nak landing gak eh kejap lagi, bulan-bulan posa gini kerja siang tu rasa ngantuk dia tak boleh nak dibendung kadang-kadang. Sampaikan penyelesaian dia tinggal 1 macam je, iaitu TIDO. Jadi selamat menjalani ibadah puasa dengan selamatlah semua-semua ya?. Mintak maaf sangat-sangat pada Tuan Sheikh pasal terpaksa menundakan pertemuan akibat tuntutan kerja. Nanti aku amik cuti ye Sheikh.

Salam Ramadhan Kareem

29 Januari 2010

Tolong Beringat

Salam,
Sudah 2 malam aku keluar rumah sehingga lewat pagi, sebenarnya bukan 2 hari, tapi dah seminggu, tapi 2 hari ini paling banyak perkara baru yang aku jumpa. Paling banyak mengajar aku kenapa kita di tuntut untuk selalu beringat dan ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara itu. Sentiasalah kita memperbaharui niat kita itu, kerana apa? Klik sini kalau nak tahu sangat.

05 Disember 2009

Ilmu Haq

Salam,
Ini ada satu email aku dapat, jadi aku pun tolong copy n paste je la. berminat bole la hubungi beliau.




Tolong promosikan, copy paste, print dll

Assalamualaikum,

Saudara, Saudari, Tuan-tuan, puan-puan, Dato-Dato, Tan Sri-Tan Sri, Tun-Tun, Sultan-Sultan, Mufti-Mufti dijemput ke majlis:

PERSIDANGAN/PENERANGAN / SEMINAR / KURSUS / MUZAKARAH/ DIALOG
(PERCUMA)

BERKAITAN:

1. Konsep & Kombinasi Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah, Ilmu Tasauf, Ilmu.
2. ILMU HAQ(Ilmu benar & Allah reda)
3. ILMU BATHIL(Ilmu salah & Allah tidak reda)
4. TEKNIK-TEKNIK MEMBERSIHKAN AMALAN BATHIL
5. ILMU BATHIN DAN ILMU ZAHIR
6. TEKNIK BUNUH IBLIS, SYAITAN, JIN, BUNIAN, KHANNAS, QARIN, DJIBT, THOGHUT DAN YANG SEKUTU DENGANNYA SECARA FIZIKAL, ZAHIR, BATIN DAN BATIN DALAM BATIN.

TUJUAN:

1. MELINDUNGI DIRI DAN IMAN DARI GANGGUAN.

2. MEBELASAH, MEMUKUL, MEMOTONG DAN JUGA MEMBUNUH MAKHLUK TERSEBUT

3. MELINDUNGI DARI GODAAN DAN TIPU DAYA YANG KASAR SERTA HALUS OLEH MAKHLUK HALUS

4. MENYELESAIKAN MASALAH HISTERIA, SIHIR, PUKAU, SANTAU, ILMU GUNA-GUNA, KENA TINDIH/HIMPIT DAN BANYAK LAGI

5. MENGUBAT JIWA KOSONG, SUSAH TIDUR

6. MENGALAHKAN KEJAHATAN MANUSIA DAN MAKHLUK HALUS

HASIL
1. JIWA TENTERAM DAN TENANG
2. HILANG PERASAAN WAS-WAS
3. SEMBAHYANG KHUSYUK
4. PERASAAN SUKA KEBAIKAN BENCI MAKSIAT
5. DAN BANYAK LAGI

INSYAALLAH ANDA DAN KELUARGA BOLEH MELAKUKANNYA SENDIRI

*LAIN-LAIN PERKHIDMATAN

1. BERSIH RUMAH BERHANTU
2. BERSIH KAWASAN/TANAH BERHANTU
*TIDAK TERMASUK TANAH KUBUR*
RAWATAN
1. HISTERIA, SIHIR, PUKAU, SANTAU, ILMU GUNA-GUNA, KENA TINDIH/HIMPIT DAN BANYAK LAGI

Salah satu tanda kena serangan makhluk halus jahat

1. Sembahyang tidak khusuk / malas sembahyang
2. Pergantungan kepada Allah tidak kuat
3. Akhlak sukar dikawal-pemarah-ego -banga diri -cakap kasar -sombong -riak-cakap besar -khianat -lain lain perkara yang buruk
4. Hati gundah gulana / kecewa / putus asa / pilu / sedih
5. Fikiran kacau bilau resah gelisah tak tentu pasal
6. Jiwa tidak tenteram
7. Hati cinta maksiat
8. Ada perasaan takut selain Allah
9. Dada sebak / sempit
10. Hati gatal
11. Susah tidur

*TERDAPAT JUGA RAKAMAN SESI PENERANGAN DALAM BENTUK DVD
BERMINAT HUBUNGI:
ISMAIL
(pakar bunuh makhluk halus)
019-3619305
http://ilmuhaq.multiply.com
email: ilmuhaq@yahoo..com.my

14 Oktober 2009

Hancur Badan Dikandung Tanah

Salam,
Semalam aku pergi lagi ke tempat pengubatan tradisional aku tu, kali ini mmg betul2 best, pasal kali ini aku berpeluang lepak ngan org yg kena santau, haha, berbual pun mcam larat tak larat dah brader tu, pasal dalam badan dia rasa panas, aku ni rilek je sejuk takde rasa ape2. Sambil berbual tu dok bercerita la sama menda2 mistik, pasal brader ni pun berkebolehan juga katanya, tp pasal benda yg dihantar tu kuat sgt, sampai dia pun dah tak dapat handle. So bermula la perbualan kami yg bekisar lebih kepada menda ghaib dari menda yg zahir ni, yg zahir pun citer pasal mengundi kat bagan pinang la. Huh, mcm aku amik port plak menda tu. Layankan aje la pandangan dia tentang 1Malaysia Rakyat Didahulukan  Pencapaian Diutamakan tu. Dia kata mmg rakyat didahulukan la, pasal bila minyak naik tol naik cukai naik segalam macam naik, sape kena dulu? Rakyat kan?? haa mmg bertepatan la slogan tu, rakyat kena dulu, pastu pencapaian ape yg diutamakan? Pencapaian utk menteri2 la, tol free ape suma free, kira keutamaan mereka tercapai la,ujar beliau.


Dah, aku citer balik ape brader tu cakap jek, pastu aku tak respon ape2, aku gelak je, pasal aku malas nak kesah sgt. Lepas cerita pasal tu start la kesah mistik, dia cakap dia dah dua kali kena santau, yg pertama kali tu lepas jumpa org ke-100 baru setel masalah dia, org ke-100 tu tempat yg aku selalu pegi ni la, kira dia dah kenal lama dah dgn pengamal perubatan ni dan dah pernah ditawarkan ilmu utk mengubat patah, tp ditolak pasal tak sanggup. So beceritalah kami pasal rupa menda setan2 yg ada, pastu kebolehan dia merasa sesuatu yg tidak kena pada seseorg  ape suma, dan bulu roma aku sepanjang berbual itu turun naik tak berenti2,kejap kang naik kejap kang ok,berbual balik meremang lagi tp tak takut, haa tu yg pelik tu. Anda seram? hehe tggu aku cerita masa kitorg bercerita tu kitorg kat mana.


Masa kitorg berbual tu kitorg berada di sebelah rumah kosong, 2 buah rumah kosong yg dah penuh semak samun dan naik reput segala, tak mustahil la setiap kali bercakap pasal hantu bulu roma aku meremang rasa mcm dia lalu tepi, tp rilepp, takde rasa cuak ke ape ke, tak tau la mgkin pasal aku berada di kawasan rawatan. Lepas berbual tu brader tu bg aku satu zikir utk diamalkan. Nanti aku cerita apa yg  terjadi bila aku berzikir dgn zikir yg diberi ketika pulang. Sape bulu roma dia dah meremang masa ni? Tunjuk gigi, tersengih kude ko. Haha, nnt aku bg petua camne nak hilangkan cuak tak tentu pasal bila sebut pasal hantu ni.


So giliran kami pun tiba, walaupun telah dicilok boikk pya oleh seorg makcik yg dtg kemudian dari kitorg tanpa sedar, dia dah selesai,dgn selamba dia bgtau yg skrg turn brader yg berbual dgn aku tu, padahal nombor giliran aku dulu dari dia, aku no.11,makcik tu no.13 dan brader tu no.14, pastu baru la nak bitau kenapa tak cakap..ewwahh..yg kamu tak reti tanya kenapa, tentu arah masa kamu dtg tu dah nampak muka2 kami tercongok kat depan tu. Takpe, pasal aku mmg dilahirkan penyabar dgn org, maka aku senyum je la, aku pun masuk bersama2 brader tu, kira satu jalan terus, kira elok sgt la, kena plak sebelum tu aku dah nyatakan hasrat aku kat brader tu utk masuk sekali. Jadi mmg molek sgtlah.


Masuk2 bilik mcm biasalah, turn aku dulu, diampu kaki aku oleh 'Dr'.Man ni,di ketuk2 kaki aku, peha aku, lutut aku, lepas tu dia bersuara, lebih kurang gini ah " tulang dah cantum dah, cuma skrg ni masalah besi tu menghalang, pasal tulang tu nak melurus tak boleh pasal besi tu kuat sgt memegang tulang tu, jadi telur tak payah pakai dah, pasal kalau makan jgk takut bengkok ke arah yg lain pasal besi plate tu menghalang." kesimpulan cerita, besi plate tu mengganggu dalam proses tradisional ini, jadi dia tya bila aku bukak besi. Aku cakap paling cepat pun hujung tahun la, tp nak ke aku terencot2? Tanak ah, siap dia kata kalau tak,dah berjalan dah aku masa ni, tp pasal besi tu memegang kuat sgt maka proses pertumbuhan tulang baru jadi tak lancar.


So dia memberi satu penyelesaian, hancurkan besi tu, pasal nak keluarkan dgn proses pembedahan normal lambat lagi, jd aku bersetuju je utk menghancurkan besi plate tu, jadi dia pun tekan la laptop ghaib dia ngan alat2 perubatan ghaib dia, aku ada perasan dia macam main picagari, dia beritahu itu ubat utk menghancurkan besi tu, besi tu nanti akan hancur sikit2 dan larut dalam daging. Kira tak memudaratkan la, tambah plak kalau diizinkan Allah menjadi ikhtiar aku kali ni, tak payah la susah2 aku p bedah kaki aku kuarkan besi ni plak kan? Buat ape sakit 2-3kali, tp itulah, mcmana plak nak bitau doktor kalau lepas ni x-ray2 tgk besi tu dah takde. Hahahah. Mampos.


So selesailah bahagian aku malam tu, giliran brader tu plak, kibas2 pakai sejadah je aku tgk dgn tarik ikut dada ape menda ntah. Kira stail 'Dr' Man ni rilek jek. Takde nak tempik2 sape tuan kau,dari mana kau datang,bersilat ape suma. Macam tenang gila ah, siap pasang radio dgr lagu sinar.fm la, layan sms la, mmg sempoi. Lepas masing2 dah dapat air tawar, kitorg pun beransur, dan dalam perjalanan tu pulang tu, aku ngan adik aku merangkap supir akan menempuhi jalan yg agak gelap dan hutan2 agak tebal. Heheh, saje bg seram, padahal takde menda kaitan pun ngan hutan tu. Aku kan ada citer pasal zikir yg brade tu bagi kan, aku pun mulalah berzikir, kejap lagi mata aku ni kemain berat ngantuk tak mau2, padahal baru je tadi aku pya segar berbual ngan adik aku, aku tahan aku zikir lagi, amboi makin berat, sudahnya bila masa aku terlelap pun tak tau la, sedar2 je dah nak sampai Teluk Kemang dah. Tak tau la ape sebab, pasal ada setan dalam badan ke ape ke tak tau la aku. Adalah tu hikmah zikir tu, nanti2 tau la aku. Mana tau boleh terbang ke ape plak aku lepas ni tak payah susah2 pakai tongkat berjalan naik moto eksiden bagai. Hahahaha


Sekian, gambar hantu takde. Pasal hantu kamera shy. wakakak




30 September 2009

Grilled Eggs..Woooaa.

Salam,
Sudah hmpir 2mggu kita beraya, tp gayanya mcm takde sape lagi puas beraya,masih lagi ramai yg bertandang tak kira masa,apekejadahnya ini semua, hoho, berlagu plak, sila jgn marah aku, aku terpengaruh dgn gaya blog org, sori. Terlalu lama bertandang di blog org sehingga blog sendiri terabai bersawang. Sebenarnya bukan pasal raya yg aku nak cerita, tp pasal aku yg pergi berubat lagi, kali ni aku pergi bertiga, aku kawan aku yg aritu dgn adik aku yg kedua bongsu.


Kejadian berlaku 2hari lepas bersamaan 28hb Sept 2009, sehari sebelum itu, aku telah pun mengekori adik aku yg kedua bongsu ini ke Lendu Alor Gajah utk menghantar besi2 buruk adikku yg ketiga bongsu iaitu abg kepada adik aku yg kedua bongsu itu, ahh..abaikan kalau tak paham, tiada siapa yg kesah kalau kau paham sekalipun, semasa ke lendu, laluan yg digunakan adalah sama utk ke kuala sg.baru tersebut, jadi aku mengekor pasal nak tgk tempat tu la, kalau bukak aku singgah terus berubat, kalau takde aku booking nama utk esok. Maka ditakdirkan tempat itu masih lagi tutup selepas pulang menghantar barang lusuh adikku yg ke-4 itu, maka aku suruh la supir aku mampir ke tepi dan menulis nama di papan putih utk temujanji siang esok dan juga pada malam hari esok, utk sessi siang, aku berada di tangga ke-7,dan pada sessi malam,aku berada pada tangga teratas carta. yeayyy..akhirnya..

Maka harinya tiba, rakanku menalipon hendak dtg beraya, aku pun ckp la kat dia yg aku nak g berubat malam nanti, klu nak dtg,dtg awal la sikit, tetiba dia suruh ajak dia sekali p berubat tu, aku pun cakap ok, aku nak gerak lepas maghrib, jam 6 tidak berapa tepat Israk pun sampai(rakanku tadi), bual2 katak lebih kurang, masuk waktu magrib, selesai berbuka puasa dan segala kewajipan aku bergegas ke Melaka bersama supir, setibanya di tempat kejadian, pintu rumah baru sahaja dibuka dan semua manusia meluru masuk ke dalam, hebat sungguh pemasaaan aku, terboikk..tp..ku sangkakan naik2 terus giliranku, dah la sebelum tu aku 'ter'berlagak poyo ngan tuan pya rumah yg pacuan aku di parkirkan, "bang tumpang sekejap eh,sekejap je,lagipun saya org pertama ni." haha..terpoyo sekejap dgn brader tu. Sori bro

Rupa2nya, yg bahagian siang tu tak sudah lagi nak giliran2 mereka..hohoh, ada lagi 3 nama yg tak setel, haishh. Takpelah, sabar je la, tggu pya tggu dtg satu keluarga, bising2 pasal tak puas ati pasal org siang amik sessi malam, siap suh dtg esok siang je la kalau siang td tak selesai, ewahh. Aku yg tangga teratas pun tak berbunyi ape kau plak yg bising2, dalam dia bising2 tu ada seorg lelaki separuh abad terus meluru masuk bilik sambil berkata 3minit jek kepada keluarga pesakit yg sepatutnya giliran mereka, waah, lg la tambah panas keadaan, yg kuarga bising2 tadi plak bole pegi mengutarakan pandangan kepada aku, "mcm ni untung la, org lain pun nak cepat jugak kan?" aku yg mcm blur2 dgn tindakan beliau berkata "ntah, saya tak kesah plak, sabar je la,bukan nak kejar ape pun". Masing2 terdiam. Aku gelak dalam hati, puas menjatuhkan pihak yg bising2!

Sekali langkah aku tadi ditongkah oleh mereka, "adik, tolong bg kami dulu boleh tak? abg ni tak bole duduk lama la, perut dia sakit, kita dtg dari jauh ni, dari melaka", tooott, kejadahnya?!! ,bukan yg korg skrg ni kat melaka ke? aku pun balas "tu la, saya dekat je dari port dickson, xpelah, masuk la kak!"..tp yg aku jem tu, acik tu bole lak jawap balik, "ooo, Port Dicksonnn je, dekat la, kejap je ye dik, kitorg ni pengiring jek". Ha'ah mcm la aku tak tau, dah la masuk beramai2 air berbotol-botol lg nak kencing. Aku pun cakap "alang-alang dah masuk tu scan la sorg2, bukan senang nak masuk awal2 ni!!". Tp tak tau di mana silapnya semua kata-kata aku itu tidak dirasakan ape2 oleh kuarga bising2 td. Maka menunggu la lagi aku diluar bersama Israk yg dah mula mengomel tidak puas ati dgn tindakan aku memberi laluan kpd mereka. Hahah. Bodoh. Nampak kat org masing2 mintak masuk awal nanti tau la. Nasib tak berlaku.

Sekali lama la pulak, hampir sejam mereka di dalam, ape kejadahnya ntah, keluar2 saja bersungguh-sungguh masing2 minta maaf dgn aku dan berterima kasih kepadaku, dan aku pulak belum pun mereka keluar semuanya aku dah meluru ingin masuk ke dalam, tau plak aku tak sabar kan? haha, cakap pandai!! Mcm monyet, sebelum tu aku ada suruh adik aku pegi beli telur, 4biji jek, in case kalau kali ni kena makan telur lagi. Aku suh cari yg kecik2, kerana pengalaman lalu mengajar aku yg mkn telur bersama kulit itu sgt tidak sedap, huhu. Sampai giliran aku mcm biasalah, acara membelah dan menyusun semula tulang dilakukan, dan telur diperlukan lagi utk proses penyembuhan, mmg sangkaan aku tepat. Tp disoal kenapa 4? dia patut ganjil, "oooo mcm tuuu" jawap aku sambil memoncong, kerana yg sesi sebelum ini pd mggu2 sudah mmg 5biji tp pecah sebiji. Jd aku sangka berapa2 jumlahnya pun tak kesah la.

Sekembalinya ke rumah telur itu tidak terus aku rebus, aku biarkan dahulu di dalam bilik dan pada hari ini setelah pulang rakan-rakan kerja ku dari beraya di rumahku yg terdiri dari Bai,Kecik,Kecik2,Wak,Mat Yie, Amat dan rakan wak,dan juga setelah semalaman telur itu berada didalam bilik aku baru aku usulkan pada adik aku agar dihulurkan pada ayahku yg ketika itu berada di dapur untuk merebusnya, jam menunjukkan pukul 2330 pada ketika itu, waktu utk semua org tido dan aku lupa yg ayahku merebus telur itu dan aku cuma menyedari tentang acara perebusan itu setelah terbau hangit, arghhh, sangkaan aku sebentar tadi menjadi realiti. Sebelum terbau hangit aku sedang berbual lucu menerusi YM bersama rakan cyberku. Dan aku ada suarakan kebimbangan aku pasal telur rebusan itu, samaada ayahku memadamkan api atau tidak. Dan selang beberapa ketika aku terbau hangit, aku plak sangkakan menda mistik, lalu aku bertanya kepada rakan cyberku itu, "aku ada terbau hangit la" dia balas "telo ko terbakar kot?" aku sangka dia melucah, aku gelak sambil mengharamkan beliau, tp gelakan aku terhenti, aku mula terpikir pasal telur ayam tu. Yaaa..telur itu, bergegas aku keluar dari bilik meluru ke dapur bersama tongkat hikmatku...

Uuuuu...hangus sudah telur2ku,dan jam menunjukkan jam 0100,hampir 2jam berada diatas api, mmg la hangussssssss. Adakah ini balasan dari kepoyoan aku semasa pergi berubat tempohari? Ataukah utk menguji kesabaran aku? Nyata dan jelas aku sedikit kecewa kerana kejadian tersebut, sampai aku meluru ke depan mengejut ayahku dan bertanyakan beliau kenapa tak bgtahu aku yg dia rebus telur tu dan tinggal. Hmm, ma ku tersedar, dan mula berkicau, urghh, tindakanku yg sgt salah. Kenapa aku berbuat begitu, ampunkan anakandamu ini ayah. Selamat malam semua, walaupun telah pun masuk waktu imsak bagi kawasan keningau dan tenom Sabah. huhu, aku sedih malam ini, tp tak tau kenapa, keliru. Gambar telur aku yg hangus itu, maksud aku telur ayam itu akan aku tampal dalam kadar segera, pasal lappy ni takde bluetooth.. Ingatlah Sabar itu sebahagian dari Iman, tak sabar nanti diakhirat kena selar!





ko tgk laaa..aku nak makan bahagian yg mana..mcm kulit je yg tggal utk dimakan..tanak ah..

10 September 2009

Kulit Jadi Tulang Isi Jadi Daging


Salam.
Semalam aku p berubat lagi kat Kuala Sg. Baru,Melaka,kali ni aku pegi ngan kawan kerja aku,dia amik mc utk acara ni,dan acara kami bermula seawal jam 6pg,huhu.Aku cita ngan kawan aku ni mas 1st aku pegi lagi,dia ni ada sakit ‘cakera tergelincir’ atau selalu org kampong cakap,’Slip Disc’,dia sakit dah lama,sampai dah tak bole nak buat keja berat dah,dok je la opis kalau dtg keja buat keja2 yg org lain tak buat,haha.

Ok,dah nampak ape aku nak citer?ok dah,selesai… Eh,hehe,ada lagi,ni aku nak cakap la kawan aku ni excited la bila aku cakap ada lagi alternative nak buat bg elok tulang belakang dia tu,pasal ape, last resort utk kecelakaan dia tu adalah pembedahan memasukkan besi ke dalam tulang belakangnya, jd tak best la kan besi sikit2 jek,nak buat biar sampai jadi Robocop la ,wakakaka, kerasss.

Aku satu hal, aku tau pada bulan puasa tempat pengobatan Rawatan Islam Alternatif tu bukak siang jek, malam takde, itupun sampai pukul 1700 jek, jd pemikiran okus mcm aku ni igt,kalau buat siang je mestila dari pagi kan?, dan oleh kerana kadar pesakit yg selalu2nya ramai, makanya kami mengambik keputusan utk pegi awal gila la,supaya bole menjadi yg pertama. Itu yg lepas subuh terus gerak tu.

Tp sampai2 je kitorg kat tempat tu, eh lupa, aku igt aku nak drive, pasal saya yakin betul saya kunci lirik ini, tp oleh kerana membawa org maka dia je la yg bawak, buatnya terkrem kaki aku tiba2 kelam kabut nak pijak brek pkai kaki kiri, huhu. So sampai2 je tgk takde org lagi, senyumm, aku suh member aku ni p tulis nama, nah amik kau, dah ada 10 nama sebelum tu dah,mcm haram. Masa bila plak la manusia2 ni p letak nama kat papan putih tu.Tp xpe, kerana pikir mesti org lain tak sampai lagi masa pengamal perubatan tu sampai, kitorg pun lepak la tggu dpn umah tu dari jam 0740.

Jam dah pukul 1000, dah abis airliur berbual ngan member aku tu, rupa org yg bertanggungjawab tak jugak muncul2,aishh,ada ke takde ni, xpe, sabar dulu, ujian bulan posa. Satg dalam 1030 mcm dtg sorg pakcik berjiran ngan umah tu, dia pun tya ‘buat ape kat sini, lama sgt plak acik tgk, dari acik g keja tadi sampai acik balik keja korg ada kat sini. Korg nak berubat eh? Ko tau tak kalau bulan posa dia start pukul berapa? Lepas zohor nanti baru start ko tau!’ naaaa…berdentingtang jatuh terlentang, aku dah abis masa kat situ dekat 3jam acik ni baru nak bgtau, Gaban..

Acik tu nak ajak lepak umah,tp xde org katanya kat umah,so dia cadangkan p la lepak kat pantai pengkalan balak dulu, aku pun menurut la perintah, p lepak kat pantai sampai member aku ni lena la tido bawah pondok tepi laut tu, aku jugak yg terkebil2. Dalam pukul 1250 kitorg gerak pegi, berdoala konon takde org lagi masa kita sampai tu, sekali amik kau, sampai2 je dah penuh dah keta depan umah tu, hahaharam,terus bergegas kitorg parking n naik umah, tgk dah org no.3 dah pun,padahal jam baru nak pukul 0100,belum masuk zohor pun lagi, ai ni pukul berapa start ni, dah macam kena getah plak rasanya. Ah takpe, lantak, no aku pun 11,12, jd berdoa je la bole potong q org2 yg tak dtg lagi, haha.

( tu,kawan aku..sejam lebih dia tido macam tu,lena betul)


(keindahan pantai pengkalan balak..hmm?)

Masuk dalam terus buat2 mesra ngan pesakit yg sedang menunggu giliran, borak2 lebih kurang, gelak2 paksa lebih kurang, pastu nah, amik kau, ada org potong q plak, org no.2 dgn no.3 dah sudah, jd tiap kali sudah, org berkenaan akan padam nama dia sendiri, so dah ada tempat kosong la kat situ kan? Tetiba plak tgh2 tggu tu dah ada org isi nama baru, masalahnya, empunya nama tak kuar pun lagi dari bilik rawatan tu, betul2 hindu la, kebetulan plak yg buat pangai tu mmg hindu, so keluar je org no.3, berlari masuk hindu yg baru tulis nama kat no.3 tu, ha’ah elok,main pusing2 kat situ je la ye, yg no.4 dan seterusnya ni agak2 taun bila bole masuk.

Memandangkan bulan posa,kitorg biarkan jek, malas nak layan, tau plak cari tuhan Allah bila sakit, pastu heboh dok sembah ntah kehapa2 tu, akai ada ka? Dalam dok bermonolog2 tu, kebetulan abg yg aku borak2 tadi tu no.4 , dan kebetulan yg sgt2 betul plak, dia ada tulis nama kawan kat no.5, dan kawan dia tak jd dtg, hahahahah. Makanya, aku ngan member aku dah cop duluuu,haha, dari no.11 lompat no.5, dam dam dam dadada..ko tgk berkat org sabar bulan posa, tp nak kena posa la. Ini posa malas pastu nak harapkan keajaiban berlaku, kelakar la awak ni.

Perghh, menangis nak abiskan ni, panjang nak mampos karangan aku arini, hahahah, lantak, sape suh baca, tp kalau nak dptkan iktibar dan pengisian yg berfaedah, bacalah, tak rugi..hahah, celah manaaa? Dah masuk2 dalam tu,biasa la, buat aku pya dulu, kali ni dia belah lutut aku pastu masukkan ape menda ntah sambil tekan kepala lutut aku, tp nampak gaya dari tindak tanduk beliau mcm sedang memasukkan wayar dan mengalirkan sesuatu ke dalam, ntah, mana nampak ape pun. Dah selesai lutut dia pegi kat peha, kali ni dia kata dia akan masukkan sesuat yg meluruskan tulang peha aku tu, dan dia akan masukkan sikit lagi pangkal tulang peha yg kat punggung tu. Gasak la nak buat ape pun.

Aku ada bawak telur kali ni, pasal masa dtg aritu dia ada kata nak tampal tulang aku, jd dia akan guna telur, so beliau amik telur yg aku bawak and bacakan ape ntah, aku bawak 5, kejap lagi masa kawan aku basuh kat dapur sebelum tu, ntah mcmana dia basuh bole pecah kat tgn, gila sental, haha. Takpelah asalnya pun dia suh bawak 3 jek,saje beli lebih, abis, gila kau p kedai cakap nak beli telo 3bijik, kan ke lawak tu, dulu2 masa student bole la, megi sepeket, telo sebijik pastu mintak ehsan bawang putih seulas yg dah relai dari labu tu. Gila kenangan.

Hah,berbalik pada citer telor tu, lepas dia dah baca ape suma tu, dia pun bungkus balik bagi kat aku, aku budget dari ari dia kata nak buat kaedah penampalan tu gini, dia amik telur tu pastu dia lalu2kan kat peha aku, n then telur tu masuk dalam dan mengerumini tulang aku, kira mistik abis la, abis dah mistik kan, so ‘belanjawan’ aku gitu la sikit lebih kurang, maklumlah, org jahil, huhu. Rupa-rupanya, dia cakap, “Telur ni bawak balik dan rebus, makan sebijik sehari, MAKAN DGN KULIT-KULIT”. Hoh?!.. aku telan airliur, mak ai, ni lawak jenis ape gini, ye laa, aku mana la pernah nak dgr org makan telur ngan kulit ni, biawak pun bedal isi telur ayam je,kulit tinggal. Dalam aku dok pelik2 tu dia pun bersuara lagi, “takpe, makan je, takde hal, yg kulit telur ni akan jadi tulang dan isi telur tu akan jadi daging”..oooo..itu penerangannya.Dan lepas berbuka semalam, aku bedal sebijik telur rebus bersama-sama kulitnya, rasanya tak berapa enak ok, dah macam ko kopek telur rebus, pastu opolop pocet telur tu jatuh atas pasir laut, pastu ko amik, ko makan dgn pasir2 laut tu, gitu la rasanya. Letih aku ngunyah, takut lekat kulit telur, hahahah.

Dah ah, sekian saja dunia mistik kali ini, berjumpa lagi kita di lain kemasukan, mungkin lepas raya kitorg pegi lagi, tak tau la plak ape menda yg akan diperlakukan pada hamba ini..uuuu..auw..aku nak sambung tido, takde keja nak buat dah ni…salam mesra salam lebaran. Dam damdamdam dadada


nah, amik kau,ngan kulit2 aku kunyah..huhu..cuba la woi,protein byk tu

18 Ogos 2009

Jgn biarkan Diri Anda Diselubungi Misteriiii...

hahaha..angker tak tajuk kali ni?hehe..citer dia takde la angker mana pun..tp bole la nak buat budak2 penakut takut...kalau dah penakut..ape2 citer pun bole jadi menakutkan kat diorg tu..huhu..aku sebenanrnya nak update blog ni,tp semggu ni aku tak bole nak masuk langsung blogspot,ntah apsal ntah..jadi citer2 yg lepas tu terpaksa la aku kenselkan...bole plak?!padahal takde citer ape pun..hahah...tp kali ni pya entry aku nak citerkan pengalaman aku yg baru je semalam aku kutip masa pegi berubat kat kuala sg.baru melaka..begini citer dia...krik krik krik..(bunyik cengkerik)

Semalam..dalam pukul 2015 mcm tu,aku tgh ralit layan citer korea kat lappy aku ni..ayah aku masuk,dia bitau abg sedara aku..abg fadzil nak ajak p berubat kat kg.sungai baru..aku pun terus bergegas la siap2..pasal aku mmg menginginkan peluang gini..pasal aritu dah mcm nak jadi..tp aritu tempat yg kitorg nak g tu pack..appointment penuh gila..so yg kali ni..abg sedara aku tu dah pegi ptg tu lagi utk p book nombor utk kitorg..yg dia ni pun mmg nak p sana pasal ligamen dia ada masalah..so bila dah letak nama tu kurang2 rasa secure la sikit..so dalam pukul 2025 mcm tu abg sedara aku ni sampai..bersama2 ngan dia tu ada sorg lagi yg follow,sekali penolong ocpd daerah pd la..lantak..aku bukan kenal..bapak aku kenal la..so berangkat la kami..yg aku ni plak dah macam sesumpah nak buleh naik atas keta tu..kejap kang pusing belah kiri keta,pastu kanan keta..asst.ocpd tu pya cdgan la..padahal aku yg sakit ni..suka aku la ikut mana aku nak naik pun..haha..lantak..so bila dah naik,kitorg pun jalan la..

Sampai stesen minyak beli air mineral,nak buat air tawar kata abg sedara aku tu..aku budget,kuala sg.baru ni kat area jambatan kuala linggi tu jek..kira lepas pasir panjang sikit mcm tu..tp aku silap..tempat yg aku nak g ni,lepas pengkalan balak,lepas dari ALAM lg,kira dah masuk melaka la..aku igt dekat2 anak jek..yg kaki aku plak sedang elok tak buat pasal malam tu,kalau tak,aku duduk lama sikit je mula la rasa peha tu macam nak terbengkok,mungkin pasal duk atas kusyen kot..ooo...oren..dekat 2133 kitorg sampai kawasan tujuan..mak ibammm..ramai gila org..abg sedara aku turun p survey dalam umah tu kot no giliran dah sampai ke ape..hmm..yg belah siang tu punya bahagian pun tak setel lagik..amboih..lama gila..aku no 15 ni,utk segmen malam..kalau dah siang tak settle lagik,agak2 bila plak aku pya giliran?..hmm,takpe..kita g ngeteh dulu kat pantai pengkalan balak,kitorg pun lepak la minum2 bual2 katak berempat ni..kebyakan masa bisu,pasal yg join suma tu bukan kaki bercakap sgt,abg sedara aku je la selalu bukak topik pun..aku plak sebuk dok adjust kaki..sengal dok atas kusi plastik tu..rasa mcm nak baring jek..hahah..gilo..

Bila dah sejam lepak,kitorg pun p la balik tempat tu,sampai2 org makin ramai..ahlamak..tak bole jadi,abg aku turun p tgk keadaan no berapa yg sedang dirawat,tgk2 baru no.4 utk yg segmen malam pya,purata pesakit yg bole dirawat 6org sejam,jadi nak dekat 2jam la nak tggu ni?hah bole laa..jam masa tu dah pukul 2230,lagi 2jam maknanya pukul 0000++ la..aku plak masa tu la nak terkencing,puas nahan mikir skali camne nak kasi lega..tgk ada botol mineral,tp isipadu botol tu 350ml jek..buatnya masa tu aku terkencin 1/2liter,tak ke haru?takpe..tahan dulu,sejam berlalu..pergh..tak bole handle ni..nak kena buang jgk..aku amik botol tu acukan betul2 pastu lepas,perghh..budget kuar slow2,sekali macam paip bomba la..menggelesat aku emergency shutdown bladder valve aku,dah meleleh2..hahah,jijik2..dah..aku stop,tutup botol tu sorok,kot terminum kang payah..haha..kena batu karang pun batu karang laa..kang tak memasal banjir keta org kang..

Haa..akhirnya masa yg ditggu telah tiba..kitorg pun kuar la dari keta,dekat dua jam dalam keta kaki pun naik kebas,dgn ekon sejuk macam hapenya,aku meluru ngan tongkat hikmat aku ke umah tu,aiseh,ada masalah..nak masuk umah tu ada tangga laa..yaaperdaaa..aku dah pening,takpe..nasib baik masa kat spital aritu ada tgk tv kesihatan dia..dia ada ajar macamana nak pakai tongkat..aku naik tangga pakai sebelah tongkat jek..sebelah lagi pegang handrail tu..berjayaaa..dan aku meluru masuk bilik air dulu..alahaii..masalah lagi..bilik air ada bendul..nasib la ada bapak aku tukang pegang tongkat..nak kena bergayut tu nak masuk bilik air tu..utk org mcm aku la,kalau dah normal p bergayut tu monyet namanya..nak turun pun masalah gak..tak bole pakai tongkat,kena bergayut jgk..sudahnya pnjg jgk tgn aku karang..aku igt dah sampai turn laa..rupanya tidakkk..ada lagi org rupanya..tp org dah ramai takde ni..no aku yg ke-15,pesakit malam tu ada dalam 30,ai..mana yg lain?waaa..ini tak lain ni potong q ni..sekali mmg tepat sangkaan aku..yg no 30 dah masuk dulu..main kotor betull..abg aku dah siap bertekak ngan sorg mamat tu..dia no 29 tp berebut nak masuk dulu,siap kata tukar dgn brader no 11 lagi la ape la itu la..lantak ko..masuk la ko lahanatt..sudahnya..kitorg antara yg last..ko tau masa tu dah pukul berapa?dah pukul 0300 ko tau takkkk...yg ayah aku lak dah tersengguk2..kang nak p kantin plak pukul 0500 tu..mmg sedang elok..sian plak aku..aku takpe la..sakit,tido la pepuas nanti kat umah..then giliran kitorg pun sampaii..

Aku masuk sekali ngan abg sedara aku ngan asst.ocpd,ayah aku duk luar..aku suh tido..masuk2 brader yg mengubat org ni dah tersenyum tgk aku atas bawah..dia geleng pala..aku duduk atas kerusi jek dalam bilik tu..dia dtg kat aku..dia ketuk2 kaki aku pakai belakang tapak tgn dia..haaa..tang ni la misteri diaa...aku ada bawak xray..konon nak bg tgk la..tp tak sempat bg tgk..dia dah tau dah kaki aku patah kat mana,patah macamana,besi aku dah terbengkok sikit,otot kat punggung aku koyak,,semua la..dah macam earth bender plak aku tgk dia ni..main ketuk2 jek..pastu dia pun cakap..hmm,tulang yg bawah ni lambat sikit nak baik ni..pasal dia dah jauh sgt,tulang aku patah 3,pastu tergolek plak dalam bilik air,besi yg memegang tulang tu dah terbengkok..so dia pun cakap..kita bedah batin la skang ni,kita luruskan sikit besi tu dan masukkan tulang tu sikit..haaa..masa ni kalau korg ada,korg tau la gaya brader ni dah macam saintis,dgn gaya mcm bukak laptop dia,pastu amik radas2 clamp aku pya peha,ikat,potong,tekan2,pastu bukak balik clamp tu,dah macam lakonan mime tu ko tau tak?tp gaya dia mmg macam dia tgh pegang sumthing,tp kita tak nampak..perghh..aku plak tak rasa ape,n lepas dia bedah tu,kaki aku terus rasa ok sikit,daging peha aku dah tak keras mana n aku dah bole bengkok byk sikit..

Settle je aku pya,asst.ocpd tu plak..belum abis citer lagi,brader tu dah tunjuk no.2 guna jari dia..baru la aku tau..dia nak bitau yg jantung tuan tu ada 2 tempat tersumbat..dia suh tuan tu baring,hah,lagi sekali mistik..kali ni bedah jantung la plak..dia clamp bahu tuan tu konon2nya,n then masukkan sumthing ke dalam dada tuan tu,n then dah,dia bukak clamp tu balik..arini tuan tu ada appointment kat ijn..utk tgk jantung dia tu pya tahap sumbat camne..pasal nak kena bypass dah org tua tu..so ni ikhtiar dia la ni utk mengelakkan bypass tu..tak tau ape citer..nanti kita tau la lepas aku jumpa tuan tu balik..aku pun nak kena p balik ni..tulang aku tu dia kata nak kena tampal pakai telur..pasal ternganga jauh sgt tulang tu katanya..ini suma mistik..tawakal pada Allah je la..ikhtiar dgn org ni n then kita tawakal ngan Allah..baru la menjadi kan??ini percaya bulat2 pada kuasa selain Allah,tak ke jatuh syirik kita tu?nauzubillah..mintak simpang..ok semua..panjang sgt citer kali ni..naik lenguh pinggang aku posing nak menaip kali ni..hahaha..salammm..salsabillaaaaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails