~ Awas! Jgn Biar Mental Anda Dihimpit Tekanan ~ Kerana Hidup Tak Mungkin Seperti Yang Kita Harapkan. Tetapkan Iman Kuatkan Pegangan Tunggu Sahaja Nikmat Yang Datang.InsyaAllah
Kempen Semasa
10 April 2010
Ape?! Jangan Putus Asa?? Yelahh
02 Februari 2010
Masa Untuk Bertukar..hiyarkhh
Secara rasminya jadual waktu tidur aku bertukar hari ini, semalam aku balik rumah awal dari biasa, jam 0200 aku dah ada dalam bilik, bajet lepas selesai itu ini urusan dunia akhirat segala nak masuk alam sebelah terus la, tapi mata sangat segar, jam 0400++ jugak la aku boleh pejam mata, itupun setelah puas mengumpan mata dengan bahan bacaan 'Kiamat sudah dekat'. Nanti aku senang aku kongsi dengan korang apa yang aku dah baca tu, lagi best tunggu aku ada modal lebih sikit, aku beli buku tu banyak-banyak, aku pos je kat korang suruh baca sendiri. Tak sedar-sedar jugak lepas tu memang nak kena gerudi la hati kau tu. Lepas tu apa kena mengena buku tu dengan jadual waktu aku? nak tau ke? cuba klik kat 'saya memang kecoh sikit'
27 November 2009
Si Tempang yang Sibuk, katenye
Amboi mak aih, kemain sibuk betul aku minggu ni, tak padan ngan kepatahan kaki, tunggu nak patah tangan plak kot baru reti nak duduk diam-diam kat rumah tengok tv . Dari sehari ke sehari aku nak mengemaskinikan blog yg sudah hampir dihurung anai-anai ini, tapi ada sahaje yang dengki. Mata ngantuk lah, kaki sakit lah, tv citer best lah, dan natijahnya inilah dia, wajah kehampaan dari peminat-peminat maya aku setiap kali kembali ke blog aku. Alaa, bagi la aku can untuk berperasaan. Kalau nak tahu kenapa aku sibuk, boleh la klik sini.
14 November 2009
Semalam Di ENSTEk
Wohoo, dah 4bulan aku tak lepak umah sewa aku ni, dah macam kedai potong kereta dah ghoman eh, sampai-sampai je depan pintu pagar, korang akan disambut dengan permandangan persis kedai motor, motor 2nd utk dijual, moto org hantar utk direpair, moto sedia utk ditunggang dan moto tunggu sparepart-baru-bole-jalan. Motor aku takde dalam senarai pasal motor aku sedang berada di wad menjalani rawatan seperti aku, cuma kesiannya motor aku itu, beberapa urat dawainya telah putus dikerjakan oleh seorg pakar Airbus demi utk menghidupkannya dan bergerak seperti biasa tanpa diusung atau ditunda. Terima kasih pakar. haha. Kalau rasa busan nak baca jgn klik sini.
08 November 2009
Jalan Sambil Lalu Ke Melaka (Destinasi Xde Bajet)
Seploh hengget,doploh hengget,3posen, yaa, dgn rm20.30, destinasi xde bajet kali ini akan membawa kita ke negeri..
06 November 2009
Boleh Tahan Tekanan Jugak...
Boleh tahan tekanan jugak nak buat menatang website ni, menda free je pun, tp oleh kerana kadar kelajuan in'fart'net ni 'terlalu' laju, maka ia telah meninggalkan kesan yg negatif pada jiwa aku mata aku. Sakit otak owh nak tggu menda ni loading, kalau lembab macam siput bab1 ok lagi, ini dah la lembab, siap berjaya membuatkan aku istighfar menahan carut , dia bole error plakkk..wahhh.. Ini tidak boleh jadi pak mat, boleh menjanda bini pak mat kalau keadaan terus begini. huhu, takde kaitan, saje je aku nak libatkan pak mat pasal pak mat takde pasal dalam ini pasal.
Kau tengok ape dah jadi, tak pasal2 aku membebel macam org tak de otak, kalau takde otak mati la, haha, bukan takde otak, tak pakai otak, itu yg lebih sesuai. Dah2, merapik jek, terbaca kat org2 yg guna otak tak ke membuang masa diorg mendaalah ni semua. Sebenarnyakan, hehe, nak cakap segan tp kena cakap jgak lah, korang pasan tak dah berapa kali aku ngelat copy paste entry org, hahaha, jadi utk menutup rasa bersalah kerana telah mengabaikan rumah tumpangan aku yg satu ni aku pun mengada-adakan la entry iniiii...tadaa..dah nak masuk perenggan ketiga dah pun ha.
Hah, dah masuk dah..hahahah...hoh, tekanan ke? Rilep arr, sikit je lagik, tekanan yg aku alami lagi teruk kalau nak dibandingkan ngan hukuman membaca entri aku ni. Aku tak reti nak beremosi dalam bentuk perkataan yg tersusun indah setiap bait-baitnya macam pemblogger emo tegar yg ada dipasaran sana. Lagipun kejadah hape korg nak baca luahan emosi berangkap puitis jantan kelepeh mcm aku ni ? Banyak lagi keja lain korg bole buat an? an? an?.. Ok dah, dah siap dah 3 perenggan. Muahahaha, mintak maap la ye pada pembaca2 tegar notice board rumah tumpangan aku ni, kali ni takde iklan yg best. Eh kejap, kongsi sikit, td aku dapat sekotak Big Apple Donut, mentekedarah sambil nonton yaaa nur kasih, haha, Saya Sayang Mak, Ayah, Akak,Adik,Anak buah saya!!. Tataatatata..
26 September 2009
Kuih Tat Kuih Bahulu, wakluuuu
X sangka betul aku, dalam2 ketidakmampuan aku utk bergerak ke sana ke sini utk menyambut hari raya bersama rakan-rakan , rupanya meriah boleh tahan jgk raya aku tahun ni, selalu aku je yg p beraya umah org ni, pasal umah aku jarang nak ada suasana raya sgt, hehe. Seingat aku last sekali kitorg cat pagar adalah pada tahun 2005 ke 2006 ntah, tp mmg lama ah. Disebabkan itu jugalah aku jarang nak ngajak org dtg beraya umah aku. Ngeeee..
Tp tahun ni, kunjungan dari rakan2 sekolah aku mmg tak putus2, kawan yg sejak tadika dtg, yg sejak dari sekolah rendah dtg, yg sejak sekolah menengah dtg, masa poli pun dtg, yg masa keja ni pun dtg jgk. Kat sini aku nak selitkan la sikit gambar2 yg sempat aku snap, pakai npon jek kak cikkk..mano la ghoti den ni nak bolo kamera haa..gmbar pertama ni gambar anak kawan aku, kawan skolah rendah aku ngan skolah menengah, yg bini dia kawan skolah rendah aku, yg laki dia plak kawan sekolah menengah aku, mcmana bole dijojakkasihkan pun aku tak tau la,kdg2 kehidupan yg sebonar pun mcm fesbuk jgk kekadang, kemain ramai mutual friends eh..kenal rapat lak tu, baru la ko nampak yg dunio ni kocikkk yo.kan kan kan?
Pastu gambar ni plak gambar kawan2 sekolah rendah aku ngan skolah menengah aku, ada yg sekolah rendah smpai sekolah menengah sama, ada plak yg masa skolah menengah baru kenal, yg kawan aku ni, dah 13thun aku tak jumpa, last masa kitorg form3, dia pindah maran Pahang.. alih2 bole lak kawan sekolah rendah aku ni still keep in touch ngan dia, so dia pun bawak la mamat ni menziarah aku kat umah, dah la aku tggal sensorg, terkial2 aku nak buat air ngan bertongkat sebelah, kalau rebah, seko pun tak tau aku keras, haha..poyo je bunyik, mamat ni mmg riuh, ala2 chef wan meriah dia tu, tak kira sape dia main sapaaa jek pastu jadi la rapat, org ringan mulut, gitu ah, kawan baik aku jgk la ni masa sekolah tinggi port Dickson, selalu kena buli pasal ke’nyah’an dia tu, tp dtg gila dia reti plak dia p ngorat awek2..bingai..tp kalau tingat dia aku mesti gelak, pasal dia la satu2 manusia tak tau malu yg aku kenal. Hahahah.. besdei dia pun aku ingat lagi, tp besdei aku dia tak igt pun..haha..takpe, janji aku dah jumpa dia balik. Ni gambar penjenayah tu..
Tapi ape2 hal pun,raya ni la paling ramai kawan aku dtg melawat aku, disamping paling ramai dtg bawak anak ngan bawak isi dalam perut ngan bawak pasangan hidup baru. Kelasss memasing, sampaikan yg ala2 chef wan tu pun bawak khabar nak kawin ujung tahun ni laa..hahah..aku tak dapat bayang dia ni bersanding mcmana, mau tidak mau aku kena sehat gak ni menjelang hari bersejarah tu, aku nak amik gambar aku nak canang kat semua kawan sekolah aku, lelaki lembut yg satu ketika dulu korg buli2 korg ayam2kan dah pun menunjukkan kejantanannya..muahahah..tahniah khairul azwan kamarul zaman… wakakak..
28 Jun 2009
~Sepetang Bersama Suku Kaum Lampi~

"yesss...dah tak jauh lagi"..tempik meme,atau nama xberapa nak sebenarnya, Opommeme Badigun seraya berlari menunding jari pada papan tanda berdekatan.Gembira benar tingkah gayanya apabila kenderaan yg dinaikinya berhenti di tepi jalan dan enjin dimatikan,kebas punggung la gamaknya tu,tp kegembiraan beliau tidak lama,hanya utk beberapa kali gulingan tenggiling feymesnya itu sahaja,rakannya,tok cak atau nama tak berapa betul Pramptok Klecak menghampiri meme dan memberitahu meme yg mereka sebenarnya belum tiba ke tempat tujuan sebenar lagi,dgn nada yg agak kecewa meme berkata," abis tok,kejadah hape kita benti kat sini kalau bukan nak p kg ni?,bkn kg ko ke ni tok?",sambil jarinya tak berhenti2 menunding papan tanda 'Kg Dusun Kendong,1000 m',untuk pengetahuan,mereka berdua adalah puak asli yg semakin pupus,iaitu suku kaum Lampi,dan 1000m tu apelah sgt bg mereka utk berjalan kaki,sambil pikul petai 2 bakul pun takde pape la aih..."sonang bai tu" bak kata mereka.Meme masih lagi tak puas ati,dgn nada sedikit keras berbanding sebentar tadi meme bertanya tok lagi,"tok,cakap la sama aku kejadah hape kita benti kat tp jalan ni?aku seronok kot main nganga² mulut makan angin masa tenggiling tu bergerak!".Betul pya marah meme tu,yelah,kawan tu kemain seronok main aaaaum² angin semasa kereta bergerak,tetiba benti plak,kalau betul dah sampai mngkin takde la nak marah² kot,dan lagi satu,mereka memanggil kereta sebagai tenggiling,tak tahu mengapa,mungkin di tempat asal mereka tenggiling boleh ditunggang kot,itu pasal la dia panggil tenggiling jgk kat keta yg diorg naik tu.
Dgn sedikit kegoyangan pada diri tok,tok cuba sehabis daya beliau utk menenangkan meme yg mana di dalam puaknya,meme agak terbilang kerana kemahirannya menemberang,kira beliau ini gemilang terbilang temberang la kiranya dalam koloni beliau.Dengan penuh hati² dan penuh hemah tok selaku calon bertindak untuk jawatan tok batin yg bakal dipertandingkan tidak lama lagi menyusun kata,"begini meme,tenggiling yg kita naik ni dahaga,bekal air dia dah abis,ko tak nampak ke mulut dia dah ternganga tu,dia dah penat tu,kemain kering tekak dia tu,hah ko tgk,siap keluar asap lagi,kan ke jauh dia berlari tadi,dari sepang ke shah alam dari shah alam sampai ke sini,bukan nak potong stim ko main aaum² angin tadi,tp itulah,kot meninggal dia ni meme,mampos tak balik kita ni."ujar tok sambil bercekak pinggang dan memandang ke arah kolam ikan berhampiran.
Mana pulak nak cari air bagi minum kat tenggiling ni,stesen minyak pun tak menunjukkan sebarang tanda yg mereka berada disekitar kawasan itu,mahu tak mahu kolam ikan yg tok pandang tadilah menjadi sumber ilham mereka.Dengan muka yang sgt selamba tenuk dan diri masing² yg agak lincah² majid,mereka menuju ke kolam ikan tersebut dan melakukan sedikit deligasi dgn pemilik kolam.Setelah dihamun sebakul dua deligasi berjaya ditamatkan dan operasi menceduk air kolam dilakukan dgn penuh berhati-hati,takut² tersauk sama ikan yg ada kat dalam kolam tu.Nah,amik kau,air kolam ikan dibagi minum kat tenggiling tu.Mujur la tenggiling ni membedal saje,kalau dia muntahkan balik air yg dituang kat dalam tenggorok dia tu,alamatnya mmg tido semalam la kita kat tepi hutan banat ni.Tenggiling dihidupkan dan tidak menunjukkan sebarang sikap yg kurang menyenangkan,bagus,satu tanda yg sangat sihat,tp yg tak sihatnya plak,tenggiling mula mengeluarkan bau kentut bersama² asap yg bole dikatakan sesuai untuk membantutkan kadar populasi nyamuk aedes secara khususnya dan kadar ketulenan oksigen yg disedut manusia sekeliling secara amnya.Sangat² memberansangkan dan juga membangangkan pemandu dan penumpang.Tetapi ape yg penting,(bukan kerjasama),kami semua selamat sampai ke tempat permentekedarahan,walaupun agak tergelincir dari jadual kami berjaya juga menunjukkan rupa tak reti malu kami.Terima kasih tuan rumah kerana sudi menjamu selera kami yg agak rakus ini.Kelihatan di dalam gambar,Meme bersama rakan nyumpitnya Tok Cak tersengih riang bila ternampak lensa kamera diacukan pada mereka.Agak fotogedik mereka ini.
