~ Awas! Jgn Biar Mental Anda Dihimpit Tekanan ~ Kerana Hidup Tak Mungkin Seperti Yang Kita Harapkan. Tetapkan Iman Kuatkan Pegangan Tunggu Sahaja Nikmat Yang Datang.InsyaAllah
Kempen Semasa
14 September 2010
Syawal 1431H
Tahun ni aku bertakbir malam raya kat dalam restroom workshop tempat keja aku je, depan tv to be more specific. Setahun aku bercuti, jadi nak mintak cuti raya dah macam segan-segan la plak ouk?. Padahal memang tiap-tiap tahun pun aku tak pernah apply cuti raya, sama la ngan si jagung tu, raya tahun lepas aku kurang pasti plak dia tu bercuti ke tak, pasal aku cuti, sekali ngan cuti sakit.
Tahun lepas aku dapat beraya satu umah je dalam bulan raya tu, tahun ni aku rasa rekod meningkat sikit la kot, pasal dah mampu nak bergerak lincah, selincah majid. Siapa majid, usah di tanya, aku tak kenal. Pagi raya aritu aku sempat solat sunat aidilfitri kat PD, balik keja pukul 7 pg tu terus aku berembat balik PD, lepas solat, sesi mintak ampun cum sesi kena paw, (ke korang mintak ampun dulu baru pegi masjid?) aku acara ni setahun sekali jek, wahah, dan tahun ini jugak 1st aku cium pipi orangtua aku, apahal keras ati sangat dulu pun aku tak tau la.
Pastu tido kejap, petang lari p keja balik, macam biasa, majlis makan-makan juadah raya pasti ada, masing-masing bawak juadah terboik dari umah masing-masing. Bagi yang kedek, masa nilah nak melantak macam orang puasa tak buka2, segala jenis lemang dari seluruh pelusuk negeri sampai, segala jenis rendang binatang terhidang, berjenis-jenis air direka demi melengkapkan acara, mau tak gembira. ye dak? Tengah malam sikit, macam tahun-tahun sebelum, kompeni akan merasuah pekerja-pekerja yang tak boleh/reti cuti raya dgn juadah yang hanya dijumpai pada hari raya yang dah dipacking cantik2 buh dalam kotak kek. Rasa dia jangan tanya.
Hari Sabtu plak, untuk pertama kalinya aku kembali beraksi di atas motor untuk perjalanan jauh, aku sebat pinjam motor kawasaki ninja 250 kawan umah aku yang dipajakkan pada sesiapa yang tinggal kat umah raya tu. Boleh tahan jugak perginya, sekali dengan nak menguji tahap keberanian lagi la ni, nampaknya masih berada di tahap yang memberansangkan, takde rasa trauma ke fobia ke apelagi kejadah namanya tu, yang takut2 kalau lepas eksiden tu..hahah. Terbaik.
Hari-hari kerja macam biasa, tapi memang macam biasalah, masuk je keja memang masa luang takde sangat dah, cuti kadang-kadang masa pertukaran shift siang ke malam tu je, kalau nak cuti lebih-lebih memang nak kena amik cuti la. Nasib la aku dah puas bercuti. Setahun der. haha. Di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari raya yg betul-betul senonoh pada setiap orang yang membaca blog comot aku ni. Kullu sanah wa antum bil khair.
" Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin buat Semua, Terkasar bahasa, terkurang hajer, Termencarut tak sengaje, terjanji manis, termungkir janji, terkelepet duit, terkelentong selepuk due, harap-harap diampunkan, perangai manusia ni tak bole dijangka, arini baik esok dah jahat, jadi mintak maap skali la untuk yg akan datang ye. Pukal org tgk AF kata. Raya orang kata sebulan, ada open house roger-roger la der"
Salam Keputat.
09 September 2010
11 Oktober 2009
1st open house utk aku thn ini
Semalam, aku akhirnya merasa jugak beraya kat umah org walaupun ianya adalah jenis rumah terbuka, tiada interaksi secara langsung dengan tuan rumah, tp acara makan tetap berlansung dgn meriahnya. Utk bg korg gambaran, Sate 4000cucuk, rendang itik, rendang ayam, soto, nasi kerabu, nasi dagang, nasi himpit, nasi paprik..eh tak, ko igt kedai makan semua nak kena ada. tp yg menganjurkannya mmg pengusaha pemakanan pun, segala jenis menda yg melibatkan makanan dia buat. Aku nak jemput kawan2 semua pasal ibubapa aku terlibat secara langsung dalam rumah terbuka ni, kira tumpang2 kawan la buat rumah terbuka ni, tp apakan daya, Port Dickson kini sesak dgn org luar-yg-bkn-bole-ngundi-pun-sebuk-jek-bikin-semak-menyusahkan-tuan-umah-nak-keluar-masuk-umah-sendiri..sudahnya org p.d sendiri tak dapat nak menghadiri rumah terbuka kami ini, jadi kehadiran tetamu sedikit hambar ah, makanan? hmm tapau la ape lagik.
07 Oktober 2009
TCA
04 Oktober 2009
Ouchh..(uuu..sungguh gay)
- Anda tidak boleh berlari apatah lagi menari-nari tarian pandet ketika menggunakannya.
- Anda tidak bole memanjat bukit yg curam atau jungle trekking ketika menggunakannya.
- Anda tidak kelihatan cool ketika mengorat kwn2 gadis adik anda yg dtg beraya ke rumah.
- Anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam,terutamanya bas.ikal.
- Anda tidak boleh nak poyo2 pegi tgk wayang pasal kebanyakan pawagam bertangga dan gelap,sila cuba kalau anda sudah tidak ingin hidup lagi.
30 September 2009
Grilled Eggs..Woooaa.
Sudah hmpir 2mggu kita beraya, tp gayanya mcm takde sape lagi puas beraya,masih lagi ramai yg bertandang tak kira masa,apekejadahnya ini semua, hoho, berlagu plak, sila jgn marah aku, aku terpengaruh dgn gaya blog org, sori. Terlalu lama bertandang di blog org sehingga blog sendiri terabai bersawang. Sebenarnya bukan pasal raya yg aku nak cerita, tp pasal aku yg pergi berubat lagi, kali ni aku pergi bertiga, aku kawan aku yg aritu dgn adik aku yg kedua bongsu.
Kejadian berlaku 2hari lepas bersamaan 28hb Sept 2009, sehari sebelum itu, aku telah pun mengekori adik aku yg kedua bongsu ini ke Lendu Alor Gajah utk menghantar besi2 buruk adikku yg ketiga bongsu iaitu abg kepada adik aku yg kedua bongsu itu, ahh..abaikan kalau tak paham, tiada siapa yg kesah kalau kau paham sekalipun, semasa ke lendu, laluan yg digunakan adalah sama utk ke kuala sg.baru tersebut, jadi aku mengekor pasal nak tgk tempat tu la, kalau bukak aku singgah terus berubat, kalau takde aku booking nama utk esok. Maka ditakdirkan tempat itu masih lagi tutup selepas pulang menghantar barang lusuh adikku yg ke-4 itu, maka aku suruh la supir aku mampir ke tepi dan menulis nama di papan putih utk temujanji siang esok dan juga pada malam hari esok, utk sessi siang, aku berada di tangga ke-7,dan pada sessi malam,aku berada pada tangga teratas carta. yeayyy..akhirnya..
Maka harinya tiba, rakanku menalipon hendak dtg beraya, aku pun ckp la kat dia yg aku nak g berubat malam nanti, klu nak dtg,dtg awal la sikit, tetiba dia suruh ajak dia sekali p berubat tu, aku pun cakap ok, aku nak gerak lepas maghrib, jam 6 tidak berapa tepat Israk pun sampai(rakanku tadi), bual2 katak lebih kurang, masuk waktu magrib, selesai berbuka puasa dan segala kewajipan aku bergegas ke Melaka bersama supir, setibanya di tempat kejadian, pintu rumah baru sahaja dibuka dan semua manusia meluru masuk ke dalam, hebat sungguh pemasaaan aku, terboikk..tp..ku sangkakan naik2 terus giliranku, dah la sebelum tu aku 'ter'berlagak poyo ngan tuan pya rumah yg pacuan aku di parkirkan, "bang tumpang sekejap eh,sekejap je,lagipun saya org pertama ni." haha..terpoyo sekejap dgn brader tu. Sori bro
Rupa2nya, yg bahagian siang tu tak sudah lagi nak giliran2 mereka..hohoh, ada lagi 3 nama yg tak setel, haishh. Takpelah, sabar je la, tggu pya tggu dtg satu keluarga, bising2 pasal tak puas ati pasal org siang amik sessi malam, siap suh dtg esok siang je la kalau siang td tak selesai, ewahh. Aku yg tangga teratas pun tak berbunyi ape kau plak yg bising2, dalam dia bising2 tu ada seorg lelaki separuh abad terus meluru masuk bilik sambil berkata 3minit jek kepada keluarga pesakit yg sepatutnya giliran mereka, waah, lg la tambah panas keadaan, yg kuarga bising2 tadi plak bole pegi mengutarakan pandangan kepada aku, "mcm ni untung la, org lain pun nak cepat jugak kan?" aku yg mcm blur2 dgn tindakan beliau berkata "ntah, saya tak kesah plak, sabar je la,bukan nak kejar ape pun". Masing2 terdiam. Aku gelak dalam hati, puas menjatuhkan pihak yg bising2!
Sekali langkah aku tadi ditongkah oleh mereka, "adik, tolong bg kami dulu boleh tak? abg ni tak bole duduk lama la, perut dia sakit, kita dtg dari jauh ni, dari melaka", tooott, kejadahnya?!! ,bukan yg korg skrg ni kat melaka ke? aku pun balas "tu la, saya dekat je dari port dickson, xpelah, masuk la kak!"..tp yg aku jem tu, acik tu bole lak jawap balik, "ooo, Port Dicksonnn je, dekat la, kejap je ye dik, kitorg ni pengiring jek". Ha'ah mcm la aku tak tau, dah la masuk beramai2 air berbotol-botol lg nak kencing. Aku pun cakap "alang-alang dah masuk tu scan la sorg2, bukan senang nak masuk awal2 ni!!". Tp tak tau di mana silapnya semua kata-kata aku itu tidak dirasakan ape2 oleh kuarga bising2 td. Maka menunggu la lagi aku diluar bersama Israk yg dah mula mengomel tidak puas ati dgn tindakan aku memberi laluan kpd mereka. Hahah. Bodoh. Nampak kat org masing2 mintak masuk awal nanti tau la. Nasib tak berlaku.
Sekali lama la pulak, hampir sejam mereka di dalam, ape kejadahnya ntah, keluar2 saja bersungguh-sungguh masing2 minta maaf dgn aku dan berterima kasih kepadaku, dan aku pulak belum pun mereka keluar semuanya aku dah meluru ingin masuk ke dalam, tau plak aku tak sabar kan? haha, cakap pandai!! Mcm monyet, sebelum tu aku ada suruh adik aku pegi beli telur, 4biji jek, in case kalau kali ni kena makan telur lagi. Aku suh cari yg kecik2, kerana pengalaman lalu mengajar aku yg mkn telur bersama kulit itu sgt tidak sedap, huhu. Sampai giliran aku mcm biasalah, acara membelah dan menyusun semula tulang dilakukan, dan telur diperlukan lagi utk proses penyembuhan, mmg sangkaan aku tepat. Tp disoal kenapa 4? dia patut ganjil, "oooo mcm tuuu" jawap aku sambil memoncong, kerana yg sesi sebelum ini pd mggu2 sudah mmg 5biji tp pecah sebiji. Jd aku sangka berapa2 jumlahnya pun tak kesah la.
Sekembalinya ke rumah telur itu tidak terus aku rebus, aku biarkan dahulu di dalam bilik dan pada hari ini setelah pulang rakan-rakan kerja ku dari beraya di rumahku yg terdiri dari Bai,Kecik,Kecik2,Wak,Mat Yie, Amat dan rakan wak,dan juga setelah semalaman telur itu berada didalam bilik aku baru aku usulkan pada adik aku agar dihulurkan pada ayahku yg ketika itu berada di dapur untuk merebusnya, jam menunjukkan pukul 2330 pada ketika itu, waktu utk semua org tido dan aku lupa yg ayahku merebus telur itu dan aku cuma menyedari tentang acara perebusan itu setelah terbau hangit, arghhh, sangkaan aku sebentar tadi menjadi realiti. Sebelum terbau hangit aku sedang berbual lucu menerusi YM bersama rakan cyberku. Dan aku ada suarakan kebimbangan aku pasal telur rebusan itu, samaada ayahku memadamkan api atau tidak. Dan selang beberapa ketika aku terbau hangit, aku plak sangkakan menda mistik, lalu aku bertanya kepada rakan cyberku itu, "aku ada terbau hangit la" dia balas "telo ko terbakar kot?" aku sangka dia melucah, aku gelak sambil mengharamkan beliau, tp gelakan aku terhenti, aku mula terpikir pasal telur ayam tu. Yaaa..telur itu, bergegas aku keluar dari bilik meluru ke dapur bersama tongkat hikmatku...
Uuuuu...hangus sudah telur2ku,dan jam menunjukkan jam 0100,hampir 2jam berada diatas api, mmg la hangussssssss. Adakah ini balasan dari kepoyoan aku semasa pergi berubat tempohari? Ataukah utk menguji kesabaran aku? Nyata dan jelas aku sedikit kecewa kerana kejadian tersebut, sampai aku meluru ke depan mengejut ayahku dan bertanyakan beliau kenapa tak bgtahu aku yg dia rebus telur tu dan tinggal. Hmm, ma ku tersedar, dan mula berkicau, urghh, tindakanku yg sgt salah. Kenapa aku berbuat begitu, ampunkan anakandamu ini ayah. Selamat malam semua, walaupun telah pun masuk waktu imsak bagi kawasan keningau dan tenom Sabah. huhu, aku sedih malam ini, tp tak tau kenapa, keliru. Gambar telur aku yg hangus itu, maksud aku telur ayam itu akan aku tampal dalam kadar segera, pasal lappy ni takde bluetooth.. Ingatlah Sabar itu sebahagian dari Iman, tak sabar nanti diakhirat kena selar!
26 September 2009
Kuih Tat Kuih Bahulu, wakluuuu
X sangka betul aku, dalam2 ketidakmampuan aku utk bergerak ke sana ke sini utk menyambut hari raya bersama rakan-rakan , rupanya meriah boleh tahan jgk raya aku tahun ni, selalu aku je yg p beraya umah org ni, pasal umah aku jarang nak ada suasana raya sgt, hehe. Seingat aku last sekali kitorg cat pagar adalah pada tahun 2005 ke 2006 ntah, tp mmg lama ah. Disebabkan itu jugalah aku jarang nak ngajak org dtg beraya umah aku. Ngeeee..
Tp tahun ni, kunjungan dari rakan2 sekolah aku mmg tak putus2, kawan yg sejak tadika dtg, yg sejak dari sekolah rendah dtg, yg sejak sekolah menengah dtg, masa poli pun dtg, yg masa keja ni pun dtg jgk. Kat sini aku nak selitkan la sikit gambar2 yg sempat aku snap, pakai npon jek kak cikkk..mano la ghoti den ni nak bolo kamera haa..gmbar pertama ni gambar anak kawan aku, kawan skolah rendah aku ngan skolah menengah, yg bini dia kawan skolah rendah aku, yg laki dia plak kawan sekolah menengah aku, mcmana bole dijojakkasihkan pun aku tak tau la,kdg2 kehidupan yg sebonar pun mcm fesbuk jgk kekadang, kemain ramai mutual friends eh..kenal rapat lak tu, baru la ko nampak yg dunio ni kocikkk yo.kan kan kan?
Pastu gambar ni plak gambar kawan2 sekolah rendah aku ngan skolah menengah aku, ada yg sekolah rendah smpai sekolah menengah sama, ada plak yg masa skolah menengah baru kenal, yg kawan aku ni, dah 13thun aku tak jumpa, last masa kitorg form3, dia pindah maran Pahang.. alih2 bole lak kawan sekolah rendah aku ni still keep in touch ngan dia, so dia pun bawak la mamat ni menziarah aku kat umah, dah la aku tggal sensorg, terkial2 aku nak buat air ngan bertongkat sebelah, kalau rebah, seko pun tak tau aku keras, haha..poyo je bunyik, mamat ni mmg riuh, ala2 chef wan meriah dia tu, tak kira sape dia main sapaaa jek pastu jadi la rapat, org ringan mulut, gitu ah, kawan baik aku jgk la ni masa sekolah tinggi port Dickson, selalu kena buli pasal ke’nyah’an dia tu, tp dtg gila dia reti plak dia p ngorat awek2..bingai..tp kalau tingat dia aku mesti gelak, pasal dia la satu2 manusia tak tau malu yg aku kenal. Hahahah.. besdei dia pun aku ingat lagi, tp besdei aku dia tak igt pun..haha..takpe, janji aku dah jumpa dia balik. Ni gambar penjenayah tu..
Tapi ape2 hal pun,raya ni la paling ramai kawan aku dtg melawat aku, disamping paling ramai dtg bawak anak ngan bawak isi dalam perut ngan bawak pasangan hidup baru. Kelasss memasing, sampaikan yg ala2 chef wan tu pun bawak khabar nak kawin ujung tahun ni laa..hahah..aku tak dapat bayang dia ni bersanding mcmana, mau tidak mau aku kena sehat gak ni menjelang hari bersejarah tu, aku nak amik gambar aku nak canang kat semua kawan sekolah aku, lelaki lembut yg satu ketika dulu korg buli2 korg ayam2kan dah pun menunjukkan kejantanannya..muahahah..tahniah khairul azwan kamarul zaman… wakakak..
21 September 2009
1 Syawal
(masa ni aku dah ubah saff aku dah,dari depan pintu ke depan tv...muahaha,tgk spontan pg2 raya)
Pastu, dlm pukul 1000 camtu diorg pun balik, selalunya ada sesi bergambar, tp ntah, mcm takde mood nak bergamba plak masing2, aku je yg mcm beriye, tp takpela, tahun lepas kan dah amik gambar, lgpun sama je pesen baju masing2, wakakakaka. Yg vongoknya, tahun ni takde sesi mintak ampun, hahah, dah la nak salam ngan ibubapa ni kemain payah memasing. Itu la yg aku pasan, seseko bukan kata aku jek, mmg masing2 payah gila nak salam cium tgn mak bapak tu. Kadang terpanggil la nak jadikan tabiat kan, tp takut mcm buang tebiat plak pasal jenis setahun sekali salam mintak ampun ape suma pastu tetiba lak nak p mana salam nak kuar salam jd risau la kan,hikhik. Bukan derhaka, tp, ntah.
Ni masa tahun 2007..songkok aku tak jumpa..pastu mana aku?tuu yg paling mantap bergaya kat tgh2..mak oii..aku sendiri tak percaya dgn penyamaran itu..hahah
Hah yg ni tahun lepas..haa ye lah..pasal dah ada ciktudungmerah sekali dalam gambar kuarga aku,walaupun dia tak pernah pakai tudung merah.Sebelah aku, adik aku farhan
Jadi lengkaplah 3tahun aku bersama baju melayu pusaka bapak aku..hahah
19 September 2009
2 biji 1hari, Selepas Makan..
(Abaikan tajuk)
Haha, akhirnya, suara aku telah didengari oleh segulungan manusia yg kadang prihatin dan kadang2nya pula muka sardine. Akhirnya malam tadi sesudah Isya’ aku telah pun dibawa pusing2 satu pekan Port Dickson utk mencari kedai gunting rambut, dan seperti yg telah dijangkakan, kebanyakan kedai gunting nana tutup pada ari Jumaat, mujur terjumpa satu kedai gunting nana kat Seaview, maka bermula la makeover aku pada malam ini. Hahaha , oleh kerana ini 1st time aku kat kedai gunting yg ini, jadi penyampaian dia agak berbeza dari tempat2 yg sebelumnya, dan komunikasi aku pun dah mcm komunis yg kasi, mcm ayam ngan lembu lebih kurang, kiranya ape yg aku inginkan tidak dapat di convey oleh the barber sepenuhnya. Dan ini adalah hasilnya..huhuh
14 September 2009
Minal aidil Wal faizin
Huhu..raya dah dekat,aku plak masih belum bole beraksi selincah majid,ape agak eh rupa raya aku tahun ni kan? Selalu2 raya aku tak sambut mana,aku sambut kat tmpat keja aku jek,hahaha. Sampai dpt call suh pegi Petronas Mesra beli peta la, yg aku plak bole jadi bangang tya peta apa, ‘Peta jalan balik kampong ko la tangganggg..’, hamik kau. Hahaha je la aku mampu pun, abis, masa tu masih lagi nampak yg public holiday itu masa utk buat duit, jadi segala jenis public kitorg rembat. Pastu, masyuknya ada la dalam 3jam jek, duit beb, bg la seguni pun, mcm air kalau dah pegi kat tempat yg salah. Huhu
Sejak aku pindah keja kat KLIA ni, setiap kali raya aku mesti tak cuti,aku hanya akan mengambil cuti pada raya ke-3 dan seterusnya, tp solat sunat raya tu aku pastikan aku ada kat kg la, maklumla, berapa minit sgt la Sepang – Port Dickson tu, pernah sekali tu malam raya aku masih lagi bertugas, dan sedar2 dah pukul 0700, menggelupur mandi kat tempat keja gak, pastu bergegas balik kg., smpai2 ngam2 diorg tgh bersiap2 nak p masjid, terus masuk dalam umah, sarung baju melayu bapak aku yg ntah tahun bila pya raya ntah, past uterus menjadi supir membawa sekeluarga ke Masjid.
Pastu tahun lepas pun sama gak, tp yg ni sehari sebelum raya la balik,kira malam raya ada kat umah dah, pun sama gak tema baju raya aku, baju yg aku sarung tahun sebelum tu, hahah.. 3thn berturut-turut sesah baju bapak aku jek, aku mana pernah ada baju raya dah lepas dah besar2 gini, mak aku beriye la suh p buat baju raya ape suma, jgn harap la nak p buat. Ntahkehape2 pangai, tp yg tahun lepas ni, lepas2 balik masjid tu, terus bergegas p keja, dekat pukul 10 aku sampai tmpat keja, well, ari raya..rilep2 sudaaa, rasuahkan ngan nasik hempet, rendang ayam kejadah semua, xjadi bising terus mulut2 yg nak berbunyi tu.
Tapi itu semua dulu, masa aku tgh sehat,hihi.. dah ‘ter’ cacat mcm ni baru nak pikir raya ni nak pakai ape la nak beli ape la, kenapa? Haha..pasal ko cuti byk sgt?? Wakakak.. padan muka ngan muka,kaki badan semua2 ko, skang ni ko nak pakai selipar jepun pun tak payah, ko duduk je dalam umah tgk sarkas, kalau takde sarkas, ko tgk la ape2 yg ada kat ASTRongak tu. Jadi pada yg masih sehat dan segar tubuh badan itu, pulanglah berhari raya, kopak pun apa la sgttt, kang ko klepet la balik sampul duit raya adik2 anak2 buah korang..hahah.. terasa nak berpantun plak aku ni. Dengar yeee
Menjeling-menjeling ku ditendang,
Lagi sikit nak masuk longkang,
Mentang-mentang kaki aku tempang,
Sampai ati ko bawak lari rendang.
Salam lebaran selembar kasih, buat rakan2 di South Circular Rd, Dublin 8, Ireland, dan juga kekasih hati yg berada ntah di mana.. Sambutlah lebaran kali ini tanpa kanda disisi. Aichehhhh..wak luu..hahahah.. byk main betul ko ni. Shelamat Hariey Raiya Mahaf Dzahir dan Batien.
