Kempen Semasa

Kempen Semasa
Memaparkan catatan dengan label Muhasabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhasabah. Papar semua catatan

03 September 2011

Surah Al-Ikhlas

Keberkatan surah al-ikhlas


Ketika Memulakan Kerja


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,   seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.



Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul..
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat..

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota

             
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
…Wallahu a'lam

ﻢﻼﺳﻭ

08 April 2011

Jangan bermain dengan Api.

Bermain-main dengan dosa maknanya kita sudah mula bermain-main dengan api.
Dalam kata-kata yang lain, kelekaan membuat dosa akhirnya akan membuatkan si pelakunya dicampak ke dalam API NERAKA yang menyala-nyala.
Selalu sangat sewaktu kanak-kanak dulu kita dingatkan “jangan bermain api! kecil menjadi kawan, besar ia bertukar menjadi lawan.”
Begitulah tamsilan dosa. Dosa-dosa kecil yang tidak dirasakan apa-apa akan semakin membesar dan bakal mengundang kemurkaan ALLAH.
Kalau demikian, marilah kita padamkan dosa-dosa kita sebagaimana kita berusaha memadamkan api.
Sebagaimana kita bimbang dan takut andai api membakar seluruh rumah dan harta benda kita maka takut dan bimbanglah saat api neraka akan mula membaham tubuh-tubuh manusia yang berdosa.
Bagaimana mahu memadam dosa silam?

1. Bertaubat dan beristighfarlah kepada Allah sebagaimana yang diteladani Rasulullah SAW. Inilah jalan paling utama untuk memadam kepanasan dosa-dosa kita yang bertimbun itu. Setiap masa dan ketika hendaklah dipenuhi dengan memohon keampunan Allah. Pohonkan juga keampunan untuk kedua ibubapa yang dikasihi, guru-guru tercinta, keluarga tersayang dan sekelian muslimin dan muslimin, tak kira di mana sahaja mereka berada, yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Firman Allah SWT: “Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Furq: 70).
Rasulullah s.a.w. bersabda “Siapa yang ingin buku amalannya itu mengembirakannya, hendaklah ia membanyakkan istigfar” (Riwayat Baihaqi dari Zubir). 

2. Ikuti dan susulilah setiap kejahatan dan dosa yang kita lakukan dengan melakukan kebaikan dan ketaatan sebagaimana yang diwasiatkan oleh Nabi SAW.
Sabda Nabi SAW maksudnya:“Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Termizi dan Ahmad)

3. Sentiasalah bersedeqah. Jadikan ia amalan harian kita. Ya, walaupun berderma RM 1.00 sehari, tetapi berterusan. Walaupun bersedekah dengan sebelah isi buah kurma. Semuga Allah memadamkan dosa-dosa kita dengan berkat sedeqah.
Daripada ‘Adiy ibn Hatim Radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
Sabda Nabi SAW: “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

4. Tekuni dan peliharalah solat fardhu lima waktu sehari semalam. Usahakanlah untuk melakukannya secara berjamaah di masjid atau surau.
Setiap kali masuk waktu solat Saaidina Abu Bakar r.a. berkata: “Berdirilah dan padamkanlah api yang kalian nyalakan itu!”
Apakah yang tersirat di dalam nasihat Khalifatur Rasul itu?

Maksudnya ialah, laksanakanlah solat untuk menghapuskan segala dosa-dosa yang dapat menyebabkan masukanya seseorang ke dalam api neraka.
Itulah yang terkandung di dalam firman Allah SWT :
وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ طَرَفَىِ ٱلنَّہَارِ وَزُلَفً۬ا مِّنَ ٱلَّيۡلِ‌ۚ إِنَّ ٱلۡحَسَنَـٰتِ يُذۡهِبۡنَ ٱلسَّيِّـَٔاتِ‌ۚ 
ذَٲلِكَ ذِكۡرَىٰ لِلذَّٲكِرِينَ
“Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.” (Surah Hud ayat 114)

30 November 2010

Silaturrahim

 Rasulullah s.a.w. bersabda : "Siapa yang ingin rezekinya dilapangkan Allah atau ingin usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia selalu menghubungkan silaturrahim". (Sahih Muslim)


aku nak mintak maaf kat semua-semua yang rasa aku macam dah nak transform jadi tanggang, insyaAllah aku cuba utk tidak menyibukkan lagi diri ni ngan dunia sgt. Waktu senang sebelum susah, waktu kaya sebelum miskin, waktu sehat sebelum sakit, waktu lapang sebelum sempit, waktu hidup sebelum MATI.


Sedekah-sedekah la Al-Fatihah utk aku sama, jangan la kemut sangat neh..bukan kena bayar pun..ok?..


Salam Silaturrahim.

21 November 2010

Kongsi-kongsi mana yang patut.

Salam,
Alang-alang dah lama tak update ni, 
aku update menda yang bermanfaat sikit la eh,
macam biasa, 
kopipes dari email,

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. 
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.Bukan begitu.. Tetapi 
ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah 
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya : 

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah. 


Keterangan:


Yang dimaksudkan dengan 
mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1 
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. 
Lisan wanita 
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, 
hatta suami pun kena sumpah. 
Contoh 2 
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi 
bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami. 

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham suami'. Rasulullah SAW berkata,"
Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: 
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah 
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW 
: "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAWmenganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. 
Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita" 
c. 
Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.

Sedekah juga termasuk:

1. 
Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril a.s setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. 
Memberi salam.

3. 
Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : "Nak buat baik, sangatlah mudah, Manis kan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang. 

" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

02 September 2010

Malas teman kegagalan..kalau rajin bacalah.. :)

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...   

LELAKI 

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala 
dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang 
belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 

BERATKAN? 

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia 
tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, 
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. 
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
 BERATKAN?? 

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. 
Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan 
pendapatan isteri tanpa izin ini. 

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. 

Kalau nak dibayangkan beratnya  dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.
 Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. 
Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah  SWT. 
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 

WANITA : 

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. 
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. 
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. 

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 


Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. 
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. 
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 

Benda yang mahal harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. 
Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?
 Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya .
 Bukankah ibu  adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya

dan tidak perlu diserahkan kepada  suaminya , manakala 
lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, 
tetapi  setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, 
malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini,
 dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. 
Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4   wanita :   
1. ibunya 
, 
2. isterinya 
, 
3.anak perempuannya 
,   dan 
4. saudara perempuannya. 


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini : 
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya 
. 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya
cukup dengan 4 syarat sahaja: 
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3.  taat  suaminya dan
4. menjaga kehormatannya 
. 


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya 

serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan
turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... 


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki 
,
 tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, 
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. .
supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. 

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, 
dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, 
seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, 
sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah 

dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi
saksi terhadap dirinya sendiri, 
walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri " 

10 Ogos 2010

Kemasukan Pertama Julung-Julung

Salam,

Tajuk macam berkait dengan isu haiwan kan? Tapi ternyata tiada penglibatan seekor binatang pun, waima seekor lalat, lipas mungkin akan di sebut penglibatannya sekali dua dalam kemasukan kali ini tetapi masih bukan watak utama. Ah, cerita banyak tak guna mari kita teruskan penerangan tentang kejadah apakah tajuk berkenaan dengan entry ini.

  Sejak aku melaporkan diri ke pangkuan majikan semula, ini adalah julung-julung kalinya aku dapat mengemaskini blog aku. Aku pun tak tahu nak bagi alasan ape, sibukkah?, tidak berkesempatan sangatkah? Namun apa yang pasti, sesibuk atau selapang mana pun anda, kelancaran isyarat internet memainkan peranan yang sangat utama dalam acara begini, dan boleh aku katakan kelepuan aku berkait rapat dengan masalah tersebut selain memang masalah aku yang agak pemalas.

 Niat hati ingin cuba bersiaran dari tempat majikan, tapi sayang, talian kat sana macam shilake. Masa aku senang tiada kerja yang aku mahu sentuh, talian macam shilake, masa aku buat-buat sibuk mengadap komputer pun, talian tetap begitu jugak, abis macamana? Dah la 3/4 hidup aku sehari-hari dihabiskan kat tempat majikan aku yang lokasinya terasing dari kepesatan pembangunan sosial. Nak ponteng lari dari kerja pun masing-masing berfikir 3 4 kali, selain memikirkan ketidakberkatan pendapatan, kebosanan mengadap muka kawan-kawan sekerja yang asyik bercerita cerita yang sama hari-hari pun di ambil kira jugak.

  Makanya, inilah yang terjadi, blog terabai tanpa belaian kasih seorang lelaki gagah dan berani bertulang besi berlutut dawai. Kasihan wanita-wanita yang dahagakan perkembangan terkini lelaki itu, nasib baik ada talian yang boleh tahan mantap dirumah sewa,dapatlah juga nak meninjau-ninjau laman orang walaupun tiada kesempatan untuk berblog, dan aku tak tahu dah bila lagi aku dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan usrahku di Pusat Pembangunan Jiwa Pokok Cili dan Kawalan Racun Serangga atau ringkasannya KS itu. Maaf sahabat-sahabatku, akan ku cuba untuk mencuri sebanyak masa yang mungkin, dengar khabarnya Sheikh pusat tersebut sedang uzur sekarang, sedih hati ini mendengarkannya. InsyaAllah ada kelapangan akan aku cuba untuk mengikhtiarkan sesuatu. Bersabar ya Sheikh. Sesungguhnya pokok cili yang sedang lebat berbuah itu patah dan keuzuran tuan ada hikmahnya.

  Masa sudah tamat, jadual masa senggang sebelum kembali ke premis majikan terlalu padat dengan jadual menyedut darah pesakit. Dalam masa seminggu ini sudah berapa ramai darahnya aku sedut, semoga mereka beroleh kesembuhan yang total dan sentiasa di bawah lindungan rahmatNya. Ameen. Buat saudari SZ, semoga perjalanan anda lancar dan terhindar dari sebarang masalah. Selamat kembali ke tanahair. Konichiwaaa. Mata e mashoo. Oh lupa. Marhaban Ya Ramadhan, mana yang tidak mungkin mengalami menstruasi itu berpuasalah ya.


Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara yaitu masa muda sebelum tua, sehat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati
(HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi)



Salam Ramadhan

01 Julai 2010

Test Drive

Salam,

Kali ini kita bercerita perihal diri pulak, dah 2 entry iklan je kan, walaupun iklan tak berkesan pada rakyat tempatan yang berada di Malaysia sendiri, namun sekurang-kurangnya mendapat perhatian rakyat Malaysia yang terbuang. haha.. Jangan marah cik pingu dan ustazah seimura..nanti toksin bertambah. Buat informasi anda berdua, jumlah pos laju ke negara-negara anda diami sungguh mahal, bisa membuat anda berpuasa seminggu dan seterusnya kadar toksin akan berkurangan dengan automatiknya. Puasa je lah, balik Malaysia nanti baru try, amacam? beras keluaran bernas tak idea guwe?. Kejap, adakah anda menyangkakan rm20 termasuk penghantaran itu melibatkan negara-negara anda diami? oh tidakkk..bakal keguguran rambut-rambutku yang ada ini kalau sedemikian  keadaannya. Ok cukup.

29 Jun 2010 bersamaan dengan hari Selasa, aku telah memandu uji kaki baru ke tempat kerja, konon-konon nak 'ushar line' apa kerja yang sesuai dengan kemampuan diri, tapi ternyata hampeh, duduk melepet depan pc memfesbuk dan membaringkan diri di sofa bilik rehat je kerja yang paling berat boleh aku buat. Yang lain-lain aku mampu lihat dari jauh je. Tak boleh jadi ni, kaki tak cukup gagah untuk menghulu-hilirkan badan ke kapal-kapal untuk memantau apa-apa tugas yang ada. Oleh kerana cuti sakit masih berbaki lagi 2 minggu, jadi ada baiknya aku bersenam di rumah sewa dengan menuruni dan menaiki tangga, mana tahu dalam masa seminggu kaki aku kembali berketul macam dolu-dolu. wahah. Bersenam la sangat.

Permintaan untuk perkhidmatan bekam oleh rakan-rakan sekerja juga sudah diterima, ramai betul yang 'kong', itulah, kerja dah macam tak reti nak bercuti, semua sapu, tak kira cuti apa, semua disebatnya, sudahnya badan terbarai. Sorang-sorang terlantar sekarang ni, dan natijahnya, kekurangan kakitangan yang fit to work. Itupun ada jugak yang ada hati menggasak lebihmasa waktu hari rehat, agungkan sangat RM tu. Baru je hari Isnin kelmarin orang berkongsi pengalaman hidup dengan aku. Dia seorang karkun tabligh, dia kata,

"bahagia tu bukan kat banyaknya duit kita, kalau duit banyak pun tapi keluarga terbarai tak guna jugak, tiada doa dari anak-anak soleh untuk kita lepas mati nanti."

Ini aku dah terjemah maksud ayat dalam bahasa Melayu, masa dia berbual dengan aku dia cakap bahasa 'amareka' a.k.a kelantan.

Banyak betul tugas kita yang tak selesai lagi, kita selalu lupa yang janji Allah itu benar dan tepat dan kita masih lagi menagih janji dari manusia. Tapi ramai antara kita tak nampak lagi, ataupun dah nampak, tapi saja buat-buat keras hati taknak ambil peduli. Pastu bak kata seorang sheikh ni pulak,

"ko jangan ingat ko dah ada keja selesa, keja dengan kerajaan apa semua hidup ko dah terjamin, takde de, menda-menda ni semua nothing la, bila-bila masa boleh jadi menda yang tak dijangka.", ujar beliau sambil memasang rokok gudang garam nusantara. (ayat dia ni aku reka lain,mana nak ingat damak seketul-seketul, aku bukan perawi).

Sudahlah, panjang pulak aku melalut. Tengah takde keja nak buat ni rajin plak aku nak berblog, sambil-sambil tu konon-kononnya entry terakhir bulan Jun la kiranya. Banyak entry aku nak buat berkaitan bulan 6 ni, tapi takpelah, tunda bulan Julai. Tajuk dia 'Memperingati Bulan Jun', amcam? Boleh?

Salam Bahagia

25 Jun 2010

Ini kisah sedih ok. Jangan nak gelak sangat.

 Salam, 
   as usual, i'm copy-pasting an email, today is wednesday, wednesday is english day, (wednesday      abah kau)..hahaha. who talking in bm pay 10sen per word.


      While a man was polishing his new car,
      his 4 years old son picked up a stone
      and scratched lines on the side of the car.

      In anger, the man took the child's hand
      and hit it many times not realizing
      he was using a wrench.

      At the hospital, the child lost all his fingers
      due to multiple fractures.

      When the child saw his father.....
      with painful eyes he asked, 'Dad when will my fingers grow back?'
      The man was so hurt and speechless;
      he went back to his car and kicked it a lot of times.

      Devastated by his own actions......
      sitting in front of that car he looked at the scratches;
      the child had written 'LOVE YOU DAD'.
      The next day that man committed suicide. . .

      Anger and Love have no limits;
      choose the latter to have a beautiful, lovely
      life & remember this:
      Things are to be used and people are to be loved.
      The problem in today's world is
      that people are used while things are loved.

      Let's try always to keep this thought in mind:
      Things are to be used,
      People are to be loved.

      Watch your thoughts; they become words.
      Watch your words; they become actions.
      Watch your actions; they become habits.
      Watch your habits; they become character;
      Watch your character; it becomes your destiny.

      I'm glad a friend forwarded this to me as a reminder..
      I hope you have a good day no matter what problems you may face 

20 Mei 2010

Pesanan Penaja

Salam,

Unta pun kadang-kadang letih juga dok berjalan jauh-jauh, bercerita pasal unta, ini ada suatu kisah dari hadis yang aku nak kongsikan bersama korang. Duduk diam-diam, baca sampai habis, lembutkan hati tu sikit. Jangan dok alpa sangat ngan dunia ni. Ayuh.

 Diceritakan daripada Simak,
"Suatu hari Nu'man bin Basyir menyampaikan khutbah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,
' Sesungguhnya Allah sangat gembira menerima taubat hamba-Nya tatkala ia bertaubat, melebihi dari kegembiraan sesorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir kemudian haiwan yang dia tunggangi itu lari meninggalkannya. Sedangkan di atas haiwan tunggangan tersebut terdapat makanan dan minuman miliknya. Kemudian ia berputus asa untuk menemui kembali haiwan dan bekalannya itu.

Lalu ia berteduh di bawah pohon sambil berbaring kerana ia benar-benar putus asa untuk berjumpa kembali dengan haiwan itu. Tiba-tiba sahaja ia tertidur.
Kemudian ketika ia bangun daripada tidurnya, ia mencari lagi untanya dengan berjalan kaki. Namun dia tidak menjumpainya. Kemudian ia berjalan lagi namun gagal menemuinya. Lalu dia mencarinya untuk kali ketiga tetapi masih gagal.

Tiba-tiba sahaja apabila ia sampai di tempat asal ia tertidur sebelum itu, di luar dugaan lelaki tersebut, tatkala ia duduktermenung, tiba-tiba haiwan yang dicarinya itu muncul lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian ia segera memegang tali tambatannya.

Dan sesungguhnya Allah s.w.t. jauh lebih gembira dengan taubat seseorang daripada musafir yang menemui kembali untanya di padang pasir.'" (riwayat al-Bukhari & Muslim)

Begitulah sedikit renungan untuk kita yang sentiasa berdosa ini, semoga sama-sama beroleh manfaat dari kisah ini.
Kisah ini pun aku cilok dari buku Ustaz Zahazan Mohamed, '101 kisah dan pengajaran daripada al-Quran, al-hadis & hayatus Sahabah' terbitan Telaga Biru.

Dari baca buku ntahapehape tu ada baik jugak korang dapatkan buku ini dan jadikan ianya sebagai bedtime stories korang.

02 Mei 2010

Sakitnya Mati itu....

AsSalamualaikum,
Kali ini ada secebis bingkisan hasil dari salin dan tampal yang diambil dari email panjangan dari seorang sahabat bernama Lukut...



Sakaratul Maut

"
Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat mencabut  roh orang-orang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu seksa neraka yang membakar."(nescaya kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal {8} : 50).

"
Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu  dapat melihat di waktu orang-orang yang zalim(berada) dalam saat sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata), "Keluarkanlah rohmu !"
Pada hari ini kamu dibalas dengan seksaan yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan kerana kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya". (Qs. Al- An'am : 93).

Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa 
bergantung pada amal perbuatan seseorang, jika orang yang akan meninggal dunia itu seorang yang durhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut rohnya secara kasar.

Sebaliknya, 
jika seseorang yang beramal soleh, cara mencabutnya adalah dengan lemah lembut dan dengan hati-hati. Namun begitu, terpisahnya nyawa dari jasad tetap teramat menyakitkan.

"
Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul  pedang".
(H.R. Ibnu Abu Dunya).

Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat
 mengerjakan solat sampai puluhan raka'at dalam sehari semalam dan selalu berzikir didalam kesibukannya sehari-hari.

Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke
 langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail. Maka bermohonlah ia kepada Allah Swt agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia.
All
ah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu ke rumah Nabi Idris.

"
Assalamu'alaikum, yaa Nabi Allah". Salam Malaikat Izrail,  

"Wa'alaikum salam wa rahmatullah". Jawab Nabi Idris a.s. Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail.

Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan
 ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya "menghadap". Allah sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja.

Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan
 "tamunya" itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan.
"
Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita" pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s).
"
Subhanallah, (Maha Suci Allah)" kata Nabi Idris a.s.
"
Kenapa ?" Malaikat Izrail pura-pura terkejut.
"
Buah-buahan ini bukan milik kita". Ungkap Nabi Idris a.s.
Kemudian Beliau berkata:"Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram".

Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya
 yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau berfikir tentang tetamu yang belum dikenalnya itu.
Siapakah gerangannya ? fikir Nabi Idris a.s.

"Siapakah engkau sebenarnya ?" tanya Nabi Idris a.s.
"
Aku Malaikat Izrail". Jawab Malaikat Izrail.
Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar
 tak berdaya.
"
Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?" selidik Nabi Idris a.s serius.
"
Tidak" Senyum Malaikat Izrail penuh hormat.
"Atas izin Allah, aku sekadar berziarah kepadamu". Jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris 
termanggu-manggu, beberapa lama kemudian beliau hanya terdiam.
"Aku punya keinginan kepadamu". Tutur Nabi Idris a.s 
"
Apa itu ? katakanlah !". Jawab Malaikat Izrail.
"
Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang.Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambahrasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku". Pinta Nabi Idris a.s.
"
Tanpa seizin Allah, aku tak dapat melakukannya", tolak Malaikat Izrail.

Pada saat itu pula All
ah SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s. Dengan izin Allah Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s.

Malaikat Izrail menangis, memohonlah kepada Allah SWT agar
 menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengabulkan permohonannya. Setelah dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali.
"
Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?" Tanya Malaikat Izrail.
"
Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup dilapah kulitnya". Jawab Nabi Idris a.s.
"Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu". Kata Malaikat Izrail.

MasyaAllah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi
 Idris a.s.Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita ?
Siapakah kita untuk menghadapinya ?

*Tentu sekali kita pernah merasai sakit atau kesakitan seperti sakit gigi, terluka, sakit kepala atau sakit perut yang memulas-mulas. Tak tertahan rasa menahan sakitnya. cuba kita berfikir sejenak, sakit serupa itu pun kita masih tidak sampai mati. Bagaimanakah agaknya yang dikatakan sakit mati itu?
subhanallah…


"sebarkanlah walau hanya satu ayat"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails