Kempen Semasa

Kempen Semasa

27 Mei 2010

Last Checkpoint

Salam,

Wahaha, akhirnya dah nak tamat dah blogathon ni, bila dah abis nanti mesti la dapat hadiah kan? huhu..siape nak bagi? haha. Bercakap pasal hadiah siape nak bagi, ini aku ada satu cerita nak habaq p kat hangpa semua. Siang tadi, tengah seronok berguling-berguling anak jiran sebelah ketuk pintu ikut belakang, rupanya nak bagi kotak poslaju, wah, aku pulak tetiba rasa berbunga, padahal memang sedia maklum ni memang takde order apa-apa. Jadi kejadah hape menda itu semua? Kita lihat kotak dia jom. Smart, tak macam kotak dari seberang tu, huhu.



Nah, smart kan? aku dah kata.. Rm2 plak tu, maksimum 2kg, memang 'saya mesti pilih' kalau camni.

Dalam tercongak-congak siapa punya apa semua, aku pun ambil belek-belek nama penerima, cis! adik aku punya, orang tu salah hantar, kadang-kadang kalau sampai posmen dah kenal kita pun payah jugak, dia tengok nama je, tak reti-reti dah nak baca alamat sepatutnya dihantar tu sebetulnya di mana. Aku terus call adik aku, dia menyumpah, "apsal plak sampai kat sana, aku letak alamat kantin kot?"
aku jawap, "mana la aku tahu, dah dia hantar kat umah, wei, aku bukak eh?"
dia tempik "ko jangan nak cemas, ada yang kena pijak kang! ko tunggu jap g aku datang ,aku kat kedai baie ni (maknanya ada dekat-dekat area rumah aku je)". Korang tengok, adik-adik sekarang tak reti hormat abang-abang langsung. Haha.
Itulah aku cakap, susah jugak bila posmen dah kenal, apa-apahal terus ke rumah je, bayangkan kalau polis kenal, mahkamah kenal, bank kenal, tak senang hidup ko aku cakap, apa-apahal datang rumah je. Tak pakai dah surat-surat ni.

 Berpandukan dari slip yg ada kat atas kotak tu, barangan diinsurankan didalam kotak itu berjumlah Rm700, hah??!, aku goncang-goncang, ape menda yg rm700nya kalau dah berat lagi kotak ding dang ni. Aku tak puas ati, rasa gatal tangan nak bukak, tapi takut pijak punya pasal, aku dah la tak berupaya sekarang ni, adik aku tu pulak adalah laki kepada ciktudungmerah, jadi korang  kena sedia maklum ajelah, dia punya ugutan tu harus aku ambil serius.  Aku pun tunggu la dia datang semata-mata nak di bukak kotak tu, aku tanya apemenda yang mahal sampai rm700 ni, dia cakap 'ni ha, tengok,tengok, nak tengok sangat'
Ekeleh, 'kulitkulit katak' je pun, mahal kemain, berat lagi beg duit plastik lukut tu. haha (lukut tak suka pakai wallet, dia bubuh segala kad duit ape suma dalam name tag holder tu je, kesian kawan aku, nanti aku nak buatkan dia uncang satu). Ini gambar 'kulitkulit katak' tu, harga nak dekat seriban bungkus pakai suratkhabar je. Nampak sangat murah. hahahahahahaahah..tp aku tak mampu. Orang tak mampu memang banyak cakap. Hehe




Inilah dia, pelik-pelik aku budak sekarang ni, masuk kubur bukan bole pakai spek mahal-mahal pun.

Salam Bahagia
  

5 ulasan:

sab berkata...

ayat last tu xleh blah. haha.. i like.... :)

"masuk kubur bukan bole pakai spek mahal-mahal pun."

Cik Tudung Merah berkata...

HAHAHAHA.entry ko kali ni memang buat aku gelak guling2 kat skolah cine SUA BETONG ni.hahahahahahahaha...

aka berkata...

lukut tu sape???..kem salam kwn ko tuh..same cam ak la plak..segale harte bende main masuk lam cardholder jerk..

Days berkata...

hehehe..biar la die nak bgaye...kamu pon bleh kalo nak hehe

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

cikpingu: kalau masuk kubur bole pakai spek, org prefer bawak ekon..owh..astaghfirullahaladzim.

intan: apsal ko kena berguling plak..ko dah sehat ke tu? kemain lagi ko gelak..ko gelak tang mana?aku kecut perut ko bole rasa lawak plak.

aka: lukut tu kawan aku, aku pernah buat entry utk dia..yg mata kecik kena flash tu, tak tau ko pasan ke tak, pasal aku hide entry tu lepas kena maki ngan dia..wahaha..maki2 manja je..mcm ko maki aku..setannn..

ticer: bergaya takde salah de,xde pun salahkan dia nak bergaya ke ape, orang kata pelik spek mahal2 ni..tak dapat pahala kot..wahahah

days

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails