Kempen Semasa

Kempen Semasa

18 Mei 2010

Checkpoint 1

Salam,
Hamik kau, 2 hari baru sampai checkpoint pertama..wahah. Begini, minggu sudah, dah sudah pun, pada 09hb Mei 2010, hujan turun dengan lebatnya, dan air longkang telah naik sehingga ke paras bahaya untuk lipan-lipan dan segala menda yang merayap. Aku sendiri nyaris dihanyutkan, mujur katil aku tak muat pintu bilik, kalau tak dah kat mana aku hari ni. Aku membongak je, mustahil air tinggi buku lali anak buah aku boleh menyebabkan aku hanyut.

 Tapi agak cuak la, pasal air naik sangat cepat, aku baru je nak layan tiruk atas katil masa hujan baru mula tu, kejap lagi tidak sempat aku lena, bonda aku buat roll call sambil memungah barang-barang yang berada di atas lantai ke kawasan yang lebih tinggi, (tak atas katil, atas kerusi), dan bagi aku yang perlahan pergerakannya ini sekadar memberi arahan kepada adik-adik aku yang bertindak sebagai pasukan penyelamat mangsa banjir. Selepas dah rasa sedap hati yang semua barang-barang mampujahanamkalaukenaair dah dipindahkan, aku memulakan ritual menolak hujan, beriya-iyalah aku berzikir mengikut panduan agar tidak tersasar yang mana kalau salah buat takut-takut tak jadi.

 Tak boleh jadi, lagi laju air naik, mungkin tak cukup ikhlas dan khusyuk kot, sudahnya sampai terlelap anak buah aku perhati aku dok terkumat-kamit, lebih 2 jam aku duduk tercongok dalam satu posisi kat atas katil ni, dah semua barang humban naik atas katil, duduklah aku menyelit cecelah barang-barang tu, layak dipanggil sampah kot barang-dalam bilik aku ni. Nak buang sayang, nak jual takde siapa nak, padahal tak nampak pun kat mana nilai estetika dia tu, kok bagi orang estet pun dia buat kelengkapan pergi menoreh je kot?.

 Ok ah, ini himpunan gambar masa kejadian, aku ambil guna kamera dslr adik aku, aku tak reti guna pasal dia letak setting ape ntah, penyudahnya dapat ambil gambar luar rumah je, permandangan dalam bilik gelap gelita, aku pasang speedlight haram tak berfungsi..ntah hape jadah ntah. (aku dah 'on' ok speedlight bongok tu) jangan nak tuduh aku bingai tak on power flash tu.


Nampak tak air tu? dah macam sungai Pahang kaler dia.

 Sedang elok belakang umah aku ni Indah Water Konsortium punya tempat kumbahan, kot terkumbah keluar sisa pepejal manusia setempat ni keluar dari bangunan tu, mahu penuh taik bilik aku ni..huhu

untuk gambar-gambar banjir yang lebih seksi sila klik kat link fesbuk adik aku ni,

Limpahan Salam

Psst~ Pada hari kejadian ini aku sepatutnya pergi melawat site ustaz pokok cili bersama lukut, kalau aku pergi, nescaya tongkat aku lekat dalam tanah kat bawah reban kambing tu kan? nasib baik. hahah

2 ulasan:

sab berkata...

semekom.

lama gila x singgah ke sini.

:)

sihat2 selalu! :)

sab berkata...

ala. nape xleh komen kat shoutbox tu? huhu.

haih..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails