Kempen Semasa

Kempen Semasa

19 Mei 2010

Checkpoint 2

 Salam,
  Nampaknya aku memang lembab, baik dari segi pergerakan mahupun dalam acara mengemaskini blog ini, padahal takde apa-apa halangan tu. Padan la ustaz pokok cili marah benar dengan aku, keluar kereta pun kemain lambat, nak buat camne, kaki korang ada dua, kaki aku ada 4. Bercerita pasal kaki, ini aku ada sedikit paparan khas buat orang-orang yang sudi nak membaca blog comot aku ni.

  Ramai yang sedia maklum kot yang aku baru sahaja menjalani pembedahan membuang besi yang mengikat sisi tulang peha aku dan menggantikannya dengan besi yang baru bulan sudah. Yang cerita lepas tak disertakan dengan imej yang boleh anda semua bayangkan keadaannya, sekadar membayangkan besi tu masuk ikut bontot je kan? Tak tahu berapa ramai yang sanggup membayangkan bontot aku tu. haha.

 Alhamdulillah, pembedahan terbaru ini, walaupun macam sakit, tapi kesakitan dia tak macam dulu, yang dulu dah lebih 8bulan pun kaki aku masih sakit kalau berjalan jauh-jauh, tapi yang kali ini, keluar dari dewan bedah pun aku dah bole menggagahkan diri untuk ke bilik air, dan masuk hari ke-2 aku dah boleh mengayuh basikal, tapi masih belum boleh bengkok habis lagi, dan aku tak berani nak eksyen lebih-lebih, takut bengkok lagi. Tapi aku dah pergi berenang kat laut tempohari, boleh terapung lagi, maknanya besi itu tidak mempengaruhi jisim badan aku ketika berada di dalam air. Best.

Ini besi yang telah dikeluarkan, kacak kan besi tu? 8 skru allen key.

Ini bahagian depan dia,mempunyai permukaan licin macam muka ai. hikhik

Nah, ini besi yang telah dimasukkan ke dalam bahagian rongga tulang aku, dalam ok, dah macam perabot aku dikerjakan doktor, dia kata tulang aku dah keras, so nak kena ketuk kuat-kuat.

Nampak tak tulang aku dah macam hape, tulang baru tumbuh banyak, tapi dia membentuk banjaran gunung ganang yang membuatkan tulang aku dah tak hensem, kat area situ la tulang aku membengkok tempohari, tu yang buat kaki aku pendek 2 inci, sekarang tidak lagi, kaki aku dah sama panjang, tapi aku rasa macam ada terpendek sikit, pasal aku ada try berdiri sebelah kaki aritu, konon-konon dah sehat.huhu..

  Semoga aku pulih seperti sediakala dan boleh kembali melakukan aktiviti lebih berfaedah seperti melancong dengan lebih kerap dan pergi ke kelas-kelas yang membina jiwa. hehe, yang melancong tu mungkin aku akan tangguhkan dahulu sehingga selesai impian aku untuk pergi satu tempat ni. Selepas itu baru boleh yabedabadu,  nak pergi lawat cik pingu kat gunung fiji ah nanti, pasal geng-geng dublin pun dah nak kembali ke pangkal jalan dah. haha

Salam Padu

6 ulasan:

aka berkata...

oitt..tunggu ak balik..ak nak pendekkan lg sikit kaki ko tuh..haha..

sab berkata...

aik. tulang boleh mtumbuh 2 gak ke? ooo..lembab skit bab2 biologi ni. hihi.

boleh mandi laut ke dgn keadaan mcm tu? bair betul? wow.


nak g gunung fuji?boleh2. tp panjat2 sorang2 je la ye. xnak panjat dah, penat x ingat. +_+

Days berkata...

ishk ngeri tgk besi2 tu semua.siap ade allen key heheh..eh duduk PD ke? dkt sungguh hehehe

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

aka: ko jangan nak bawak perangai kedenquay ko tu ke malaysia..tinggalkan aje kat tepi jematan edenquay tu..vengong.

cik pingu: hahah..peguam ni, karate tengkuk tu karang..makan calciyumm byk2 sikit..haha

days: dekat macamana tu? dekat dihati jauh dimata atau dekat segala?

sab berkata...

eh, peguam? haha. bila pulak belajar law ni.

peguam tu sbb alvin sengal tu panggil peguam..

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

lah..bukan pegi belajar law ke? wahahah... padan la rasa macam tak relevan je belajar law kat jepun..tak mekanikal elektronik..kan kan kan? hahah...medic mustahil la, pasal tulang boleh tumbuh baru pun tak tau..wahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails