Kempen Semasa

Kempen Semasa

24 Mei 2010

Checkpoint 3

Salam,
 Haa, lagi dua hari blogathon senget ni nak tamat dah, ini mungkin checkpoint terakhir, atau yang kedua terakhir, tengok la penganjur macamana perangai dia esok lusa. Pasal nak buat tajuk kadang-kadang lagi susah dari mengarut mengarang. Bercerita pasal mengarang ini ada cerita untuk korang yang aku import dari tanah seberang, ahh mana lagi kalau bukan tanah kelahiran penyanyi kegilaan kawan Cik Pingu tu, Rossa. wahahah..geli aku.

 Seminggu selepas acara mencuci rumah secara besar-besaran diadakan a.k.a banjir, sebuah lagi keseronokan aku kecapi, minggu sebelumnya itu aku seronok jadi mandur mengarah adik aku cuci lantai bilik aku siap dengan mop sekali, minggu yang aku nak ceritakan ni pulak aku keseronokan mendapat sebuah bungkusan EMS dari Pos Indonesia via Pos Malaysia, sebenarnya aku memang syak bungkusan itu tiba hari kejadian tu, pasal aku dok sebuk tracking kat website perjalanan bungkusan misteri ini. Gila tak sabar, setiap 2 jam aku mesti masuk website Pos Malaysia kot-kot dia ada tulis kat dalam tu 'kitorang on the way pergi umah lu ni bro'.

Pukul 8 pagi aku tengok kat website memberitahu mendalah tu ada kat seremban, pukul 10 mendalah tu ada kat tangan adik aku dah. " nah bang, order ko dari Indon dah sampai". Aku plak masa tu baru terlelap, langsung cerah bijik mata, terus nak dikoyakkan aje pembalut kotak tu, tapi baru je berniat, adik aku dah bagi cadangan sinis, " ekeleh, amik la gambar dulu buat kenangan"..kejadah, tapi aku pikir balik, elok juga, boleh jugak aku tayang-tayang kat pembaca budiman blog comot aku di samping memperlihatkan bagaimana rupa bungkusan dari luar malaysia. Sama je masalahnya..huhu.

sama je kan? ingat ada la corak batik jawa ke ape ke.



Yang ini EMS pos indon punya ape menda ke nama dia ni. mana-mana EMS dunia sama jek. aku agak je.
betul tidak jangan la tembak aku, aku bukan keja ngan pejabat pos.



Tadaaa..ini la dia barang kat dalam kotak huduh tu, barang dari Korea tapi aku beli dari orang Indon, wahah, aku beli 2 set bekam ni, harga dia semua-semua sejuta, termasuk penghantaran dan sogokan kepada pihak kastam, haha, yang sogokan aku tambah pasal negara tu kan popular ngan menda-menda gitu, di akui oleh bapak Sony sendiri kot. Berapa lama pulak aku berbual dengan bapak tu. Cup yang ini boleh rendam air panas menggelegak, takde masalah nak kabur-kabur plastik tu.



Dalam banyak-banyak aku suka pen bekam dalam bekas besi tu, tapi jarum dia masyaAllah kemain tajam, besar pulak tu, terkejut aku masa buat sesi test drive kat peha aku, terpaksa adjust agak-agak sendiri pasal yang jenis ni takde tahap-tahap macam lancing device sebelum-sebelum ni. Tapi memang sangat best, tekan je terus, tak payah nak tarik tekan tarik tekan, buang masa. Bagi yang tak paham ape aku bebelkan ni, abaikan. wahaha.

Berikut gambar-gambar insan yang telah dibekami olehku,habis semua cup aku guna, teruja betul aku menyedut seseko..wahaha

Ini adik aku, farhan yang lepu.
Ini abg aku, darah dia banyak macam air kotak oi, cabut cup terus nak meleleh je darah-darah tu semua, tak menyempat-nyempat. Aku kompius dengan dia ni, orang ke swamp thing..hahah..abg aku appadahal.

Ini darah abg aku tadi, yang dah memejal sama banyak dengan yang cair, macam doktor bedah aku kat situ kejar darah yang meleleh. Haha, nak kejar itik mustahil la waktu-waktu sekarang ni.


Kepada sesiapa yang ingin membuat pesanan alatan ini pun bole la kot nak berunding. kalau nak beli sendiri pergi la google sendiri, tapi serius la beb, belanja pos dia aje boleh buat kita terkincit. Tapi appadahal, demi kepuasan sendiri dan para pelanggan. Dalam masa entri ini disiarkan, mendaalah itu telah pun berjasa menyedut darah 5 orang termasuk diri aku sendiri. Sesiapa berminat untuk disedut darahnya?? meh ler.

Salam Nusantara.

9 ulasan:

sab berkata...

perenggan pertama -"tanah kelahiran penyanyi kegilaan kawan Cik Pingu tu, Rossa" --> apakah ini encik iffat? huhu.

encik iffat, kurang faham la dgn alat2 itu. utk apa tu? sedut2 darah lak.

singkong panggang berkata...

sabariah.

alat tu untuk bina badan.


hahahaha..;DD

hai bang lama tak jumpa.

Nadya berkata...

err. tak sakit ke bekam? nad tgk darah pn dah pitam. hohoho

Cik Tudung Merah berkata...

wow!nampaknye mona lebih advance...kekeke

sab berkata...

mint.. oo..ye ke.. xtau la bab2 bina badan ni. bina lemak reti la. haha

tuan tanah berkata...

cik pingu : perasan tak ada kawan cik pingu ajak pegi konsert rossa kalau cik pingu balik malaysia? ingat tak??? ntah la cik pingu..cari2 balik dah tak jumpa..atau ianya di tempat lain? arghh..haha..

miNt: yaa pandai..untuk bina bahagian di badan..ko nak try miNt?eh ko tak payah..dah terbina elok..wahaha..

cik nanad zainal: bekam mana sakit..jangan la tgk darah..tgk la menda lain..nak letak gmbar darah la kalau gitu..update jap..wahaha

cik tudung merah: yaa..walaupun kita okus...kita tidak boleh ketinggalan..wahaha

Days berkata...

bekam? gud !

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

ticer..u want some? wahahaa

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails